Thursday, December 31, 2009

2009-tahun aku bermanja dgn si suami


2009 hampir berlalu
lagi beberapa jam

2009 boleh kukatakan aku masih dalam mood pengantin baru
tahun aku bermanja dengan hubby
hingga saat ini
aku masih berada bawah ketiak hubby
segalanye aku gantung harap pada hubby
oh hubby, i lebiu...

tak reti nak buat imbasan kenangan sepanjang tahun macam org lain
cume aku harap 2010
akan menjanjikan kenangan yg lebih indah buat kami...
moga apa yg kami nantikan akan tiba..
doakan buat kami...

yang penting, 2009 aku sangat bahagia
bergelar isteri kepada seorg suami
yg sgt2 penyayang....
oh Tuhan, kau paling tahu...
terima kasih dengan nikmat bahagia ini...

semoga kalian juga bersyukur dgn apa yg
korang dpt tahun ni...........
apa yg tak dpt, kita usahakan bermula esok!!

chaiyokkk....yeay~
;)




kalau sudi undilah saya kat contest foto suci blog fird
no 5 tau~

Wednesday, December 30, 2009

korang takut tak?



apa korang nampak kat gambar ni?

kejadian menakutkan aku..........

kisah dia mcm ni
aku ngan sorangkawan aku ni
g bercuti
kat situ aku ada kenal few girls.
then kami berkawan
siap main pinjam2 baju

time aku ngan kawan aku ni
nak g toilet
tibe2 masa kat dlm toilet time
kitorang ngah tukar baju
ada org siram kitorang sampai basah kuyup
sekali org tu mengintai kitorang
rupenye mat salleh
die tu kire murderer

kitorang pun cabut lari panjat bangunan
lari laju2
sehinggalah sampai kat sebuah kawasan org asli
rupenye org asli tu geng mat salleh tu
so kitorang pun menyorok kat semak
gile scarrrryyy
masa tu aku ngan kawan akuu
dah pk nak mati

bile ada org asli lalu
die nampak kitorang dia buat dek je
so kitorang rasa die org asli baik
so kitorang follow die
dan balik ke hotel
masa kat hotel
mat salleh tu dpt jejak kitorang
habis pintu hotel die tendang

malam tu time gelap
aku ngan kawan aku pun
lari masuk kete dan pecut...

bngun je tido seram sejuk aku rasa
naseb baik mimpi je..
legaaaaa............

Tuesday, December 29, 2009

keywords-scha dan awal


tak pasal isu scha dan awal
bagi trafik kat blog aku harini


sakit tekak menjadi2...
;(

akhirnya handphone pilihan kami...................


di entri yg lalu masa aku minta pandangan readers aku
macam2 suggestion ada
ada yg cakap
blackberry tak best,
ada cakap nokia e72 tak best,
ada kata iphone susah nak gune
macam2 pandangan korang
lain orang tentulah lain cara penilaian
i appreciate all your opinions
thanx so much.



so finally
aku pilih nokia E72
sepakat aku ngan hubby
walau pada mulanye
aku beria nak blackberry
tapi next year aku nak jugak blackberry
berangan~

bila g kat kedai pun
sume sellers suggest nokia

aku personally takdelah in love sgt ngan nokia e72 ni
tapi mmg smart cume aku rasa terlalu nipis
susah nak pegang
tapi kalau dah pakai casing tu mmg smart
haritu aku try wifi
mmg laju berdesup
best jek
skrg kalau kuar leh wifi merata2
yelah kat mana2 pun mudah dpt wifi
tapi kene singgah la tempat makan tu ke ape ke
ada few je yg free2 leh connect

yg paling penting, kamera 5mp
bab tu aku mmg feeling happy abis
kebetulan kamera buat hal
so boleh la ganti kejap
bile masuk lappy pun pic mmmg best

garmin pun dah masuk
so senang
bile try gune mmg cun...
pasni tak sesat2 dah insyaAllah..

setakat ni aku rasa nokia e72 ni mmg dah tiptop
sound best, gambar best
aku tak tahu la cmne
tukang buat henset ni nak canggihkan lagi henset diorg
bagi aku nokia ni dah high tech betul
segalanya ada..
tapi ada gak hp nokia yg lebih murah
tak silap aku expressmusic
around RM1100
yg kameranya 8mp..
kamera lagi best
cume ada kekurangan sana sini sikit2

nokia e72 ni jauh lebih mahal of course
mungkin lebih kepada kepuasan
tepuk dada tanya selera
ituah huaraian tentang henset baru yg dibeli
kepada yg tgh berfikir2 nak beli nokia e72 ni
beli aje lah... berbaloi2... ~

thats it

Monday, December 28, 2009

scha dan awal... kesian.


