Sunday, November 29, 2009

drama taubat nasuha

jumaat aritu
pas tgk citer nur kasih last
aku tgk drama kat tv3
taubat nasuha


sape yg terus tgk tv3 pas nur kasih tu
mesti tgk gak drama taubat nasuha
pelakonnya sheila rusly, fauzi nawawi dan 3 org kanak2
besera jalaluddin hasan
semua pelakon dpt mmberi penghayatan masa lakonan
sehinggakan cerita tu sampai kepada penonton
syahdu syahdan tgk isteri dan anak2 kene tikam penyangak


cerita tu mmg penuh dgn penginsafan
aku emosi bila ujung part
isteri dan anak2 mati kene bunuh
baru si suami menyesal tak sudah

moral cerita tu
hargaila insan di sekeliling kita sementara masih ada..
kalau dah takde, baru rindu-rinduan
harap byk lagi drama berkualiti dan ada moral value macam tu

Saturday, November 28, 2009

nur kasih dah abis




siri nur kasih dah abis
mesti ramai  tgk malam tadi
dijangka 5 juta
tak tau la sampai ke tak

lagi sikit aku nak angin
ingat kan ending nur dgn aidil
nased baik tak

seronok tgk adam akhirnya balik
part mak adam peluk die tu
mmg syahdu syahdan gak
sarah pun dah insaf

dgr citer pas ni khabir nak
buat movie nur kasih
wallahuallam
kirenye mmg hppy ending la

mmg terbaek cerita ni
next week dah siri baru
tak tahu lah dpt
tandingi kebestan cerita nur kasih ke tak
tgk iklan nye cam biase2 je
 kita tunggu dan lihat...

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha buat semua



salam aidiladha
buat semua

juga buat sahabat handai sekalian

semoga berbahagia di hari raya ini
sepuluh jari disusun
maaf dipinta


ikhlas dari,
intan izani


layan family jela


harini
blog sunyi sepi jek
ramai org dah balik kg
ramai org tak online

trafik blog pun turun sikit
hehe

anyway, aku masih setia online
walaupun tenet slow giler
suasana raya haji
kat johor ni tak bape memberangsangkan
setakat berhibur bersama keluarga je
 cmne pun aku tetap happy
as long bersama family
itu sudah cukup menghappykan
betul tak

kat johor ni jarang ujan
panas bebenau lak rasenye
asyik nak mandi je..

takpe2
jom layan klik2..
hiks..


Wednesday, November 25, 2009

tenet oh tenet


tenet kat umah
macam siput sedut
terhegeh2
redha jela...

time ni baru ok sikit
sempat sikit nak g jengah blog kalian

tadi dok borak2
ngan adik aku
leh lak dia kata
dia suka citer papadom

pelik tapi benar
i mean
adik laki aku ni bukan jenis suke citer melayu
bagus gak papadom eh
leh pikat hati adik laki aku tu
cume die kata
tak minat pelakonnya
si liyana jasmay

aku ok je pelakonnya
paling suke tgk khiriah berlakon
lawak

aku lum pegi lagi jabatan agama
harini keletihan yg amat
esok la jawabnye
insyaAllah

nak jengah blog korang ni
get ready..
hehehe

aku di jb...


aku sudah di jb
yeehaa
sila jgn jeles
bagi yg masih bekerja
almaklumlah perodua bagi
cuti seminggu tiap raya haji
;)

harini plan nak g
jabatan agama
nak amik sijil nikah yg asal
dah setahun kawin
masih pakai slip pink itu
ish ish

pastu nak buat kad nikah terus
jeles tgk org lain dah ada
ntah bila pulak nak amik
yela, kene amik time working hours
tu yg susah tu..

byk plan ni
nak ke situ ke sinun
beshnyerrrrrr balik johor
;)

Tuesday, November 24, 2009

lawak malam: 'lihat dan belajar..'

