Friday, September 26, 2008

petunjuk ke kenduri ku

arini nampaknye ofis da lengang
kete pun da kurang
mungkin ramai yg dah cuti
dah mula gerak balik kg
takut jam agaknye

aku masih di plan yg sama
balik malam ini
sesudah berbuka puasa mungkin

kalau ikut hati, semalam aku da boleh balik
tp memandangkan aku balik bersama kakak ku
terpaksa la aku menunggu die abis mengajar ptg ni

tak sabar sebenarnye
tak sabar jumpe family ku
tak sabar nak makan masakan ibu
tak sabar nak bau wangi rumahku

betul ape?
rumah kita ada bau tersendiri
itu yg sering aku rindukan
home sweet home, kata omputih

dalam pada yg sama
aku tak sabar nak buat kuih raya
tidaklah banyak
sikit2 je
masih sempat kan?

mungkin pasni aku jarang online
dan tak dapat nak update blog setiap hari mcm skrg
sebabnye
aku dah quit keje
then, kat umah ade celcom bb tapi adek ku punye

anyway, aku try update
tapi yg pasti
insyaAllah
ater wedding aku nanti
aku akan upload gambar kawen aku
samapi korang tak larat tgk
hikss

oh ye
bercakap pasal kawen
aku nak bgtau plan ke kenduri ku dgn detail disini
so tak payah la tanya2 lagi pasni ye

ponek den nak menerang kat sorang2

1. dari highway, keluar exit senai, yg ada lambang kapal terbang tu
2. terus je ikut signboard senai airpot tu
3. samapi korang nampak signboard senai airport kiri, senai depan
4. tak payah belok kiri, terus ikut senai (tp kalau dah terambik senai airport pun takpe, just u turn depan epot tu)
5. pastu ada traffic light, ambik kanan, kalau ke depan masuk kawasan perindustrian senai
6. terus samapi jumpe tr light lagi, belok kiri ke seelong, bace signboard ok?
7. terus je, jauh...........

8. jgn belok mana2 simpang
9. sampai korang tibe kat simpang t dan korang tak leh terus, ambik kanan ke ulu tiram
10. terus... berbukit, byk rumah kiri kanan
11. then, ke kanan lagi, die ada tulis ulu tiram
12. terus lagi, nampak rumah, kedai
13. nampak tak mobil sebelah kanan??
14. depan sikit tu ada simpang ke kiri
15. masuk ikut simpang tu
16. terus....
17. sebelah kanan akan nampak dewan raya felda ulu tebrau, tp dari jauh tak nampak, so jgn bawak laju2 kang kene brek mengejut pulak, bahaya
18. masuk simpang depan dewan tu, parking dalam dewan
19. masuk dalam, makan... hiksss, kat situlah kenduri aku, jgn g silap ari sudah... ;)

secara ringkas

exit senai- lalu ikut seelong (kiri)-terus (jauh)- ambik simpang kanan( ulu tiram)- kanan lagi (u tiram)- lepas mobil ambik kiri- dewan raya sebelah kanan

payah sgt tanya org ye, malu bertanya, sesat jalan.... ape2pun, leh refer pada peta kat kad kawen ok?

doakan majlis ku berjalan lancar...



di kesempatan ni
aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri
buat semua kawan2 yg ku kenali di sini

selamat berhari raya
maaf zahir batin.........

Thursday, September 25, 2008

cant believe its true

dah tak tahu nak tulis ape lagi kan
semua org sibuk nak balik
sibuk nak raya

minggu ni minggu last keje
dan esok adalah hari last aku keje sbg ra kat sini

2 minggu akan dtg
aku akan jadi penganggur
seminggu selepas tu pulak
aku akan jadi full housewife & part time student
hikss

aku bukanlah menganggur pun nanti
just rest a while..
focus pada study..
focus pada thesis..
then..
focus pada suami..
pada rumahtangga..


ohh.. another 3 weeks...
cant believe its true
i'm going to be a wife....

;)

Wednesday, September 24, 2008

keseganan

aku telah mengalami satu situasi yg menyegankan

padan lah muke aku
sape suh tak tahan

haha

aku tadi g kedai kek
kerana kelaparan pule

ooppss, lupe nak ckp
aku tak pose la kan
nak wat cmne
ingat kot penuh pose tahun ni
hehe, mmg tak mungkin la

bile aku g kedai kek
aku g beli sandwich telur
sekali kat kaunter tu
yg jaga lelaki lak

aku ngan selamba bayar
bro tu senyum je
mcm hormat aku la

bile kuar kedai
aku macam baru tersedar
biar betul aku selamba badak beli makanan time bulan pose ni


macam mimpi lak

tapi kalau diingat balik
tahun lepas aku siap beli kfc lagi
hahahaha
(tapi berdua ngan kawan aku)
said, ko ingat tak??

nak wat cmne
mestilah aku makan kan
org lain berlapar dapat pahala
aku lak tak dapat pape

hiksss

saje nak cerita kat korang~

:)

biskut coklat chips

hari raya

hari ni org2 kat opis aku dok mengusik menyakat aku

Encik Z: (berkata pada boss aku) Doc, mana duit raya?

boss : saya tak bagi duit raya pada org tua... (gelak2)

Encik Z: org yg da kawen kenelah bagi yg blumkawen, org yg nak kawen pun sama

aku : (sengih macam kerang busuk)

encik Z: org tu da tak fikir nak raya, ikir nak kawen je..

boss : haah, nak balik tuk kawen je

encik B: haah... (gelak2)

aku : eh saya semangat nak raya tau, ni balik nak wat biskut raya.. hehe


saje aku nak bagitahu
walaupun majlis aku dah tak lama
semangat nak raya
masih berkobar2 tau!!!

ujung minggu ni aku nak wat biskut raya
coklat chips
tu tandanya aku masih nak raya
nak rase???
meh dtg umah aku
tapi aku takde sampai raya ke 6
balik kampung opah kat perak
hikss...

selamat hari raya
maaf zahir & batin
buat semua pembaca blog aku & kawan2 bloggers sekalian......

