Wednesday, December 8, 2010

tips kuruskan badan


agak-agak sesuai ke aku bagi tips kuruskan bdn ni? memang tak sesuai la kan. aku pun sibuk nak kurus, tibe-tibe nak bagi orang tips. tapi sebab aku tengok semua blogger mesti ada tutorial la, pasang widget itu ini, pastu tips makeup la, pastu cara pakai shawl la itu la ini. so aku pun rasa mcm nak berkongsi sesuatu kat blog picisan aku ni. so, aku nak kongsi tips kurus badan.

ini bukan tips dari aku. tapi ini tips yang aku kumpul dari majalah mahupun internet. baru ni aku baca kat satu laman forum tentang tips nak kecikkan peha, akak sorang tu kata ketuk ketampi banyak kali sehari. mula-mula kita nak start wat amalan ketuk ketampi ni, wat sikit-sikit dulu, takut badan terkejut pulak. so tadi aku pun sibuk la ketuk ketampi 30 kali. hasilnya, kaki aku ni lenguh sangat bila nak turun naik tangga. adoi. akak tu kata patutnya sekali buat buat 10 kali je, tapi buat kerap. macam 2 set sehari ke. so, ketuk ketampi tak susah. kita cube 10 kali pagi, 10 kali petang.

ini teknik kedua. aku dapat dari sini>> link.

1 – Anda hanya perlu baring terlentang.
2 – Angkat kedua-dua belah kaki keatas -90degree. Tarik Nafas ketika angkat dan lepas nafas slow2 ketika turunkan kaki anda. Lakukan setiap hari 3set. 1 Set 10 kali.
3 – Angkat sebelah kaki keatas. 3 set juga seperti diatas.
4 – Sit-up – Lakukan sit-up setiap hari sebanyak 3 set juga.
InsyaAllah anda akan dapat melihat perubahannya dalam masa yang terdekat.

aku merasakan teknik ini macam akan berkesan je kalau amalkan tiap hari. tapi rupanya seksa jugak nak wat. seksa sebab aku jarang exercise kot. macam berat giler nak angkat kaki aku ni. tapi mari kita cuba amalkan dalam sebulan. jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. aku lah tu, berkobar nye sehari je. ;)

ni lagi satu yang mudah. banyak sangat petua. minum teh la ape la. dulu aku pernah cuba minum teh o limau suam tanpa gula tiap pagi. bila hari ke 3 tu, perut aku mmg sakit giler la kembung. so, mmg bagi aku benda tu menyeksakan je. kurus tak pun. 

yang ni ok kot, senang dan sedap. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. sumber: link

makan ubat kurus membahayakan, certain product mungkin ada side effects, maka eloklah kita wat secara natural. nak kurang makan macam makan tak banyak mana pun. dapat turun 10kg best ni. mak aih 10kg.. haha, nampak sangat aku gemuk skrg. :p

 dapat kurus macam angela ni mmg la best


tula tak reti bersyukur. dah gemuk nak kurus, dah kurus nak gemuk. ha, itu aku la tu. dulu kerimping, doa nak gemuk. skrg da gemuk, menyesal pulak. ish ish.

16 comments:

Anonymous said...

joging ringan tiap pagi. it works.

Un Phat Lee said...

gua dah gemuk.yeah.

yott said...

dah naik ssh nak turun..

the daten here said...

nak kurus nak kurus

tengss:)

♥-- emieysandra --♥ said...

ehehe..same la kak, emiey dulu tembam skit, skg bile dh kurus nk chubby lak..huhu, salam kenal
~_^

intan izani said...

anon,
joging byk anjing kejar. alasan ;p

intan izani said...

un phat,
laki takpe gemuk ;)

intan izani said...

yott,
tulah pasal kan

intan izani said...

the daten,
sama-sama ;)

intan izani said...

emiey,
takpelah dah kurus
senang nak shopping cari baju tau
huhu

Si Gadis Semasa said...

berjalan kaki 1 jam sehari tiap tiap hari :)

nora said...

lpas ni bg tips ilangkan jerawat tau (baru tumbuh kt idung ni..nyampah)

DeCrewz said...

Aku nie da ckup kurus.. Nak gemuk bukan main susah sampaikan da jemu nak mkn byk sebab x gemuk2.. Anu suggestion?

intan izani said...

si gadis semasa,
iyeke.. tapi nak jalan g mana..hehe

intan izani said...

nora,
eh? nanti i try cari
ceh.

intan izani said...

decrewz,
percayalah
kurus itu lebih baik dari gemuk ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...