Friday, August 28, 2009

dua cerita.......


Ini dua cerita yang aku nak share dgn korang

Dua-dua aku dapat tahu semalam

In fact, it happened yesterday

First,


Semalam tghari ibu kol

Ibu cakap, salah seorg kawan baik kakak aku baru bersalin last month

Anak kedua

tapi sudah ditakdirkan Allah

sehari selepas anak itu lahir, dia pergi menyahut seruan Ilahi

sedih pulak dengar

sayu hati…..

mujur ada puteri sulung pengubat duka………

siapa sangka ujian sebegitu berat akan menimpa kita, atau org sekeliling kita

dulu, ibu pernah ada pengalaman sebegini

anak kedua ibu meninggal dunia ketika berusia beberapa bulan

katanya sawan…

kerana tak tahan sedih, ibu sanggup berhenti kerja

terlalu sedih

namun, apa yg ada di sebalik kejadian dan dugaan

hanya Dia yg tahu

di akhirat nanti pasti arwah Iqbal tolong ibu

kalau arwah masih hidup, usia sekarang ni dah 27 tahun

abg aku…..

takziah buat kak A di atas kehilangan zuriat kedua…

kesedihan itu pasti berlalu…..insyaAllah….

kisah kedua


lebih kurang pukul 10 malam tadi

kakak aku kol

kakyong: angah, ami eksiden

aku: terkedu few seconds

kakyong: angah, ami eksiden…

aku: ye ye, angah dgr ni.. katne.. teruk ke

kakyong: ayong pun tak pasti katne, ibu ngan ayah nak bawa die g klinik tu

bla bla bla………..


then, aku kol ibu aku

aku: ibu katne?

Ibu: ibu otw nak anta ami g klinik ni

Aku: teruk ke ami? Motor die?

Ibu: tgn die sakit, takut patah je, tu yg nak bawak g klinik, darah takde sgt, kat muke je sikit.

Motor teruk jugak bahagian depan

Aku: eksiden cmne?


Bla bla bla…………………..

Ok, ceritanya begini, lebih kurang

Adik aku balik malam tadi dari utm ke rumah kat ulu tiram

Memang dia ulang alik setiap hari

So masa bulan puasa ni, dia balik after terawih kat utm

After jatuh motor, adik aku kol ibu aku

Masa tu die masih sedar


ami: ibu, ami jatuh, langgar lembu

Ibu: kat mana, ketepi2, takut ada kenderaan


Then, few minutes later ada satu nombor naik kat hp mak aku

Org itu: makcik, anak makcik eksiden ni, saya dah sampai kat simpang ni..

Bla bla bla…..


Bile sampai rumah, org tu pun cerita kejadian itu

Diorg sebenarnya menuju ke jalan bertentangan

So isteri si driver itu, Nampak ada org eksiden

So diorg u turn balik tgk adik aku

Then, die mintak no fon mak aku

Mujur, adik aku ingat

Tanya alamat, adik aku tak ingat


Menurut org tu, diorg Nampak seekor lembu berlari menuju motor adik aku

Tak tahulah kan

Sebab malam, gelap

Diorg pun mesti silap pandang ke ape

Ok, stop pasal org itu


Mak aku pun tanya adik aku

Apa yg terjadi

Dia cakap dia tak ingat

Malam tadi, bawak g klinik

Tepi mata dia kene jahit

Sian adik aku, sedih…………

Tgn ok, just terseliuh sikit..


Doc Tanya beberapa soalan

Nama kakak?

Dia ingat

Nama pensyarah?

Dia tak ingat…

And few questions lagi


Pastu, doctor suruh g hospital scan kepala

Tapi doc cakap, its normal kalau someone tu terkejut sgt

Sampai hospital, adik aku masuk bilik doctor, lama

Then bile keluar, nurse just bagi few pills…


Mak aku Tanya adik aku

Doc scan ke kepala

Adik aku cakap tak ingat

So tak tahu scan ke tak

Apeke doc cakap

Bile sampai rumah, adik aku tgk motor dia


Ami: ibu, kenapa motor ami tu jadi macam tu?

Ibu: tadi kan mi eksiden, tu tgn ami sakit tu

Ami: ami eksiden kat mana? Tak ingat pun….


So mmg semuanya dia blur…

Dia tak berapa ingat….

Risau jugak, sudahlah die tgk sibuk siapkan projek tahun akhir

Tibe2 die lupe2 macam ni… tak pernah2 jadi mcm ni….

I knew its temporary, insyaAllah….

Henset die pun hilang, dahla baru pakai sebulan je

Sayang betul…

Around kul 2.30 malam tadi, ibu ngan kawan2 ayah 3 kereta

Pergi tempat kejadian nak cari barang2 ami yg tecicir

Unfortunately, henset sudah takde

Just casing je ade

So anggap jela takde rezeki

Siap ibu nak belanja adik aku henset baru nanti..

Enough.


So kerana berita itu, malam tadi aku tak dapat tido

Mula2 tunggu ibu cakap hasil scan

Then, tak bleh tido lagi

Bangun, main game pc jap

Kul 3.20 baru leh tido

4.20 lak bangun sahur

Tak masak ape2 extra pun

Just perangat2 je

Mmg ngantuk nak pengsan…..


Arini aku balik jb

Pas terawih malam ni insyaAllah

Dah tak sabar nak balik

Tgk keadaan adik laki aku tu

Dialah satu2nya adik aku

Dialah racun……..

Dialah penawar…….