gelak aku baca artikel pasal diorg berdua ni
kene tangkap kat club
nak wat ujian air kencing
mcm2 alasan
orang lain ada mata dan akal la...
kelakar2....



kalau takut dilambung ombak,
jgn berumah di tepi pantai~

Starbucks kat Iraq


Starbucks kat Iraq
elok je tak kene bom, tembak





malas mau explain
bak kata nabil; lu pikir la sendiri~

melodi tv3 makin mengarut


tadi baca artikel oh!artis
pasal melodi skrg dah macam sampah

sumpah aku sokong!
menyampah okk...
tkde isu jadi isu
paling aku meluat
sam bunkface ditegur time pakai singlet
wth..
die tu laki beb
sukati die la,bukan aurat pun!!
pempuan nampak lurah,skirt atas lutut
kau takmau tegur
bodoh!!
kalau aku jadi sam
mmg aku dah debik wartawan tu byk kali
cehh, konon..
bukan ape, kata2 wartawan tu kasar
sam pun da naik rimas bertubi2 kene
naseb die still act coool je kat situ..




menambahkan lagi meluat aku pada melodi
adalah aksi skuad diorg pakai baju hitam
melompat tu
pergh... geli geleman tgk...
ok, aku dah melebih ni
kang tak pasal2 kene saman

baik layan galaksi kat tv9
sempoi je
isu pun ok
takdelah wartawan ganas sgt bertanya
artis pun manusia juga
jgn lah korang dok laga2kan
baik2 diorg takde masalah, terus cerai
tak suke okk....
hentikan jelah melodi tu~

ceritera cuti krismas


cuti aritu jalan2 je
lepak umah makcik then jalan2
misi utama cari handphone

dari the mines ke alamanda
merata-rata berjalan
tempat kenangn zaman bercinta dulu
cehh..

kitorang suke jalan area sini
sebabnya dekat dgn makcik
so kalau ujung minggu
senang tido umah dia je...


ramai yg tanya
beli handphone ape
sebabnya aritu byk dpt respon pelbagai dari kalian
mekaseh
ada yg suggest blackberry, ada suggest nokia, iphone
macam2 lah
akhirnya kami beli........
itu tunggu next entry punye citer k
hehehe


bile pegi alamanda
lepak jap taman warisan
time tu hujan
so sedap layan mi sup kat situ
mmg maveles
siap dgn cempedak goreng, ngan cucur udang
mmg pelahap
eh takdelah.. beli sikit je...

below,few pics masa dating aritu
gune hp baru tu...
sebabnye kamera kami lens rosak
tak tau mahal ke murah nak baiki..


 
 

sila abaikan muke aku yg comot...
thats it for now...
;)

Sunday, December 27, 2009

menu malam ni


sebenarnya banyak benda nak citer
tapi arini kepala sakit je
so mmg tak tgk lappy pun
tapi leh pulak jalan2
hehe

tak g mana pun
just g mydin nak cari lapik kaki
alahai
penuh betul orang
seksa nak mencari barang,...

malam ni rasa nak makan kat umah pulak
so baru jap tadi masak
daging masak kicap + kentang
buat sayur goreng sikit
belum makan lagi..
lapar ni...


jom makan!
;)

Subscribe Intan Izani via email


byk benda nak update arini
first nak citer pasal something
kalu korang nampak kat atas tu
ada benda ni aku baru tambah



baru je aku letak benda alah ni
dah lama tgk kat blog lain
tapi mana aku reti
nak tanya takut jadi soalan bodoh
hehehe

tp akhirnya ada yg sudi bantu aku
ni diia cikgu daku>> sukiminna
die ni baik, suke ramah mesra ngan blogger
kalau korang ada pertanyaan
boleh try tanya dia..maybe he can help..
;)

so buat siape2 yg nak tahu update aku via email
especially yg sometimes ada problem nak
view blogspot
so boleh subscribe blog aku ni eh
just letak emel korang
terima kasih buat yg sudi subscribe~
sayang korang..
ceh...

thanx again suki~
u're the best......... ;)


Saturday, December 26, 2009

Sani Ekspres terbabas di highway-10 Maut




sedihnya tgk berita tadi
10 org mati bas sani terseret divider tgh highway
siap ada yg putus kepala
ish dasyat
semuanya sebab kelalaian pemandu terlelap
beberapa saat...
lebih sadis tgk para keluarga melihat jenazah
moga keluarga mangsa tabah terima kenyataan

berita lebih lanjut ...

