Tuesday, August 18, 2009

selamat pengantin baru

tajuk yg tiada kaitan.
(ada sebenarnya, di hujung nanti...)

semalam takleh tido.
lama dok bergolek atas katil.
mungkin sebab sebelum tido suke fikir banyak perkara.
banyak juga yg dikarangkan nak tulis dalam blog.
tapi depan blog, sume lupe.

apetah lagi, komputer ni wat hal.
hilang sume bookmarks.
dahla puluhan web, blog fav ade kat bookmarks.
tak tahu mane nak mula nak start balik.
bile dah jumpe web itu, tak bleh pulak nak bookmarks semula.
hopefully temporary punye problem jela ni..

hujung minggu ni start puasa.
bestnye...
kali pertama puasa sebagai isteri...
kali pertama puasa dgn org lain dalam hidup
bile dah besar nilah
means, sebelum ni dok kat u..
sahur pun mcm main2 je...
buke pun simple je
tak nikmat macam ngan family....

oh ye...
kami nak bela kucing...
tapi kucing lum ada lagi...
sebenarnya mmg dah lama niat..
dari sebelum kawin lagi mmg hubby ckp nak bela kucing...
so nanti kalau ade anak, anak pun jadi penyayang..
insyaAllah ada rezeki nak ambik kat kawan hubby
jgnlah tibe2 die bagi kat org lain sudah..
(simpan utk kami ye encik cher)

banyak faedah bela kucing..
walaupun kene korban sedikit masa,
mungkin some people tak suke kucing
tapi aku suke
salah satu makhluk Allah yang comel dan manja...

Mari kita lihat beberapa fakta:

1. Nabi SAW sangat sayang pada kucing. Sehinggakan, pernah suatu ketika nabi SAW mendapati seekor kucing sedang nyenyak tidur diatas pakaiannya. Sedangkan pada waktu itu, nabi hendak menyarung pakaian tersebut. Kerana tak mahu ganggu tidur kucing itu, nabi sanggup gunting pakaiannya dan tinggalkan bahagian tempat kucing itu tidur tidak berusik.

2. Bila berbicara tentang pulangan (hasil) yang kita dapat dari melakukan sesuatu, kita seharusnya bukan hanya berkira-kira di dunia sahaja. Sebaliknya, jangan lupa saham kita diakhirat kelak. Memang bela kucing, tak banyak hasil didunia- tak dapat makan, tak dapat susu dsb... Tapi diakhirat..siapa yang tahu? Ada satu cerita, mengenai seorang pelacur, yang dimasukkan oleh Allah SWT ke syurga hanya semata-mata kerana dia telah memberi minum pada seekor anjing. Manalah tahu kalau-kalau niat kita betul masa membela kucing, Allah terima perbuatan kita itu sebagai suatu ibadah.. besar manfaatnya tu.

3. Abu Hurairah, seorang sahabat nabi yang tersohor. Sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith nabi (5000 ++ hadith) adalah seorang pencinta kucing. Sehinggakan dia digelar dengan nama Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing, dek kerana banyaknya jumlah kucing yang dipeliharanya.

4. Selain saham akhirat, ada juga saham dunia sebenarnya membela kucing ni. Pakar-pakar psikologi berpendapat mempunyai binatang peliharaan akan mengurangkan tahap stress seseorang. Dalam suasana dunia hectic masa kini, manusia memerlukan sesuatu untuk merehatkan perasaan mereka. Membela binatang peliharaan dapat membantu. Jadi, itulah pulangan yang kita dapat dari membela kucing. Kita beri dia makan, dia bantu kita mengimbangi perasaan.

Wallahuallam...

note: tahniah utk ustaz itu dan si w kerana kawen... (cepat betul anda berdua kawen....) ibu saya sgt lah tidak gembira, tak pasti kenapa...

5 comments:

-| auM Chak |- said...

me'owww (gelaran manja dr hubby eimy.....sabar jelah)

kucen mmg tomey...
nk tau kucen nie la penjaga kita peneman d kala sunyi...
eimy dulu bela kucen...dah la tomey
telatah tu leh wat terhibur
mmg la memula nk train dier
agak sakit la...but hasilnya bila dia dah pandai
kita tak pyh suruh
dia tau mana nk pegi....huhuhu

intan zura said...

eimy: betul tu, tgk gelagat kucing boleh menghiburkan.. hilang stress belajar..

MiEzA said...

but... some people say... kucing ada sejenis virus yg leh wat pemiliknye tak dapat ank... tp tak tahula betul ke x... maybe bukan sume kucing... certain2 kucing kot... (just nk bg tahu jer)... info yg aku dapt nie pun dari somebody yg suke bela kucing... tp klu niat kite elok insyaallah takde apa2... aku doakan ko cepat2 menimang cahaya mata... amin...

MiEzA said...
This comment has been removed by the author.
intan zura said...

mieza: heard that... tapi insyaAllah... ramai je org bela kucing dapat baby kan.. thanx doakan.. muakss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...