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macamana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

aku sudah tonton filem..



dgn expectation yg tinggi
aku tgk citer ni
mmg la bukan di wayang
dimana2 pun cerita yg hebat
harus memberi impak yg hebat
walau hanya menonton di skrin kecil

cerita ini tidak seperti apa yang aku harapkan
bukan aku ingin membandingkan
filem high tech hollywood
dgn filem local ini
tentu tidak
banyak lagi citer melayu lain yg best
iye ke?
atau aku mmg tidak minat cerita melayu?
tapi jgn lupa, aku telah
jatuh cinta dgn siri nur kasih

 aku tidak mengalami
perasaan sedih menonton cerita ini
seperti yg org ramai katakan
bawa tisu banyak2
malah tidak menangis langsung
peliklah
aku adalah org yg mudah sensitif tgk filem, drama

filem ini aku tonton dgn pertanyaan
 'bila nak tibe part best ni?'
sehinggalah tiba hujung
aku tidak menemui part yg betul2 bg impak

aku cuma rasa kelakar yg amat
setiap dan ketika sang isteri muncul
dgn pakaian berbeza2
mmg kelakar

hairan
sume org memberi review yg di luar jangkaan
malah terlalu ramai yg
sanggup masuk wayang kali kedua
untuk tgk citer ni lagi sekali

mungkin aku expect sesuatu yg luar biasa
tetapi hasilnya dalah sesuatu
yg sudah biasa aku lihat
kerna itu aku agak keciwa

whatever it is,
aku masih suka afdlin shauki punye effort
hes gifted;

mungkin aku tak patut post pandangan aku seperti ini
pasti ramai yg tak setuju
tapi tak salah aku memberi pandangan
inikan blog aku.....


perodua mpv


smart!



mmg smart kete perodua mpv alza ni
aku lum test bawak
even tgk dekat2 pun lum
tapi hubby dah
dah mmg keje hubby kan

aku tgk kat tv tadi
pelancaran semalam
samapi tgh malam org test drive kete tu

mmg smart la
tgk dalam smart
luar smart
harga berbaloi2
auto high grade lebih kurang rm63++
kalau tak silap

mesti ramai nak tukar kete pasni
so kalian cmne?

silalah sokong perodua
moga bonus besar tahun nie..
hiks...

my breakfast, packing


harini
breakfast mihun goreng
semalam hubby dah pesan
nak bawak bekal mihun goreng harini

setiap hari hubby mmg bwk bekal
siap tukar2 ngan kawan
hiks
i likee.....



harini ni adalah bz sikit
bz nak packing barang
malam ni balik jb
yeay!
semangat nak balik ni
tp barang sume tak kemas lagi..

Monday, November 23, 2009

salah orang atau .....


aku nak citer satu benda sebenarnye
bagi aku kejadian ni
agak pelik dalam hidupku

kejadian berlaku sebelum aku kawen lagi
ada satu kali masa aku
cuti sem
aku dpe panggilan tepon dari sorg budak laki
dia tepon nombor rumah aku time tu

budak: hello, boleh ckp dgn intan?
aku: intan mana? (kakak aku pun intan jugak)
budak: intan **** (nama aku)
aku: ye saya. sape ni?
budak: ingat tak saya? 
kita jumpa masa kursus aritu
aku: kursus mana satu?
budak: ala, kursus masa kat SSI, 
awk budak SETA kan?
(SSI n SETA dua sekolah kat jb)
aku: haah, mana awk dpt nom ni
budak: kan kita kenal haritu. sombong la awk ni!
aku: umur bape ni?
budak: sama lah, awk ni lupe pulak
aku: yela, tingkatan bape?
budak: tingkatan 5 la
aku: dek, akak dah kat u dah ni. silap org ni
budak: ha??? kat u dah ke? *gelak
ok la kak. sori

aku terpinga2
nama sama
nombor tepon sama
sekolah sama
takkan kebetulan

pelik jugak.
hantu ke?
mungkin ada org saja nak menyakat aku
tapi suara bebudak tu mmg suara budak2 sekolah
plus, mana ada org tahu nombor umah aku
masa kat sekolah jela pakai nombor umah
err,entahla...

saje nak share ngan korang.
;)

lagu layak ke AJL 24

lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24:

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Apa pendapat korang?
agak2 sape dapat
cmne pun aku agak keciwa jaclyn victor tak layak
pelik rasa
lagu sedap, suara mantop
aku tak kesah sape yg menang
tapi aku layankan aje juara lagu tu

nak pegi genting highland


teringin
nak g genting highland
padahal rumah ngan genting dekat je
setiap malam pun tgk je genting berkelip2 lampu

tapi hubby mcm tak berminat
tapi nak jugak pujuk hubby
nak pegi jugak

merasa walau sekali
time bercinta dulu
nak pegi
tapi memikirkan status masih tak sah
tak elok pulak rasenye

ni dah kawen
nak g la
tgk org sume g
cam best je nak main2

actually takde lah nak main sgt
just nak g suka ria ngan hubby
hehe

aku mmg tak berani naik roller coaster
dulu pernah sekali naik
masa kat times square
rasenye mmg da takkan naik
betul2 mcm mempertaruhkan nyawa
tak tau la cmne org boleh berani
scary betuii

kalu roller coaster mcm kat sunway lagoon tu
best lah
sikit je dan tak menakutkan pun
baru enjoyy

lappy aku ni skrg ni
selalu buat perangai
tibe2 keypad ni takbole gune
kenelah restart
kalu tak cmne nak tinggal jejak
kat blog korang
hiks...

