Sunday, January 31, 2010

menu malam ni-siakap 3 rasa


menu malam ni
siakap 3 rasa 
ngan sayur goreng 
hubbyku tolong masak
yummy!

 

jom cube resepi ni 
;p

ceritera hari sabtu


semalam pagi2 kul 9 dah siap2
nak pegi putrajaya 
attend ofismate hubby kawen

sebelum tu plan nak g alamanda beli hadiah kahwin
tibe2, pagi tu ms nak start engin kete
bateri kete pulak kong
seb baik jiran ni pandai
leh jugak bg nyawa sementara kat bateri tu smpai bengkel
tukar bateri-rm150
kete kancil aku nilah
mmg nilah satu2nye kete kami
tak tukar lagi kete pun
pakai ape yg ada dulu..
kancil2 pun merata2 pegi
tu pun kawan2 hubby dok perli
bile nak tukar kete..
kami ok aje
selesa je walaupun kancil
masih berdua la katakan

syukur sgt2 benda ni jadi kat umah
naya tak naya lah kalau jadi masa park kete kat alamanda

kat alamanda
lapar punye pasal
makan nasi terus
brunch namanya -breakfast+lunch-
sepinggan share berdua
romantik di situ..
jimat ruang perut utk kenduri

kul 1 lebih g wedding tu pulak
cantik jugak deconye..
siap budak st.john wat pancaragam
best jgak tapi personally bg aku
takkan sama dengan nilai bunyi kompang... 
feel tu lain.... kompang ni lebih feeling kawen...
teringat kenangan masa kawen
seronoknya...;p

tahniah pada ziha dan suami... ;p

balik tu sambung shopping kat alamanda
nak cari kasut hubby
tapi tak jumpe2 yg berkenan di hati
payah tul laki aku ni.. ;p

boring2 terus g tgk wayang
citer legion
next entry aku citer pasal citer ni

balik tu g taman warisan
jumpe kawan hubby
sejam dok borak pastu g makan nasi ayam
solat kat situ
pastu ape lagi
balik umah, tido................
;p

Friday, January 29, 2010

terror gile mamat ni


aku tak faham la 
cmne org boleh buat cube tu sekejap je dah siap
aku buat tak pernah setel

katanya ada taktik
adik aku, cousin aku
kalau wat less than 2minit
dah siap

kalau aku, bg la seminggu pun
gerenti tak siap..
betul2 tak tahu cmne nak wat...
tensen je kdg2 nak wat benda alah tu

tapi mamat ni
mmg giler terror


selamba je kan?
pejam mata pun leh wat...
dahsyat la...

suke je aku tgk diorg ni
ada yg buat sebelah tangan jelah
kalau yg tak tutup mata tu
apetah lagi
laju berdesup je...
pelik kan... ;p

murtad ke?


lama dah aku pendam ni
cehh... pendam konon

kebetulan aku aritu dok umah makcik
so nak taknak layan melodi ngan makcik aku

ada ke patut kumpulan in heart nasyid tu
dituduh murtad
 sebab nya diorg tukar imej
dari berkopiah bagai
kepada yg lebih sempoi..jeans dll

isunya
kenapa gune perkataan  MURTAD?
berat tuduhan tu... 

murtad tu keluar agama
ni setakat tukar imej
apa salahnye 
masih dilandasan yg betul, tutup aurat
diorg tu lelaki 
aurat tak terdedah sikit pun

yg aku paling meluat tu
yg bertanya tu 
pakai seksi, tudung tak pakai
baju ketat,suar ketat
pastu g tanya kumpulan nasyid isu tu

kalau aku jawab je
'kami ke awak yg murtad?'
marah betul aku
suke2 je gune perkataan murtad tu..
aishh.....

harap2 lepas ni melodi lebih sensitif isu agama ni
segan aku dengan pertanyaan macam tu....
nampak sgt ceteknya ilmu agama diorg.....


