Monday, October 11, 2010

kemalangan ngeri 2 buah bas

rasanya ramai tahu berita ni, sadis dan tragis
rasa marah,kecewa sgt bila tgk berita ni
akibat bas bawak laju, ramai insan tak bersalah
hilang nyawa, hilang org tersayang
dan ramai juga yg stuck dkt highway tu berjam-jam
sian....

layan gambar (credit: ondscene & utusan)







MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

Salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

dari forum carigold;
nnt aku syorkan kat PLUS..
tulis singn board
-SAPA NAK MATI IKUT SINI-TIADA HAD LAJU-
-KAIN KAPAN DAN KUBUR BOLEH DIDAPATI DI HADAPAN-SILA PANDU MACAM PELESIT-
buat hiway khas utk ni..
mmg aku setuju idea budak ni..

apa lah lagi cara, kesian pada mangsa
especially kereta yg kene hempap tu
sadis sgt perasaan diorg tgk bas terbang agaknya
takziah untuk keluarga mangsa
semoga tabah terima berita ini.

5 comments:

cha said...

ngeri mcm tak caya je :(

Bb Hussain said...

ngerinya kan..Alfatihah buat keluarga mangsa..

Gieyana said...

Ngeri betui kan...ajal dan maut ditangan Allah Taala..Alfatihah utk keluarga mangsa...

Elly & Emmy said...

kesian kat keluarga mangsa.. hilang org yg disayangi.. akibat kecuaian pemandu bas..

Redbloodsnow said...

erks...x sanggup nk tgk. di harap keluarga² mangsa yg terkorban tabah menghadapi semua ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...