adakah itu petanda kene beli lappy baru?
oh tidak
mana nak cekau duit ni
kene buat baik ngan hubby jawabnya
;)

got something from her


semalam dapat parcel
dari  myblogger fren

mizzyn


*i curi pic u tau*

lama tunggu hadiah dari u babe
akhirnya sampai

she post me a frame from ikea
yg dah dimodify oleh diri nya



tapi kan mizzyn
nak tny lah
wheres all the buttons i saw dulu?

anyway, it still nice and beautiful
i appreciate ur effort
thanx again lalink!!

best sungguh pabile
dnia blog ini
mendtg kan hasil, hadiah
dan yg penting dpt ramai kenalan baru
yeehaa!!

Sunday, November 22, 2009

maggi goreng



pic: google

skrg ni
hubby tgh giler makan magi goreng 
kdg2 sehari sampai 2 kali
hubby request makan
maggi goreng

sikit2 suh aku buat maggi goreng
bile dah siap
aku hidang
sambil makan
sambil hubby cakap
'sedapnye maggi goreng ni..
ayag masak mcmana?'

itulah ayat hubby setiap kali mkn
maggi goreng yg aku buat
pelik gak
dulu kalau aku nak masak
maggi goreng, hubby mcm taknak

sbg isteri,
apa hubby nak
aku tunaikan je
syurga dibawah tapak kaki suami
;)

Lawak petang ahad: fikir dulu sebelum cakap

ubah lawak, tadi post lawak yg tak bape sesuai (kata hubby)

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!

my life yesterday


semalam as i stated sebelum ni
spend masa kat umah my aunt kat ulu langat
layan cousins

yg bestnye kalau g umah org
time makan lauk kemain byk lagi
yela, da ramai2
kalau dok berdua
lauk 2-3 jenis je
takkan nak tamak2 lak

our meal yesterday,


masa kat umah
everytime aku solat
cousin aku yg 4 tahun tu
mesti nak ikut solat
aku ada citer dah aritu pasal ni
'kak ngah nak myg eh? tata (tasya) nak ikut..'
cousin aku sorg ni mmg pelat betul
actually akak2 die pun memg masa kecik pelat
bile die bercerita kakak nye konvokesyen tadika aritu
jenuh aku nak faham
topotecen
apa?
topotecen
rupenye dia nak sebut konvokesyen
mmg lawak betul, dah la rajin bercerita
tapi  jenuh aku nak mendengar



 

petang lak
si kakak2 merengek2 nak g jusco beli barbie
ayahnye outstation weekend ni
aku n hubby pun bawak jela
sian pulak



 
 

mahal bebenau barbie ni
ada sampai ratusan ringgit
aku masa kecik ada gak barbie satu
ingat lagi, tapi ntah mana
dah lama mak aku bakar kot
hiks..

itulah kisah hari sabtuku
minggu ini



lagi 3 hari balik jb
yeay!!

Saturday, November 21, 2009

toll gate girl


ingat tak drama amy mastura dulu2 tu
eh, bukan,..bukan nak cakap pasal citer tu

tadi, around 9.30malm
kat toll

tol RM1
hubby bagi RM5
balance RM4
(macam ajar add math plak)

tapi minah tol tu bagi balance 3 note singgit
lagi singgit bagi dalam bentuk syiling

hubby tak perasan ada syiling
bila hubby amik
bertabur duit atas jalan

hubby: eh... ada syiling ke?
aku: takpe, abg kutip jap
minah tol: lain kali saya bagi elok2 ambik la elok2!
aku: (aikkk??)
hubby: jangan kurang ajar sgt.
minah tol: (terkedu sambil bagi note singgit yg lain)


susah sgt ke nak berbudi bahasa
penat mcm mana pun kerja
hormati org lain
jangan suka2 marah orang yg tak bersalah
mmg aku geram je minah tu tadi
mungkin die tgh ade problem
tension ke sakit ke ape ke
but, who cares??

