Monday, April 5, 2010

rumusan keseluruhan Anugerah Bintang Popular 2009 di mata aku

selesai sudah ABPBH09
rasanya rata-rata semua org tengok
maklumlah ramai artis2 dtg malam tadi

secara peribadi, ABPBH09 mmg tidak menghampakan
banyak persembahan menarik dan artis2 yg naik pentas bg hadiah pun
semuanya best2

pesembahan paling best bg aku persembahan One Nation Emcees
dan M Daud Kilau.
tgk diorg bergelek bukan main, seronok tgk..
persembahan yg ada Diana Danielle tu jadi hampeh sebab banyak
suara slow dan ada mic tak on..
persembahan Alyah, Dayang Nurfaizah dan Khadijah Ibrahim 
pun tak kurang hebatnya, aku terpesona dengan kelunakan suara Dayang

atis paling cantik malam tadi  bg aku of course siti nurhaliza.
baju dia cantik sangat, dahlah mmg dia cantik.
bila siti dapat artis paling popular aku rasa mmg she deserved it.
tahniah buat siti.

atis baru paling popular yuna dpt.
rasanya mesti ramai expect tiz zaqyah dapat termasuk aku.
bila nak umumkan nama yuna, si syamsul yusof boleh pulak cakap ..alamak...
seolah-olah kecewa bukan tiz zaqyah dapat...
aku mmg suka yuna, tapi bile yuna tak dtg, tak best lak rasenya...

hos malam tadi -Raja Azura dan Sharifah Shahira
mmg gandingan yg mantap dan mencuit hati sepanjang majlis
mulut raja azura yg takde insurans tu menambahkan gelak tawa penonton

penyampai2 lain pulak
yang paling best tentulah masa kak ogy dengan david teo
selamba je diorg bercakap
kak ogy mmg best, kalau dulu2 dia jadi pengacara ABP mmg mantap

panyampai yg tak best malam tadi chef wan
merapu merapan je cakap
sebab nya die bukan lah artis sgt
so cakap sikit-sikit jelah kan..

kemenangan yg aku kurang puas hati
pelakon filem lelaki-Que haidar
tak tahulah kenapa mamat ni menang lagi
tapi ramai sgt peminat kot
dah rezeki dia, mungkin jugak rezeki anak dia

pelakon filem wanita-liyana jasmay
aku juga rasa ada yg lebih layak
mmg LJ pandai berlakon
tapi lisa surihani lebih dekat dihati...

siti nurhaliza dapat 225,300 Undian
ramainya mengundi, sapelah agaknya undi
aku satu undi pun tak buat
tak berminat nak mengundi.. 

itu je nak share. ;p 

12 comments:

Meow said...

hehe...saya suka ct memang...saya ingatkan Tiq yangg menang

deqyalalink said...

seb bek best tak rugi tngok hehhee

intan izani said...

meow,
samalah, ingatkan tiz yg akan menang
ape2pun siti mmg layak menang
cuma tak layak dpt kete
sbb dia dah ada ferrari n byk kete lain
heheh

intan izani said...

deqya,
betul3 ;p

[z@ck] said...

kiranya yang dapat anugerah bintang paling popular is Datuk CT la ea..

intan izani said...

zack,
yes, siti dpt

Arjuna Qaseh said...

buang karen jerk undi tuh.
huhu..
tapi siti is the best.
walaupun sekrang dah lain macam sikit.

sasha* said...

i tak tgk pn huhu

hajarus said...

kongsi gembire bile tok t memang...
hajar pun agak lisa surihani tp cam tahun lepas la liyana jasmay yang memang.. huhuhu..

Adya A. said...

saya paling suka norkhairiah....memang betul2 dia terkejut...bersemangat sangat....

Hidier said...

hebatlah datuk CT..ingtkn zaman kegimilangan dia dah hilang..rupanya masih berbisa...
:)

fashah84 said...

x sangka siti menang lg..ingat dia dah x popular..lgpun dia kan kurang kuar zine...x sangka btul aku..tp ko mesti suka ler..ko peminat dia kan..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...