Thursday, March 18, 2010

kenangan hidup di hostel masa sekolah (part 1)

dah lama aku nak kongsi cerita ini
dah lama aku niat nak tulis
dah lama tangan aku gatal nak menaip

tapi ku cuba cari masa sesuai
dan ini masanya
sebab idea kering nak update blog
takkan hari-hari aku nak citer pasal masakan aku kat dapur
takkan hari-hari aku nak citer pasal movie yg aku tgk
takkan hari-hari aku nak citer kisah hubby aku

ok, back to the point
ini kisah yg penting dalam hidup aku
5 tahun aku hidup dengan cerita ini
dan cerita ini kini tinggal kenangan
menjadi salah satu kenangan atau sejarah hidup yg
bagi aku ada manis dan pahitnya...
sampai mati aku tak boleh lupa...
jujur dari hati. banyak aku belajar
tentang manusia dan tentang kehidupan
walaupun ketika itu aku masih kecil dan belum matang.........

baiklah aku mulakan sekarang.....
dulu... aku sekolah di jb
aku stayed di sebuah hostel.
aku dok asbjb
atau penuhnya asrama semai bakti,jb
yg mana asrama ni menempatkan anak2 org felda
peneroka mahupun staff
dan ayahku merupakan staff felda

hidup di asrama tidak seperti yg certain org sngka
mmg, semua ibu bapa nak hantar anak ke asrama
dengan niat, anak itu pandai berdikari dan berjaya dalam akademik

okay2 asyik kelaut je aku ni..

aku masuk hostel ni since after upsr
hostel ni amik pelajar yg excel dalam study masa upsr
so anak-anak org felda yg  dpt straight As dptla masuk
konon2 aku excel
tapi mmg bukan konon
mmg aku straight As pun
tpi itu sekolah rendah

bila aku masuk hostel
boleh kata aku agak sukar nak hadapi situasi baru
perkara yg paling penting, aku rindu sgt kat family aku
homesick org kata... bukan sikit2..
tapi hampir setiap malam tidor dibasahi air mata
padahal bukan jauh pun
tapi masa tu aku kecik lagi
dan aku sukar nak study
aku sukar menumpukan study
enthala kenapa
banyak sebab sebenarnya

aku kecik lagi
umur 13 tahun masih kecik sngat
apelah sgt yg pandai dibuat
tapi bila masuk asrama
everything kene buat sendiri
entah cmne hidup aku dulu
nak basuh bajunya, nak iron baju
ada kelas tuition, ada prep
pendek kata, hidup penuh dgn jadual
kul 10 malam lampu dah kene tutup
10 ke 11 eh? lupe dah
bagi aku mmg satu seksaan...
kesian kat diri aku sendiri kalau aku ingat...

dan salah satu perkara penting gak
aku tak lalu makan kat hostel
masa kat umah ibu masak ikut selera kita
aku ni pulak memilih
kalau kat umah pun aku makan ciput je
mana la aku makan kari, kurma time tu
kat hostel pulak lauk nye pelik2
ada ke patut ayam masak sambal kacang pun ada
kalau lauk tu ada
gerenti aku tak lalu
ditambah pulak kari ikan hujung minggu
alahai... rela aku ikat perut...

bila tak makan
terpaksa tahan perut lapar
dahla penat...
sebab tu dulu kebanyakan dari kami kurus kering
tp aku antara yg terkurus
berat aku masa form 1
tak sampai 40 kot
agaknyelah
yelah kat uni pun berat aku 46 je..
tp skrg jangan ditanya ok... ;p

kami semua, balik sekolah turun bas
berlari rebut nak makan
budak2 yg baik
cool aje jalan
tapi aku kan gelojoh
sampai skrg aku gelojoh
bila masuk dewan kene lak beratur amik makanan
bila nak antar tray kene beratur gak buang sisa
pendek kata hidup mmg penuh rules
kecik2 lagi dah hidup macam tu
bagus ke tak?

banyak lagi aku nak citer
nnti aku sambung part 2
aku nak tarik nafas dulu

ini cuma nukilan aku dan catatan blog aku...
aku sekadar bercerita kisah lama
sesekali nak imbas kenangan lama
best pulak...
;p

4 comments:

sasha* said...

sy tak pnh lg duk asrama.tu psl ms first duk umah sewa jd homesick.dhla masak tak pnadai :P

puterikurekure said...

kite pon stay kat hostel since 13 tahun.

:)
memula memang tak boleh nak gi ngan makanan kat hostel. lama2 dah serasi pulak.

intan izani said...

sha,
tp intan sampai masuk u pun homesick lagi even dari kecik dah jauh ngan family

intan izani said...

puteri,
kite susah nak serasi
mungkin sbb makan memilih kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...