Monday, February 8, 2010

semoga kau tenang di alam sana sahabatku....................

tibe-tibe aku teringat kisah kawan aku ni...

aku kenal dia ketika masih belajar
aku satu hostel dgn dia
sekolah lain2
sebab aku girl school
die sekolah mix...

mmg kami tak pernah rapat
5 tahun berada dalam naungan hostel yg sama
kami hanya sekadar bertegur sapa begitu2 aje
mungkin boleh dihitung dgn jari patah2 perkataan antara kami..

selepas habis spm,
kami ditempatkan di matrix yg sama..
kebetulan, kuliah yg sama walau bukan tutor yg sama

aku kenali dia spjg persekolahan dgn nama sidol
atau hairi lebih baik..
bila sudah satu kuliah
kebetulan kami pernah kenal 5tahun dulu
maka rasa mesra sbg kawan itu ada sikit
maklumlah.. kita rasa lebih rapat sbb lebih lama kenal

tapi bukanlah kami sahabat baik
sekdar lebih banyak ruang dan peluang berbual

ketika habis semester 1 di matrix
rakanku itu hilang dari matrix
ada juga aku bertanya pd yg rapat dgn beliau
katanya, die berhenti, tensen belajar mahu kerja
pelik jugak fikirku
tapi mungkin kesusahan belajar di matrix buat die
tak mampu tangani tekanan.. who knows..
aku pun tensen belajar kat matrix,
nak kata bercinta tak pun... aishhh...
eh tu kisah lama.... ;p

setelah aku habis matrix, aku masuk u
satu hari aku dpt msg dari kawanku ni
'intan, meh la lawat aku kat hospital..'


'hospital, kenapa sidol, ko sakit ke?'

'eh ko tak tahu ke? aku ada barah otak la
sebab tu aku benti belajar, aku buat kerja amal kat hospital'

aku terkedu. hati aku menangis. kenapa aku tak tahu?
sedikit penyesalan.

'insyaAllah sidol, kalau ada rezeki aku pergi. 
semoga kau cepat sembuh'

'intan, maafkan segala dosa aku'

'eh, ko takde dosa ngan aku'

aku 19tahun ketika itu.
aku takde kereta.
aku takde lesen.
dan plg penting, aku tak reti bawak kereta.

aku bincang dgn ibu.ketika itu cuti semester.
ibu ingin pergi. tp ayah keje.
johor ke melaka makan masa juga.
ah takpe, nanti sidol kuar hospital, aku akan lawat.
detik hati aku.

few weeks selepas itu,
aku dpt satu sms dari salah seorg rakan asramaku.

sidol/hairi sudah meninggal jam.... disebabkan .....

aku terkedu.
aku menangis semahunya. 
oh teman.
kalaulah aku tahu kau sudah mahu pergi...
akan aku lawati mu dan usahakan cara bertemu dgnmu.
kenapa aku tak terfikir yg ko mahu bertemu rakan mu ini
buat kali terakhir???

maafkan aku sidol
tak dpt berjumpa di hujung kehidupanmu.
sedangkan kau mengingatiku.....
mmg aku regret sikit tapiapakan daya..

entah kenapa aku teringat kat dia.
rindu mungkin.
semoga kau tenang di sana sahabatku.........
AL FATIHAH.

8 comments:

Ram Z said...

aku dapat tau dr seseorang setahun @ dua tahun yg lalu...tapi aku x ingat sape yg bgtau...AL FATIHAH...

~wAniE~ said...

ajal maut semua kat tgn tuhan kn akk...

sasha* said...

sy pnh ada pengalaman hilang org tersayang jugak :)

black_mel said...

xpelah...dah ajal dia,,,
banyak2 kan sedekah al-fathiah/yasin..

MiEzA said...

salam...
aku masih ingat lg lisa yg sms @ email aku psl nie... Al-Fatihah buat arwah... aku msih ingat lagi arwah slh sorg ahli group aku ms Kem Kaizen....

fashah84 said...

Al-Fatihah buat sahabat ko tu...doakan supaya Allah sentiasa mencucuri rahmat ke ats rohnya...

Orkid said...

sedihnyeee huhu

Mohd Hafizd said...

seram sjuk bce entry nihh... al fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...