Thursday, January 28, 2010

berbaloi ke shopping online?


aku sering tertanya2 soalan ni
kdg2 teringin jugak nak beli barang
kat online boutique
memang bersepah2 org buat bisnes online ni

ada jugak rase nak cari shawl online
tp ada certain aku tgk cam mahal je
ada yg murah tapi tak tau kualiti
sebab just tgk dari gambar

tapi ada sesetengah blog
bisnes diorg laku dan maju
mungkin sebab barang sentiasa update
dan harga murah

aku lum pernah sekalipun beli brg
secara online
belum yakin n belum ada yg menepati citarasa

kalau nak beli shawl
mungkin tak secara online kot
sebab kat area umah aku je
dah bersepah shawl
murah pulak tu
cantik2.. so better beli depan mata
tp xtahulah pasni

kalau nak beli pun
aku beli brg yg susah nak cari
kat luar.. mungkin brg dari oversea ke
handbag ke purse ke
tapi takdelah terfikir lagi...

blog org jual shawl ramai betul eh
cantik2 pulak tu
tapi semalam masa blogwalk
jumpe satu blog jual shawl
mahal kemain
tu yg takut tertipu tu.....
aku rasa budak tu amik untung lebih...

so, hati2 la masa nak membeli
mesti ramai yg pernah beli
tapi barang yg dapat tak sebest disangka..

Wednesday, January 27, 2010

puteri sarah liyana


suke betul aku tgk citer na-o-mei kat tv3 tu
buat masa nilah..
tak tahu pasni citernye jadi camne
tapi far better dari citer mayang mengurai
yg entahapapa tu
harap heroin je cun
tapi cakap pun tak lancar aku dgr



masa tgh puteri sarah tu berlakon
comel nye dia
muke tak mekap pun cantik je
maklumlah, die tu mix
tu yg muke comel lote...
body slim, no wonder suke pakai sexy kan..
;p

Tuesday, January 26, 2010

ujian psycho-sape terror cube jawab

Read this question, come up with an answer, jawapan ada kat bawah.. This is not a trick question.

It is as it reads. No one I know has got it right - including me.

A woman, while at the funeral of her own mother, met a man she didn't know. She thought this guy was amazing, so much her dream guy, that she believed him to be just that! She fell in love with him right there, but never asked for his number and couldn't find! him. A few days later she killed her sister.

Question: What is her motive in killing her sister?


(Give this some thought before you answer).
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral again.

If you answered this correctly, you think like a psychopath. This was a test by a famous American Psychologist used to test if one has the same mentality as a killer.

Many arrested serial killers took part in the test and answered the question correctly. If you didn't answer the question correctly good for you.

If you got the answer correct, please let me know so I can take you off of my email list unless that will tick you off, then I'll just be extra nice to you from now on.

patutke pasang lagu kat blog?



ada certain blog pasang lagu auto play

bg aku yg selalu blogwalk tgh malam ni
adeehh.. mmg membingitkan
ada sesetengah blog mmg aku layan lagu die
kene ngan jiwa aku
tapi ada certain tak kena
nak2 pulak, player tu tak leh pause
tak pasal2 aku kene tutup blog tu
lappy aku ni lak
bukan cepat nak nak slowkan volume tu

byk blog aku jumpe camni
pening kepala aku
aku nak singgah pun susah

nasihat aku,kalau korang nak pasang
mp3 yg autoplay
at least carilah yg leh pause punye
takdelah bingit sgt

yela, kan rugi kalau org rasa bingit
terus tutup
walhal org tu baru je nak bace2 post korang

byk blog yg aku terpaksa tutup terus
sebab aku blogwalk lewat malam
so tetibe kuat je lagu tu
then, aku cari button pause takde
mmg aku tutup terus jela...

tp tu kan blog korang
sukati korang la kan...
;p

movie review-senario the movie episode 2-beach boys



aku dah tgk citer ni
saje je nak wat review
aku kan suke je wat review filem ni
konon2 cam pengkritik filem

citer ni totally ntah apa2
kalau tgk kat wayang mmg rugi duit
aku download aje
kalau download tu boleh lah rasa berbaloi
sebabnya ada jugak part lawak
walaupun lawak dah too common
biaselah lawak senario

tak boleh ke citer melayu ni
lebih berkualiti?
setakat ni citer melayu yg aku mmg betul2 suke
-hingga hujung nyawa
ada lagi few,tp takleh nak recall
yang lain semua aku tak minat
rasenye nak hasilkan filem yg berkualiti
tak perlukan budget yg tinggi
lainlah kalau nak hasilkan citer high tech mcm avatar
mana boleh challenge

jgnlah sambung citer senario the movie lagi
menyampah nau aku...

trailer citer dua hati satu jiwa cam best kan?
rasenye jalan citer dah cukup best
tak tau lah olahannye cmne...

