Wednesday, October 13, 2010

pasar malam oh pasar malam....

harini hubby ajak g pasar malam, lama dah tak g rasenye.
kat peti ais tu ada ikan bawal, ikan kembung,daging.
tapi tak lalu nak makan sendiri masak.
tak tau nak masak lauk ape, nak masak kari ke ape
santan takde stok, nak masak sambal sume cam jemu pulak.

hubby pulak mcm tau-tau je aku nak g pasar malam.
dari pagi tadi, dah cakap, ptg ni kita g pasar malam.

tapi kalau g pasar malam sini, aku takde bende lain
normally, kalau g pasar malam aku mesti beli nasi tomato.
bende lain cam tak best, nak beli laksa ke mi sup ke
macam tak berbaloi sebab harga mahal tapi ciput jek.
kalau soto pulak, suhun goreng tu die letak bukan main byk.
tapi nasi himpit nye sikit jek, tak suke tau.
begedil pulak kecik kemetot 50 sen. 

kalau jemu nasi tomato aku layan char kue tiaw, sedap jugak
byk pun byk. tapi tu kalau time rasa tak lalu makan nasi,
normally tekak ni mmg nak pekene nasi jugak,
tekak org kampung la katakan.

pasar malam kat umah aku ni boleh tahan best,
kalau nak beli tudung sini murah dan byk.
kak long aku selalu sgt la mengorder suh beli.
sekali beli kdg2 sampai 5, maklumlah koleksi tudung
nak kene byk, sbb dulu pakai tudung bawal
skrg dah malas nak betul2kan tudung,
pakai je tudung ekin, terus sarung gerenti kemas.

dulu dok kat serdang pun pasar malamnye best,
situ pun tudung murah, tapi time dulu2 tu
asal g je pasar malam, sure beli karipap sardin.
karipap kat adik tu sedap, susah nak cari karipap
sardin yang sedap, hehe. tapi kalau sendiri buat gerenti sedap.

tapi nak cari makanan kat pasar ni kene cari yg bersih.
kita tgk lah cmne imej tukang jualnye.
kalau boleh cari yg tutup aurat, mungkin makanan tu
lebih bersih dan lebih berkat kita makan.

okkk ;p

4 comments:

cha said...

kt sini pasar mlm hr selasa.selalu yg i akan beli wajib adalah yong tau fu, rangka ayam dan kaki ayam nk buat sup haha

intan izani said...

cha,
hubby i pun suke sgt rangka ayam
tak faham tau
tapi sesekali makan layan jugak kan
;p

Bb Hussain said...

Bb pun suka rangka ayam..tu yg selalu beli..lain2 tak sgt la..hehhe

I_Hate_Lolipop said...

tak suka pergi pasar malam. ramai org runsing.lepas tu dah sampai tak tahu nak beli apa..hurmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...