Monday, December 7, 2009

kb mall runtuh



terkejut aku tgk berita malam tadi
kisah sebuah kereta yg rosak
sdang cuba dihidupkan oleh pemnadu
dan few lain yg tolong;
terjunam ke dalam kb mall

kebetulan 3 student kolej
tgh berada di escalator
2 maut
satu cedera parah
alahai...
malang sungguh tidak berbau
siapa sangka boleh maut
kat dalam sebuah mall
dihentam dgn kereta pulak tu

kat berita tunjuk mayat yg masa tu masih terbaring
berlumuran darah
seriau aku..
sungguh sadis

semoga keluarga mangsa tabah
takziah~

cerita lebih lanjut





Dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas di dalam pusat beli-belah KB Mall, di sini hari ini.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang ini ialah Siti Nur Amira Shamsuddin, 19, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 18, yang berasal dari negeri ini.
Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.
Turut parah ialah pemandu kereta berkenaan, Norain Said, 19.
Kejadian itu menggemparkan beratus-ratus pengunjung dan pekerja di pusat beli-belah tersebut dengan kebanyakan daripada mereka bertempiaran lari dalam keadaan kelam kabut.
Keadaan itu menyebabkan bunyi dentuman yang kuat, seolah-olah bumbung bangunan tersebut sedang runtuh sejurus kereta berkenaan terjatuh dari ketinggian dianggarkan 50 meter bersama ketulan batu dan serpihan kaca bertaburan.
Pihak pengurusan kemudiannya bertindak mengarahkan kesemua mereka yang berada di dalam premis itu supaya keluar dan menutup pusat beli-belah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan semasa berada di kawasan letak kereta tidak berbumbung di atas bangunan itu.
“Sebelum kejadian, kereta itu dinaiki oleh tiga orang iaitu dua perempuan dan seorang lelaki tetapi tiba-tiba mengalami kerosakan,” ujarnya.
Katanya, lelaki itu yang dikenali sebagai Sabri kemudian menolak kereta itu yang dikawal oleh Nurain, 19, di dalam kereta manakala adiknya, Nurul Atikah, 17, pula hanya memerhati dari luar.
Menurut beliau, bagaimanapun enjin kereta itu dikatakan berfungsi tiba-tiba serta meluncur laju lalu merempuh dinding yang menempatkan sistem pengudaraan bangunan berbumbung dan terjunam.
Tambahnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.
Sementara itu, seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan, Ismail Mamat, 50, memberitahu, dia tergamam mendengar dentuman yang kuat disusuli dengan gegaran.
“Saya begitu takut lalu berlari keluar daripada bangunan itu. Saya diberitahu kemudiannya ada kereta terjatuh dari tingkat atas dan syukur saya selamat,” ujarnya.
Hazura Ariffin, 25, yang bekerja di medan selera kompleks tersebut, berkata, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut apabila tiba-tiba mendengar dentuman yang kuat dari tingkat atas.
Katanya, pengunjung mula panik dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.
“Apabila saya keluar dari medan selera, saya nampak kesan runtuhan, bila dongak ke atas nampak sebuah lubang besar dan di tingkat bawah ternampak sebuah kereta yang terjatuh,” katanya. -Utusan

Amira minta duit RM50 sebelum maut dihempap kereta Bapa salah seorang mangsa yang terbunuh kerana dihempap sebuah kereta di Pasaraya KB Mall di sini, berkata anaknya itu memberitahunya bahawa beliau sihat tetapi meminta memasukkan RM50 ke dalam akaunnya.
Samsudin Abd Rahman, 52, berkata, beliau tidak menyangka itulah permintaan terakhir anak ketiga daripada enam beradik, Siti Nur Amira, 19, sebelum meninggal dunia dalam kejadian di mana sebuah kereta jenis Ford Lser TX3 terjunam dari tempat parkir tingkat tiga pasar raya itu dan menghempap mangsa.
“Kali terakhir saya bertemu dengan dia pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Semalam tiga kali saya menelefon dia untuk bertanya khabar.
“Tiada sebarang perubahan pada dia. Dia hanya memberitahu saya dia tidak mempunyai wang dan meminta saya memasukkan wang sebanyak RM50, itu sahaja.” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, malam ini.
Mangsa yang berasal dari Felda Chiku, Gua Musang, pelajar tahun satu, semester tiga di sebuah kolej perubatan Masterskill di sini meninggal dunia di tempat kejadian itu.
Samsudin berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah mendapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan kolej kira-kira pukul 5.30 petang tadi sebelum beliau dan keluarga bergegas ke HRPZII. – BERNAMA

sumber:
redxone
 pinkturtle

15 comments:

BULLET said...

mmg sadia la tengok biter ni semalam...sian kat bebudak yang mati tu...xpasal2 je...

~0~ said...

tergamam ngan kejadian begini...

LORD ZARA 札拉 said...

takziah dan semoga roh mereka dicucuri Allah~

intan izani said...

bullet,
betul2 sedih kan

intan izani said...

~O~,
tulah
dah takdir Allah
bua mereka

intan izani said...

zara,
amin...

en_me said...

sodeyyy kannns..

intan izani said...

enme,
mmg sedey
huhu

DRosmieyatie said...

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

intan izani said...

drosmieyatie,
betul tu..

syaf said...

oo kat berite semalm..aku ade tgok
ngeri siot...rase nyer ni 1st time aku tgok berlaku kat malaysie
seyes ngeri...sian pade arwah...al-fatihah

~@k1 is @utuMn!~ said...

xtgk pn brita mlm td..
paper pon x bce..
thx info sis...
takziah pd yg malang..
teruk btl.. sgt tragik kejadian ni...

intan izani said...

syaf,
mmg ngeri kan
alfatihah~

intan izani said...

aki,
mmg tragik
mati ketika di mall
sape sangka
takdir Allah~

Zat said...

bahaya tul, pelik dan heran

:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...