Thursday, February 25, 2010

kurang ajar betul....


saje je wat tajuk kontroversi

tapi mmg aku rasa geram jugak sebenarnya

citer mcm ni
makcik aku ni dok sebuah kawasan taman ni
kire dah lama dah
dah 10tahun

so 2 tahun lepas,
ada satu keluarga baru masuk kawasan taman tu
kire penyewa situ

makcik aku suke kat family ni
sbb suami isteri alim
isteri pun pakai tudung labuh
pg2 dgr diorg ngaji..

dipendekkan cerita,
lebih kurang sebulan yg lalu
berlakulah drama di taman makcik aku ni

satu hari ketika makcik aku tgh bual2 ngan jiran tetangga
tibe2 si jiran baru tu serang makcik aku
die tuduh makcik aku bawak citer pasal family die
mcm2 die tuduh
siap dia dtg umah makcik aku
depan sepupu2 aku yg kecik2 tu
die tuduh dan bg kata2 kesat kat mkcik aku

padahal, orgnye tudung labuh
mmg nampak baik sbb die pun cmm cantik
anak die ramai
siap ada baby yg masih kecik lagi

makcik aku ni lak
mmg jenis tak suke melawan
makcik aku diamkan je
cume makcik aku cakap
'nak watpe akak bawak mulut pasal nieza...'
makcik aku ni muda lagi
tapi mungkin jiran die ni lagi muda
makcik aku ni lak 
mmg jenis penyabar tahap gaban
mmg kalau dia ckp makcik aku bawak mulut
100% fitnah
siut betul.

so sejak aritu makcik aku tak bg kawan baik die dtg umah
sbbnya takut minah tu dtg serang lagi
siut betul
tak pasal2 makcik aku takut

itu kisah isteri die yg memfitnah
ni pulak kisah laki die yg lagi kurang ajar

kalau tgk muke suami die
mcm pijak semut pun tak mati
aku tak pernah tgk
tapi dari cerita amakcik aku
bahkan, kalau tgk anak2 die
kecik2 dah bertudung, comel2 belaka lak tu
alahai...

ok, kembali kisah suami dia
suami dia ni buat bisnes jual daging lembu
so aku conclude orgnye kaya jugak la
kete pun byk
siap ada lori kecik

yg hanginnya mcm ni
dulu2 ada satu majlis kawen sorg jiran makcik aku
korang fhm2 la rumah taman
space mmg limited
nak taknak  pun terpaksa ambik space rumah org lain
tapi dah berjiran mmg lah org tak kisah

so, bile dah siap pasang kemah bagai
jiran2 sume minta jiran tetangga alih kete
masa hari majlis
supaya senang tetamu nak dtg
tapi jiran makcik aku ni
mati2 taknak alih
dahla die pakai hilux ngan lori 
so mmg bikin semak lah
die taknak alih sampai naik bergaduh ngan jiran2 lain
siap nak bertumbuk...
geram aku...
sebab die taknak alih
susah gile pakcik aku nak keluar masuk kete
sebb die biar hilux ngan lori die bikin semak depan umah makcik aku ni

itu kisah kenduri
so jiran2 sume mmg menyampah dgn diorg ni sejak majlis tu
nampak sgt teruk perangai
taknak tolak ansur langsung

yg bikin aku paling panas
die sampai sekrg dok parking lori depan umah makcik aku
sejak die pindah masuk taman tu dulu
bukannya nak parking depan umah dia
yg sakit hati sgt tu
hilux die parking area jiran makcik aku
lori pulak depan umah makcik aku

depan rumah die clear tanpa kete
sakit hati ke tak
kalau sedara mara nak dtg umah makcik aku tu
jenuh nak cari tempat parking
mmg kurang ajar la

satu hari tu
pakcik aku tulis satu note letak kat lori die
'tolong alihkan lori ini'
something like that la