Doakan adik aku pulih dan sehat ye

Terima kasih tidak terhingga kepada org yg membantu itu…

Will update next week…….

Thursday, August 27, 2009

haruan mkn anak...

pejam celik pejam celik
hari ni dah hari ke 6 puasa
bile dah makin dewasa ni
(malas nak ngaku tua ..hiks)
puasa pun dah macam tak rasa ape
tak tahu lah org lain

means, takde lah ternanti2 sgt nak makan besar
aku makan ala kadar je
beli kueh 2-3 jenis
pastu lauk pauk masak sendiri
tu pun 2-3 jenis lauk je
dah namanya makan berdua kan..

tapi tak tahulah hujung minggu ni
mungkin nafsu makan berlipat ganda
sebab...
aku nak balik jb esok..
yeay!!

tak sabar rasenya jumpe bonda dan ayahanda tercinta
adik, kakak, abg semualah...
cehh...
semangat sikit nak berbuka n makan2...
macam2 jenis kueh dah aku plan nak buat...
kalau ramai2,
aku semangat sikit nak buat kueh utk buka
dah ramai yg makan kan....

semalam aku beli bubur jagung kat pasar malam
nak buat malas pulak
nak makannye sikit je
so, oleh kerana kesedapan yg akak tu buat
maka arini macam nak beli lagi
ke nak buat sendiri ek....
tgklah kalau rajin...
bubur kalau nak sedap
masuk dalam peti
time dah sejuk baru makan
nikmat..... hehehehe

pagi tadi tgk kat tv
kesah bapak rogol anak
kalau tak silap aku
dah lama apak die merogol anak2 pempuan dia
siut betul....
haruan makan anak....
aku paling tak paham org macam ni
ada masalah mental agaknya.....
kalau dah anaknya ngandung
kan ke naya
anak die tu nanti nak panggil datuk ke ayah...
ha... jawab..jawab...

sampai ke situ aku pk..
apelah aku ni kan..... ;D

k lah, nak sambung wat keje...
later guys!

Wednesday, August 26, 2009

sebuk je kan....

bila belum kawen,
sibuk tanya, bila la anak dara ni nak kawen

bila dah kawen,
sibuk tanya, bila la nak beranak

bila dah beranak satu,
sibuk tanya, bila la anak kita tu nak dapat adik

bila anak dah besar,
sibuk tanya, bila la kita nak bermenantu

bila kita dah bermenantu,
sibuk tanya, bila la nak bercucu

bila kita dah bercucu,
sibuk tanya, bila la nak masuk kubur (heheh.. ni bukan sbrg org berani tanya)

sibuk je......

aku pun sama suke tanya org
hehe....

macam2 ragam manusia

salam semua
harini dah masuk hari ke 4 puasa

pagi tadi aku sahur nasi goreng
kul 4.20 bangun masak
berpagian menumbuk ikan bilis
dan memperangat ayam percik yg hubby masak masa buka

masa balik kerja semalam
semangat hubby nak masak ayam percik
siap tepon MIL aku minta resepi
senang je resepi dia
hubby buat kuah
aku lak bakar ayam
sekali sekala suami masa seronok jugak

oh ye, korang dah baca pasal pengakuan fasha sandha tu
terkezut gak aku
boleh pulak die mengaku sejujur tu

aku bukan apa
masa die cakap ally iskandar pernah lamar die few years ago
tak sangka lak aku
tak sangke yg ally ngan fasha ni mmg pernah ada something dulu
ingat gosip je
dan paling tak sangka
nape lah si ally punye taste tu si fasha

tapi aku mmg suke je tgk si fassha berlakon
even die punye attitude tu agak teruk
tapi time berlakon mmg die nampak cun
walau macamana pun wataknya

klik sini kalau nak baca tntag tu
ceh.. aku pagi2 puasa ni nak bergosip lak
kalau korang takut dosa nak mengutuk
jgn lah baca eh

saje je
dah takde modal nak diceritakan

kat paper ada cerita tntang pasangan yg ditangkap berzina waktu puasa ni kan
siap sorok bf dalam almari plastik
sudahlah tak puasa
bersama suami di siang hari pun tak boleh
inikan pulak tergamak buat ngan bf
giler ape.....

mcm2 pe'el manusia akhir zaman ni...
siang2 di ramadhan yg mulia ni
tapau makanan pun tak malu
kalaupun tak leh puasa
gastrik ke ape ke
tak leh ke masak je sendiri kat umah

takpelah, biarkan mereka
yg penting kita puasa
beramal
ingat Allah
moga iman di hati semakin teguh...

respect pada kartika yg nak kena sebat dan taknak buat rayuan
“Saya juga tidak mahu undang-undang yang termaktub dalam Islam dipandang serong dan diperkotak-katikkan”
Alhamdulillah....