;)


note: awal sgt ke bagi ucapan?

Tuesday, September 23, 2008

announcement

ceh, macam nak announce ape je kan..

aku sebenarnye nak announce majlis perkahwinan aku


*seperti kat sebelah kanan, aku akan biar je kat situ until majlis aku selesai

majlis nikah: 17/10 pas smyg jumaat
malam berinai: 17/10 pas maghrib
jamuan makan: 18/10 11pg -5.30 ptg
aku sanding: 18/10 2.30 ptg

so to kawan2 bloggers sekalian,
yg rasa2 teringin nak makan nasi minyak org johor
& tgk aku secara live, jom dtg kenduri aku...
sila inform aku kalau teringin nak dtg okkk
kehadiran kalian dialu2kan.....


;)

note: aku bukan ajak2 ayam tau~

update:
majlis di ulu tiram, johor
di Dewan Raya Felda Ulu Tebrau

senang je, kalau dari highway
keluar exit senai

Monday, September 22, 2008

cuci rumah baru






sabtu ahad baru2 ni
aku g angkut semua brg2 kat kolej aku ni
bawak g umah baru kami tu

disebabkan nak letak dalam umah tu
terpaksa la kami cuci satu bilik bawah
bahagian lain selebihnye tu
nanti aku n family aku akan cuci after raya

bygkan kepenatannya
sudah la bulan pose
haus jgn nak kata la

tapi puas hati
aku sgt suke rumah itu

owner pun byk penuhi permintaan kitorg
aku n tunang suh pasang kipas kat master bedroom
die pun pasang
so, dalam umah ada dua kipas la
and macam2 lagi la yg die buat
cume, kitorang kene cuci umah sendiri la
takpe..best jugak ade pengalaman ni

rumah tu dua tingkat
sewa murah je, rm280
iyelah, kat rawang
bukan ade byk permintaan pun
rumah kosong pun berlambak

ade 4 bilik
3 bilik air
ruang tamu luas
depan rumah tu ada taman permainan

bagi aku mmg menarik la kawasan tu
tapi jiran tetangga belum tahu
mudah2an semuanya ok2 belaka

ini beberapa adegan sewaktu mencuci bilik dan dapur
cuci dua tempat je dah separuh nyawa
maklumlah, bulan pose
hikss



dan ini gambar kakak aku
yg menjadi mando sambil membace paper dan mkn aiskrim
dah la tak pose
makan lak depan kitorang yg tahap haus gilerrrr
adoii..dugaan tul...
heheheeee



da nak raya kan korang
lagi 8 hari ek..

;)

Sunday, September 21, 2008

tag lagi...

tag raya ini dari miss nurul yg baru bertunang.. hikss


Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Ade 3 pasang da siap… semuanya hadiah2 dari family

1. kaler oren pudar.. bunga pink, sweet je (hadiah birthday dr my sis)
2. biru bunga kelabu (hadiah dari my mom)
3. biru (sendiri beli)

ada sepasang lum tempah, yg ni hadiah dari bakal ibu mertua

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
semua lauk pauk yg ibu saya masak, ketupat yg ayah masak... yummy! rendang my mom is the best rendang to me..

Apakah biskut raya kegemaran anda?
almond london & tat nenas, as always...

Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
dapat tidak mungkin la lagi kot, hikss
spend kat bebudak, lum pernah bagi pun
raya tahun lepas first time bg duit kat org lain
itupun pada ayah, ibu dan adik
;)

Apakah aktiviti malam raya korang?
tolong masak kat dapur, tgk tv... hikss.. ish, bikin tak sabar je tau..

Okay..bagi menyemarakkan suasana lebaran yang bakal kita sambut tak lama lagi.. saya ingin berkongsi tagged ini pada :~

generasi
princessredbloodsnow
eimy
ladykiki
puterikure2
shalin

kalo rajin wat, tak rajin abaikan ye... jgn susah2 hati.. hehe

;)



tag kedua

dari kak ratna

1. The person who last tag you is:
~ ratna

2. Your relationship with him/her is :
~ kawan blog

3. Your five impression of him/her :
~ suvh a sweet mommy and wifey

4. The most memorable thing he/she had done for you:
~ selalu leave komen.. ;)

5. The most memorable thing he/she had said to you:
~ lum jumpe pun..

6. If he/she become your lover, you will:
~ never & never will

7. If he/she become your lover, thing he/she has to improve on will be:
~ never & never will

8. If he/she become your enemy, you will:
~ takkan lah, ngarut je nak enemy2

9. If he/she become your enemy, the reason will be:
~ jawapan sama srpt di no.8

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
~ semoga selamat melahirkan zuriat kedua

11. Your overall impression of him/her is:
~ sweet

12. How you think people around you will feel about you?:
~ entahla ek.. byk persepsi org..

13. The characters you love of yourself are:
~ independent, yes, i am.

14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
~ masa mandu, suke sgt2 membebel...

15. The most ideal person you want to be is:
~ a successful women,mother, wifey, daughter

16. For people that care and like you, say something to them:
~ terima kasih sebab buat saya rasa dihargai di muka bumi ini.. cehhh

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :
1. suki
2. miezi
3. bullah
4. cik ramziah


jgn malas2..sila jawab... kalau malas, abaikan je.. tak kesah pun.. hikss..