Monday, January 25, 2010

sape nak sup maggi?


da 2 hari tak update blog
tapi cam dah lama sgt tak tgk blog ni
trafik turun sikit

so, nak mulekan update
dgn menu malam
walaupun da lewat malam

malam ni wat sup maggi je
satu bungkus je
share ngan hubby
kalau buat 2 bungkus,tak jadi diet aku
heheh



a good start heh?
baru baik demam
so esok boleh update cam biase

meh cube resepinya kat sini>>
sup maggi

Saturday, January 23, 2010

demonstrasi mahasiswa depan sogo pagi tadi


berani betul budak2 ni
bawak sepanduk
melaung2kan apentah
antara few words yg aku dgr
'jahanam! jahanam!'
kami mahasiswa...
bla bla bla
polis dtg tarik sepanduk
diorg tetap bertegas
ada yg cuba tunjuk berani
in the end 3/4 org kene cekup
aku sebenarnye tak faham ape isunya ni

aku tahu ni mesti pertubuhan islamik
tgk dari budak2nye dan pakaian budak pempuan
alahai..
sebelum nak tolong org,nak tunjuk berani
ape kata adik2 fikir diri sendiri dan mak ayah dulu?
aku tahu niat mereka murni
tapi itu bukan caranya

kalau kene buang kolej?
kalau kene buang u?
kalau biasiswa/ptptn kene sekat?
sape yg susah?

tak pasal2 sesak jalan depan sogo tadi
utk adik2 mahasiswa lain
jgn berani2 buat mcm tu...



first time aku tgk benda camni
yang mana pak polisi meninggikan suara
dan menarik kasar beberapa org pelajar
so... aku n hubby jakun disitu...
tapi ada puluhan org jugak dok mengambil gambar..

'berfikirlah matang sebelum bertindak'
 

si buta dan sogo


aku n hubby baru balik dari sogo
letih juga berjalan

hubby beria2 sgt nak g pertama komplex
semata2 nak cari casing henset leather
kemain lagi

takpe, berjodoh juge bertemu teman lama
teman sekolah hubby
yg dari jauh menyebut nama penuh hubby

tgh2 melintas di zebra line
tibe2 ada sorg buta lari laju masa melintas
takut tak sempat
hubby cakap
'aik, org buta pun jadi tak buta bile melintas'
tak tau la die betul2 buta atau buat2
atau die buta sebelah mata
atau kawan kat belakang jerit 'lari!!!!'
kalau buta betul takkan berani lari
iyelah, dah kata buta
tak dipimpin pulak tgnnya
takkan tak takut berlanggar org lain
tak pun lagi teruk
langgar kereta...

tinggalkan kisah si buta
terkejut tgk demonstrasi pelajar dpn sogo tadi
itu aku citer di next entry



hasil rembatan di sogo
dpt juga beli beg tgn
n wallet utk hubby
yelah, sogo ni asyik buat sale
yg menaikkan nafsu utk keluarkan duit poket
yg da susut ni
aishhhh...

parking di luar sogo itu
dah jadi rm7..benci...
dulu rm5 je..
tapi nak wat cmne.. takkan nk parking bersepah...

itu je nak kongsi...
;)

Friday, January 22, 2010

makan cekodok pisang time hujan..best..


aku kalau buat cekodok,
mesti nak goreng hitam2
kalau tak mmg takde nafsu nak makan
heheh



ada sesapa tak tau cmne nak goreng cekodok pisang ni?

meh blajar kat sini
cekodok pisang

apelah ertinya american idol tanpa simon cowell


betul ke?
simon cowell nak tinggalkan american idol
walaupun dibayar ~$36million dollar utk setiap season
(fuuhhhhh..byk betul)
tapi sebab ada rancangn lain yg lebih difokuskan
x-factor kalau tak silap

no, no.. i'm not his fan
tapi kehadiran dia dah jadi mcm
satu kewajipan dlm AI
kalau die takde mesti kureng best kan kan?
at least kene ada pengganti yg betul2
cam dia, jujur dan laser mcm dia
masa paula abdul blah bg aku bagus jugak
memanjang nak tunjuk dada
benci aiii....

aku pun sebenarnye tak bape ikuti AI ni
cume minat time audition aje...
seronok tgk diorg yg nyanyi entahapapa
bile dah tinggal top 20+
aku dah tak tgk dah...
sebab suara diorg sume sedap
so aku tak faham sgt mana satu yg lebih sedap
in the end, pemenang die ntahapa2
 seriously kan...

sapelah pengganti simon
kita tunggu dan lihat
mampu ke nak jadi selaser simon....