pastu laki tu
amik note tu
die peronyok kan
pastu die tendang sampai masuk umah makcik aku
teruk giler kan?
mcm nak lempang2 je aku dgr makcik aku citer
masa die tendang tu
makcik ngan pakcik aku dok mengintai di sebalik langsir
adoiii, org planet mana diorg ni

tapi sejak kejadian kenduri tu
bisnes daging die dah tak laku
org ramai dok boikot
padan lah muke die

tapi aku kalau dtg umah makcik aku
rasa mcm nak bakar je lori tu
aku dah suruh makcik aku lapor polis je
suh polis dtg bg amaran kat dia
tapi tak tahulah apa pakcik ngan makcik aku nak wat skrg.
dah sebulan aku tak g jumpe makcik aku
minggu depan aku nak tgk lori tu ada ke tak

baru2 ni 
ada kes denggi kat taman area umah makcik aku
dalam lori die tu dahla penuh air bertakung
sejak bisnes tak laku
lori pun dah tak bape gerak
so pakcik aku jugaklah
terpaksa buang air tu
die wat tak tahu je...

anak2 die pun skrg dah tak kawan ngan sepupu2 aku
yg kelakarnye
sepupu aku yg darjah 1 tu
bile adik die yg 5 tahun dok nak usik anak jiran tu
dia cakap 'jgn la tasya, kang die dtg serang mama lagi,
susah pulak...'

adoii, lawak pulak aku tgk
kecik2 die dah faham mama dia gaduh ngan jiran
tulah jiran makcik aku tu
nak marah2 makcik aku depan budak2 pulak
bongok betul
pakai tudung labuh
tpai perangai cam ape
kalau family diorg dtg pun
sume parking depan umah lain
padahal umah jiran makcik aku ni
clear je

itu saje luahan hati pg khamis
;p

sungguh memalukan dia memakai pakaian yg cukup sopan
tapi apa gunanya jika baik dgn Allah tetapi tidak dgn manusia....

Wednesday, February 24, 2010

apa pendapat korang kalau............


kita makan dengan orang yg 
pegang sudu lauk gune tgn 
kanan jugak
means tgn kanan yg guna untuk makan nasi
so akan tinggalkan kesan pada sudu lauk...

mungkin ramai antara korang yg begitu jugak
lain org lain pandangan

setengah org anggap tak baik amik makanan
gune tgn kiri
tapi bagi aku
agak tak selesa bila sudu lauk
ada kesan makanan
kalau makan sorg lain citer
itupun aku takkan buat jugak....

nak tegur salah, tak tegur salah.........
aish....

jom breakfast!

 


pagi ni wat nasi goreng kicap
akak aku pantang nasi goreng ada kicap
tapi aku suke jer... i loikeee...
dah kata aku hantu kicap la katakan...;p

tak sempat masuk pinggan 
aku dh snap gambar
dah takde keje agaknye kata hubby
asal masak je amik gambar
pening2..
;p

Tuesday, February 23, 2010

movie-ketika cinta bertasbih best

 

cuti aritu sempat tgk citer ni
tgk kat lappy adik ipar je

tak sangka citer ni best
mmg best sgt2
kan fazee kan??
betapa nilai 
islam diagungkan dalam citer ni
perempuan yg cantik itu
adalah perempaun yg solehah
yg jilbabnya labuh,yg santun tuturnya

rasa nak tgk byk2 kali lagi
suke part akhir masa azzam
nak pinang anna....

cantik fesyen tudung diorg
bestnye kalau aku jadi baik mcm anna dlm citer tu
insyaAllah satu hari nanti...
;p

Monday, February 22, 2010

i'm back...


mcm lama sgt tak jenguk blog aku ni
dah seminggu lebih
menghabiskan masa cuti kat kelate
tgh2 cuti mmg lupe kat blog
tapi hujung2 dah mle rindu kat blog
bile bukak je laptop
bb kene block pulak
tak bayar punye pasal....

ni lah baru bayar baru nak jenguk balik blogku ni
rindu nak klik2 tgh malam
heheh

byk nak citer ni
mana satu nak start ni...

