Tuesday, January 12, 2010

buaya ke apa tu?




ngeri pulak aku baca kisah ni
bahaya gak nak bercuti kat pantai
baru aku cdg nak bulan madu kali ke 2...

MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson.
Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ.Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut.“Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.
Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah.
Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.
“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson.
“Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya.Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ.
sumber: Metro
scary kan?

29 comments:

sukiminna said...

ish..buaya laut ke..takutnye..arghhh..

sukiminna said...

nak kate ikan yu tak mungkin kot..hmmmm...

black_mel said...

waaa...scary movie tull...oops..scary tul..x jd pg PD la..kalau pg pun,pg mancing jer...

fashah84 said...

ape ler agaknyer yer..takut nyer...tp kalo org kg dah kato ikan yu tu maybe gak..mungkin diorg dah slalu terserempak ngan yu tu...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

ish2 takutnya..

etomyam said...

peeergh..serius ngeri tengok gambar tu

intan izani said...

suki,
tulah pasal kan
agak2 ape ek
lain mcm je aku nengok

intan izani said...

black mel,
betul2
jaga2 dulu wat masa ni

intan izani said...

fazee,
entahlah
tak tau nak ckp
tak tau la skrg mcm2 kan

intan izani said...

zik,
takut kan

intan izani said...

etomyam..
mmg ngeri
seb baik tak putus

papabear said...

kalau budak kecik yg kena gigit naiya nih..isk isk isk...

intan izani said...

papabear,
tulah pasal kan?

Zon Artis said...

ngerinyer..

♥ juhairah ♥ said...

ish.. geli tgk.. aaa... gerun..
ikan jerung ke kak?
jue tgh bayang jue kt ctu. takoott..

hajarus said...

eiiii.. ngeri tul kan tengok... hjr pun ade terbaca kisah ni... ape la agaknyerkan izani...

baincardin said...

lepas baca terus pikir 2,3,4,5,6,7,8,9,10 kali nak mandi pantai! ^_^

Syahrul Iman said...

isk2..ngeri2

ikiqzana said...

mggu ni baru nk g PD.. x moh mandi kt pantai la takut.. ngeriii.

intan izani said...

zonartis,
ngeri kannn???

intan izani said...

jue,
entah la ape
takkan ikan tu ke kawasan air cetek
tak tau kot anak2 die

en_me said...

ngerinyerrr..

intan izani said...

hajar,
tulah pasal
tak tau ape
pelik sgt gigitannya tu

intan izani said...

bain,
kalau kat tempat lain mungkin takde
pd je kot

intan izani said...

syarul,
ngeri kan...

intan izani said...

ikiqzana,
baik jgn mandi
just main2 tepi jela
bahaya bawak budak2

intan izani said...

enme,
mmg ngeri

izan said...

ngeri eh tgk..nasib tak putus kaki..

intan izani said...

izan,
tulah pasal..
kalau tak tak pasal2 takde kaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...