Friday, September 19, 2008

nah duit raya



memandangkan aku terlebih kaya skrg ni
aku dgn murah hati nak bagi korang duit raya
nah, amik ni..
rm100 lagi tau
kaya betul kan aku? ;)

nanti dtg umah aku
jgn mintak2 lagi tau
hikss

thanx to puteri eimy di atas duit raya yang diberikan..
muahsss

;)

new house + honeymoon

hari ni da hari ke 19 puasa
cepat tul waktu berlalu kan..
lagi 11 hari kita nak raya..

hooray!!!
best kan raya
tambah pulak time kanak2 dulu
da besar ni,
kurang sikit feeling nye
tapi still best
pagi2 makan ketupat
g solat raya
cium tangan parents
jumpe sedara mara
bebudak kecik yg kecoh2
gelak2
g kubur arwah atuk...
mcm2 lagi lah
semua ni rasanye setahun sekali la

tambah pulak skrg ni kat radio da start kuar lagu raya
tapi sekali sekala je
tunggu next week kot baru byk sikit
pagi tadi otw ke ofis
dgr lagu raya yg anuar & ellina tu
best betul
feeling abis..
hikss

aku pun makin bz
iyelah
tarikh majlis makin dekat
plus, nak quit keje lak tu

so, ape2 yg aku patut setelkan
aku setelkan within these 2 weeks
by friday next week
aku da balik jb
and quit keje
BEST SGT!

lagipun leh bantu parents kemas2 umah
nak raya kan
pastu nak kenduri

esok, aku g rawang
g tgk umah baru
sebab insyaAllah hari ni dapat kunci rumah sewa kami tu
sewa la dulu
kalo rasa ok, selesa
baru plan nak beli
tapi tidaklah masa terdekat ni

aku da siap packing semua brg
nak masukkan kat umah baru tu
tak sabar la pulak
after rasenye 6 years dok kat kolej kat upm ni
akhirnya dok umah sewa
plus, dgn org tersayang
my future hubby
tak sabar rasenye nak memasak

bukan ape kat sini
setiap hari aku tapau
naik muak dah
jemu jelak
agaknye org kat sini pun da jemu tgk muke aku
sikit2 budak ni
aku tgk budak ni da 6 tahun kat sini

haha


lagipun aku mmg suke masak
tapi sebab dok sorang
kalau masak
lagi bazir
dah la makan sikit je

aku sebenarnye tgh berangan nak honeymoon
tapi tunang aku kata
tunggu dulu..

teringin nak g pulau perhentian
nak g pulau redang
suke kat pualu2
tenang je
tambah lak dengar bunyi ombak..
alahaiii
syahdunye...

tapi bulan 12 ni kitorang g cameron
ok la tu
tapi actually beramai2 ngan family aku
tak leh nak over2
kang diorg kata mengada2... heeee

aku ingat nak g after kawen


ade sape2 nak sponsor???
aku nak g pulau ni.........

;)

hiksss....

Thursday, September 18, 2008

rindukan masa itu......

Aku sekadar ingin bercerita tentang seseorang
Seseorang ini yg pernah wujud dan hadir dalam duniaku beberapa tahun yang lalu
Biarlah disini aku bahasakan die dgn abg s utk meringkaskan penulisan aku

masa tu aku kat matrix melaka,
Ada satu time tu abg/akak dari utm buat kem
Aku join
Dari kem itulah aku kenali abg s
Kem tu sabtu ahad
Biase2 jelah
Aku ni mana minat kem2 ni
Malas giler

Tiada apa2 yg berlaku masa kem tu actually
But after kem abis,
Masa tu aku ingat lagi
Nak final exam
Matrix kan susah sikit
Adoii, tak sanggup aku ingat
Hiks...

One day, aku terbace buku ala2 macam buku ajk kem tu
Ade nom abg s
Aku pun msg die
Masa tu aku ingat ramai org msg die
Yela, masa tu die agak popular...

Aku bukan msg menggatal ok
Aku msg ckp doakan aku berjaya
Bla bla bla

Aku ingat semua org msg die time tu
Aleh2
Die balas
Aku ingat stop situ..

Tapi one day tu
Masa dah cuti abis matrix
Ada satu nom naik

Aku sperti biase
sape ni?’ sape???’
‘aik, die yg msg kiter, die lak tak ingat’


Aku pun ting tong

‘abg said la’
Ohh….


Sejak aritu die sering kol aku
Mesti die ingat aku syok kat die ni
Hiksss..
Padahal aku sikit pun tak fikir mcm tu
Yela, aku kan budak2 lagi
Cehhh
Baru 19tahun masa tu
Tak fikir nak cintan cintun pun
plus, aku mmg anggap die sabgai senior

Nak dijadikan cerita
Aku dapat sambung kat upm ni
Masa first sem tu
Aku ni kan giler sikit
Mudah sgt homesick
Sikit2 nangis
Tapi takde lah org tahu
Kalo nangis pun peluk bantal kat muke
Hiks..

Satu hari abg s kol
Die ckp mcm ni
‘mak ayah intan jauh kat johor’
Jadi ape2 hal, intan ckp kat abg, abg akan jaga intan’

Lebih kurang mcm tulah
Aku masa tu punyelah sebak kan
Terharu la ade yg sudi amik berat

Pjg citer ni
Korang larat ke layan?
Layan jela ek…

Dipendekkan cerita (pendek pulak, tadi kata pjg)
Semenjak tu, aku ngan abg s ni rapat
Tapi fyi, aku g mana2 tak pernah pun berdua je
Mesti ajak kawan
Segan wei
Lagipun, die mcm alim2 sikit
Berdua2an even dalam kete
Still tak manis kan

Sering la kami kemana2
Ke ukm
Ke situ
Ke sana

Die ni keje engineer
Dulu die amik mechanical engineering kat utm
Sama la macam tunang aku and adik aku
Bygkan 3 org yg rapat ngan aku belajar kat fakulti yg sama
(Cuma lain tahun)
Sampaikan, dulu mak aku pernah cakap
Agh ni, mmg ade jodoh ngan engineer kot
Semua nye engineer
Pakwe first aku dulu engineer jugak dari uia..
Hiks....

Ok, sambung citer..
Abg s ni
Orgnye tabah
Kuat semangat
Die selalu dipanggil motivasi kat kmpg die kat yong peng
Kat kem2 motivasi
Sebabnye die berjaya walau dalam keadaan die macam tu

Kdg2 bile kitorang pergi jalan
Org selalu tgk je die
Aku sian jugak...
Selalu je aku nangis tapi kat belakang die la
Aku tak tahan tgk ketabahan die
sedih sangat!!