Monday, August 24, 2009

emm.. apa menu buka ek?

tiba sudah ramadhan yang ke 3.
rasa cepat betul dah masuk hari ke 3..
suasana di kawasan penempatan rmahku ni
agak redup diselang seli dgn hujan

makanya, walaupun puasa tekak tak berapa terasa kering

oh ye, apa menu sahur pagi tadi?

pagi-pagi 4.20 bangun
masak nasi
pagi tadi hanya panaskan kari ayam yg aku masak ms buka semalam
serta sambal petai ikan bilis
pastu goreng ikan
yummy

sempat lagi goreng bihun sikit
sebabnya, semalam masa kat tv
tgk org makan bihun
tibe2 teringin
ingat nak buat breakfast
tapi bile ingat puasa
makanya, buat masa sahur
sebelum kepingin bihun goreng di siang hari

malam td rumah ada problem elektrik
tibe2 lampu2 semua padam
even tv, lappy
pendek kata semuanya
bekalan elektrik terputus
tapi hanya di rumah kami saja

malu jugak takut org ingat kami tak bayar bil
ya, aku mmg sering begini
pemikiran sentiasa negatif
padahal takde sape peduli agaknya

segera telefon tuan rumah
tuan rumah yg baik itu terus mahu dtg harini
tp hubby amik keputusan telefon tnb lagi mudah

maka, tnb telah jadi hero sebentar tadi
membaiki kabel di luar rumah
hanya 10 minit saja
(sedangkan kami semalaman turun naik rumah
mencari punca kerosakan..)

lega.....

kalau tak, berpeluhan menanti buka.....

ape lah menu buke harini
ingat nak buat nasi ayam
tapi rasa macam nak makan ayam masak pedas
hubby lak nak makan ayam goreng ala kfc
think*** think** think***


happy fasting guys!!

Sunday, August 23, 2009

buka puasa hari pertama..

hari dah hari ke 2 pose
semalam aku buka makan ayam paprik

kul 7 baru sampai umah
tergesa2 nak masak
kelam kabut jugak
tapi sempat jugak masak...
hari first buka, taknak la beli kan


before tu g beli barang sikit2
cari kurma
maka dapatlah bertemu dgn kurma yusuf taiyoob yg glemer itu
rm10 shj
pastu beli kueh mueh sikit

kurma adalah kewajipan bagi setiap kita
utk berbuka dan bersahur
tul tak
sunnah nabi, makan kurma mula2 sekali bila nak buka

oh ye
sekadar utk berkongsi
aku nak letak resepi buat ayam paprik
bagi para isteri yg tak tahu nak masak lauk apa
utk suami masa sahur atau buke
sgt mudah
sgt simple
but yet so yummy!!



bahan utama (masak utk 2 org)

bahan kisar
-kunyit dan lengkuas 1 inci msg2
-serai 2 batang
-bawang putih 4 ulas
-cili api 8-12 biji (depends pada tahap kepedasan korang)

ayam potong kecik2

bahan tambahan
bawang besar potong bulat (setengah biji)
daun limau purut (2 helai)
lobak/sayur jagung
asam keping 1

cara2nya
1. goreng ayam dulu, tak payahla garing sgt
2. pastu kuarkan ayam tu
3. tumis bahan kisar
4. masukkan bahan tambahan
5. masuk ayam

masak sampai semua bahan tambahan masak

mudah kan??
yang penting, hasil sgt sedap
tak percaya
cubalah!!

selamat meneruskan ibadah puasa semua..........

Friday, August 21, 2009

nasi lemak. gadis melayu.

breakfast last sebelum ramadhan
ada sape pose ganti arini?
arini takbleh puasa dah tau

pagi tadi breakfast nasi lemak
hubby's all time favourite
selera hubby makan
seronok i... hiks...





semalam aku sempat tertengok rancangan gadis melayu kat tv9
aku tak tahu apa motif rancangan realiti tu diadakan

ok, mungkin niat producer tu baik
nak tunjuk adat dan budaya org melayu
yg dibawa oleh seorg gadis
tapi bukankah yg namanya melayu itu membawa nilai islam...

dalam peserta tu
hanya few pakai tudung
ok takpelah tu still ok
tapi bukankah lebih elok
kalau masa benda ni bersiaran
semua kene pakai macam gadis melayu
at least jgnlah pakai skirt

seriously, mmg tak leh accept
host pun dah macam omputeh
rambut perang
gadis melayu ker tu....

aku bukan nak downkan org yang free hair, rambut kaler dan sbgnya
itu mmg hak masing2
and i dont really care what others did
tapi ini bercakap tentang satu realiti show tentang gadis melayu
mujur lah last season winner tu org yang boleh kata sesuai la sbg gadis melayu

no offense
ini hanya pandangan peribadi
sejujurnya, aku sgt sensitif isu macam ni
bukanlah nak kata aku ni bagus ke ape
sure tidak
aku pun mmg hambanya yg sering alpa dan leka
tp entahlah..
aku hanya berdoa agar sinar islam menyinari seluruh umat muhammad
me either..

esok puasa
selamat bersahur pada semua
jgn tinggal puasa lak
bersahur pun boleh pahala
apa salahnya bangun
walau hanya untuk sebiji kurma atau segelas air

dah seminggu aku asyik fikir nak sahur ape
hubby jenis makan nasi time sahur
this is very important to me coz
this going to be our first sahur together
first time ever
and im not going to spoil it by not waking up
need to tell ibu to wake me up for first day ni
yelah, kang tak bangun
sian lak kat hubby
aku lain, tak sahur pun ok je....

dan guys,
yg penting sekali
kalau rajin g la terawih
kalau malas ke masjid
buat sendiri pun takpe
banyakkan baca Alquran
mungkin boleh khatam sekali lagi sepanjang bulan ni

selamat beramal dear readers............

