Wednesday, December 9, 2009

lawak petang- malas

ada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

9 comments:

Aidi-Safuan said...

hah....kejam budak tuh!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

hahaha

Fid a.k.a Unrez said...

mmg malas la nk coment...

intan izani said...

aidi safuan,
hiks..

intan izani said...

sitie,
sambung gelak
hahaha

intan izani said...

fid,
mmg sah pemalas
;)

Rash said...

hwahwahuhuhu
mmg lawaks budak tuh

intan izani said...

rash,
haah
nak cite pun malas
mmg sah pemalas

sukiminna said...

yea..thumbs up untuk dak kecik too..woot2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...