esok aku update lagi
;p

Thursday, February 11, 2010

esok daku balik kelantan


oleh kerana internet
laju macam siput babi

tak dpt la aku nak update byk kali
malas rasenye
nak upload gambar pun satu hal
boleh sampai 20minit 1 gambar

dpt la blogwalk sikit
ada few blog yg mmg rajin singgah sini
aku balas kunjungan..
yg lain2 tu sikit2 je aku dtg
malas rasenya
sbb nak loading blog org lain
kemain lambat lagi
mmg boleh hilang sabar
cehh..ayat mcm ape je kan..

esok aku balik kelantan
insyaAllah tolak pagi2
dulu selalu balik malam
tapi sebenarnye balik malam menyeksa diri
sebbnya mengantuk tahap gaban
mmg aku ngan hubby tukar2 pemandu
tapi aku ni jenis pesen
kalau dah tido dalam kete
dah tak boleh bgn2
wlaaupun tibe turn aku
aku tetap tido
so,hubby la kene bawak..hahaha
tu yg hubby menyampah sgt tu
so keputusannya baliksiang
kompem aku mata terbuntang je..

singgah ump jap amik adik ipar
so balik bertiga
tak boleh i nak manja2 ngan hubby
heheh,gurau je...

sape2 cuti kat kelantan raya cina ni
ai balik pasir mas....
seminggu kat sana
so aku akan bersiaran la seminggu la kat sana...
kat kelantan makanan murah...
tapi aku kene dgr oghe kecek bhs kelate 
sepanjang seminggu ni...
malam ni kene twist lidah sikit..
;p

Wednesday, February 10, 2010

bestnye citer valentine's day.. u guys shud watch ;p


malam tadi tgk nuffnang 
premiere screening
valentine's day kat cineleisure

bg aku,citer ni
mmg BEST sgt...
sgt2 menghiburkan...

*part paling feberet: part budak tadika tu jatuh cinta,so sweet*

tema filem ni
mmg totally kisah cinta
pada isteri,pada anak,pada kekasih

walaupun hanya tema cinta
tapi jalan cerita sgt menarik
diselitkan unsur komedi ringan
yg mmg best
mmg dok gelak2 org dlm wayang tu

ish, memg seronok la cerita ni
tak berkelip mata aku tgk
mmg best sgt2
mungkin kaum lelaki tak tau la suke ke tak
tapi hubby aku kata 'boleh tahan'
tu maknenye sedap la tu
sbb aritu masa tgk twilight new moon
hubby aku ckp 'boring'

so mmg aku recommend korang tgk
kuar wayang 11hb feb (esok)
rasa nak cari dvd lak....

meh layan trailer filem ni jap..

footnote: rasenye bukan budget tinggi seperti kos 
utk filem avatar utk menhasilkan filem yg hebat, 
cukuplah idea genius dah boleh hasilkan cerita yg begitu
menghiburkan,juga tak perlu lawak spastik mcm senario.. 
bile skrip filem yg tema nya ringan seperti cinta,kasih sayang 
ditambah dgn lakonan aktor yg mantap dah boleh 
membuat sebuah filem tu cukup hebat. tak perlu pengarah 
filem kita salahkan budget,yg pnting idea. (no offense)


thanx to nuffnang........ ;p

VALENTINES DAY ADALAH HARAM DISISI ISLAM

Tuesday, February 9, 2010

jom makan nasi lemak

 

breakfast pagi ni
nasi lemak
mmg feberet aku
sebab tu montel

setiap hari buat breakfast 
maklumlah hubby bawa g ofis

korang tgk jela eh
;p

Monday, February 8, 2010

semoga kau tenang di alam sana sahabatku....................

tibe-tibe aku teringat kisah kawan aku ni...

aku kenal dia ketika masih belajar
aku satu hostel dgn dia
sekolah lain2
sebab aku girl school
die sekolah mix...