Kisahnye begini...
Masa tahun kedua kat utm
Die accident dgn motor yg die bawak
accident tu menyebabkan tgn kanan die lumpuh
Lumpuh sepenuhnya
tgn kanan die jadi mcm lembik je
kene masukkan dalam kocek..
Semenjak tu
die gune tgn kiri die sahaja
Utk buat semua kerja
bayangkan potong kuku camne?
basuh baju cmne?
beli makanan, kuar duit cmne?
sedih tgk...
so, die tepaksa terabur kan duit2 die dalam kocek
mudahkan die amik..
pakai wallet mmg la leceh..
tapi some people tak paham, of coursela kan...
sian abg... ;(

Pernah satu hari tu
Aku gelak tgk tulisan die
‘buruk nye tulisan abg..hehehe’
‘abg kan cacat, intan lupe?’

Jawab abg s tersenyum..
Masa tu, aku rasa bersalah ya amat
Nak nangis pun ada
Bukan niat aku, sumpah tidak!

Byk lagi hal terjadi
Die ni nak makan pun susah
Cube la bygkan sebelah tgn nak makan burger
Tentu comot kan?
sedih tgk
ade sekali tu
die makan cheese burger
comot je
tapi aku tak sampai hati tegur
diam je dalam hati
taknak melukai hati die
org lalu lalang tgk die
mungkin sebab nampak cam bersepah die makan
siannn...... ;(

Masa kitorg g pesta konvo ukm
Ada satu game kitorang join

Sekali tu, girl kat situ ckp
‘pakailah tgn kanan, ade pakai tgn kiri pulak’
sambil jeling...
die tentu fikir abg s tak sopan..


Abg s serta meta pandang muke aku
Aku dgn selamba jawab
‘ala main jela, sama je, mana2 tangan pun’

Dulu, almost everyweek jumpe
Bygkan even gune sebelah tgan
Abg s dapat memandu dgn cekap tau
Sikit pun aku tak ragu2 dgn die dulu…


*
*
*
*

Tapi kini…..
Abg s dah hilang dari khabar berita
entah dimana silapnya
kitorang jadi renggang begitu sahaja
aku pun tak pasti bila ia bermula

Dulu, soalan yg die sering tanya
‘intan, abg ni putih ke gelap?’
‘cerah la utk seorang lelaki’

Setiap kali aku jawab macm tu
Die bantai gelak ..
Aku pun tak faham nape
Abg said, abg said..

Masa last2 kitorang sebelum pisah tu
Die dah tunang ngan kak liza
Kak liza tu pensyarah matrix
Kagum aku dgn akak tu
Sudi menjaga abg s
Bertuah sungguh mereka!!

Aku actually
Rindu kat abg s
And
Aku harap sgt dapat jumpe die
And dapat jemput die ke kenduri aku

Aku tahu abg s mesti hidup gembira skrg
Bersama kak liza dan anak-anak (mudah2an)

Andai abg s baca
Intan harap abg sudi contact and dtg kenduri intan
Bawa isteri and family…..

I mean it
Sudah lama intan mencari abang
Last time I kol ur numbers
While hear ur voice
Tak bole nak ckp
Segan sgt2

Tapi later, bile intan kol balik
Abg da tukar nombor ye
Tapi itu kisah lama
Sekrang nombor tu pun da takde
Intan pun dah beribu kali tukar nombor

Intan rase masa kita bersama dulu
Masa kita rapat dulu
I don’t appreciate u much!!
Rasa nak patah balik masa
n treat u better......................
but I know I just cant
so I just feel I need to meet u
yeah, I really need…
especially on my big day..




Oh... How I missed those time... ;(

Wednesday, September 17, 2008

genap lagi sebulan

hari ni 17 september bersamaan 17 Ramadhan
genaplah lagi sebulan
aku akan bernikah dgn insan tersayang



moga masa sebulan yang tinggal ini
akan aku perguna sebaik mungkin dalam persiapanku menjadi isteri mithali
mudah2an.......

doakan aku bahagia bersama pilihan hatiku ini..




selamat meneruskan ibadah puasa

;)

Tuesday, September 16, 2008

nama-nama Jepun

aku g jengah blog2 orang tadi, tu terjumpe benda alah ni, mcm lawak, aku pun copy paste.. layann ;)

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

tag dari kawan baru

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links
to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


tag ini dari suki

7 fakta mengenai aku eh?? emm... ok, aku tulis jela, ape yg terlintas

1. aku ada sebijik kancil ber flat johor, dan aku syg sangat kete aku ni, wlaupun kecik aje tak macam kete org lain ;)

2. masa drive aku mmg suke mengomel, paling pantang, org suke potong que masa tgh jam .. mmg aku membebel tak ingat

3. aku ni anak manja. sgt manja dgn ibuku.

4. aku ni mudah sgt simpati pada org. mudah sgt. aku takkan hampakan org2 yg aku sayang, let say, like, family aku minta pape, adik aku minta belanja ke, mak aku ajak tolong ape2 ke, mmg aku takkan menolak la. sian. apetah lagi melihat org minta sedekah ke.. tapi ape2pun, still depends pada situasi..

5. aku dah bertunang, and bakal mendirikan rumah tangga lagi sebulan.

6. aku suke menulis, dan berangan nak terbitkan novel, tapi mungkin masa belum sesuai..

7. hari ni aku dah pose 16hari, means aku lum tinggal lagi pose tau.. hiks... sekian terima kasih...

aku nak tag pada

1. penyubiru
2. bullah
3. generasi
4. ad3ck
5. berry
6. fareeni
7. apek

sila jawab...
aku malas nak link kan korang 7 ni, u know who u are kan?
ni lah antara bloggers yg sering lawat aku, mekaceh....

kalau malas nak buat tag ni.. abaikan je, tiada denda dikenakan~

;)

Monday, September 15, 2008

first

our first potrait together



nak gantung kat umah baru
tak sabar nak hang kat wall
mesti beshhh....