Thursday, January 21, 2010

menu malam ni


hari ni masak kari ikan tongkol
dengan sambal ayam
buat dua lauk
sebab aku memang tak makan ikan tongkol
tak boleh nak terima kat tekak
tapi hubby la mmg feveret dia



jom makan sama2...
;)

kejadian di majlis kahwin


kisah ni berlaku few months yg lalu
baru harini teringat nak citer

masa tu aku n hubby attend satu wedding kawan kami
wedding ni kat kg
so normally org kampung
akan pakai khemah
so kawan kami ni
oleh kerana kawasan rumah terhad
so khemah kene separate
satu sini, satu sana

masa aku n hubby nak g makan
tuan rumah nampak kami mcm tak tau nak g mana
sebab tgk macam diorg separate
bhg laki dan pompuan

then tuan rumah ckp
'dek, duduk jer sekali, boleh makan sama2, 
tak kisah pun'
something like that la..
so aku n hubby pun amik makanan sama2

bg aku, takkan lah dtg kenduri nak makan sorg2
tak seronok la kan,tul tak?

so time dah amik makanan, tunggu la hubby
g amik kan air minum
tibe2 ada sorg pakcik tegur aku

'ai dek, tak boleh nak berpisah ke,
mesti duduk sama2 je ke?'
dalam hati aku, pakcik ni kenapa
dah la buat muke kurang ajar
pastu pakcik tu siap mcm geleng2
seolah2 meluat sgt ngan aku


'pakcik jeles ke? bini pakcik tak sudi teman'
ok, itu dalam hati aku je
nak aje aku tanya, tapi tak sampai hati
takut bini dia dah mati ke

sebaliknye, aku jawab
'dia suami sy, xsalah kan?
tuan rumah yg bg kami duduk sekali'
personally, bg aku kalau pakwe aku sekali pun
ape salahnya nak duk ngan pakwe
bukan kita nak berasmaradana kat situ

bile hubby sampai
cepat2 pakcik tu blah
takut la tu tgk laki aku

kesimpulannya,
kalau ada majlis kahwin
tolonglah jgn asingkan tempat makan pempuan dgn laki
kalau tempat ambik makann tu
takpelah kan
ni tempat duduk pun nak asing
kan susah...
sapelah nak g kenduri tercongok2 makan sorg2
tapi terpulang la kan
majlis korang, korang punye hak..
majlis aku dah lepas pun... ;)


*majlis perkahwinan ku setahun yg lalu*

itu saje. sekian.

"Reddish Contest : Nama Utk Amoi Merah"

Contest The Eyes of Princess Redbloodsnow
click here to join

 
nama pilihanku:

CIK DOLLIE

cute tak? ;)

Wednesday, January 20, 2010

favourite aku-sambal tumis ikan bilis



aku kalau dah payah sgt
nak fikir lauk ape nak masak
last2
aku buat sambal tumis ikan bilis aje

pastu goreng ikan
takpun goreng ayam
telur pun jadik lah
2-3 hari makan sambal tumis tu selagi tak abis
perangat setiap pagi
mmg sedap...
yg penting ada kicap
hehehe

mmg feberet aku sambal tumis ikan bilis
sebenarnye tak kira sambal ape pun
mmg aku giler makan sambal
mungkin sebab aku suke pedas...

baru-baru ni
aku tapaukan hubby sambal tumis
ngan jemput2 bawak g ofis
kawan hubby sume dok puji sambal tumis aku sedap
siap cakap
'sedap giler sambal tumis bini ko masak...
kalau bini ko masakkan bekal tuk kami setiap hari
nnti kami bayar lah sorg seringgit boleh tak?'
*bangga giler aku... sila tepuk tangan

dah tentu tak boleh
hubby pun taknak
cukuplah bekal itu istimewa utk suami tercinta
walaupun setiap hari share ngan diorg
kalau aku ada bibik,xpe jugak
boleh jugak tolong masak
hehe

aku share resepi aku buat sambal
simple aje
klik sini>


birthday kim hyun joong sama ngan aku tu....