;D

Wednesday, August 19, 2009

sakit gigi. my bloody valentine. work.





arini takde idea nak tulis ape
tapi saje nak update

hubby g meeting dekat balakong
ajak aku skali
leh g upm
so leh aku jumpe lecturer/supervisor jap

tapi malas pulak
sebabnya
gigi sakit

tak tahu apesal gusi bengkak
ibu suruh g klinik
alahai.. fobianya nak jumpe doktor gigi
macam budak kecik pulak takut2 kan

so dek kerana kesakitan
maka arini relaks je dok umah
wat thesis skejap je
pastu, layan citer my bloody valentine
citer ni 3D
tapi aku tgk takde lah effect kan
tgk kat lappy je

citer ni ganas sgt
18pl
tapi best gak
hero nye yg pelakon supernatural si abg tu
ntah ape nama dia

hubby lum pulang meeting ni
sian jugak tgk hubby ku skrg
kerja byk
busy memanjang

walaupun dikatakan ekonomi gawat
rasenye sales perodua tetap tinggi
sebab tu hubbyku sering busy

asyik2 balik umah cakap
nak tukar kerja
tak larat dengan meeting
dengan masalah perodua
tak wat keje production jam
nak keje lain
nak keje gov
nak keje jkr
pastu nak keje kelate
semangat kelate betul
dahla aku org johor
tak sanggup aku jauh ngan parents sgt
hehehehehe...

ibu aku lak suke je hubby keje kat perodua
berangan menantu die jadi manager perodua kot
lambat lagi lah kalau ye pun
bukan senang nak naik....
nak naik senior engineer pun makan masa...

apa2pun aku bersyukur dgn hidup ini
kesederhanaan ini sebenarnya sudah membahagiakan
namun kalau Allah bagi lebih
Alhamdulillah.....

Tuesday, August 18, 2009

selamat pengantin baru

tajuk yg tiada kaitan.
(ada sebenarnya, di hujung nanti...)

semalam takleh tido.
lama dok bergolek atas katil.
mungkin sebab sebelum tido suke fikir banyak perkara.
banyak juga yg dikarangkan nak tulis dalam blog.
tapi depan blog, sume lupe.

apetah lagi, komputer ni wat hal.
hilang sume bookmarks.
dahla puluhan web, blog fav ade kat bookmarks.
tak tahu mane nak mula nak start balik.
bile dah jumpe web itu, tak bleh pulak nak bookmarks semula.
hopefully temporary punye problem jela ni..

hujung minggu ni start puasa.
bestnye...
kali pertama puasa sebagai isteri...
kali pertama puasa dgn org lain dalam hidup
bile dah besar nilah
means, sebelum ni dok kat u..
sahur pun mcm main2 je...
buke pun simple je
tak nikmat macam ngan family....

oh ye...
kami nak bela kucing...
tapi kucing lum ada lagi...
sebenarnya mmg dah lama niat..
dari sebelum kawin lagi mmg hubby ckp nak bela kucing...
so nanti kalau ade anak, anak pun jadi penyayang..
insyaAllah ada rezeki nak ambik kat kawan hubby
jgnlah tibe2 die bagi kat org lain sudah..
(simpan utk kami ye encik cher)

banyak faedah bela kucing..
walaupun kene korban sedikit masa,
mungkin some people tak suke kucing
tapi aku suke
salah satu makhluk Allah yang comel dan manja...

Mari kita lihat beberapa fakta:

1. Nabi SAW sangat sayang pada kucing. Sehinggakan, pernah suatu ketika nabi SAW mendapati seekor kucing sedang nyenyak tidur diatas pakaiannya. Sedangkan pada waktu itu, nabi hendak menyarung pakaian tersebut. Kerana tak mahu ganggu tidur kucing itu, nabi sanggup gunting pakaiannya dan tinggalkan bahagian tempat kucing itu tidur tidak berusik.

2. Bila berbicara tentang pulangan (hasil) yang kita dapat dari melakukan sesuatu, kita seharusnya bukan hanya berkira-kira di dunia sahaja. Sebaliknya, jangan lupa saham kita diakhirat kelak. Memang bela kucing, tak banyak hasil didunia- tak dapat makan, tak dapat susu dsb... Tapi diakhirat..siapa yang tahu? Ada satu cerita, mengenai seorang pelacur, yang dimasukkan oleh Allah SWT ke syurga hanya semata-mata kerana dia telah memberi minum pada seekor anjing. Manalah tahu kalau-kalau niat kita betul masa membela kucing, Allah terima perbuatan kita itu sebagai suatu ibadah.. besar manfaatnya tu.

3. Abu Hurairah, seorang sahabat nabi yang tersohor. Sahabat nabi yang paling banyak meriwayatkan hadith nabi (5000 ++ hadith) adalah seorang pencinta kucing. Sehinggakan dia digelar dengan nama Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing, dek kerana banyaknya jumlah kucing yang dipeliharanya.

4. Selain saham akhirat, ada juga saham dunia sebenarnya membela kucing ni. Pakar-pakar psikologi berpendapat mempunyai binatang peliharaan akan mengurangkan tahap stress seseorang. Dalam suasana dunia hectic masa kini, manusia memerlukan sesuatu untuk merehatkan perasaan mereka. Membela binatang peliharaan dapat membantu. Jadi, itulah pulangan yang kita dapat dari membela kucing. Kita beri dia makan, dia bantu kita mengimbangi perasaan.

Wallahuallam...

note: tahniah utk ustaz itu dan si w kerana kawen... (cepat betul anda berdua kawen....) ibu saya sgt lah tidak gembira, tak pasti kenapa...