;)

note: gambar during his convocation day~

wedding prep

update tentang persiapan kawen ku

semalam pagi
pergi fitting baju kawen
tunang aku jela, aku belum lagi
sebab ingat nak wat a week before majlis
tunang aku wat dulu
sebab susah die nak turun jb nanti
aku takpe
dekat je
plus time tu
aku dah quit keje

masa tgk die cuba baju sanding
bertanjak, bersampin, berkeris
rasa excited sgt
perasaan yg sukar digambarkan
tak sabar nak melalui detik itu
bergelar raja sehari

aku nak snap gambar
tapi while kat dalam butik andam tu
jadi macam excited lain
tgk baju2 yg aku pilih
kejap nak tukar ni kejap nak tukar tu
sebab semua cantik
mak andam pun layankan aje
tapi akhirnya aku stick pada pilihan yg dulu

pas raya aku ngan mak aku
akan ke hulur ke hilir
setelkan persiapan
beli apa yg patut yg lum setel
mujur jugak aku dah berhenti keje
tak perlulah mintak ayah jadi driver ibu aku
senang sikit aku ngan ibu yg pergi
kitorang mmg kuat berjalan
nanti kang ayah aku
kalau dah penat sikit
mule lah nak marah
biaselah, org laki

kad kawen pun aku dah start pos
baru pagi tadi aku masukkan dalam peti pos
itupun baru half
yg area jauh2 sikit
area2 sini
aku ingat nak pos khamis ni
tgk cmne..

mmg agak awal jugak aku pos
majlis sebulan lebih lagi
tapi sebab skrg musim nak raya
senang aku pos awal
bagi org dapat book tarikh utk ke majlis aku
hopefully gitu lah....

;)

waiting for the day~

Friday, September 12, 2008

balik jb..nak ikut??

aku nak balik jb malam ni

sape nak ikut??

angkat tangan!!!

;)

Thursday, September 11, 2008

berkat ramadhan

aku takde citer menaik nak kongsi
tapi saje lah nak merapu sikit bulan pose ni

sempena bulan ramadhan ni

setiap kali g bazar kita tgk mesti ramai
orang berpusu2
melayu cina india
tapi mmglah paling ramai melayu kan

malahan, peminta sedekah pun ramai
kat serdang ni
ada lah dalah 5-6 org pemintak sedekah
itu tak termasuk tong2
yang diletak atas kerusi kat tgh laluan
pernah sekali seorg minah ni terjatuh kan tong tu
lalu menjadi perhatian seluruh org sekeliling

bagi aku, tak sesuai la tong tu letak situ
kan mengganggu org nak jalan
walaupun mmg la kita tahu
bulan ni elok menderma
tapi cari la tempat lebih sesuai

org yg mintak sedekah tu pulak
alahai...
sian aku tgk
sape lah boss die yg kurang asam tu

tapi aku mmg bagi jugak duit
wpun org kata
jgn derma, nanti boss die ambik

tapi aku derma
atas keprihatinan aku kat si peminta tu
kdg2 buta
bawak anak la
mungkin kalau die dapat duit byk, lagi byk income die
so aku pun sedekah la dgn ikhlas

ada jugak yg mengaji ayat Al-Quran sambil meminta bantuan
baguslah macam tu
tunjuk sikit die islamik

;)

one more,
kalau korang semua nak beli makanan kat bazar
selain tgk makanan tu
korang kene lah tgk penjual nye jugak

kalau ade pilihan
cari lah penjual yg menutup aurat
yg menjaga tatatertib sabagai umat islam

itu pesan seorg ustaz kepadaku

sebab dalam bulan ramadhan ni
kita nak cari barakah
jadi biarlah kita makan
makanan yg bersih dan dimasak oleh org yang bersih

kalau penjual pun dah rambutnya oren
pakaian pun tak senonoh
lebih baik kita cari yg bertudung
atau pun penampilan simple je
tak rugged

jgn terasa pula korang

sekdar menyampaikan apa yg aku tahu
untuk mencari lebih keberkatan

itu je korang

hari ni dah hari ke 11 pose
selamat berbuka
mulakan dgn makan manisan seperti kurma

;)

Wednesday, September 10, 2008

mimpi ngeri

malam tadi aku mimpi ngeri

macam ni mimpi tu
aku ngan kawan baik aku, radhu
naik kete berdua
entah dari mana nak ke mana
aku yg drive

tibe tibe
kete tu tak leh start
masa tu tempat tu gelap gelita
kiri kana macam belukar la
lampu kete pun tak leh hidup

aku tgk cermin belakang
'radhu, kete kita dah block jalan la'
ade beberapa buah kete lain kat belakang
so aku ketepikan kete
jgn tanya cmne aku ketepikan
aku pun tak tau
kata mimpi, mestilah pelik2 kan

tibe2
kete belakang aku pun ketepi
die pun tak bukak lampu
punyelah kitorang suspen + ngeri

enjin pun leh start
lampu pun leh nyala
tapi kejap padam kejap hidup

aku pun ckp
'eh, kita berenti kat rumah terdekat la ek,
takut lak kete ni kejar kita'

so, aku pun masuk parking umah org tu

aleh2, kete tu pun ikut parking
tapi jauh sikit

kitorang masuk rumah tu
padahal tak kenal pun
aleh2 ade sorang brother ni kuar
kire die dok rumah amily la
mak pak die semua ada
hensem la jugak
ciss...

