Sunday, December 12, 2010

tengok ngangkung @ the mines


semalam pas solat subuh i tidur balik. bangun-bangun tanya hubby, abg nak sarapan kat makcik tu tak? ayg teringin makan nasi lemak die. hubby kata ok. g mandi. i pun mandi-mandi, pastu masa nak siap hubs kata, kita g tengok ngangkung la, abg nekad ni. ceh, ayat mcm nekad nak wat ape je kan. so, bersiap la kami.

tgk jam masa tu dah kul 10 pagi. abg, dah lewat ni, kita makan kat mines jela. makan kat foodcourt ke ape ke. so, tak jadi la g singgah kedai makcik kesayangan kami. 

sampai mines, parking mmg kosong lagi. so, dengan senang hati kami terus parking dan menuju ke tgv. i dalam hati berdoa la ngangkung takde dan rapunzel je yg boleh tengok. i mmg teringin sgt tgk cerita tu. malam sebelum tu, i merayu kat hubby nak tengok rapunzel, hehe, tapi hubby cakap, haritu kita dah ikut cakap ayg tgk harry potter, so kalini turn abg pulak. ok fine. ngangkung la kami. masa tayang kul 12.20. so kami nak g isi perut dulu, sebab jam dah pukul 11.30 dan perut pun lapar. i kalau tahu nak keluar jalan, mmg malas nak wat breakfast kat umah. bancuh air je biasenye. hubs insist nak g breakfast kfc, tapi i kata dah makan last week, so malas la kan, end up kami makan kat food court. 

i dah tgk trailer gulliver's travels ni. best. 
i mmg suke amik gambar depan poster filem. *____*

pusing-pusing foodcourt tu, satu pun i tak selera. nasi lemak jela i rasa mcm bole telan. i ni jenis yang tak reti makan benda-benda i tak biasa ni, tak berani nak cube. i pun amik nasi lemak kosong rm3, and hubs amik nasi ayam rm4.80. end up, tak habis pun makan. nasi lemak i makan berapa sudu je kot, sebab i tak lalu. sambal die super tawar. tapi hubs abiskan sume. nasi ayam hubs boleh la, tapi baik i buat sendiri. hubs masa makan membebel, baik makan kfc bla bla bla. ok, fine sayang. salah i. hehe. 


 kekasih awal dan akhir *____*

the chubby me

pas kuar foodcourt, i beli pulak sundae cone mcD yg rm1.05 tu sebab tekak i tak sedap makan nasi lemak pelik tu. tapi tak la pelik sangat u all. kalau nak makan, i rasa ok je situ, sbb ramai actually yg makan kat situ. so, i pun rasa better sikit makan ice cream tu. then, pusing-pusing jap, around kul 12.10 kami terpacak depan pintu panggung tu. ok, nanti i sambung citer ok. i nak citer pasal filem ngangkung kat next entry. ;)

akak india ni, bagi syiling kat i sampai jatuh sebb die
pun dok sama tengok kamera hubs. ;)

banyak org nepal/vietnam yg dok lepak kat mines. tgk belakang i tu.

ok, nanti i sambung story. thanx sudi bace cerita i. ;)

8 comments:

Cik Amy said...

orang nepak/vietnam pun nak lepak kat mines jugak :)

kak lailin said...

rajin tengok wayang kan?
best, akak wayang jauh sgt.

intan izani said...

cik amy,
diorg duk area situ kot.. ;)

intan izani said...

kak lailin,
sesekali je kak ;p

intan izani said...
This comment has been removed by the author.
Irtiyah said...

Salam

Saya dah tengok ngangkung.. nak tanya ada touching tak pasal doktor tu? hehe

intan izani said...

irtiyah,
akak bc next entry kite citer ;)

Miss D said...

hehehe. comel! :) i nk tgk ngangkung gak...hrp2 lah sempat next week... huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...