Sunday, August 16, 2009

hujung minggu. ikan bakar. Hujan

hujung minggu yang indah.
makan ikan bakar bersama suami.
bukanlah di tepi laut, di resort atau sebagainya.
bakar ikan di dapur shj, itu pun ikan cencaru.

kalaulah ikan pari, pasti lebih syiook...

aku: abg, kalau ikan pari lagi sedap tau.
abg: taklah, abg tak suke ikan eksotik2 ni.

aku: whateverrr syg...


maka, itulah punca terpaksa tak makan ikan pari..
seumur hidupkah???

ikan bakar dan air asam bersama ulam2an
yg penting nasi panas...
makan suasana hujan pulak tu...
nasib baik belum puasa
kalau tak ramai yg..... yg ape ek?

sabtu malam
aku layan cerita ayat2 cinta kat tv3
ini kali ke 3 aku tgk muvi ni
personally, cerita yg sgt menarik...
aku suke penghayatan Islam yg cuba disampaikan..

paling aku suke
part cellmate si fahri (hero) tu...
masa die cakap tentang Nabi Allah Yusuf...
sedih sgt...
sejenak aku kagum dgn kehebatan dan tahap kesabaran baginda..
sebenarnya, banyak part yg menyentuh emosi..
tahniah pada pengarah filem...

aku skrg da mule pakai mask kalau ke tempat ramai org
memandangkan makin bertambah org yg mati sebab virus pig ini
maka aku pun dengan tak segan silu mule pakai

tapi entah kenapa
bile pakai rasa macam diperhatikan
kelihatan macam pakar bedah ke?
atau
macam alien?
siap ada budak yg berbisik pada ayahnya
'kenapa org tu pakai macam tu?'
lain kali tanya la pelan sikit ye dik..

ternyata di tempat aku ni hanya 1% org yang mule sedar..
yang lain mungkin separuh sedar..
atau sedar tapi hanya ketika menonton kisah mangsa virus yg bertambah..
mungkin juga sepenuhnya sedar
tapi tak mampu beli mask sebab harganya dikatakan mahal..
mahal ke? entah. kami dapat free. byk pulak tu..
tp bukankah nyawa tidak boleh jadi taruhan?


tapi sebenarnya hairan..
membawa anak kecil
baby kecil...
yang masih belum sampai 6 bulan usianya...

tak takut ke anak2 sakit??
takde kesedaran kah rakyat malaysia
(no offense..)

tepuk dada tanya selera..

lagi 5 hari nak puasa..
yeay!!

3 comments:

ninaNoreennoer said...

ayat ayat cinta mmg best sgt
so touched!

Mohd Hafizd said...

hihi..pjng betol karangan nih..

bulan posa wajib mkn papadom n telur masin mmase berbuka n brsahur~ hihi

slamat menyambut ramadhan~

intan zura said...

nina: agreed

mhafizd: ye, sungguh penat mengarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...