dalam mimpi tu
brother tu leh jatuh hati kat kitorg berdua
asyik jeling2 nak ngurat
hampehh

esoknye, kitorang jalan2
yg tak tahan tu
esok aku g jumpe blogger2 yg aku sering bace blog diorg
apekebenda la mimpi aku tu

balik dari jalan2 tu
dah samapi rumah yg kitorang tumpang tu
kitorang nak balik

'cepat radhu, takut org tu dtg balik, kejar kita'
radhu pun bagitau ahli keluarga dia
'ko dah kol mak ko?'
konon konon macam kitorg ni
bertarung nyawa la
kot kot kene bunuh dek laki tu ke
'lum lagi, nanti dah sampai aku bagitau'

bila kitorang nak jalan nampak lah org jahat tu
tapi kali ni dia bawak geng lagi 2 org
so kitorg mengambil plan utk
berhenti kat mana2
bila kitorang dah gerak dalam 5 minit
diorg pun gerak sambil bawak senjata macam2
korang nak tau ape senjata diorang tu?
tong sampah besar giler
yg warna hitam tu
hahahahahahaha

sambung balik...
bile diorg nampak kitorang berhenti kat tempat org ramai
diorg pun kecewa

tibe tibe
keluar lagu linkin' park
aiikkk

rupenye jam hp aku bunyi
suh bangun sahur
cisss...
potong stim betul

aku pun citer kat tunang aku
tunang aku ckp
'mungkin sebab ayg risau sgt kete tu tak servis, tu yg mimpi kete tu'

emm
ade betul jugak ek
kete tu patutnye servis 23/8
tapi sampai la ni aku tak servis lagi
bukan ape
duit banyak sgt kuar
setiap malam aku asyik tanya tunang aku
bile nak servis,
bila nak servis....

tapi nampak gayanye
next week kene servis ni

mimpi ngeri tu menakutkan aku la pulak
seriusly, aku leh cam org2 jahat tu
clear giler muke diorg
sape la ek
yg malang masuk mimpi aku jadi penyangak tu
entah2 korang kot
hehehehe


8.05 pagi tadi, nak ke ofis

hari ni dah hari ke 10 pose
selamat berpose korang...
tambahkan amalan k

;)


(utk 13 may, tgk blog myzy, nak tahu cara wat blink2 tu ye)

Tuesday, September 9, 2008

packing brg & tak sahur

aku sedg dalam proses packing brg2
ambik kotak sebanyak mungkin
susun buku2 yg bertimbun
fail2 yg banyak
nak pindah ke umah baru
pertengahan bulan ni insyaAllah dah leh dapat kunci rumah
so boleh start pindahkan brg
after dah cuci segala bagai nanti

sejak dua bulan lepas
aku dah malas nak susun brg2 dalam bilik
mood dah takde nak stay kolej
bayangkan sejak 2003
stay kat kolej yg sama
sejak degree sampai master ni
mmg excited nak dok umah pulak





tgh kemas2
jumpe pulak buku ni
25 tips menjadi pasangan bahagia
buku ni kawan baik saya, nazirah
yang bagi
buku ni nampak simple
tapi isinye sgt best
mengisahkan cinta Nabi pada Aisyah
mmg seronok bace
bagaimana Aisyah cemburu pada pada Nabi
menarik sgt
byk sy dapat dari buku ni

oh ye hari ni saya tak sahur
tak terjaga dari tido
sempat bangun minum air masak byk2
nasib la baik
semapt juga minum
biasenye setiap pagi saya pekene roti sekeping ngan secawan milo
tapi takpe
ni walaupun dah pukul 3.40ptg
masih bertenaga
kebetulan pulak buke dgn nasi lemak semalam
so byklah sikit tenaganya


rupe nasi lemak yg senget benget setelah di angkat
oleh, rasa dia boleh tahan~


hari ni dah hari ke 9 pose
nanti g bazar
jgn pulak beli byk2

selamat berbuke~

;)

tag & award



ni tag dari norash
saya just letak gambar sahaja boleh ye norash?
taknak la forward kat sape2
sebab arini pun dah 9 ramadhan
yeay!
salam ramadhan semua

ni pulak award dari miss berry
blogger paling mesra
alahaiii
mekacih dear



nak bagi kat sape ek
kene forward ye award ni
so aku bagi pada

1. fina
2. norash
3. nazzman
4. diya nordin

itu je
thanx again pada miss berry
i ni mesra ye?........

Monday, September 8, 2008

main bunga api

last friday, masa hari ke 5 pose tu
aku buke laksa
tibe2 kawan baik aku, radhu
bagi aku char kue tiaw yg die masak
nyum nyum
ingat nak diet makan laksa je
aleh2 ade org bagi menu berbuka tambahan
sedap! (walaupun masin gilerss)
takpe, org pose tak boleh rasa so dimaafkan
senang je nak buat ek
janji ade kicap cair tu
kicap sotong kata kawan aku

mekaceh radhu
nanti bagi lagi ek
hehehe


semalam pun aku buke char kue tiaw
tu jelah menu aku
g bazar aku dah tak tahu nak makan ape
last2 beli menu sama
yg penting licinnn

;)




nilah char kue tiaw kawan aku masak tu.. menarik tak? ;p

kelmarin aku g umah makcik aku kat ulu langat
mmg aku rapat gile la ngan family makcik aku ni

malam2 tu layan bebudak kecik
sepupu sepapat aku
main bunga api
lalalala

aku pun rasa mcm nak raya sgt dah
yg tak tahan tu
diorg bukan nyanyi lagu hari raya

sambil main bunga api tu
diorg g nyanyi lagu
'selamat pengantin baru'
adehhh, budak2 ni
buat aku tak sabar je nak kawen
hehe, gurau jerr.....







oh ye
dalam gambar tu mmg tunang aku
nak juge main bunga api
dan baju hijau itu
kak long ku


pastu masa aku g shopping kat jusco
rasa macam betul2 dah nak raya
bukan ape,
diorg dah mainkan lagu raya
yg dulu2 tu
lagu sudirman, ahmad jais
bestnye dgr lagu raya

oklah korang
selamat hari raya

oppss... selamat pose
hari ni dah hari ke 8 pose kan
cepat nye rase...
;)

Friday, September 5, 2008

'bile nak abis master?'

was a bit blur on how to start writing this....

