Sunday, July 13, 2008

aku juga wanita


malam semalam..
aku tengok drama di tv3
'aku juga wanita'
mungkin ada juga yang menonton cerita ini sepertiku, bukan?


sebuah drama yang menggambarkan realiti kehidupan
cerita yang mengisahkan seorang isteri yang dicurangi suami sendiri
dalam menyayangi isteri, sang suami juga telah terjatuh hati kepada bekas kekasih
walau aku tidak pernah merasai naluri seorg isteri
namun kesedihan yang cuba disampaikan cukup buat aku sedih
tambahan pula, lagu latar belakang yang dimainkan cukup membuai emosi penonton sepertiku

lelaki yang disayangi, yang berkongsi suka duka dengan kita selama 5 tahun perkahwinan
tiba-tiba mangakui punya perasaan cinta pada wanita lain
tiada hujan tiada ribut, mula meminta memadukan kita
aduh..perit bukan?

walaupun jalan cerita nya bersahaja dan simple
namun bagiku, cerita itu menarik buat tontonan ku
punya maksud dan pengertian sendiri...

lantas, aku memikirkan bagaimanakah jika aku di tempat perempuan itu
adakah aku juga setabah dia
masih boleh tersenyum mesra
masih boleh melindungi kesedihan yang meragut kegembiraannya
masih boleh bermanja walau itu hanya melukakan
pasti kau tidak akan setabah itu

dalam aku tekun menghayati setiap emosi dalam jalan cerita
tunangku yang juga menonton drama itu di rumahnya (di kelantan)
memberi aku sms yang berbunyi
sayang, walau apa pun yang terjadi
abang yakin abang takkan jadi macam tu
abang takkan curang dan duakan ayg
banyak lagi perkara lain yang abg nak fokus lepas kahwin
abang nak mendekati Allah syg...

aku gembira..
bukan kerana terlalu yakin dengan sms itu..
memang, aku juga tidak percaya bulat-bulat, manusia hanya mampu berjanji..
apatah lagi lelaki sekarang yang mudah tergoda dengan wanita dahi licin..
namun yang pasti, sms itu menitipkan harapan padaku..
sekurang-kurangnya dia berusaha.
sekurang-kurangnya dia tahu dia ada matlamat lain dalam perkahwinan kami.

sekurang-kurangnya aku tahu, dia sangat menghargai aku hari ini.............

2 comments:

Anonymous said...

i pon tgk jgk cite tuh.. its touching..

Mohd Hafizd said...

bagus gak explore entry2 lama nih..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...