citer boys over flower ni
rasenye dah nak abis
bile tibe part2 hujung ni
aku makin tak boleh terima
gun pyo tu dpt si jan di
oh tidak........

kan best kalau ending je
si ji hoo ni dpt jan di

 semalam dok usha2 youtube
tibe2 dpt tahu
birthday kim hyun joong ni
sama ngan aku tu
6 jun..
mmg ada chemistry betulla
eh, boleh ke? hehe
takde maknenye chemistry2
cuma agak terbukti
org lahir 6 jun ni comel2
hehehe



*killer smile*

video ni berjaya mencuit hatiku

how adorable... phewww.....

Tuesday, January 19, 2010

sape nak kuih?


sape lapar?
jom makan kuih ni
org panggil kuih tepung pelita
5 rm2
mahal kan?
tapi takpe, naseb baik sedap



antara kuih favourite aku ngan hubby
yummy!

Monday, January 18, 2010

kenny rogers-sedap sgt ke?


*pic google*

kenapa eh?
sedap sgt ke
aku ngan hubby pernah makan sekali dulu
akak aku ckp 'sedap giler'
tu yg kami g try

tapi mmg tak kene dgn selera
bg kami kfc,mcd lagi sedap
harga pun jauh beza

tapi muffin die sedap lah..
belum pernah rasa nandos lagi
teringin plak...

blog masakku updated



boleh try buat
utk minum ptg atau sambil tgk tv malam2
sesuai jugak utk sarapan
cicah dgn sambal tumis
yummy!

klik sini:

~certain org panggil cucur

cerita hari sabtu


hari sabtu
pas g kenduri ofismate hubby
lepak taman warisan jumpe member jap



 lapar pulak tgk gmbar ni...

Friday, January 15, 2010

menu malam ni-nasi goreng


malam ni aku masak nasi goreng kampung aje
makan dgn ikan goreng
yummy..



aku update resepi kat blog masakku
jom cuba!!

blog masakku updated



nak masak apa tengahari ni?
jom masak
 link:

di update di blog masakku
selamat mencuba
itu versi aku
mudah aje
;)

isu panas AJL24, kebetulan ke atau.......



aku punye feeling lain macam
bile baca kisah AJL24 yg terbaru
sudahlah sebelum ni kecoh kisah hantu ajl24
ni pulak kisah ni
pasal agama ni tak berani nak komen lelebih

adakah semua tu disengajakan?
takkan semua itu kebetulan???

siapa yg rancang sume ni
mana akidah kita

ish takut pulak
terima kasih kepada si bijak pandai
yg buka mata kita

aku cuba utk fikir positif
tapi.... tapi..
rase macam tak mungkin kebetulan
tapi taknak la main tuduh2
mungkin jugak tak sengaja
secara kebetulan, byk benda sama
kita tunggu pandangan org ramai pada isu ni

jom baca kisah yg aku maksudkan itu
kat oh!artis
kisah panas AJL24 
korang g la baca, sure meremang bulu roma..

apa pendapat korang?
tgk video tu lagi lain macam aku rasa..
aishhhh....

Thursday, January 14, 2010

kesan vaksin h1n1 gegarkan dunia


citer dah 2-3 bulan lalu
tp kesan masih ada
and masih hangat diperkatakan

hanya kerana mendapat suntikan vaksin
(actually aku pun tak pasti H1N1
or flu vaksin lain)
yg mana suntikan diambil pada
hujung bulan ogos 2009
 sorg cheerleader, Desiree Jennings
mendapat penyakit dystonia
yang mana dia seolah2 mcam OKU
iaitu dia terpaksa jalan terbalik (kebelakang)
tak boleh bercakap lancar
kalau nak ckp lancar kene lari baru boleh
jom tgk video



simpati kat dia kan?
10 hari pas dpt vaksin
terus jadi mcm tu
ish3

tapi skrg dia dalam proses recovery
ada pakar yg bantu dia
jalan kedepan dah boleh sikit2
cakap pun dah lebih difahami
maklumlah teknologi perubahan kat sana maju
good for her.... ;)

jiran aku kiri kanan orang bujang........


