Tuesday, December 15, 2009

Jusco Melaka Meletup






hairan jugak ye
kalau dulu tempat shopping di mall
adalah tempat yang kita rasakan selamat
sebab public
kalau rasa tak selamat pun sebab pencopet
tapi dalam 2 minggu ni
kita dgr dua kisah yg mengerikan
berlaku di mall berbeza
adakah ini amaran Allah bagi kita yang sering lupa?
atau sekadar kebetulan
wallahualam..
 moga kita dijauhkan dari perkara-perkara begini

aku tahu berita ini paling awal dari rakan blogku> suki
malam tadi pun ada kuar kat berita
tajuk utama pulak tu...

berita lebih lanjut...

MELAKA - Seorang penyelia restoran, Tiau See Peing, 25, maut manakala 16 cedera apabila medan selera di tingkat bawah pusat beli-belah Jusco di Jalan Panglima Awang di sini yang dijadual beroperasi Khamis ini meletup.
Daripada kesemua mangsa yang cedera, tujuh cedera parah dengan tiga berada dalam keadaan kritikal.
Mereka yang kritikal ialah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32, dan Ooi Kok On, 33.
Semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Melaka (HM).
Mangsa yang terkorban dan cedera merupakan antara kira-kira 20 orang yang sedang melakukan kerja-kerja terakhir di medan selera bangunan dua tingkat itu.
Letupan yang memecahkan dinding kaca dan turut mengeluarkan api itu telah menyebabkan serpihan kaca yang berterbangan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, letupan pada pukul 12.50 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di sebuah restoran yang bakal dibuka di pusat beli-belah itu.

sumber: kosmo online

24 comments:

zella said...

mlm td ade tgk berita psl cite ni...
byk kejadian2 yg mengejutkan kebelakangan ini...

intan izani said...

zella,
betul tu
benda2 yg di luar jangkaan kita

~@k1 is @utuMn!~ said...

macam mne boleh meletop??
masyaALLAH~

LORD ZARA 札拉 said...

itulah pasal~
kawan zara dah ajak pergi time launching~

~0~ said...

bahaya di mana2...

intan izani said...

aki,
ada gas yg bocor
seb baik sorg je mati
tapi still kesian kat dia

intan izani said...

zara,
bile pulak agaknye nak launch kan?

intan izani said...

~0~,
betul3..

zack zukhairi said...

nak shopping pon takut2 da skang ni. hakhak.

Aidi-Safuan said...

okay taknak pegi jusco lagi dah

cik ian@aH Lian~ said...

jusco baru ker?

..nOj.. said...

aiseh... mcm2 hal yg pelik2 terjadik skang ni kang... hati2 la kawan2 blogger ku sekalian walau ke mane pun kaki korg melangkah... isshh ishshh

Farhana said...

Aisey.. Yeke? Kesian daku baru tahu.. Belum nak bukak lagi dah ade ssuatu berlaku.. Hmmmm.. Malang ade di mane2 aje..

aried said...

hm... same kat kb mall lor.. kete jatuh dari tgkt atas..adei... mcam2 le... mlang xberbau..

shahdiana said...

memanglah..sekarang ni boleh kata tade tempat yang selamat..dekat rumah pun kadang tak selamat jugak..macam2 hal berlaku..mungkin jugak petanda2 daripada Allah untuk kita bukak mata...

Mohd Hafizd said...

kene avoid shopping complex ler lpas nih..slpas Kb mall & AEON JJ nihh

intan izani said...

zack,
tulah pasal...

intan izani said...

aidi,
tapi sampai bile?
lambat laun mesti g gak kan
jgn pergi jusco melaka tu jela
scarrry

intan izani said...

cik ian,
haah jusco baru,
dgrnye yg terbesar kat melaka

intan izani said...

noj,
betul2
ingat Allah selalu
maut dimana2

intan izani said...

farhana,
betul tu

intan izani said...

aried,
betul la
kb mall tu lagi scary

intan izani said...

shahdiana,
kalau bukan kecelakaan
pembunuh lak
peragut la
mcm2

intan izani said...

hafizd,
tak leh nak avoid la
nak shopping mana lak nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...