Saturday, December 26, 2009

Sani Ekspres terbabas di highway-10 Maut




sedihnya tgk berita tadi
10 org mati bas sani terseret divider tgh highway
siap ada yg putus kepala
ish dasyat
semuanya sebab kelalaian pemandu terlelap
beberapa saat...
lebih sadis tgk para keluarga melihat jenazah
moga keluarga mangsa tabah terima kenyataan

berita lebih lanjut ...

IPOH, 26 Dis (Bernama) -- Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata 12 mangsa itu merupakan penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Wan Abdullah berkata mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Siti Munira pula telah menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229, PLUS, di Bukit Gantang dekat Taiping.

-- BERNAMA

24 comments:

adaNiff said...

Sedihnya ramai yg terkorban.

Kadang-kadang takut nak naik
pengangkutan awam sbb bnyk kes kelalaian pemandu camni.

Abah Ada pun pernah eksiden dlm bas. 2 orang terbunuh.

Tapi ajal maut tetap di tangan DIA..

adaNiff said...

Al-Fatihah.

izzahfarhana said...

adoi.teringat izzah suke nek dabel decker.seramnyee.Al fatihah

Fathiha Zainal said...

Innalillah.
Dasyat sungguh~

Terigt lak satu waktu dulu beria nk nek bas 2decker n nk duk bhgn bwh. Huk2! Ngerinya...

HAZWAN17 said...

al-fatihah....
setiap yg hidup pasti akan menemui mati

YuSeNzE - KniGhT said...

KULLUNAFSIN ZHA I'KATULMAUT...

aisha wUtevA!! said...

huks, tiap kali musim cuti, perayaan mesti jadik cam nih. kesian kat family2 mangsa. sama2 kite sedkah kan al-fatihah...

Atiqah said...

Alfatihah..
wat org lagi fobia nk naik bas..

sukiminna said...

MasyaAllah.makin byk pulak eksiden nak tahun baru ni
Alfatihah buat mangsa-mangsa

♥ juhairah ♥ said...

nauzubillah.. jue lately suka sgt naik sani. lepas ni mcm pikir 4-5 kali.. haih..

sedih dgn kemalangan maut mcm ni.. ramai yg diragut nyawanya..

intan izani said...

Ada,
ish dahsyat jugak abah ada pernah experience benda ni...

al fatihah utk mereka2..

intan izani said...

izzah,
akak pernah 2 kali merasa
skrg tak pernah dah..

intan izani said...

fathiha,
ngeri kan...

intan izani said...

hazwan..
betul tu
alfatihah utk mangsa...

intan izani said...

yusenzu,
ajal maut di tgn Allah...

intan izani said...

aisha,
tulah sedih
adik beradik dua meninggal tu
sian abg baru je kawen
huhu

intan izani said...

atiqah,
mmg fobia sgt..

intan izani said...

suki,
pemandu lalai
org lain jad mangsa...
sudah ajal kan...

intan izani said...

jue,
sebenarnye
tak kira bas ape pun
janji pemandu tu yg penting...

ezany said...

hmm.. sedihnya baca berita ni.. hny mampu sedekahkan al-fatihah..

Ram Z said...

waaaa...takut2...aku nak balik nek bas new year ni....seram seyh....ayah aku suh balik nek basikal...haru2...skrg ni asyik dpt 2 tingkat je....risau lak aku....

Al-Fatihah....

intan izani said...

ezany,
sedih kan
sedih lagi budak yg bakal tunang mati tu

intan izani said...

ram..
hati2 beb
insyaAllah
ingatlah ajal maut itu di tgn Allah
kan?

nn said...

tragedi2 mcm ni msti 26hb dis. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...