Sunday, December 28, 2008

tahun 2009

dah tak lama lagi nak masuk tahun baru 2009
meningkat lagi usiaku

ape azam korang?
azam aku
moga tahun depan
aku dapat jadi isteri mithali
hingga ke akhir hayat

bagi aku tahun 2008
banyak kenangan indah yang berlaku
walau ada yang pahit
bagi aku apa yang berlaku di bulan 10 yang lalu
adalah suatu kennagan terindah
membina masjid bersama lelaki pilihan hatiku

aku harap hubungan ynag telah sah ini
akan berkekalan hingga akhir hayat kami
aku benar-benar bahagia di sisi suamiku

walau berjauhan sekjap
benar-benar buat aku rasa terseksa
baru aku tahu macamana rasanya seksa berjauhan dgn suami


banyak lagi harapan dan impian aku untuk tahun depan
moga Allah makbulkan harapan-harapan aku tu...


sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape
macam dah blur skrg ni
sebab jarang update blog
bukan ape
internet takde
dulu pakai mazis
tapi dah stop sebab servis mmg teruk giler
insyaAllah nanti nak pakai celcom bb lak...

k jumpe lagi next entri
wassalam......

Sunday, December 14, 2008

sekarang aku berada kat kedah lgi
ini kali ketiga berjauhan ngan suamiku

kahwin tak sampai 2 bulan
tapi asyik berjauhan je
sob..sob
tapi sebenarnye kali ni
aku lebih tabah lagi
tidaklah sesedih kali pertama

walau mcmana pun
mmg rindu giler kat hubby

aku tahu die lebih rindukan aku
tambahan pulak die keseorangan kat sana

aku ade beberapa cerita sedih kat kedah ni
entahlah
yang sedihnye bile ada seorang staff mada kat sini yang aku lebh senang gelar pakcik
die banyak tolong aku dengan ikhlas

pensyarah aku
bukan setakat tolong
malah asyik nak buli aku
sehinggakan aku kene naik teksi

tapi pakcik ni kesiankan kat aku
bile die cakap
'saya ni tengok awak kesian, teringat kat anak saya...'

masa tu aku syahdu sangat, masih ada manusia yang berhati perut
aku mmg tak sanggup rasenye nak bekerjasama dengan pensyarah aku
tapi disebabkan master aku
aku tabahkan hati

terlalu banyak perkara yang pensyarah aku wat yag betul2 melukakan hati aku
sudahla aku ni sekarang berstatus isteri orang
tapi bile aku nak balik awal setelah perkara selesai
ayat die
'ala.... suami awak tu dah besar..'

tak ke die faham erti rindu???
tak ke die rasa erti seksa berjauhan??

baru-baru ni aku ada pergaduhan kecil dengan pensyarah aku dalam sms
die yang start bagi sms agak kurang ajar
aku pun balas ape yang terbuku kat hati aku
dah lama aku pendam
aku tak pernah pun kurang ajar pada dia
i mean depan dia
tapi die betul2 mencabar kesabaran aku

tapi kahirnya kau mengalah
hanya selepsa satu sms
aku rasa tak sedap la kan

akhirnya aku minta maaf
bagi aku
mengalah tak bererti kalah
tpai aku still ada respect pada dia

tapi die terus melepaskan kata-kata untuk sakitkan hati aku
aku tahu die rasakan diri die bagus
takpelah

andai aku nak sambung study lagi pasni
theres a big no no to a person like her

and jika ditakdirkan aku jadi pendidik satu masa ni
aku nak jadi pendidik yang baik
yang mengambil berat perihal student aku

sesungguhnya, menjumpai pensyarah seperti dia
betul-betul menguji kesabaran aku
hingga aku rasa
aku tak sanggup berdepan dengan dia lagi seumur hidup aku........

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku....

Friday, December 5, 2008

my favourite wedding pic


entah nape suke sangat gambar ni.. hehe..


anyway,
selamat hari raya
buat semua kawan2 blogger sekalian

malam ni aku akan balik jb
yg bestnye hubby aku cuti seminggu
maka secara tak langsung
aku juga seminggu di kampung
hip hip hooray!!!

maaf zahir batin
buat semua
hati2 memandu
pastikan kereta sudah di servis
pastikan anda segar untuk memandu jauh

ingat insan tersayang
baca doa sebelum memulakan perjalanan
jgn seronok2 sgt...

yg banjir tu
sabar la ye
dugaan kita di bumi Allah..

muahss...

Tuesday, December 2, 2008

update pic kawen.. =))

jenuh nak update, size besar sgt
tak sempat nak resize
hehe
anyway... dapat jugak update untuk tatapan korang
enjoice!!
pic merangkumi keseluruhan majlis perkahwinan ku
nikah, malam berinai, sanding & potong kek


href="http://2.bp.blogspot.com/_bgmHrmHRPOM/STTw6YsiHXI/AAAAAAAAAn4/ZM6GdM-xHgs/s1600-h/DSC_7087.jpg">


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...