Saturday, August 15, 2009

pelangi....

Aku menonton nur kasih tadi
Salah satu siaran yang kini menjadi kemestian di malam hujung minggu
Tidaklah begitu mesti, tapi boleh kata favourite.
Setiap kali menonton pun, mesti sedih.
Entah kenapa, wujud rasa sedih, mungkin kerana dapat menyelami perasaan suami yg sudah berubah tapi perubahannya belum dapat diterima

Cerita itu sgt indah.. pasti kesudahan cerita ini juga indah. Itu harapan aku.

Aku menonton siaran ulangan semanis kurma siang tadi.
Dugaan tanpa zuriat. Itu tajuknya.

Aku masih kuat. At least for now. Bahang perkahwinan 10 bulan yang lalu masih terasa. Keindahan bersama suami tercinta masih membahagiakan. bunyi kompang di majlis perkahwinan ku juga masih jelas. Tapi ingin zuriat, itu pasti.

Aku akan terus berdoa, aku takkan putus asa. Kerana aku yakin Allah maha mendengar.

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari dimana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi...

Mungkin ini yang sedang aku lalui. Dugaan demi dugaan. Aku pasti akan menanti pelangi itu.

Suami tgh tido. Merajuk. Merajuk pada si isteri. Kenapa? Tak perlulah cerita. Privasi.
Pagi esok bangun tido, dia lupalah tu.

Suami yang manja begitulah gayanya.

Sebenarnya sudah lewat malam. Sudah pukul 12.50 tghmalam.
Mengantuk juga, tapi malas rasanya nak tido. Malas?

Tgh layan melodi kat tv3. weekend aritu tak tgk.. tak ingat g mana...

Leher lenguh. Nak tido rasenya.

Nanti kang pagi esok, tak bangun lak nak wat breakfast. Nak kejut hubby bangun solat subuh.

Sering mengeluh dengan dugaan hidup,berdosakah aku?... sebenar-benarnya terlalu banyak lagi nikmat hidup yg tak disyukuri.
Mungkin aku terlalu alpa.

Terima kasih ya Allah.
Dengan nikmat hidup.
Nikmat bahagia.
Nikmat sihat.
Nikmat waras akal dan fikiran.

Better tido.
Teeeet…

4 comments:

Mohd Hafizd said...

semoga tercapai hajat~ amin

Anonymous said...

insyaallah nanti pelangi itu muncul dear...

intan zura said...

mhafizd: amin.. TQ

ano..: thanx alot

Mrs. Wifey said...

sabarlah dear..
dan yg penting usaha dan doa..
selebihnya serahkan pada Allah.
Dia lebih tau apa yg terbaik utk kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...