plus, sape yg bagi syiling kat tol untuk nilai singgit kan?
aku tak marah cume upset je ngan perangai org mcm tu
sigh.

episod nur kasih malam tadi


malam tadi
ingatkan dah last episode nur kasih
rupenye lum
my aunt cakap next week baru last episode

dah tak sabar nak tahu ending
jgnlah si aidil jadi kawen dgn nur pulak
tak syiok la
nak nur ngan adam

malam tadi
seronok bile tiba part sarah akhirnya kantoi
pandai betul minah tu bawak watak sarah
menjadi je rasenye

harap2 kalau ganti citer nur kasih ni
citer yg best jugak
taknak citer kisah org cantik
dan org kaya je
bowing, tak real life sungguh

dah tibe part akhir2 ni
dah takde perasaan geram dah
yela dah sarah kantoi
hehe

daku bersiaran dari ulu langat
rumah auntyku
hujung minggu je menyemak kat sini
kalau aku tak dtg
ptg2 jumaat my aunt dah kol
sepupu2 kecikku ni siap paksa2 kami dtg

suke je suh aku ngan hubby lepak sana
hehe
menumpang kasih makcik la
dah bonda2 ku jauh....




Friday, November 20, 2009

menu hari ini


harini juge msk lauk simple je
sambal tumis kentang
makan dgn ikan goreng



kentang ditambah ikan bilis
sedap
saya mmg suke makan kentang
nikmat....
;)

so ape menu kalian malam ni?

note: malam ni ngadap tv layan nur kasih kul 9

lawak petang: hadiah dari mertua

Buat penyegar mata yang mengantuk;

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

hehehe...

movie: the illusionist


saje nak share
baru je tgk citer ni
actually citer ni tahun 2006
kalau tak silap

best dan menarik sgt
bukan citer sempoi2 ni
agak heavy jugak
tapi jalan cerita
syiokk..

aku download je
illegal la namanya
hehe
baru je nengok semalam..



Starring;
Edward Norton, Jessica Biel and Paul Giamatti.

pelakon pun gah2
tentulah citer pun best kan
kisah kuasa magic la
dan perebutan cinta

kalau boring2
leh layan citer ni
download jela
tapi untuk org yg pandai layan movie serious jela..~

rindu ke?


sms: adi, kau ada pegang tak fail aku yang haritu?

aku (dalam hati): 'tak payah la nak buat2 tersalah send'

tak suke la.
bukan budak kecik lagi ok.
kalau rindu tanya jela khabar.
tapi tak payah la harapkan balasan.
kita masing2 dah kawen ok.
u ada isteri.
i ada my hubby.
i doa u bahagia
sebab i mmg bahagia.

stop.

Thursday, November 19, 2009

menu malam ini



 
 
simple je
ikan kerisi goreng berlada
dan
sayur kacang buncis goreng campur telur

simple tapi menyelerakan
hubby makan licin
;)



lawak petang: Dua orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

note: bodoh betul rupenye... hehe

cant wait.....



happy
minggu depan balik jb

raya kali ni celebrate kat johor
raya puasa aritu
seminggu raya kat kelate
first time raya ngan family mertua
first time jugak raya tanpa family sendiri
tp tetap gembira ;)

kali ni hubby lak merasa raya tanpa family hubby
mesti pagi2 sedu sedan hubby ingat mak dia
yelah, nak wat cmne
tak mampu nak raya dua2 tempat dalam satu raya
johor-kelantan kan jauh
habis masa atas jalan je

tapi family masing2 pun faham
selang seli la kan
kami pun sama2 sanggup berkorban
itu dah perancangan sebelum kawen
masing2 pun faham

ape2pun
tak sabar nak balik jb selasa depan...
lagi few days je...
;)

Wednesday, November 18, 2009

menu makan malam



pic: kamera hp nokia

menu makan malam
udang masak lemak cili api

jarang masak lauk ni
aku lebih prefer udang goreng kunyit
tapi sekali sekala nak jugak ubah selera kan

selamat menjamu mata
hehe
 

Tuesday, November 17, 2009

Lawak Isteri Kesayanganku

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Monday, November 16, 2009

aktres-aktres yang cantik dimata ku

tiada idea nak update pasal personal life
hehe
so nak kongsi ngan korang aktres2
yang cantik dimata aku
kira paling cantik kat malaysia la

cantik yang hanya diambil kira dari luaran sajalah
juga tak ikut usia
tua-tua pun cantik lagi nak wat cmne...
aku suke tgk muke diorg berlakon sebab cantik
again, based only hanya kecantikan di muka...

in no particular order...













mesti ramai yang tak suke fasha, tapi aku suke je tgk dia berlakon
bagi aku dia cantik la
perangai die tu, aku tak ambik port pun.. 

