Saturday, December 12, 2009

pengantin maut selepas 4 jam nikah



takziah buat keluarga mangsa
tak dpt aku bygkan
bagaimana perasaan si isteri
tak sempat memadu kasih bersama suami
baru menikmati gelaran isteri
sudah kehilangan suami tercinta
hebatnya dugaan buat beliau
pasti Allah benar2 menyayangi si isteri itu....

berita lebih lanjut....

PADANG BESAR 11 Dis. – Ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Itu hakikat yang berlaku kepada seorang pengantin lelaki, Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas empat jam bernikah.

Dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar itu, turut terbunuh ialah bapanya Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar, Mohd. Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd. Ariff.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Ab. Kadir yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Melati Indah, Kangar, selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Anak Bukit, Kedah.

Bagaimanapun semasa melalui jalan tersebut, tayar kereta berkenaan dipercayai tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kereta itu lalu bertembung dengan sebuah bas pelancong membawa 27 penumpang sehingga terperosok ke bahagian bawah bas.

Akibat kejadian itu, Apsah yang duduk di sebelah Ab. Kadir, manakala, Mohd. Farhan serta Mohd. Ariff di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian.

Berikutan itu, polis terpaksa menggunakan khidmat pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan keempat-empat mayat yang tersepit.

Setelah mengetahui kecelakaan itu, pengantin perempuan, Teh Afifah Syahirah, 23, bersama keluarganya bergegas ke bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Mereka bagaimanapun enggan bertemu pemberita.

Difahamkan, kenduri perkahwinan di rumah Ab. Kadir yang bertugas sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini, bagi menyambut menantu akan diadakan di Taman Melati Indah, pada Ahad ini.

Mohd. Ariff, jurutera muda yang baru pulang belajar dari luar negara akan melaporkan diri sebagai pensyarah pengajian kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, di sini, pada 16 Disember ini.

Mohd. Farhan pula adalah anak kepada seorang anggota polis, Koperal Musa Awang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.

Musa ketika ditemui di HTF menyatakan, urusan pengebumian anaknya itu akan dibuat malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri di sini.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri sanak saudara, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah, 23, turut dibatalkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana kereta yang dipandu oleh Ab. Kadir boleh memasuki lorong bertentangan.

utusan

37 comments:

~pendekgemukbertompok.~ said...

sedihnyaa baca berita ni..takziah buat isterinya..

xoxo
pja

Rabiatul Adawiyah said...

takziah kepada pengantin perempuan tu kan.. dugaan hidup dia sngat mencabar.. kalau saya dah gila dah kot.. wallahualam..

black_mel said...

takziah jugak..tp dh takdir...nak buat mcm mana...jodoh tak panjang..

intan izani said...

pja,
sian kan
dah takdir buat mereka

intan izani said...

rabiatul,
tulah pasal
kene kuat hadapi dugaan mcm tu kan

intan izani said...

black mel
betul tu
takat itu je jodoh mereka

ezzati said...

memang sedih..tak dapat imagine kalo kena pada diri sendiri..takziah pada keluarga beliau

sue said...

aa...ajal maut di tgn tuhan. kite merancang tapi Allah sebaik2 perancang kan...Innalillahiwainnailahirajiuun

Yeyen said...

huk, sgt sedih. tadi pon tgk dekat berita, majlis tetap diteruskan tapi tukar jadik majlis tahlil..sgt sedih.

takziah..

intan izani said...

zati,
mmg tak dpt imangine..
sedih sungguh

Cik Wanie said...

masa nie wanie pun ada kat perlis,
tapi wanie kat kuala perlis,
bila pagi td dgr diorg dok bualkan pasal nie,
wanie terus jadi blur,
sbb wanie paling x blh dgr pasal eksiden nie,
wanie jadi fobia,

apapun mmg sedey bila baca kisah mereka,
apapun al-fatihah buat mangsa kemalangan...
ALLAH lebih menyayangi mereka...

intan izani said...

sue,
innalillah...

intan izani said...

yeyen,
tulah segala pelamin baju
hanya jadi kenangan
tak sempat bersanding
sedey betul kan

intan izani said...

cikwanie,
intan pun sama
bab eksiden mati ni
aduii
mmg tak dpt bygkan jadi kat kita...

LORD ZARA 札拉 said...

memang sedih sungguh~
tak bleh bayang~

ShalinzZ85 said...

ish..inalillah...sedih sungguh.tak leh shalin nak bayangkan mcm mana perasaan isteri allyarham tue..

intan izani said...

zara,
betul
mmg sedey sungguh

intan izani said...

shalin,
hanya Allah je tahu perasaan dia

generasi clan said...

inahlilah... jom sedekahkan alfatihah

Shaifful Hairi b Ramli said...

aku kalau dengar citer sebegini mmg terasa sedey sangat2. cmner lah nanti si Isteri nak hadapi..dengan trauma yg cukup mendalam..parut sampai ke mati tuu....salam Takziah moga tabah menghadapinyer.

sukiminna said...

kesiannya..ajal maut di tangan tuhan..

ucapan takziah buat keluarga yang terlibat..moga roh arwah diberkati
alfatihah

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

dr Dia kita dtg kepada Dia kita kembali..

intan izani said...

generasi,
al-fatihah....

Dak Wan said...

Lenkali kena cek dulu tayar keter sebelum bergerak. Anyway, ucapan takziah dan doa agar rohnya dicucuri rahmat.

intan izani said...

shaifful,
sama lah kita
tak dpt bygkan suami mati masa inai masih pekatdi jari...

intan izani said...

suki,
mmg sgt kesian
speechless dgr berita ni..

intan izani said...

hajah,
haah
moga dia ditempatkan di kalangan org beriman

Eryati said...

takziah wat keluarga mangsa...ciannya...huhu...tak tau nak kata apa..

intan izani said...

eryati,
kesian kan
sudah ketentuan Allah buat mereka

~@k1 is @utuMn!~ said...

aki tgk brita ni.. merah saga lg inai kt tgn isteri.. subhanaALLAH... sayu hati.. moga kluarga mereka tabah~

akira sendoh said...

kesian btl..hopefully keluarga mangsa n isteri dia tbh..

Al-fatihah

intan izani said...

aki,
tulah
inai pun pekat lagi
sedey tul

intan izani said...

akira,
mudah2an begitu kan
alfatihah..

~simple~ said...

salam kak...
yg meninggal tu (pengantin lelaki)
kwn adik sy...sy br tau tu kwn dia semlm..(ahd, 13dis)

intan izani said...

naf,
yeke
belajar tempat sama ke
sian kan
dah nikah 4 jam
pastu meninggal
sempat jugak jadi suami org 4 jam

~simple~ said...

xsure plak sy..rs2 sm blaja kt mara banting dlu..

kamilla said...

khas to ; DAK WAN. .

aq nak abaq nei. .sebenaqnya tayar kereta tue baru ja tukaq, bunga dia pon masih elok g. .malah tayar yg x rosak tue pon boleh digunakan lagi. . enjin pon sama. .semuanya ok. . kemalagan yg berlaku tue pon disebabkan oleh kehendak Yang Berkuasa. . bukannya kecuaian allahyarham.. so jangan lah kata benda yg kita x tau. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...