Wednesday, November 10, 2010

kisah aku di suspek H1N1

terima kasih pada yang sudi bertanya tentang aku.
aku dah ok, dan memang takde apa-apa nak dirisaukan.

ceritanya macam ni,
khamis seblum deepavali tu, aku demam sakit tekak
so, aku just makan ubat sakit tekak yang hisap tu and then ok

hari jumaat cuti deepavali tu pulak, aku dan hub asyik fikir nak,
spend kat mana sabtu dan ahad tu
aku ajak hub pegi window shopping jela
sbb sekarang musim hujan, nak pegi beriadah pun macam tak sesuai

tapi takdir Allah, jumaat malam tu aku rasa tak sehat
malam tu kuar makan kat luar,
after tu hub paksa aku g klinik, which aku betul2 malas
tapi nak tak nak ikut juge

then, kebetulan pulak, doc kat klnik tu doc baru
so macam tak tahu nak wat keje, seriously..
patut ke die tanya aku, demam ke tak
bukan ke itu tugas die untuk measure suhu badan aku?
tapi hub jawab jela, semalam demam, ni macam asma sikit..

doc just check pernafasan aku, and cakap ok, takde masalah
so ok, kami balik

pukul 1 malam, aku rasa mcam sesak nafas sikit
so ajak hubby g klinik, doc bagi amik gas
supposed to be ok..
tapi pukul 4 aku rasa mcm seksa jugak nak breath
aku dah rasa pelik ni.. tapi nak tak nak g jugak klinik
amik lagi neb sekali dgn inject

doc tu cakap, 'in case u rasa tak selesa lagi
 i guess u kene g hospital la..'
(masa tu masih doc baru tu yg handle)
time kul 4 tu, staff nurse ngan doc tu tgh tido kat klinik
klinik 24jam tapi diorg takde patient, tido je la kan
bukan main susah nak kejut
sib baik pakcik guard yang kejutkan

kul 8 pagi aku pegi lagi klinik sbb cannot breath well
kali ni hubby dah siapkan beg pakaian in case kene g hospital dan admit ward
sbb risau jugak kan

pagi tu dah tukar doc lain
kalini doc tu lebih experience
aku amik jugak neb sekali then doc tu tanya soalan macam2
pelik betul saya ngan awak ni, kenapa dada masih sesak nafas lagi?

aku pun pelik jugak, tapi nak kata apa kan
doc tu asyik la cakap, 'rare tau case jadi macam ni, u pun tak pernah macam ni
i tgk history u ni ok je... why this is happen?'

then, dpt refer letter dr doc tu
terus g hosp. sg buloh

 diringkaskan cerita... aku dok kat kecemasan dari kul 9 sampai la kul 3
lama giler kan , padahal masa tu aku rasa mcm dah ok dah
mcm nak balik, yang tak boleh blah tu, sebelah aku artis
pelakon tua la lelaki, tapi asyik sengih2
mungkin die ingat die glemer so tak leh sombong
tapi aku tak tau nama die ape...

kebayankan kat wad kecemasan tu, kebanyakan nye yang eksiden
berdarah sana sini, ish seriau betul..yg jatuh tangga
yang berdarah, yang muda2 pun ramai sbb eksiden motor la kan..
aku tgk kan jelah...

then... around kul 2 gitu, doctor2 datang
cakap aku kene tahan wad sbb suspect H1N1...
sbb sel darah putih something2 count 20% kat paru2 aku..
so aku pun naik pelik la
aku rasa badan aku cam sihat je ni... napa lak suspek2 ni...
tapi nak tak nak kene tahan, kat ward isolation

mule2 hub mintak first class
tp rupenye kat sana takde
tapi takdir Allah, masuk ward isolation pun dah macam first class
sbb stay sorang2 dan yg penting suami boleh jaga...
orang lain sakit, aku lak seronok2 dalam tu.. giler tul...
mana taknya berkepit dgn hubby...hehehe

dipendekkan cerita lagi... hubby mmg jaga aku dgn terbaik
masa kat ward kecemasan, aku muntah2 teruk
sbb nya perut kosong...
so hubby suap aku makan roti dgn air kosong
romantik gitu... hubby lak kejap kuar masuk ward kecemasan tu
suka2 hati mcm hospital die..hehehe
tp doctor2 tu tak marah pun, malahan asyik bg penerangan kat hubby

malam tu hub balik jap amik ape yg patut kat umah
sbb hub nak tido bilik tu sejuk la kan
so amik toto, amik sejadah ape yag patut
then, balik semula ke hospital, rempit lagi
risau tinggal bini sorang2 kat sepital

yang aku pelik tu, aku kalau demam ke ape
mmg tak selesa makan langsung
tapi bile hub jaga aku ni, makan lalu pulak tu
baru ingat nak kurus raya haji ni.... ;)
sbb nya aku rasa sihat je kat hospital tu, tu yg nak makan je
boring tak tau nak watpe... so makan jela dgn bace paper

supposed isnin keluar ward isolation tu
tapi ahad tu ada doktor pakar dtg check
die tanya condition aku semua then die kata
'tak mungkin she kene H1N1 la, die pun cakap die tak demam sudah'
'so, u nak keluar ward ke tak?'
aku ngan hubby sama2 laju jawab 'nak!'

so, aku diberi surat untuk amik vaksin H1N1
so kami pun blah dgn jayanya ahad tu kul 2 ptg

isnin 8hb 11 baru ni, aku amik vaksin kat klinik swasta
sbbnya kat klinik kesihatan takde stock
katanya, kat seluruh malaysia takde
tak tau la kan, so amik kat private, kene cas rm80
ok la kan, hub kata sekurang2nya pasni aku dah imun pada H1N1
so takde la die risau sgt...

pada makcik2 pakcik2, family semua yg sudi lawat, mekasih bebanyak..
susah2 je dtg siap bertopeng bagai masuk ward tu

aku dah sihat dah ni
dah kembali rutin seperti biasa
tapi lepas ni, nak makan makanan sihat la sikit
sbb rasanya tubuh aku ni kurang vitamin kot
nak makan makanan sedap aje, mana taknya..

panjang cerita ni... senang aku bace di hati tua aku nanti
untuk anak cucu cicit bace sekali ;)

5 comments:

inai said...

semoga dah recovered, dek

LyNn HaMzAh said...

syukur dah sihat...moga terus sihat la yer...

sukiminna said...

uik camtu lak ek..aku igt vaksin tamiflu tu ley amek bila sure kena H1N1 jek..huhuh..

neway alhamdulillah dah sihat

Bb Hussain said...

Alhamdulillah..amik la supplement intan..untuk jaga diri kita kan ;)

°`° NiSa °`° said...

Alhamduliilah, Intan dah ok :)
NAsib baik x betul2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...