"beauty is in the eyes of the beholder"

Sunday, November 15, 2009

sape g the mines semalam?

semalam g the mines
jalan2 nak cari kasut hubby
tapi as expected, tak jumpe pun..

nak g midvalley
tapi dah tebayang2 seksanya cari parking

so lepak jugakla kat the mines
kebetulan
aritu ada battle racing control car

aku and hubby mmg suke tgk org main kete control ni
ada sepupu aku sorg tu
susah payah kumpul duit beli benda alah tu
mahal kan, budak sekolah kenelah simpan duit
bila aku try
layan gak main

bukan senang nak main rupenye
asyik2 eksiden
hehe tapi kalu dah expert boleh je kot

masa tgk battle tu semalam
best wooo!!
kete diorg dah macam kete betul
ada kete honda, kete mers.. sport.. macam2 lagi la

diorg control kete tu mmg superb sgt
skill mmg mantop
aku ngan hubby berditi lama sampai nak tercabut kaki nengok

aku agak kete diorg tu
mahu beribu2 harganya
tgk remote controlnye pun dah canggih bebenau
mesti diorg bangga dgn kehebatan dan minat dirg tu kan

hehe
itu je nak citer
so sape g the mines semalam??
kot2 kita terserempak kan....

;)

Friday, November 13, 2009

20 things i love about my hubby


20 perkara aku suka tentang suamiku..
in no particular order...



1.  hubby seorang yang bijak. at all sort of things.

2.  hes so generous, i love his big heart. kalau org mintak tolong, mesti tolong. but it still depends...

3.  hes so supportive. always stay behind me.trust me, hubby seorang yg tabah.

4.  Selalu kol dan texts me dari kerja..

5.  he remembered everything i said. even remembered all the important dates.

6.  he respects and loves my family. this is huge for me.

7. i love how he tried so hard to keep me from getting bored at home.
    when he came back from work, 'ayg, malam ni nak g mamak ke? kot ayg boring?'

8. suke bau tubuh hubby... with or without the perfume ;)

9.  funny. suke joget2 buat lawak. suke tgk hubby goyang kepala nyanyi lagu 'jom3, jom heboh2..' he  makes  me laugh everyday. ;)

10. He love what i cook, and always asked for it. he even a good cook.
      its kind of fun tgk hubby suke sgt makan ikan. sgt2 suke. ayam kureng.

11. suke menyorok belakang pintu bagi aku terkejut. bila aku menjerit terkejut, hubby guling2 ketawa..

12. hubby sgt tinggi. sgt best.

13. suke hidung hubby ;)

14. kalau pergi pasar, he bought everything. i just follow him. hubby cume tanya, nak ikan ape?and i dont have to touch the fish. ;)

15.  He orders for me in restaurants. I love that too.

16.  hubby cepat tido. letak kepala je dah tido. so cute.

17.  he have no bad hobbies.... mcm fishing, modify kereta and everything. for me, thats bad hobbies.

18.  he drives the car anywhere we go. kalau dah penat sgt, baru aku drive ;)

19.  he makes me feel secure.

20. . he loves Allah and then he loves me.

sekadar berkongsi.
semua org ade reasons tesendiri
so do i....
ade jugak benda kita tak suke
biasela kan..
tapi takkan nak kongsi pulak..
hehehe
have a great weekends guys.
;)

Thursday, November 12, 2009

movie- Jennifers' Body



aku dah tengok citer ni
best...

aku suke jalan cerita nya
menarik, tak memboringkan
mungkin salah satu sebabnya
megan fox sgt cantik

rasenye dulu die takdela cantik sgt
a bit plump
tapi skrg da kurus sgt
lutut pun tinggal tulang
hiks, tapi mmg cun sgt la dalam citer ni
sungguh sexy


bagi yg nak tgk perempuan cantik
eh silap, bagi yg nak tgk citer ni
aku mmg recommend
tapi rasenye budak kecik
sgt tak sesuai ...
;)

