Sunday, December 5, 2010

makan nasi beriyani gam


pas kuar wayang dalam around kul 4 mcm tu kami g putrajaya pulak. hubs nak jumpe member die so sebelum tu kami nak g makan. hubs ingat nak makan nasi campur tapi since dah lewat sure lauk dah takde. so aku suggest makan je nasi beriyani. hubs ajak pekene nasi beriyani kat putrajaya yg femes amos tu, yg tak jauh dari uniten tu. apalagi kesanalah kami.

dulu, masa first time pergi about 2 years back. masa tu kedai ni tgh di renovate. semalam dah cantik siap ada live band. tapi kalau live band tu takde lagi tenang aku makan. sumpah tak tipu. bingit sangat telinga aku walaupun suara die sedap. tapi kalau tukar yuna atas pentas, aku makan kat situ sampai yuna benti nyanyi. ok, ngarut.

masa makan situ dulu, aku cakap kat hubby. itulah kali pertama dan terakhir. sebab harga die mahal. tapi semalam, nak pekena nasi beriyani punye pasal, hubs ajak g sekali lagi. aku sebenarnye, ajak hubs makan beriyani kat bangi, tapi hub kata situ dekat sikit, senang terus g putrajaya nanti. ok, fine.

aku amik nasi beriyani ayam masak merah, as usual. tak reti makan lauk lain. hubs pulak amik nasi beriyani kambing.agak-agak korang kan bape kitorang kene? 

*
*
*
*
*
*
*
*
*

rm43!! sekali dengan air limau ais dengan teh ais. dah la serve dlm plastik. citt!

nasi beriyani ayam aku tu rm12, kambing tu rm27. rm27????

die pakai kambing gurun agaknye... mahal nak mampus giler! pasni memang aku tak gi dah situ. dah macam makan kat tempat standard giler pulak. makan siakap ngan tom yam pun tak mahal camtu. ciss. kalau sedap sampai aku angau takpe jugak.ni biasa-biasa aje. bolehla tahan nasi nye best tapi tak berbaloi dgn harga. kambing tu dahla cinonet. sayang tul duit. kalau aku makan secret recipy ke nandos pun takpe. alahai apa kan daya. dah rezeki orang tu. kalau aku tau, aku beli je nasi beriani kat rumah aku, baru rm4. kat mamak pulak, baru rm8. apakan daya nasi dah jadi bubur. eh tak, nasi dah dalam perut. makan pulak tak habis. mana nak habis, penyanyi atas stage tu, wat aku sakit otak je. aku orang kampung, mana boleh dengar live band ni. ;)
ok, live band tu tak bersalah, ada ke takde ke aku ok je.

nah, amik gambar nasi aku tu.
bukan aku nak condemn bisnes orang. tapi tak boleh la cekik darah mcm tu sekali kan. naya je. 
portion banyak atau sikit tak penting, yg penting harga berbaloi. pasni aku buat sendiri nasi beriyani kat umah mcm haritu lagi best. 

lastly, amik ni. bukti i tak tipu  u all.


sekarang percaya tak?

14 comments:

iza said...

Salam..

Sebab harga barang naik kot termasuk minyak...

Irtiyah said...

Salam

Suami saya pun suka kambing hehe

wachak said...

Hari tu lalu area situ nampak ler signboard beriani gam tu. simpan niat nk singgah kat ctu lain kali tapi bila dah dengar cam ni punya rega, baik makan nasi beriani bukhara dekat kelana jaya. lagi puas hati ... he33

Anonymous said...

mungkin ada sebab mahal
tapak terlalu mahal maybe

fiDooo said...

try makan nasi beriyani batu pahat kak.. best dan sedap :D

♥ sha ♥ said...

mak aih mahal gile! tunggu kenduri je la baru best mkn nasik briyani =p

intan izani said...

iza,
takde maknenye
melampau sangat harga tu

intan izani said...

irtiyah,
kambing mmg elok makan
tapi mahal la kat kl ni

intan izani said...

wachak,
kalau byk duit boleh la pergi
tapi tak digalakkan
heheh

intan izani said...

anon,
tapak sendiri tu rasenye
entah tak tau nak cakap

intan izani said...

fidoo,
yg ini pun beriyani batu pahat dek
tapi, akak pun org johor sebenarnye
hehe

intan izani said...

sha,
kalau kenduri lebih suke amik nasi putih, hehe..

Daleela said...

Wak.. memanglah mahal.. nasi tu nak masak dah susah. Lagi sebb ambil kambing tu.. tu yang mahal. Kalo g pasar nak beli daging lembu pon pikir 2,3 kali....tapi.. kalo sedap xpe kot.. hehehe

Choco Heaven said...

hari ni terus cari blog2 mana ada citer pasal beriyani ni (which is saya rasa..mmg akan ada org yang comment) saya sekeluarga dah terkena jugak smlm....just imagine 3 bungkus nasi beriyani RM69.00??. kalau kedai tu ala2 nice place to eat....kerusi meja elok...layanan elok..then, still boleh dimaafkan....tapi sorry to say....itu lah 1st and the last kami singgah. Anjing berkeliaran.. kat ujung jalan...ada sekumpulan lembu...Ya Allah tuan punya kedai tu....kat akhirat esok, jawab lah...bila kita melampau2 meletak harga dalam perniagaan...Allah akan soal esok diakhirat...nauzubillahuminzaliq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...