aku telah buat keputusan
aku tak tahu adakah ia merupakan keputusan terbaikku
namun aku agak yakin dgn keputusan ini

aku tak dapat tahan
kalu ikutkan even sehari
mmg rasa tak sanggup
namun aku kuatkan semangat
demi wang untuk perkahwinan ku

ok...
its a bit emotional, i know
mmg aku dah emo abis ni

;(

semua org tak paham ape yg aku rasa
tidak sama sekali.
they keep asking the sama question..
bile ko nak abis master ek?
bile ek? bile ek?

adoiii
aku tak leh terima soalan tu
sama lah seperti wanita2 yg berumur yg blum kawen
yg menerima soalan
'bile lagi ko nak kawen ni?'
'ko tu bile lagi? bile lagi?

macam tulah aku rasa
the thing is,
mereka2 yg bertanya ni
tak paham perasaan dan situasi aku

bukan aku taknak abiskan master aku secepat mungkin
kalau leh nak wat secepat mungkin, and grad with flying colours

korang yg asyik bertanya,
aku ni sungguh determine nak wat master aku
while everybody started looking for job
busy with final year
i was alone planning and build my proposal to apply my master
aku naik turun sekolah siswazah upm ni
ke sana ke mari
again, ALONE
mencari maklumat utk apply master
and akhirnya berjaya sambung..
yesss!

time kelas pulak
for the first 3 semester mase wat master ni
walaupun org lain tgk aku cam rilex je
but in all subjects yag aku amik
aku mmg scorer okeyyyyy
dlam satu subject statistik tu
while everybody rase susah giler
tak leh nak jawab n everything
aku dapat A okeyyyy
aku dpt result yg tinggi utk semua subject aku
and even dapat 4.0 (4 flat)

bukan aku nak act or whatsoever
tapi, aku sebenarnye sedih sgt2
people out there tak paham situasi aku

aku bukan taknak siapkan master aku cepat
but then, aku punye master ni
aku buat alone
research aku wat ni takde geran
again i repeat, takde geran....
aku totally gune duit ayah aku!!
(until la...aku keje skrg)


masa aku awal2 masuk master ni
supervisor aku a.k.a bos aku (Dr. N)
bagi aku satu tajuk KBB utk thesis master aku
aku pun suke la
sebab aku rasa cam berminat jugak dgn KBB tu

masa that time, pak lah sibuk juga menekankan bidang ni
malahan ayah n mak aku pun
sibuk mengumpulkan maklumat tntg KBB ni pada aku
aku siap dah present depan Dr. Zahid Emby tajuk ni
(macamlah korang kenal pensyarah aku ni)
die pun byk bagi pandangan
dan kawan2 sekelas lain
yg amik PhD pun bagi pandangan
kire mmg banyak la aku wat masa tu

until, suddenly Dr. N kata
'intan, awak tukar tajuk reseach awak ye'
aku masa tu macam bodoh2 blur
aku pun tanya kenapa, menagapa dan bersetuju
stupid je kan?
tapi masa aku rasa takkan nak engkar kan?

aku pun start all over again
one day Institut gerontologi tepon aku
kata nak panggil aku keje
gaji lumayan la jugak
mmg buntang la biji mata aku ngan gaji tu

aleh2 Dr. N nak bagi aku keje
n lebih kurang macam tak bagi aku keje kat IG tu
aku pun accept
padahal gaji aku dua kali ganda lebih kecik yg Dr N ni nak bagi
hampeh je kan
tapi masa tu aku ala2 budak lurus bendul je
entahla ape pasal aku ni

ok, bile aku dah start projek baru ni
which based in MADA, kedah
ok, masa tu aku ingat lagi
aku dah siap sume soalan
& dah copy 20 set utk wat survey kat MADA tu kan
(utk projek yg tajuk baru yg die tukar tu)
aku copy tu pakai duit aku tau
dahlah soalan survey tu tebal gilerrr

bile aku dah arrange ngan pegawai kat mada
siap dah g mada
masa tu aku tido kat hotel seri malaysia kat alor setar

tibe2 bos aku tu msg malam tu
die kata tak payah buat dulu survey tu
esok kita g library mada je
aku malam tu punyelah hancuss hati
aku siap nangis dalam toilet
aku tak tahu cakap ape
bertungkus lumus aku siapkan benda2 tu
die dgn sewenang2nye cancel kan
die ingat aku ni boneka???

dari kl ke mada
aku g semata2 utk buat survey tu
aku dah siap copy byk2 dah
habis duit aku
tapi its ok kalau utk master aku
tapi bile tak jadi macam ni
emmm

masa tu
kawan semaster aku
kak rin pun tahu perasaan aku

plus, skrg ni aku keje ngan Dr N
utk projek lain
after aku tak terima IG tu
so, sbg seorang student
i have to handle 2 projects in the same time
dan die, langsung tak menyumbang idea pada projek ini
both projects!!!
bayangkan lah sorg student master buat 2 projek
kawan2 aku dari dulu dah pesan
berhenti je keje ngan die intan
nanti ko yg sakit

tapi aku teruskan jugak
dan samapi skrg aku masih bertahan
entahlah kenapa
mungkin aku tak dpat keje lain yg lebih baik


bile aku suh meeting
nanti dulu, biar sy fikir dulu
itu je ayat die
tension okeyyyy

skrg ni, aku dah down
se down downnya
my stress level is in the highest stage
yes...
semalam macam nak terjun bangunan
naseb baik dge suara tunang aku
tenang sikit.. ;)

aku dah hilang mood utk berada di ofis ni
and org2 kat luar pulak
asyik tanya
'bile nak abis master?'

so korang...
aku harap dgn penjelasan ini
cukuplah buat korang paham situasi dan perasaan aku
in fact, aku sgt sygkan master aku
walau macamana pun
aku akan abiskan
i will....