Cerpen-Abang

Nukilan ini aku hasilkan 3 tahun yang lalu
aku letak disini tanpa sebarang editing..
sekadar berkongsi minat berkarya walau bakat tiada~

ABANG

Aku tersenyum. Mendengar cerita abang buat hatiku tercuit. Kisah abang yang dipanggil memberi ceramah motivasi di kampungnya kelakar juga. Kata abang, tidak semena-mena abang diminta beri ceramah motivasi sedangkan abang bukanlah begitu pandai bermotivasi. Namun, aku mengerti, kerana aku juga mungkin seperti penduduk kampung, kagum dengan anak jati Johor itu. Kagum dengan kehebatan dan kekentalan hatinya.

Abang empat tahun lebih tua dariku. Empat tahun bukanlah jarak yang begitu besar namun abang begitu matang berbicara. Sering menasihati aku itu dan ini. Kata abang, kalau ingin berjaya, tekadkan niat dalam hati itu betul-betul, nescaya Allah akan tolong. Segala peluang akan datang sendiri. Abang sering juga menasihati aku agar mengamalkan membaca surah Al-Waki’ah setiap hari. ‘kemudian, adik rasa lah perubahannya, rezeki adik bertambah-tambah nanti.’ Dan sehingga kini, itulah yang sering aku amalkan.

Dulu, abang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal Industri, dan kini abang telah pun menjadi jurutera di sebuah firma kejuruteraan terkemuka di tanahair. Dalam diam, abang jadi inspirasiku. Kejayaan abang menjadi pendorong aku untuk berjaya.

Ketika aku menjadi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, abang kerap mengunjungiku. Setiap pertemuan, aku akan membawa teman. Abang memang kelakar, sering menceritakan cerita-cerita lucu dan kadang-kadang berteka-teki dengan kami. Kadang-kadang, kami ketawa tiada henti.

Pada pertengahan perkenalan, aku tahu abang menaruh hati padaku. Namun, hati ini benar-benar telah menganggapnya sebagai abang kandung, sukar untuk diri ini menganggapnya lebih dari itu. Sedikit demi sedikit aku cuba elak diri dari abang, supaya terhakis perasaan abang. Rupanya, cara aku itu amat disedari kawan-kawan aku terutama Ain. Kata Ain, hati dia terguris melihat cara aku melayan abang.. Tidak semesra pertemuan-pertemuan sebelum itu. Sehinggakan Ain sendiri menangis di hadapanku Tatkala Ain berkata begitu, tanpa aku sedari, air mata ini juga mengalir. Bukan niat aku menyingkirkan abang, lelaki sebaik itu, patutkah aku kecewakan? Maafkan adik, abang. Bukan niat adik melukakan hati abang. Lama aku berfikir, lalu aku memberitahu ibu, untuk merungkaikan persoalan di hati. Aku masih ingat kata-kata wanita itu, kalau ingin mencari pasangan hidup, carilah lelaki yang mampu buat kita rasa bahagia dan selamat. Yang mampu membimbing kita. Hanya diri sendiri dapat memahami diri sendiri. Nasihat ibu, membuatkan aku terasa abang adalah lelaki yang terbaik dalam hidupku. Perempuan bertuah sahaja, yang mampu menambat hati abang.

Namun, semuanya telah tertulis, ketika aku pulang dari cuti semester untuk menerima cinta lelaki itu, aku menerima panggilan dari abang. ‘Abang dah bertunang, kakak-kakak abang yang aturkan. Mereka kata, abang perlukan seseorang untuk jaga makan pakai abang. Abang tak terkata apa-apa.’ Memang pada mulanya aku kecewa, namun kemudiannya aku tahu itulah yang terbaik buat abang, abang memang perlukan seorang isteri untuk menjaganya.

Aku lihat agak sukar untuk orang seperti abang menjaga diri sendiri. Memotong kuku, basuh baju, menggosok baju. Kerana itu kadang-kadang penampilan abang kurang kemas.