Sunday, August 16, 2009

hujung minggu. ikan bakar. Hujan

hujung minggu yang indah.
makan ikan bakar bersama suami.
bukanlah di tepi laut, di resort atau sebagainya.
bakar ikan di dapur shj, itu pun ikan cencaru.

kalaulah ikan pari, pasti lebih syiook...

aku: abg, kalau ikan pari lagi sedap tau.
abg: taklah, abg tak suke ikan eksotik2 ni.

aku: whateverrr syg...


maka, itulah punca terpaksa tak makan ikan pari..
seumur hidupkah???

ikan bakar dan air asam bersama ulam2an
yg penting nasi panas...
makan suasana hujan pulak tu...
nasib baik belum puasa
kalau tak ramai yg..... yg ape ek?

sabtu malam
aku layan cerita ayat2 cinta kat tv3
ini kali ke 3 aku tgk muvi ni
personally, cerita yg sgt menarik...
aku suke penghayatan Islam yg cuba disampaikan..

paling aku suke
part cellmate si fahri (hero) tu...
masa die cakap tentang Nabi Allah Yusuf...
sedih sgt...
sejenak aku kagum dgn kehebatan dan tahap kesabaran baginda..
sebenarnya, banyak part yg menyentuh emosi..
tahniah pada pengarah filem...

aku skrg da mule pakai mask kalau ke tempat ramai org
memandangkan makin bertambah org yg mati sebab virus pig ini
maka aku pun dengan tak segan silu mule pakai

tapi entah kenapa
bile pakai rasa macam diperhatikan
kelihatan macam pakar bedah ke?
atau
macam alien?
siap ada budak yg berbisik pada ayahnya
'kenapa org tu pakai macam tu?'
lain kali tanya la pelan sikit ye dik..

ternyata di tempat aku ni hanya 1% org yang mule sedar..
yang lain mungkin separuh sedar..
atau sedar tapi hanya ketika menonton kisah mangsa virus yg bertambah..
mungkin juga sepenuhnya sedar
tapi tak mampu beli mask sebab harganya dikatakan mahal..
mahal ke? entah. kami dapat free. byk pulak tu..
tp bukankah nyawa tidak boleh jadi taruhan?


tapi sebenarnya hairan..
membawa anak kecil
baby kecil...
yang masih belum sampai 6 bulan usianya...

tak takut ke anak2 sakit??
takde kesedaran kah rakyat malaysia
(no offense..)

tepuk dada tanya selera..

lagi 5 hari nak puasa..
yeay!!

Saturday, August 15, 2009

pelangi....

Aku menonton nur kasih tadi
Salah satu siaran yang kini menjadi kemestian di malam hujung minggu
Tidaklah begitu mesti, tapi boleh kata favourite.
Setiap kali menonton pun, mesti sedih.
Entah kenapa, wujud rasa sedih, mungkin kerana dapat menyelami perasaan suami yg sudah berubah tapi perubahannya belum dapat diterima

Cerita itu sgt indah.. pasti kesudahan cerita ini juga indah. Itu harapan aku.

Aku menonton siaran ulangan semanis kurma siang tadi.
Dugaan tanpa zuriat. Itu tajuknya.

Aku masih kuat. At least for now. Bahang perkahwinan 10 bulan yang lalu masih terasa. Keindahan bersama suami tercinta masih membahagiakan. bunyi kompang di majlis perkahwinan ku juga masih jelas. Tapi ingin zuriat, itu pasti.

Aku akan terus berdoa, aku takkan putus asa. Kerana aku yakin Allah maha mendengar.

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari dimana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi...

Mungkin ini yang sedang aku lalui. Dugaan demi dugaan. Aku pasti akan menanti pelangi itu.

Suami tgh tido. Merajuk. Merajuk pada si isteri. Kenapa? Tak perlulah cerita. Privasi.
Pagi esok bangun tido, dia lupalah tu.

Suami yang manja begitulah gayanya.

Sebenarnya sudah lewat malam. Sudah pukul 12.50 tghmalam.
Mengantuk juga, tapi malas rasanya nak tido. Malas?

Tgh layan melodi kat tv3. weekend aritu tak tgk.. tak ingat g mana...

Leher lenguh. Nak tido rasenya.

Nanti kang pagi esok, tak bangun lak nak wat breakfast. Nak kejut hubby bangun solat subuh.

Sering mengeluh dengan dugaan hidup,berdosakah aku?... sebenar-benarnya terlalu banyak lagi nikmat hidup yg tak disyukuri.
Mungkin aku terlalu alpa.

Terima kasih ya Allah.
Dengan nikmat hidup.
Nikmat bahagia.
Nikmat sihat.
Nikmat waras akal dan fikiran.

Better tido.
Teeeet…

Thursday, August 13, 2009

movie addict

aku skrg tgh giler tgk video si miley cyrus-the climb
jap2 aku tgk video tu kat youtube
tapi mmg ramai layan lagu ni
plus, lagu ni liriknye macam leh motivate kita la..
here part of the lyrics

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an up-hill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby

lagu ni mmg sedap
cerita hannah montana tu pun best giler...