saje wat tajuk cmtu
tapi mmg nak citer pasal jiran aku..

boleh kata hubby rapat dgn jiran sebelah kanan
yg sebelah kiri ni
dia agak penyegan nak tgur sapa
kalau jumpe pun bg salam
200x jumpe pun bg salam je
mungkin masing2 tak tau nak mulekan cmne
takpe, aku tak kisah pun
tegur2 pun ok
lagipun diorg agak baru jugak

jiran belah kanan pulak
peramah
ada 4 org bujang satu rumah
rumah diorg dah macam kebun
penuh sayuran2 dan buah2an

kami jadi mangsa
eh bukan mangsa
tapi kami tumpang kesenangan
kadang2 dpt betik, dpt cili api
baru2 ni bg kacang botol pulak
seronok
sebabnya diorg ni tanam suke2 je
utk kepuasan
tapi tak makan pun
tak masak dan tak makan sayur
so aku ngan hubby keje perabih hasil kebun diorg
baik sungguh kan?
jarang aku tgk anak muda rajin cmtu

diorg ni pantang dgr pintu grill rumah aku terbukak
terus tegur hubbyku...

rasa selamat kalau ada diorg
aku pun tak bape takut
kalau g mana2 diorg boleh tgk2kan umah
kalau ada kereta pelik dok usha umah kami
diorg mesti sms

diorg sume org n9
hubby lak org kelate
tapi kalau bercakap hubby selamba je kecek kelate
byk kali aku tegur
aku takut diorg tak kenan
tapi rupenye setiap kali ckp ngan hubby
diorg pun bantai ckp kelate
maskin naik sheikh la hubby aku tu
(utk makluman-aku bukna org kelate)
hehe...

ok, itu aje nak citer psal jiran aku
idea tercetus apabila memikirkan kacang botol
yg masih byk dalam peti ais
abis tu dah berdua aje
takkan nak melantak kacng botol hari2

jiran korang cmne?
jgn jeles jiran aku ada kebun
;)

Wednesday, January 13, 2010

boys over flowers-korean series



baru je tgk semalam
itu pun sebab kawan aku ckp
citer ni best

rupenye ramai tgk
tapi tgk kat 8tv tak bape feel
diorg p translate bahasa cina
nyampah tul..

rase cam nak download jelah..
baru tgk 1 episod
tu pun dah episod tgh2
tapi mcm faham gak citer die

rasenya mcn citer meteor garden je
citer taiwan yg femes giler dulu
kan kan?
tgk macam sebijik citer tu je

cume tak puas hati
kenapa hero die rambut ketak tu
bukan yg rambut oren tu
yg rambut oren tu
alahai muke kemain sweett lagi
walaupun kurus keding
tapi comel... senyman die mmg cair
bukan aku yg cair
tapi org lain lah...
aku tak tahu nama diorg
baru je tgk semalam
cmne nak tau kan...

org laki mesti tak suke citer ni kan..
sebab citer ni sesuai tuk pempuan je
hubby ku siap tak pandang tv sebelah mata pun
heheh...


blog masakku updated


nak makan ape tghari ni??

jom kita buat kari ikan nak?
bg yg baru nak belajar masak
jom try buat>> resepi kari ikan


ni versi aku
mudah aje... sedap...

Tuesday, January 12, 2010

buaya ke apa tu?




ngeri pulak aku baca kisah ni
bahaya gak nak bercuti kat pantai
baru aku cdg nak bulan madu kali ke 2...