IPOH, 26 Dis (Bernama) -- Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata 12 mangsa itu merupakan penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Wan Abdullah berkata mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Siti Munira pula telah menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229, PLUS, di Bukit Gantang dekat Taiping.

-- BERNAMA

Thursday, December 24, 2009

game-hell kitchen


masing2 menyengih
mentang2 esok cuti..
cehh... aku adalah yg paling gembira
yeay.. shopping spree!
mau dating sama hubby~

nak share satu game kat korang
aku baru je download
baru je main
best jugak
game time management
masak2

sape penah tgk rancangan hell kitchen?
yg head chef tu macam giler
asyik nak mengamuk
semua cook kene marah
makanan tergaring pun kene marah

so game ni mmg base pada racangan tu
title pun hell kitchen
syiokkk gak main
tapi kalau lambat je siap masak
abis aku asyik kene
'u're DONKEY!'


aku dah penah share link ni
tapi sekali lagi aku share
utk sape2 yg bosan time cuti

happy holiday semua...
manfaatkan cuti kalian...
;)

iphone @ blackberry?




hubby plan nak grab one
purpose utama-nak gps
takmo sesat lagi pasni
iyee... kami masih takde gps
kesian....
selalu sesat cari umah sedara...sigh~
sebab lain-handphone aku dah naik gile
so nak tukar jela...

plus, because i suke blogging, facebook-ing
suke blogwalking
had fun surf internet
internet freak gaknye..
so nak cari hp yg boleh online 24 hours
:)

so, sape2 ada suggestion
gune iphone @ blackberry
@ nokia e72?
leh share experience tak..

which one?
kalau blackberry
model mana yang the best eh...?

update: i still need kalian punye opinion... 
tapi the question now is nokiaE72 or blackberry? 

rocking around the christmas tree-miley cyrus

suke dgr lagu ni
sebab miley yg nyanyi
sume lagu die nyanyi .. i loikeee...
sebab mmg i minat die... 
ni lagu chrismas....
tapi jgnlah kita sambut krismas lak..
sekadar hiburan,
meh layan lagu ni.. ;p

Wednesday, December 23, 2009

facebook vs friendster



friendster


facebook

sejak facebook dah popular
friendster dah semakin terabai skrg
kesian pulak aku kat friendster ni

baru-baru ni kat tv
tnjuk pengasas friendster
skrg tgh gigih mengembalikan zaman kegemilangan fs
dah ada game, dah tukar layout
macam2 la

kelebihan facebook ni
mcm kita mudah nak berkomunikasi
ngan fren2 kita
ada ruang chat plus
kita rasa bile kita letak apa2 status
kdg2  org respon
so mcm best lah

friendster pun sebenarnye cool jugak
colourful lagi, skrg ni dah ada game
fun jugak
tapi semakin ramai yg fs nye dah tak dibukak
maka, aku pun secara otomatik beralih ke facebook
tp facebook mmg lagi coool sebenarnye
tak perlu susah payah nak letak pasword nak add kawan kita
layout pun simple...
game pun best2..

tu je nak g tau..
facebook-ing mmg fun ;)
tapi jgnlah lupe jasa friendster yg telah menemukan
kita dgn kawan2 lama terlebih dahulu
cehhh.... 

sape2 tau?


sejak dua menjak ni
tak tahu betul nak update blog
dicampur kemalasan berganda-ganda ni

nak ngadap blog pun cam takde mood
tapi tipu jelah tu
setiap hari pun ngadap lappy zaman jepun ni
layan blog,facebook.
heh.

hujung minggu ni rasa nak shopping
nak dating ngan hubby
cam nak tgk wayang
tapi citer apa yg best skrg ek?
sapa2 tahu, ada suggestion?
sila angkat tangan..

citer ninja asassin ada lagi ke?
da boleh download kalau ikut
kat internet dah bersepah link ninja asassin ni
tapi mcm nak feel tgk rain kat wayang
hero hensem berbaloi gak tgk
heheh.
lagipun hubby suke sgt citer aksi mcm ni..