Pernah satu ketika dulu, abang membawa kami ke ekspo konvokesyen Universiti Putera Malaysia. Di sana, abang berjumpa dengan bakal-bakal doktor muda, dan bertanyakan tentang urat saraf yang telah mati di tangan kanan abang. Walaupun abang berpakaian sangat ringkas dan kurang kemas, namun cara percakapan abang membuatkan sekumpulan pelajar itu terpegun. Dengan berbahasa Inggeris, abang bertanya itu dan ini. Selepas abang beredar dengan ucapan terima kasih, salah seorang dari mereka bertanya aku, ‘Siapa abang tadi?’ aku hanya tersenyum lalu Ain bersuara, ‘kalian kagum bukan?’ Seminit kemudian, abang kembali dan memberikan sekeping kad kepada bakal-bakal doktor muda tadi. Mereka memandang tulisan pada kad tersebut lalu mengangguk tersenyum. Tanda mengerti kekaguman abang yang dimaksudkan Ain tadi, telahan hatiku.

Ketika abang berada di tahun kedua pengajian, abang telah terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya. Disebabkan nahas itu, tangan kanan abang tidak dapat berfungsi lagi. Cerita abang, semuanya jadi serba tak kena pada awalnya kerana abang terpaksa mula menggunakan tangan kiri untuk setiap aktiviti termasuk menulis. Lantas, aku teringat satu memori, di mana waktu itu aku melihat tulisan abang di atas sebuah catatan dalam kereta abang, lalu aku ketawa. ‘Tulisan abang tak cantik’, kataku jujur sambil ketawa. Bukan niatku menyindir, hakikatnya aku terlupa. Namun, jawapan abang merentap jiwaku. Itulah tulisan tercantik yang mampu abang tulis, abang kan cacat, adik lupa ke? aku terkedu.‘Maafkan adik, abang!’ kataku dalam hati.

Kata abang, selepas kemalangan itu, abang terpaksa menangguh pengajian dek kerana semangat abang telah hancur berkecai, tambahan pula abang telah pun menjadi anak yatim piatu ketika itu. Cerita abang lagi, segala-galanya berubah tatkala abang berjumpa dengan seorang wanita yang cacat seluruh anggota badan sedang berniaga di Terengganu, ketika itu abang mula sedar, ramai lagi yang lebih malang dari abang.

Ketika berjalan dan makan dengan abang, ramai yang sering kali memerhatikan abang. Mungkin kerana abang kelihatan kekok menggunakan tangan kiri. Namun, abang selamba. Mungkin, dalam hati abang, Tuhan sahaja yang tahu. Pernah juga beberapa orang menegur abang, ‘gunalah tangan kanan, tak baiklah guna tangan kiri.’ Namun, abang hanya tersenyum, kadang-kadang abang memandang muka aku, mungkin untuk memberi sedikit kekuatan pada abang, aku hanya tersenyum, tanda aku sering menyokong lelaki hebat itu.

Tetapi hari ini, lelaki hebat itu telah hilang dari diari hidupku. Perhubungan yang akrab telah pun tiada. Aku tahu abang sedang hidup bahagia dengan Kak Liza dan mungkin dengan anak-anak mereka. Bertuah abang, pensyarah muda itu memilih untuk hidup dengan abang. Ah, mereka memang sama-sama bertuah.

Kalau abang baca coretan ini, adik doakan abang bahagia dan sentiasa dirahmati Allah. Segala nasihat abang, menjadi pedoman untuk adik. Terima kasih abang, kerana beri adik peluang kenal lelaki istimewa seperti abang...



Nukilan,
Intan Izani

Wednesday, November 11, 2009

i cut my finger ...

and its quite deep;

7.45am
'bestnye minum nescafe pagi2 ni'
so, memandangkan susu dah takde
dalam fridge,
nak bukak baru la
geram lambat sgt nak bukak abis penutup tin tu
aku putar je pakai tgn penutup tu

dalam hati
'luka jugak tgn aku ni kang.'
rupenye betul
besi keliling tin tu kan tajam
naya betul

berdarah ibujari kanan aku
siap terfikir
'eh, mati ke kuar darah banyak ni'
padehal takdelah banyak sesangat
tapi kire meleleh jugak ke siku

masa tu terus ingat nak kol hubby
tapi tibe2 terfikir
'kalau kol mesti hubby gesa2 balik..
so biarlah aku handle sendiri'

ambik serbuk kopi
tepek2 kat tempat luka tu (petua tau)
tekan2 pakai tisu yg berlambak2 aku gune
lama2 kering jugak
letak minyak gamat
terus balut
letak handyplus
balut pakai tisu dapur serap minyak tu je
heheh
itu je dapat aku capai dgn tgn kiriku ini

dugaan kecil
tak sakit sgt pun..
moga jadi pengampun dosa..