aku ni mmg suke tgk movie
dulu masa degree
boleh kata movie addict la
setiap minggu tgk wayang
kadang2 2-3 kali seminggu
tapi masa tu aku lum kenal laki aku ni

tapi skrg dah insaf
jarang2 je pas kawen ni
baru 2 kali tgk
last tgk harry potter the half-blood prince
bagi aku best jer citer harry potter tu
tapi hubby cakap takde bab klimaks
so bile tgk rasa cam feeling mendatar je

aku kalau bab movie ni
lebih suke movie yg genre seram, horror ni
baru syok
kalau bab cinta2 bleh jugak
tapi jarang movie romance ni yg sedap
kalau ade pun tak banyak
kalau nak bagi contoh romantik komedi yg sedap
macam.... license to wed, macam latest the proposal
tp aku lum tgk pun
aku agak je sedap
sebab sandra bullock berlakon kan


tapi kalau bab citer bunuh2 ni aku mmg layan
mungkin sebab aku ni tak penakut
aku kalau tgk citer
mmg takde jerit langsung
terkejut2 mmg takde

kawan2 aku selalu cakap
tgk ngan aku takde feel
sebabnye diorg sume pakat tutup muke
jerit2
tapi aku rileks je

bukan aku tak terkejut
tapi suara takleh kuar la pulak kalau terkejut
terkejut kat dalam hati je..

kalau org lain tak berani nak tgk jgn pandang belakang sorang2
aku dulu layan citer ni
sorang2 kat bilik
tgh malam pulak tu
mmg takde ape2 feel
sebab personally
citer tu mmg tak scary langsung
(no offense!) heheheheh

tapi kalau citer saw yang omputeh tu
aku kurang gemar
sebabnya macam ganas sgt2 pastu semua watak mati
rasenye macam sakit hati tambah extra ngeri

aku suke citer ala2 penyiasatan
contohnye
kalau latest2 ni
macam eagle eye, taken, bourne ultimatum
banyak lagi lah
sebab tu aku suke citer prison break
especially masa season 1&2
mmg adventure

citer ala epik dan fantasi pun aku suke

citer yang aku tak suke
sci-fi
macam star wars, alien
ala2 bukan kat bumi
itu mmg aku tak leh terima
lagi citer aku tak suke
yang menjadikan binatang sebagai watak utama
heronye anjing la ape la
tpai kalau kartun macam madagascar tu lain cerita
sebabnye dah semuanya binatang
aku leh accept


ade setengah org suke citer rileks macam mukhsin, sepet
yg arwah yasmin buat
aku suke jugak citer camtu
tapi disebabkan ada unsur2 islam yg aku tak sanggup tgk
maka aku tak suke citer macam tu

aku kalau dah suke tgk satu2 citer tu
sanggup je aku tgk berulang2 kali
contoh macam citer click yang adam sandler berlakon
setiap kali tgk aku nangis
yg part sedih tu la

siap hubby aku cakap
org tgk citer tu ketawa
die lak nangis

dah part sedih takkan aku nak gelak pulak
citer unfortunate events pun ade nak dekat 10 kali aku tgk
citer ni tak lah popular sgt
tapi aku suke sgt

kawan aku ckp
taste aku mmg pelik
sebabnya die takleh terima citer tu

entahla ek
mungkin taste aku mmg pelik kot
(pada movie jela)
taste kat org normal lagi
hehe.....

pendek kata, semua citer yg best aku layan
tapi ape2pun jgn kerana keseronokan dunia
kita lupa tanggungjawab sbg hambaNya~


sekian entree takde motive.
;D


Wednesday, August 12, 2009

malu tak bertempat

tadi hubby ajak g pasar malam
pas balik keje terus hubby amik aku

abg: ayg, kita pakai mask eh

aku: yeke nak pakai, segan la

abg: nape segan?

aku: nanti org lain tak pakai, kita je pakai

pastu kitorg g la pasar tanpa pakai mask
tgk2 rupenye ramai jugak pakai mask
pastu aku pun mcm menyesal tak pakai mask

sepatutnya kesihatan diutamakan..
ini nak malu2 pulak...

itulah namanya malu tak bertempat...
nak pakai mask pun malu
entah apaapa kan?

hubby ku mmg istimewa

malam tadi tibe2 rase sedih sgt
masa nak tido tu tibe2 rase sedih menyelubungi diri
emo tak pasal2

tibe2 rasa macam diri ni loser
kadang2 rasa takde ape2 kelebihan pun dlm hidup
takde ape2 kemajuan..
nothing to be proud of...

pastu i try to motivate myself...
pandang hubby yg tgh tido nyenyak kat tepi
rasa makin sedih

entah, adakah aku isteri yang suami aku idamkan...
rugikah suami aku kahwini aku?
aku ni isteri yang degil...

petang tu ckp kat hubby
aku: abg, ayg izinkan abg kawen lain la
kalau abg nak..

hubby :ish apelah cakap macam tu (sambil peluk bahu aku)
ayg tu janji, jangan tinggalkan abg samapi akhir hayat tau

aku mengangguk... pandang wajah hubby...

apelah pada aku yang boleh buat hubby sayang
entahlah....

sebab2 perkara tu
jadi rasa sedih sgt
rasa nak msg kawan2 lama malam tadi
tibe2 rase rindu..
pada fazi, wawa, said...
tapi sejak abis degree, dah tak bape rapat
hanya sekali dua jumpa
sms kadang2
rindu kat diorg..


nak luah perasaan
dah nak sms
siap dah tulis
tapi tak tersend...

aku: abg, boleh ke ayg bagi abg anak?

abg: boleh insyaAllah, tak payah pikir pasal anak, itu kerja Allah, kita hanya berusaha.. ingat, Allah tahu ape yg terbaik buat kita ok sayang...

aku: kenapa dalam ramai2 manusia, ayg yang diuji dengan pelbagai dugaan?

