Tuesday, December 15, 2009

aku dia dan kamera


cerpen ini aku buat sempena contest Oh! Dawie
tiada kaitan yang hidup mahupun mati
gambar-gambar aku google
kalau terambil dari pihak kalian
harap maaf la ye..
menang kalah belakang kira..
yang penting kalian terhibur..



Aku... Dia & Kamera

Saat itu masih jelas di fikiranku.. sudah lebih setahun berlalu, namun ingatan dan segala kenangan masih terpahat utuh di kotak ingatanku...
7 januari 2008, aku menerima sebuah bungkusan yang indah dibaluti kertas ungu... di atas balutan itu tertera sekeping kad kecil yang tertulis;


Mohd Qardhawi, 
selamat hari lahir ke 20
ikhlas, 
si gadis utara

Aku sedikit terkesima..

Hari lahir bagi seorang lelaki seperti aku hanyalah seperti hari-hari biasa. Jarang sekali aku menyambut hari lahirku dengan kek mahupun hadiah. Apatah lagi majlis yang gilang gemilang. Aku cukup simple,aku hanya akan membeli sesuatu yang istimewa untuk diriku sebagai tanda penambahan usia. Bagiku; itu cukup untuk kenangan peribadi. Ucapan rakan-rakan juga ahli keluarga terdekat lebih melengkapkan hari bersejarahku..

Namun kotak ungu di hadapan pintuku semalam sangat mengejutkan. Mungkinkah kawan-kawanku lelakiku cuba mempermainkan aku. tapi siapa? mungkin Apai, Janggut, Lah?
Perlahan-lahan aku membuka kotak itu. . Takut juga jika isinya tidak seperti apa aku harapkan.
Namun........ di luar jangkaan, apa yang ada di dalam kotak itu seperti tidak aku percaya!



Sebuah kamera! Ya, sebuah kamera. Betapa terkejutnya aku! 'Betul ke ada yang nak bagi aku kamera ni? nampak baru dan cantik.. jika tak silap aku, kamera ini berharga ribuan ringgit..'

 *********************

Kamera itu aku tenung. Siapakah pengirim yang murah hati ni? Aku masih cuba mengingati kenalanku yang rapat denganku. Aku pernah mempunyai buah hati, Nurul Amani. Namun kini Amani sudah punya pengganti. dengar cerita mereka sudah pun bertunang. Ah, lupakan... mungkinkah rakan sekelasku, Akira, Aina, Izzah, Rabiatul, Ezzati,? Tidak mungkin. Aku terlalu rapat dengan mereka. Untuk apa mereka memberikan hadiah ini secara rahsia. Mungkinkah mereka sedang mempermainkanku? Atau mungkinkah seorang secret admirer yang tidak ku kenali? Ah, terlalu banyak persoalan berselang seli dengan kemungkinan...

********************


Sebulan berlalu..... Persoalan dan teka teki yang dulunya kerap bermain di fikiranku mula menghilang. Aku sudah hilang petunjuk untuk mencari pengirim hadiah istimewa itu.... Sehinggalah .....................

pada satu hari di dalam kelas, aku melihat rakan perempuanku, Nadia sedang memegang kamera yang sama dengan hadiah misteri yang aku terima itu, lalu

Aku    : Nadia, lawa kamera, bile beli?
Nadia : Baru je, haritu teman Zara beli.. aku pun berminat nak beli.
Aku   : Zara beli? bile dia beli?
Nadia: Lama dah jugak, bulan lepas. katanya nak bagi hadiah birthday seseorang.

Aku mula rasa tak kena. Adakah Zara pemberi misteri itu? Mungkinkah gadis secantik zara meminati ku? Tidak mungkin! Dulu pernah juga aku mengangankan untuk mendekatinya , namun kau lupakan niat bila dapat tahu terlalu ramai menyukai dia. Maklumlah, dia cantik, sopan, manis bertudung.

Aku    : Nad, kau tahu Zara bagi pada siapa hadiah tu?
Nadia: Tak pula, kenapa kau ni? kau cemburu?
Aku   : Tak la.. kau nampak dia balut hadiah tu?
Nadia: Nampak.. kenapa kau ni?
Aku   : Aku sekadar tanya je. dia balut pakai warna apa?
Nadia: Lupe pula aku, mungkin purple. Zara kan suka warna purple.

Kali ini aku terdiam. Sah! tidak syak lagi. hadiah itu dtg dari Zara.

Aku    : Nadia, zara orang mana ye? aku lupa la
Nadia: Kau nak mengurat dia ke?
Aku  : Alah, tanya pun salah ke
Nadia: Dia orang Penang. tu yg dia cantik. hidung mancung. anak mami. 
Aku  : Oh, aku ingat dia orang arab.....


Aku yakin. Gadis utara itu adalah Zara. Jika benar Zara, aku adalah lelaki paling bertuah diminati gadis secantiknya. Aku akan berdepan dengan Zara. Aku akan minta dia berterus-terang.


Zara

Beberapa hari selepas itu, aku berjumpa Zara. Aku aturkan pertemuan di kafe di kolejku. Mujur Zara tidak menolak. Dan tepat telahanku, pengirim hadiah misteri itu adalah Zara. Zara sendiri mengakuinya itupun selepas aku bertalu-talu bertanya.

Aku : Terima kasih Zara. tapi kenapa Zara bagi hadiah mahal kat Dawie?
Dia : Tak lah mahal sangat, Zara ada kamera lain dah. Zara dengar Dawie suka ambil gambar.
Aku: Terima kasih banyak-banyak Zara. First time Dawie dapat hadiah mahal macam ni...

 *****************

Sejak detik itu aku mula rapat dengan Zara. Baru ku tahu rupa-rupanya dia meminatiku kerana mendapat tahu minat kami dalam dunia IT adalah sama. Bahkan cita-cita kami untuk menjadi pereka laman web juga sama.

Itulah kisah aku.. dia & kamera. Sehingga kini kamera itu masih lagi menjadi kenangan paling indah buat aku dan Zara....

Tamat.

12 comments:

ezzati said...

ini kisah spe yek..bestnye kalo ada org bg sy camera mhl..nama ezzati pon ada..hehe

intan izani said...

zati,
takde kisah sape2
intan reka je utk contest tu

zaza said...

waaa terer la kak intan nie..
xlama lg boleh karang novel tuh...
hehehe....

intan izani said...

zaza,
ada2 je zaza ni
anyway thanx sudi bace
;)

MamaCira said...

wah.. besh².. ada masa terluang buatlah novel.. boleh masyuk gak.. moge berjaya pada contest tu k ;)

oh!dawie said...

Yey...dh leh komen kt sini...hehe.Mmg bestla..xtau nk ckp pe lg..sume yg join kebanyakkan boleh menulis ngan baik..smpai pening utk pilih pemenang nnti..haha

shahdiana said...

yana dulu masa sekolah pun minat tulis cerpen ni..nama pena EDRIZA ILYANI..hihihi..
intan try la submit kat paper @ syarikat novel tu..mana tau ada luck..sok2 boley jadik novelis pulak..apapun yana sokong intan..

en_me said...

jeliterrnyerrr..

intan izani said...

mamacira,
teringin jugak
tapi taktau mampu ke tak
heheh

intan izani said...

dawie,
takpe2
pilih yg terbaik buat hang

intan izani said...

yana,
mekaseh ye
tgk nanti
tak tau mampu ke tak perah idea

intan izani said...

enme,
org cakap pasal citer
ko lak cakap psal gambar eh
ish3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...