Monday, November 1, 2010

tengok movie


cerita lama, tapi baru nak kongsi kat sini. 

last few weeks, pergi jalan2 kat the mines, plan nak tgk wayang.
kalau pergi mana2 mall ni, kami prefer keluar awal2 lagi, kul 10 dah terpacak
dalam mall, sebabnye malas nak sakit-sakit dada cari parking. ;)

plan first, nak tgk magika.
masa tu promo filem ni main lagi kat tv.
baca pulak org punye review pasal filem ni, semua kata best dan kagum.
aku tgk trailer die pun rasa cam best jek.
tapi bile g sana, magika dah tak tayang.
mungkin tiket dah tak bape laku kot.
nak taknak, layan citer jgn pandang belakang congkak 2. hub nak sgt tgk.
time tu baru je tayang kot. 

masa tgk, ngantuk bukan kepalang.
sbb mmg mengantuk, atau cerita tu yg merapu.
tapi aku asyik la tgk jam tgn, nak keluar.serius bosan giler.
tapi tak nampak pun pukul berapa, sbb gelap sgt dalam panggung. hehe.

hubby macam suke je filem tu. asyik2 ketawa. 
tapi bile kuar panggung, aku tanya best ke tak
hubby cakap 'bolehla, macam biasa je'

ni skrg tgh tayang cuti-cuti cinta.
aku rasa filem tu, kalau org belanja pun, aku tak ingin tgk.
serius. aku rasa dah tahu sgt jalan citer ngan ending.
bosan. bosan. bosan.

dulu cerita ahmad idham macam ok-ok jugak.
tapi lately ni, mcm dah start nak boring je aku rasa. 
tak lama lagi keluar citer die yg lain pulak,

aku masih dara. 
aku masa tgk poster ni, rasa mcm nak juling.
dah macam poster filem seberang. dahsyat u. ;)


2 comments:

Liza said...

liza beli byk dvd, tak tau ler bila nak tgk

sop said...

lama x tgk mawang.. minggu lepas baru perpeluang.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...