Friday, July 11, 2008

pengorbanan

mood: sedang mendengar lagu aizat af-hanya kau yang mampu

petang semalam, balik dari pasar malam
aku berbual dgn dia, tunangku
berbual tentang keluarga,
tentang hubungan kami yang bakal melangkah ke dunia lain dalam 3 bulan lagi
berbual tentang cita-cita dia yang telah kemas diatur
harapan kami dan impian kami
tentang keluarga kami...
segala mungkin telah dibualkan...

kami mengutarakan pendapat masing2
ya, sejujurnya kami suka berbicara
aku dan dia
setengah pasangan, berlawanan karakter
seorg pendiam, seorg byk cakap
tapi kami tidak, kami mempunyai persamaan dari segi ini
suka berkata-kata hingga kadang2 bergaduh untuk meminta ruang bercakap
kelakar kan?
tapi itu hakikatnya
bagiku itu satu keindahan dalam hubunganku
bila aku minta pendapat,
dia akan mengutarakan pendapatnya satu persatu
begitu juga aku
ya, begitu indah.

dalam perbualan petang tadi
aku mengutarakan satu persoalan yang bermain di fikiranku
tentang pandangan org sekeliling dgn keputusan kami utk bernikah
di usia muda
mudakah 24 tahun bagi seorg perempuan utk bernikah?
sejujurnya aku tiada jawapan untuk itu.
24 tahun itu usia yang normal utk seorg perempuan berkahwin
mungkin ada yang berpendapat 25 tahun waktu paling tepat
mungkin aku juga fikir begitu
ku kira di usia 24 tahun ini muda
tapi tidaklah begitu muda
tetapi jika sudah bersedia
jika sudah berani menempuh dugaan hidup berdua
yang pastinya lebih byk dugaan
apa salahnya bukan?
apetah lagi jika sudah berjumpa pasangan yang serasi
yang memahami, yang membuatkan kita rasa selamat
Alhamdulillah kau panjatkan untuk itu
mungkin tidak salah jika aku sejujurnya menyatakan disini
pasangan ku itu muda setahun dariku
ya, bakal suamiku baru melangkah usia 23 tahun,
beberapa bulan yang lalu
dia muda dariku, itu yg pasti...
jika aku imbas kembali,
dulu, aku memang tidak mahu pasanganku yang lebih muda
tapi ini dikatakan jodoh...
sekarang aku gembira dengan pilihanku ini
memang dia muda dan sebahagian dari perwatakannya menampakkan ketidakmatangannya
namun, sebahagian dari itu, dia jauh lebih matang dariku
mungkin lebih tepat, dari sebahagian lelaki yang berusia dariku, mungkin
terlalu banyak contoh yang aku boleh huraikan disini
tapi cukuplah aku seorang yang menilai dia begitu
dia yang matang dan tidak matang dalam caranya sendiri
tapi sejujurnya dia seorang yang sgt prihatin. sangat.

mungkin ada beberapa pihak yang tidak senang dgn keputusan kami bernikah awal
tapi sudah tentu bukan keluarga terdekat kami
yang sudah merestui sejak awal lagi
untuk itu, kami memanjat rasa syukur, Alhamdulillah
itulah kalimat Allah yang sering aku lafazkan utk rasa syukur ini
direstui pihak terdekat kami
tapi mungkin saudara mara jauh dari atau kenalan kami
yang tidak cukup mengenali kami
yang hanya kenal kami dari luaran

isu inilah yang kami bincangkan semalam
aku bertanya dia
adakah dia menyesal membuat keputusan begini
bernikah secepat ini
di tahun yang sama dia menamatkan pengajian
di tahun yang sama dia memulakan kerjayanya
tidakkah dia takut tentang pandangan orang lain
tentang kewangan selepas perkahwinan nanti
yang mungkin sedikit sebanyak terganggu

dia lantas tersenyum
itulah yang sering dia lakukan
mula hendak berkata-kata
cntik menyusun bahasa
mungkin cube mengelakkan aku dari terluka dengan kata-katanya
'setiap keputusan yang kita buat mesti ada pengorbanan'
dua kali dia mengulangi ayat itu
aku diam
lantas dia menyambung
'sedangkan hendak berpuasa pun kita harus berkorban. menahan lapar dan dahaga adalah satu pengorbanan. namun, di hujungnya kita mendapat kenikmatan waktu berbuka, lebih dari itu kita mendapat pahala...'
aku lantas mengangguk.... masih lagi diam seperti 5 minit yang lalu.
mungkin sedikit kagum dengan jawapan itu.
'hendak berkahwin awal juga ada pengorbanan. mungkin ada yang tak paham kita, yang pandang serong pada kita mungkin. mungkin terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan kerana baru mula kerja namun di sebaliknya, kita bahagia, dapat elak maksiat bertemu begini tanpa ikatan yang sah, dan lebih dari itu, pahala amalan kita berlipat ganda.... untuk apa kita rasa gusar dan sesah untuk perkara baik yang memang kita harapkan? bahagiakah kita hidup tanpa ikatan yang sah hanya untuk mengelakkan kata-kata orang?'

dalam hati, aku sebak.
ya, sangat sebak. kerana dia begitu yakin dengan keputusan ini.
keputusan untuk menikahiku.
walau dia masih muda,tidak punya banyak pengalaman,
namun dia tidak ragu-ragu dengan keputusan sendiri
tidak goyah dengan keputusan sendiri...
betapa bertuahnya aku mendapat lelaki seperti dia.
syukur aku bertemu dia.................
ALHAMDULILLAH....

3 comments:

Anonymous said...

l.u.c.k.y u

m@Ri@ said...

u had same age wif me..ya sometime i also think like u..do i too young to marry?nthla..belasah jela kan..hehe..rs mcm mampu je..kisah ape kata org kan..hehe..

m@Ri@ said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...