Monday, April 12, 2010

Ibu nyanyuk paling muda di dunia


SYDNEY - Seorang wanita muda di Australia, Rebecca Doig lupa dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Doig yang berumur 31 tahun lupa pernah melahirkan seorang anak kerana dia merupakan antara pesakit Alzheimer atau nyanyuk paling muda di dunia.

Anaknya, Emily Doig dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Hornsby di sini pada Selasa lepas tetapi sehingga kini bayi itu belum mendapat belaian ibunya.

Doig yang hilang pekerjaan kerana kerap lupa dan melakukan kesilapan disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada Ogos tahun lalu.

Dia merupakan pesakit Alzheimer yang paling muda pernah melahirkan seorang anak.

"Amat memilukan untuk melihat isteri anda seperti ini. Pada masa lalu, dia amat bertenaga.

"Namun, dia kini merupakan kehidupan saya dan saya tidak akan berputus asa," kata suaminya, Scott yang berkahwin dengan Doig pada 2003.

- Agensi

10 comments:

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Ya Allah, jauhkan kami dari penyakit seperti ini. Ameen.

masterly02 said...

kesiannya..muda2 dah kena sakit nie..paling kesian kat baby tulah x dpt sentuhan ibunya..

penaberkala said...

kesian die
kesian lg pada anaknya

M!Er4N said...

jom join contest yg mnawarkan hdiah lappy acer n rm20 per refferal

http://www.mieran87.co.cc/2010/04/jom-rebut-acer-aspire-one-at.html

puterikurekure said...

kesiannyaaa.....

SyUhAdA said...

kciannyer kat dia..
mintk djauhkan..

Arjuna Qaseh said...

macam dalam cerita...
*lupa tajuknya.
pelakonnya,drew barrymore n adam sadler tuh..
mungkin kena date berhari2 baru nak ingat nanti..

intan izani said...

sian kan korang..
nak wat cmne,
mesti suami die kene byk sabar..
AQ,
tajuk citer tu
40 first dates kalau tak silap
citer tu best
setiap pagi kene bgn tido tgk video
;)

Liza said...

mesti the husband sgt sabar orgnyer, slalu kena explain mcm2

cps.style90 said...

nsib baik dpat suami yang tabah and cekal... snggup bantu isteri.... ape2 pon, ku doakan mereka bahagia r....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...