abg: dalam Al Quran ada cakap, Allah akan bagi ujian pada hambanya yang mampu menanggungnya... sebab Allah sayang kat ayg la banyak ujian ayg dapat...Allah tahu ayg mampu tanggung semua yang Allah uji pada ayg...

aku: Allah ajar ayg tentang erti sabar kan bang?

abg: pandai pun... sabar itu balasannya syurga sayang.....

aku: abg tgk ayg macamane, tenang ke

abg: (hubby angguk) tgk ayg tenang je... abg bangga, ayg penyabar.... walaupun ayg sedih, tapi ayg cuba gembira... lagipun, kita bahagia sgt sekrang ni, itu yang penting kan? kita lalui sama2 sume dugaan ok...

dalam aku menangis teresak2, hubby peluk aku..
sebab hubby, aku masih kuat....

satu yg sgt istimewa tentang suamiku
die macam boleh tahu bile aku sedih
nanti hubby akan datang bile tgk aku diam
die akan datang kat aku and peluk aku
tepuk2 bahu aku....

"sabar ye sayang...redha ye sayang"


sejujurnya, lepas kahwin mmg banyak dugaan aku dapat...
akuhilang barang2 kesayangan
aku hilang insan tersayang...
aku hilang opah tersayang...
banyak lagi...

mungkin benar, Allah sgt sayangkan aku... maka aku harus lebih mendekatiNya....



hubby, i just love u more than words can say....

Tuesday, August 11, 2009

kesah kawan hubbyku

sekarang ni
macam2 berita kat tv
kesah pembunuhan yang tak abis2
rasuah la, h1n1 lagi..

yang terkejutnya dah 41 org mati
bahaya betul virus ni
tapi masih ramai lagi org kuar jalan2 dari umah kan
(termasuk aku)
risau jugak kadang2
tapi kadang2 tu lupe tentang virus tu bile dah kuar jalan2

lagi satu berita pasal nordin mt top
konon2 die dah mati dibunuh
tapi tak pasti lagi itu die ke tak
esok baru pengesahan dari indonesia kuar

aku bukannye pndai sgt bab2 isu semasa ni
tp bile bercakap soal ni

aku teringat sorang kawan husband aku masa belajar kat utm aritu
tak tahu ape terjadi kat member hubby aku tu

hubby aku selalu cerita dulu
masa sebelum kitorang kawin tu
die ade sorang kawan yg extreme pemikiran die tentang islam ni
pastu die terpengaruh ngan kumpulan ekstremist ni
sampai satu hari tu
die kene tangkap kat thailand

kalau korang ingat
last year ada kuar kat paper
student final year utm kene tangkap sebab cube masuk thailand
siap bawak bom kat badan dia

sayang betul
sebab member hubby aku ni pandai
kalau ikutkan sekarang dah jadi engineer la
bile tgk gambar2 die lagi sian

tapi tak tahu ape terjadi kat die skrg..
dah bebas ke lum ke...
sian kat family die...
ayah die sedih sangat tgk anak die sorang ni
tapi apekan daya
mudah sangat terpengaruh dengan perkara2 macam ni...


moga Allah lindungi dia...

sabar

penantian satu penyeksaan
namun...
dengan penantian kita memupuk kesabaran..

kadang-kadang bila kita minta Allah turunkan sabar
Allah turunkan ujian bertalu-talu
supaya kita dapat miliki sabar itu selayaknya

di hujungnya
insyaAllah kita akan menjadi hambaNya yang lebih baik...



rindu arwah opah....

Monday, August 10, 2009

kuih raya



arini aku pose
so bile pose ni
kurangla aktiviti yg melibatkan fizikal
malas nak berpeluh2 nanti letih pulak

so bile dok relaks ni
macam2 bermain kat kepala

sebenarnya niat nak buat kuih raya tahun ni
nak bawak balik kelantan
lagipun ini kali pertama aku sambut raya as a wife

tapi tak tahu nak buat kuih ape
ingat nak wat kuih cornflake coklat
last year aku wat coklat chip
tapi tu aku bagi kat belah laki dalam hantaran
tu pun percubaan pertama
arwah opah aku ckp sedap


nak kene cari resepi sedap2 ni...
nak wat 2 jenis je
yang lain aku nak beli
malas nak wat banyak2
bukannye makan sangat..

cehh..
puase lum start
aku dah pk nak wat kueh raya pulak...

;D

Sunday, August 9, 2009

susah payahku

aritu wat kueh karipap
jenuh jugak sorang2 menguli
tapi puas hati bile ibu cakap
"sedap, nanti bulan puasa buat lagi kat ibu ye.."

kat sini aku nak kongsi resepi yang tak seberapa ni
sekadar buat pengetahuan sesiapa yang tak tahu buat
actually senang je..
rajin ada, semua on....

bahan-bahan



kalau bleh, gune ikan mackerel instead of ikan sardin
lebih sedap rasenye
tapi sardin pun boleh je...




nak buat bahan inti senang je
(untuk 30 ketul karipap)

tumis lada kering yg diblender (cili boh)
tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar
letak serbuk kari satu sudu





tumis sampai pecah minyak
naik bau

masukkan kentang yang dah dipotong2 dadu kecil
(lebih kurang 5 biji)
masak sampai kentang empuk
garam 1 sudu kecil & ajinomoto sikit
then, masukkan sardin yang dah dihancurkan tadi
setel..




cara nak wat kulit/pastri

tepung gandum 3 cawan
marjerin 3-4 sudu besar
garam 2 cubit yang dicampur ngan air panas 1 1/2 cawan




uli sampai rasa dh lembut
(~15min)
setel

pastu wat karipap cam biasa
macam aku
suke kelim sendiri
malas pakai acuan sebab lambat

ini hasilnya



sila abaikan warna yang tak sekata
sebabnya
sambil menggorang sibuk bergayut ngan mak, hubby

yang penting...