so aku berkeputusan utk .........
BERHENTI KERJA

setelah lama aku meminta petunjuk dariNya
dan hatiku kuat berkata
berhenti jelah keje
dan aku yakin itu keputusan terbaik

while my husband g keje nanti
aku akan wat master aku
aku tahu aku dapat siapkan dgn keselesaan yg bakal aku rasa nanti di rumah sendiri
di ofis ini
sejujurnya
aku stress, tak selesa
mana taknya
ofis bos aku sebelah ni je
die pulak dok asyik jenguk2 aku
tak sukeeeeeeee...............
org pulak lalulalang sebelah aku
betul2 takde privacy
nak fokus pun tak leh

dan utk pengetahuan korang
yg banyak membantu research aku ni
adalah tunang aku
kdg2 aku fikir
lebih baik tunang aku jadi supervisor aku dari Dr. N
betul aku tak tipu, idea tunang aku
yg aku gune masa present depan prof2 comittee aku

so utk tunangku sayang
terima kasih kerana sgt memahami ayg..
ayg tak tahu nak cakap cmne lagi
tapi tanpa abg
i dont think i can live
i love u more than words can say
i miss u lots!!

so aku rasa ini terbaik
biarlah aku hidup dgn gaji suami aku je pun
janji hati aku tenang
kan korang?

soon, aku cari keje lain yg lebih baik.........
doakan aku dapat abiskan master aku cepat2 ye

(by the time aku tulis ni, sedih sgt rasa..)

happy fasting guys...
5th day already

Thursday, September 4, 2008

sape pandai wat char kue tiaw?

semalam,
sementara menunggu buke pose
saya meneruskan persiapan kawen saya ni
iaitu, menampal setem pada kad2 jemputan saya ni
leka jugaklah
tgk2 jam dah nak dekat waktu buke
ada lagi kawan2 yg tak respon
tak bagi alamat
itu saya buat kemudian2 ler..





semalam saya buke nasi minyak
kawan baik saya si radhu yang buat
saya tunggu 'nasi minyak' lain
tapi takpe
mungkin nak tunggu 'nasi minyak' die lambat lagi
so die buat dulu nasi minyak ni..
saya tak amik gambar pun
kang, die kata overrr pulak nak amik2 gambar
hik hik

pastu semalam timbalan pengarah kat tempat ni
prof musa bagi semua staf die kurma
saya hepi sgt
bukan ape
sebenarnya masa hari pertama pose tu
saya makan kurma ni kat umah makcik saya
sedapnye, dalam hati
pastu, ingat nak beli kat koop tempat saya tu
tapi rase cam bazir pulak
sebab kakak saya dah bagi kurma yg lain
aleh2 dapat pulak
kurma ni lembut kan, tentu korang pun makan yg ni
yela korang kan kaya
kurma ni mahal sikit la dari yg biase
sikit je mahalnye...




ni nak citer makanan sikit ye
jgn kempunan lak bulan pose ni
hari kedua pose tu
saya buke char kue tiaw
walaupun benda ni 2 hari lepas
tetap nak tunjuk kat korang

jeng jeng jeng



saya ni mmg hantu char kue tiaw la
yang ni saya pesan kawan saya belikan
sedapla jugak
rm3
korang pandai tak buat bende char kue tiaw ni?
cube ajar sikit.....

hari ni dah hari ke 4 pose
besh nyerrr........

selamat berpose dan berterawih korang...
;)

Wednesday, September 3, 2008

muhammad haridh wafiq


comel je kan, cute je kan???

semalam
aku and boss and beberapa staff makcik2 kat sini
g hospital seremban
nak tgk ofismate aku yg aku ckp baru bersalin tu

alahai
sehat pulak tgk die
sebelum ni 3 org staff sini bersalin
sume muke after bersalin tak larat je
tapi kak lela ni nampak cergas je

anak die
comellllllll sgt
aku ni mudah sikit tersentuh hati
tgk baby kecik2 ni
konon2 aku pun tak sabar la kan
nak jadi mak
hik hik

muhammad haridh wafiq
itu nama yg kak lela n husband nak g
baby cute tu
ringan je masa lahir
2.9 kg
tapi nak keluarkan
mmg berhabis tenaga kata ibunye

tapi syukur
dapat lahir normal kan

diorg semua pakat kata kat aku
pasni intan pulak
aku pun dalam hati 'Aminnnnn...'
dah org doakan
kita aminkan jelah
(walaupun aku lum kawen pun lagi, heheh)

ape2 pun
teringin nak dapat anak kan
tapi tunang aku asyik kata
nanti dulu
hidup berdua dulu
sob..sob..

tapi aku nak jugak
kire ape aku kan?
hehehe
mudah2an Allah bagi aku rezeki cepat pas kawen nanti
korang doakan ek...
;)

selamat berpuasa korang
hari ni dah hari ke 3
yeay!

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan & Rumah

hari ni dah hari kedua puasa
Alhamdulillah
semalam rasa cepat je waktu berlalu
baru je macam dgr pengumuman puasa
aleh2 puasa dah lepas satu hari

dan ofismate aku
telah pun selamat melahirkan baby pertamanya
malam tadi
aku tumpang gembira
cume, aku mestilah bosan kat sini time die takde
huhu
nasiblah kak lela kene ganti puasa 30 hari
hehe

bile dah tibe bulan puasa ni
rasenye tarikh perkahwinan aku pun
cam dah nak dekat sgt
suspen pun ade
takdelah suspen
sume dah setel
time puasa ni time aku nak rilex
beribadah jika aku mampu
itu harapan aku lah
nak buat persiapan agar dapat jadi isteri mithali

rumah sewa untuk pas kawen pun aku dah jumpe
mmg rumah itu mmg idaman kami
mule2 sewa dulu
bile dah agak stabil nanti
ingat nak beli

sekarang nak fikir tentang duit pula nak beli perabot
duit oh duit
nak beli peti ais, sofa, set bilik tidur
emmm
banyak jugak gune duit kan

mudah2an bulan puasa ni
ade rezeki melimpah ruah yang tak terduga

ok lah korang
dah cuti banyak hari ni
cam banyak pulak kerja tertangguh

selamat berpuasa ye
bagi yang belum shopping baju raya
boleh lah start shopping
bagi yang belum start terawih
boleh start dari malam ni

selamat menambahkan amalan......
;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...