Friday, October 2, 2009

aku dan dunia blog

bila ada kelapangan
aku suke menerjah blog ke blog
macam terjah melodi
bezanya rambut aku tak macam rambut abg nas
takdela, gurau je

tak sangka dunia blog ini sebenarnya fun
aku mula menulis blog tahun lepas
ketika aku jatuh hati pada satu blog milik seorg akak ni

dan mungkin sebenarnya, aku minat mendalam pada dunia penulisan
tidaklah indah atau menarik penulisanku
sekadar minat
malahan sering bercita-cita nak jadi novelis
boleh saja aku usaha kalau ada saluran
tapi tak tahu dimana nak disalurkan

jadi, menulis blog mungkin sedikit sebanyak adalah bentuk penulisan
bezanya ia agak ringkas
dan seperti blogku, ia adalah kisah peribadi
hidup ku dan dunia kelilingku

ada blog yg ada macam2 kisah
kadang2 baca blog org boleh buat kita terhibur
bole jugak kata, hilang sedikit stress
ada juga blog yg menyentuh perasaan..

ada ribuan mungkin jutaan blog utk kita pilih dan baca
ada sesetengah blog dunianya hampir sama dgn aku
ada juga tidak
asalkan penulisannya best
aku bole saja jadi follower

bagi yg tidak ada blog
mungkin boleh dikatakan
mereka tidak berapa faham
dengan nilai blog

mungkin ada yg berpendapat macam sia2
itu agakan ku saja
tapi pasti ada kalau tidak sedikit
yg berfikiran macam tu
kan?

ada jugak org kaya raya dgn blog
tidaklah sampai 'raya'
tapi dijadikan income sampingan
utk aku
income tu baru sikit sgt
tapi bolehla
sebab niat kita nak tulis blog
adalah berkongsi perasaan
tapi alang2 menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan...

mmg best bila kita menulis
ada ygbaca
apetah lagi ada yg sudi respon
rasa macam kita tidak keseorgn
over sgt ke?
tapi something like that la kan...

blog aku tidaklah istimewa
tapi selagi ada pengunjung
aku rasa hepi je..
dan setiap komen aku terima
aku akan terjah semula blog itu
tanda penghargaan..
barula semangat nak menulis...

bila kita luah perasaan kat blog
boleh kata hilang sikit beban....

tp cmnepun
hidup tetap ada privasi
ape yg patut kita kongsi
ape yg tidak
kita jgn kongsi...

bagi yg ada blog
mesti kalau tiap hari online
first thing nak tgk
adalah blog dia
dan blog2 favvy...
aku ada gak puluhan blog favvy
so mana yg update
harus aku terjah...

amik masa 2-3 minit je
nak baca blog org
pastu sambung keje kita balik
dan keje aku adalah
buat thesis master sampai siap
erkkk...

itulah coretan aku di hujung jumaat
tentang dunia blog pada diriku...

have a great weekend guys....
;)

12 comments:

Mohd Hafizd said...

hidddupp blog!!!! hehe

salam syawal plak~

ZARA 札拉 said...

hehehe~

setuju2!

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

terima kasih kerana sudi singgah di blog yanie...

blog....menerbitkan sebuah persahabatan...

^_^

Arjuna Qaseh said...

100% setuju!
blog is how i express my feeling!
in real world its hard to me,to show the true color of my feeling..
actually dah lama berblog..
but asyik delete n bina baru..
haha..

p/s:i luv to write also but dont have enough time to berangan segala..
but i noe the place to show up ur talent in writing
=)

ShalinzZ85 said...

setuju
blog ditulis adalah utk berkongsi apa apa masalah yang terbuku di dalam hati

LiNda said...

salam ziarah..

wahh.. awak memang benar memahami mengapa or perlunya ada blog.

Saya setuju dengan semua yang awak katakan . Masing-masing punyai pandangan and luahan tersendiri .

Semuanya dihujung jari kita. kann

en_me said...

hmmm.. ghiteww

intan izani said...

mhafizd: ;)

zara: ;)

yanie: betul jugeee

aqaseh: dimana wak???

intan izani said...

shalin: betul2...

linda: ye betul, sume di hujung jari je skrg ni

en_me: ;)

mizz saifa said...

setuju sangat.. if bukak tenet, blog la yg saifa terjah dulu.. hehe..

Biela Jailani said...

saya pun setuju

teruskan berblog

mizzyN said...

hari2 memang i cek my blog kecuali sabtu ahad je la. anyway slmt berblog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...