lepas balut
baru mms gambar jari terluka kat hubby
haha
risau hubby
tapi sebab hubby tahu bini ni gopoh wat keje
adelah patut kene bebel..




kerana itulah misi nuff adalah slow sikit harini
tapi tetap diteruskan
;)

Tuesday, November 10, 2009

when we were down..

we listen to good song;


Deeper Conversation By Yuna

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
Now I'm learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
Now I'm learning you

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

4x
Deeper Conversation
Does ur name rhyme with mine...

rindu...

actually, tgh sedih
em, tadi gayut ngan bonda
aku dgn ibu akan bergayut selang sehari..
kdg2 aku kol, kdg2 ibu kol..
tapi tiap2 hari mesti sms
pagi petang siang malam..

perbualan ibu dan anak
tibe2 membuatkan aku jadi sebak tak terkata
cuba menahan diri dari menangis
rasa ingin berada di dalam pelukan ibu
bukan kerana rindukan ibu
itu perkara biasa buatku
rindu pada bonda adalah lumrah anak yg jauh
tapi kerana perhatian yg diberikan

ibu tibe2 cube menyelami hati aku
dgn lebih dalam
mungkin dalam kata2ku tadi
buat ibu sedar tentang perasaanku
yang satu itu
lantas di hujung talian
aku juge dengar nada suara ibu yg cube memujuk

jgnlah tanya kenapa dan mengapa
mungkin aku ni terlampau manja
tapi mmg benar org kata
anak kedua lebih sensitif
lebih mudah kasihankan org tua
lebih banyak ragam
dan lebih suke mengalah

kita sama kan?

tak sabar pulang ke jb beraya haji
tahun ini giliran kami beraya di johor
tak sabar pekena juadah ibu di pagi raya
raya hari tu beraya di kelantan
lain pula makanannya (tapi masih enak)...

rindu nak bau rumah kat johor...
rindu nak bau tubuh ibu tersayang..
rindu nak tgk misai ayah..
rindu nak tgk adik yg takde perasaan..
rindu nak tgk obes(kucing)..
rindu nak tgk kelapa sawit sepnajng perjalanan..
rindu nak jumpe kakak yg sedang sarat..
rindu nak tgk abg ipar yg keloloh, hehe..

lama sudah tidak berjumpa
last jumpe family masa raya
tapi tak sempat jumpe kakak...

tibe2 aku emo harini
rasa nak balik johor sgt..

hubby kol tadi
cube menenagkan isteri yg byk ragam ni..
hubby pun cakap
'ayg siap2 eh, tghari nanti abg ambik ayg, kita makan luar'
hooray!
suke je makan ngan hubby...

itu je nak citer...
bile hubby ajak makan
terus happy
walaupun pagi tadi ingat nak start diet
9 hari tanpa nasi.. tp esok lusa jela
hiks...

note: org lain  buat 99 hari tanpa nasi, aku nak wat 9 hari pun tak lepas

Monday, November 9, 2009

what always stay in my handbag

haritu one of my blogger fren; mizzyn,
tagged aku suh buat pasal ni
apa barang yg selalu ada dalam handbag
so this is it~

benda2 yg memang sentiasa aku bawa
tapi mula2 ni gambar handbag aku
(ingat tak kisah handbag aku yg membingungkan tu, nilah dia..)




this is what insides,


1. purse body glove ni yg aku dah gune dari awal tahun ni

 
2. tisu yg selalu ada dalam beg, useful~



3. make up kit, takdelah makeup sgt pun,
normally,gune after singgah solat katmana2


4. perfume,dah biasa gune avon sebab yakin leh bawak solat
actually ada berjenis2 perfume avon aku gune..



5. pil postan @ pain killer @ubat tahan sakit
selalu je bawa, takut tibe2 hubby sakit kepala ke ape ke
kalau hubby tak tahan selalu telan ni je
(aku susah nak telan ubat, jgn harap aku makan selagi aku leh tahan)



6. kamera cikai, camera ni aku gune since awal2 kenal ngan hubby dulu
simple je, aku tak la addict ambik gambar sgt, cume suke jugak
pakai yg cikai ni pun rasa dah ok.. ;)
tapi kalu dapat dslr, mmg syiok!


itulah ape yg ada dalam beg tgn aku
sebab tu berat
selalu bahu lenguh
sebab macam2 ada
belum benda2 rahsia lagi
selalu paksa hubby bawak kalau lenguh
;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...