SEDAP!!!!

cubelah baru tahu...

;D

Friday, August 7, 2009

karipap sardin

harini hari jumaat 7hb
malam ni parents aku akan datang dari jb

actually arini birthday ayah aku
ingat petang nanti nak cari kek
saje wat surprise

lagipun dah lama teringin makan kek birthday
hehehe

tapi normally parents aku sampai lambat
mau tgh malam nanti baru sampai
ayah aku sure amik half day arini
suke2 je nak berjalan ayah aku ni kan

parents aku ni semenjak anak2 dah besar
merata-rata berjalan
kalau rase nak g kelantan
rela je g kelantan walaupun kejap
masa pun banyak abis dalam kete

aku sebenarnya jarang wish birthday kat ayah aku
mmg setiap tahun wish
tapi itupun aku suruh mak aku cakapkan

aku segan la, entah apa yg aku segankan
yela, ayah aku buakn jenis yg nak ingat birthday2
rasenye birthday die arini pun die tak ingat
hehehe

walaupun macam tu, hes still the best dad on earth...
cehhh
walaupun garang, tp penyayang
baguslah garang, biar menantu takut
keh3....

petang ni aku nak wat kuih karipap
mak aku cakap teringin nak makan kuih karipap yang aku buat
mak aku cakap lagi,
karipap yg jual tak sedap

nampak sangat kueh aku sedap
hehehe
tapi wat karipap sardin jelah
malas nak beli daging

aku suke je kalau org suh aku masak
terasa dihargai sikit
walaupun nak wat banyak2 kueh tu
makan masa jugak
tapi takpe la sekali sekala mak aku dtg sini
ape salahnya

lagipun kakak aku yg sdg berbadan dua tu
mesti selera je tgk kueh yg aku wat
hehehe.....

Thursday, August 6, 2009

kisah bersahur

alhamdulillah hari ini
aku berjaya menyempurnakan amalan puasa ku
mmg malas nak masak
sejak dua menjak baik demam ni
so aku order je pada sang suami utk ditapaukan kepada isterinya ini




suami aku sanggup pulak tunggu makan sama ngan aku
walau die tak pose
so sweet... heheheh

sempat jugak hubby membebel
suh aku sahur pasni
yelah mana taknya aku asyik cakap
lapar semacam arini
siap tak larat nak kemas umah

hubby cakap
"kalau malas sahur
sebelum tido makan nasi
takde lah lapa sangat pasni"

aku pun menjawab
"biasenyer ok je tak sahur
tapi arini je lemah sikit
tak tahu la apesal.."


macam2 peel la aku ni....

note: aku sahur minum milo, kire sahur la tu kan?

Wednesday, August 5, 2009

favourite

aku konon2 semangat nak update blog
tapi tak tahu lak nak tulis ape

k, bercerita pasal aku demam last week
tinggi betul suhu badan aku
sampai 39'c
memang masa tu tak larat nak bangun
berjalan ke toilet pun tak larat
sampai hubby aku terpaksa amik cuti nak jaga bini die sorg ni
sembahyang pun terpaksa duduk
tu pun pening kepala sangat

ingatkan kene h1n1
risau jugak
tgk dah 12 org mati kalau tak silap
tp paling ramai mangsa budak kecik

2 kali g klinik
alhamdulillah pas makan ubat
sehat dah...

lama tak bukak blog org lain
dah macam2 bertukar
aku jugak yang macam ni
takde ape2 update dalam hidup aku ni

bukanlah nak mengeluh
mungkin Allah bagi aku mensyukuri nikmat hidup ni
sekaligus buat persediaan untuk akhirat

tak perlulah aku terlalu mngejar duniawi
banyak lagi perkara asas sebagai mukmin yang patut aku sempurnakan

secara personal
aku ade beberapa blog yang memang jadi bacaan aku

mungkin kerana kata2 yang cukup menyenangkan hati membaca
salah satu dari blog itu adalah blog yin dan yang

sejujurnya, aku sama sekali tidak mengenali blogger ini
cume kebetulan termasuk ke dalam blog beliau
jika aku mencari sesuatu yang tenang utk di baca
aku senang ke situ

blog2 lain juga menarik
sebetulnya, memang banyak blog utk dibaca
rasenye tak perlulah aku promote semua
yang penting, aku sering bace blog2 yang aku telah linkkan di blog aku

tv series favouriteku
one tree hill kembali di 8tv
kali ni si hero dan heroin kembali bercinta
setelah lama ku nantikan...

bercerita pasal series..
prison break memang dah tamat ke?
aku rasa ending nya tidak cukup sempurna..
tp tak mengapalah
rasenye tak sanggup lagi nak tgk season baru
cukuplah setakat itu

bulan puasa dah nak tiba
macam tak percaya kan?....

tahun ni insyaAllah aku puasa bersama suami..
syukur pada Allah.....

Tuesday, August 4, 2009

back to business

finally....

aku dah beli broadband celcom
beli masa kat pc fair klcc aritu
murah je
rm150..promotion...

pasni leh la aku update blog selalu
and terjah blog org macam dulu

hehehehe

i'm back to business......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...