-ok2 dah. saya tahu die hensem. jgn tenung lagi.-

sape dah tgk citer ninja assasin?
angkat tgn sekali lagi.
best ke ek?

k lah da tak tau nak tulis apa
nak blogwalk jelah...
jom jom jom..
:)

Monday, December 21, 2009

dialog ringkas suami isteri



di suatu malam....


suami:  badan ayg ni panas sgt... bahaya la
isteri:    yeke panas.. pelik jugak eh...
suami:  ye,nanti kita g klinik
isteri:   abg, ayang rasa ayg nak bertukar la
suami:  bertukar ape?
isteri:   nak jadi werewolf... mcm jacob... badan dia kan panas...
suami: (gelak2 geleng kepala)...

ayam fared-daku tak sangka


aku tgk die ni kt tv3 aritu
die terlibat dgn teater
pengarah,penulis, pembuat teater, pemuisi
yg penting die mcm sama label ke ape tah
ngan zahiril adzim yg i suke itu

dahsyat ku kire
muke pun dah muke orang seni
sekali imbas muke dia mcam seseorang
dua kli imbas pun masih macm org itu
eh, mungkin tidak...




sehinggalah aku jumpe die di facebook
rupenye mmg betul
dielah fared ayam yg sama
dia junior ku time kat hostel..
MEMANG TAK CAYA.

'jauh perjalananan mu bro
besar jurang perubahanmu
walau kau dulu tidak rapat denganku
tak sangka kau rupenya ada bakat sebegitu

dahsyat... semoga berjaya dgn hidupmu
daku terkesima melihat gambar2 mu di facebook
sungguh kamu meminati seni'

tibe2 aku dalam mood kesenian,hehe
mungkin ko tak ingat akak dah kot
tapi rasenye mesti sipi2 ingat kan
kita pun beza setahun je
ceh, nak jugak feeling kawan ngan org seni
;)


note: kalau ayam terbace ni,
jgn mare eh, akak curi gambar kat fb ;)

Sunday, December 20, 2009

korang nak kek yang mana.. cepat pilih...


 sape2 nak makan kek?
sila pilih...



yuck, so gross!

credit:  abyrad

Contest- Mizuri Online


entry ni sempena contest mizuri online

Blog ni aku jumpe sebab tuan rumah
sendiri tinggal jejak utk spread giveaway ni

thanx~

bile aku bukak blog ni
mmg best2 produk dia
MACAM-MACAM ADA

produk mmg utk kaum hawa
tapi kaum adam bole juga tgk
mungkin utk psangan atau mak kan?

aku mmg suka brooch, gelang sume2 ni
biaselah pempuan..

some of the product yg menawan kalbu


 
 


beliau juga jual one drop perfume
kalau rasa nak beli produk beliau
atau nak join contest
atau jadi agent one drop
bole klik sini> Mizuri Store

thats it... ;)

Saturday, December 19, 2009

current addict-text twist

aku mmg suke main game
mcm2 jenis game aku layan
baik game racing sampai game masak2
hehe


 

satu game je aku tak pandai
game bola
kalau main tak penah gol
tension
ayah aku tgk aku main pun naik geram
sebab aku suke brazil
tp bile jadi pemain brazil
satu gol pun aku tak dapat

so skrg aku tgk addict main game text twist 2nd version
aku tak tahu da ada bape version
tp ni latest aku dpt
aku suke
relax jugak

sebelum ni aku addict main flo hotel dash
tp mmg fun
itu jer nak citer

kalau korang nak game simple2
full version
yang cukup best
segalanya ada kat sini

aku tolong promote blog ni
sebab best sgt game2 yg ada
hehehe,
tapi game2 ganas tak bape nak ada disini
yg itu, g beli kat kedai dvd jela
senang, nak download pun file besar
;)

Thursday, December 17, 2009

tak tau nak wat ape dah


Malaysia menang bola 1-0
sumpah aku tak tahu ape
yang aku tahu
balik keje hubby kata ada bola

aku pun tumpang layan
bile abis
tgk pemain malaysia nangis
kegembiraan, aku pun tumpang sebak
tengok pemain vietnam menangis
kesedihan sebab kalah
aku pun tumpang nangis
sian pulak..
hehehe..

ntahapapa aku ni
sejak 2-3 hari ini sensitif melampau
taktau la apesal

sekali lagi lappy aku wat hal
i mean sume ads tak kuar
ada kata clear cache, cookies bagai
aku dah wat
tapi still camtu
aku da restart
pun masih camtu
so taktau nak wat cmne dah
nak wat cmne lagi eh
tadi tak boleh, bile aku biar lama sikit
boleh pulak,sume ads cam biase
so ada sape2 tahu tak nak wat cmne?

salam maal hijrah, selamat bercuti esok




selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1431H
semoga tahun baru islam ini akan mendatangkan
lebih banyak kebahagiaan,keberkatan buat kita semua
dan makin diberkati segala amalan

jangan lupe doa
lepas asar dan lepas maghrib
disamping itu, berdoa lah untuk kesejahteraan
umat islam dan kaum keluarga kita khususnya

selamat bercuti esok bagi yg bercuti
hubby tak cuti pun
huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...