MELAKA: Percutian seorang posmen bersama 15 anggota keluarganya di pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi mimpi ngeri apabila dia dipercayai digigit seekor ikan besar ketika mandi berhampiran sebuah apartmen di situ, Sabtu lalu.Susulan kejadian itu, mangsa, Mohamad Helmi Leman, 25, yang menetap di Kampung Air Limau, Masjid Tanah di sini, terpaksa menerima 50 jahitan dan kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) selepas ahli keluarganya meminta dia dipindahkan ke sini kira-kira jam 3 petang hari kejadian dari Hospital Port Dickson.
Mohamad Helmi berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mandi bersama 10 anggota keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi pada hari kejadian.Menurutnya, ketika itu, mereka sudah menghabiskan masa selama setengah jam bermandi-manda di situ.Katanya, ketika asyik mandi di dalam air paras dada, tiba-tiba dia terasa pergelangan kaki kanan serta bahagian tapak kakinya itu direnggut seekor binatang yang disangkanya buaya.“Ketika itu saya terasa suatu objek tajam dan bergigi merenggut kaki kanan saya menyebabkan saya amat terkejut.“Sejurus itu, saya cuba merentap kaki saya tetapi haiwan berkenaan tidak melepaskan gigitannya dan sama-sama ‘bertarung’ selama tempoh kira-kira dua saat,” katanya ketika ditemui di wad HM di sini semalam.
Menurut Mohamad Helmi, gigitan berkenaan menyebabkan pergelangan pangkal bawah buku lali sehingga tapak kaki kanannya mengalami luka teruk dan mengeluarkan banyak darah.
Katanya, sebaik anggota keluarga lain menyedari dia digigit sesuatu, mereka terus membawanya ke darat sebelum menghubungi ambulans.
“Meskipun mengalami kecederaan parah dan dalam kesakitan, namun saya masih sedar ketika dibawa ke Hospital Port Dickson.
“Bagaimanapun, ahli keluarga saya terutama isteri, Sabariah Karim meminta supaya saya dipindahkan ke HM bagi memudahkan mereka melawat,” katanya.Sementara itu, Mohamad Helmi berkata, orang kampung di kawasan itu mengesyaki kejadian terbabit disebabkan ikan yu memandangkan ketika ini mereka mendakwa musim ikan berkenaan berkeliaran di situ.
sumber: Metro
scary kan?

Monday, January 11, 2010

cucu betong da abis... lega aku...




lega aku citer cucu betong dah abis
tak lalu makan
tgk memek muke si malika tu
menyampah nau aku...

esok boleh tgk mayang mengurai pulak
mcm cun je awek tu
tu yg menambah aroma cerita...

org lain tgk boys over flower
tapi aku tak dpt la nak tgk
hubby aku tak minat citer korea
redha jelah....


note: jgn sambung cicit betong sudaaa

makan roti sardin sambil tgk ajl





semalam
sambil layan AJL24
aku buat roti sardin gulung ni
sedap...
pekena ngan kopi o panas
mmg marvellous..
hehe

dah aku updatekan resepinye kat
blog masakku
;)

jom layan video faizal tahir perform time AJL24


kenapa..kenapa..kenapa..
faizal tahir tak menang no 1???

masa AJL24 malam tadi
Faizal perform last
aku mmg terpegun la
serius aku expect die menang
walaupun sakit
suara tetap best, semangat lebih
kemunculan sheila beberapa saat terakhir tu pun
aku suke... sungguh comel..

walaupun aizat menang
takpelah, mungkin lagu tu best plus 1 malaysia kot
seb baik faizal dpt jugak
even third place
aku rasa die dah puas hati kot
tapi bg aku, even die sakit
die la yg nyanyi paling semangat
tul tak?

jom layan performace faizal tahir semalam
best!!

AJL 24-aizat menang


aizat menang
aku ok jugak la
sian bunkface tak dpt

tapi sebenarnye persembahan utk lagu aizat
yg kau pergi tu
bg aku lebih layak dpt
sebab suara minah hindustan tu
goosebump beb..

tapi masih puas hati yuna dan faizal menang
faizal mmg all out
nyanyi semangat even bertongkat
tahniah2...

tapi still sian bunkface tak dpt
next year la pulak..

persembahan paling boring
hafiz kot
 sebb takde gimik..
 jgn maree...


Sunday, January 10, 2010

Grand Union-beli brg dapur


harini tempat aku ni busy
ntah ada apa tak kat tmpt aku ni
yg aku tahu Najib pun dtg
ada something to do ngan BN ni la
ada kuar paper harini
besar giler karnival
dahla bukit sentosa ni tak bape besar
sampai sesak tempat aku ni
so terpaksa g pasaraya grand union
tuk beli barang
biasenye beli kedai runcit aje
 tapi ok gak
leh beli frozen foods

 



domok nye aku
tak sanggup ku lihat..huhu
takpe2... tak lama lagi aku kurus balik
aku sdg gigih berusaha
kononnye lah...
senang ke nak turun 10kg?
ish3... ada petua?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...