mmg kami tak pernah rapat
5 tahun berada dalam naungan hostel yg sama
kami hanya sekadar bertegur sapa begitu2 aje
mungkin boleh dihitung dgn jari patah2 perkataan antara kami..

selepas habis spm,
kami ditempatkan di matrix yg sama..
kebetulan, kuliah yg sama walau bukan tutor yg sama

aku kenali dia spjg persekolahan dgn nama sidol
atau hairi lebih baik..
bila sudah satu kuliah
kebetulan kami pernah kenal 5tahun dulu
maka rasa mesra sbg kawan itu ada sikit
maklumlah.. kita rasa lebih rapat sbb lebih lama kenal

tapi bukanlah kami sahabat baik
sekdar lebih banyak ruang dan peluang berbual

ketika habis semester 1 di matrix
rakanku itu hilang dari matrix
ada juga aku bertanya pd yg rapat dgn beliau
katanya, die berhenti, tensen belajar mahu kerja
pelik jugak fikirku
tapi mungkin kesusahan belajar di matrix buat die
tak mampu tangani tekanan.. who knows..
aku pun tensen belajar kat matrix,
nak kata bercinta tak pun... aishhh...
eh tu kisah lama.... ;p

setelah aku habis matrix, aku masuk u
satu hari aku dpt msg dari kawanku ni
'intan, meh la lawat aku kat hospital..'


'hospital, kenapa sidol, ko sakit ke?'

'eh ko tak tahu ke? aku ada barah otak la
sebab tu aku benti belajar, aku buat kerja amal kat hospital'

aku terkedu. hati aku menangis. kenapa aku tak tahu?
sedikit penyesalan.

'insyaAllah sidol, kalau ada rezeki aku pergi. 
semoga kau cepat sembuh'

'intan, maafkan segala dosa aku'

'eh, ko takde dosa ngan aku'

aku 19tahun ketika itu.
aku takde kereta.
aku takde lesen.
dan plg penting, aku tak reti bawak kereta.

aku bincang dgn ibu.ketika itu cuti semester.
ibu ingin pergi. tp ayah keje.
johor ke melaka makan masa juga.
ah takpe, nanti sidol kuar hospital, aku akan lawat.
detik hati aku.

few weeks selepas itu,
aku dpt satu sms dari salah seorg rakan asramaku.

sidol/hairi sudah meninggal jam.... disebabkan .....

aku terkedu.
aku menangis semahunya. 
oh teman.
kalaulah aku tahu kau sudah mahu pergi...
akan aku lawati mu dan usahakan cara bertemu dgnmu.
kenapa aku tak terfikir yg ko mahu bertemu rakan mu ini
buat kali terakhir???

maafkan aku sidol
tak dpt berjumpa di hujung kehidupanmu.
sedangkan kau mengingatiku.....
mmg aku regret sikit tapiapakan daya..

entah kenapa aku teringat kat dia.
rindu mungkin.
semoga kau tenang di sana sahabatku.........
AL FATIHAH.

Sunday, February 7, 2010

Wedding Photo Contest by Lynn Hamzah


*click  for larger view*

gambar ni aku pilih sempena contest yg dianjurkan
di blog lynnhamzah
sila ke blog beliau untuk maklumat lanjut

mmg sebenarnye tak tahu nak pilih gambar mana
semua gambar ada value tersendiri
tapi oleh kerana penganjur nak gambar close up
maka aku pun pilih gambar ni.....

sebabnya, suka lihat kebahagiaan di wajah  kami
terutama hubby... senyuman dan renungan itu
yg masih memikat hatiku hingga saat ini.... ;-)


oleh kerana penganjur suruh letak nama pengantin
so....
                            Pengantin lelaki: Izani
                            Pengantin perempuan: Intan
                            Tarikh perkahwinan: 18 oktober 2008

sape yg nak join masih ada chance
close date 15 februari 2010

sesekali nak feeling pengantin baru
apa salahnya kan?..
;p

boleh pulak dia sms lagi..menyampah tau....


'awak, sy br putus ngan bf sy smlm,sdh la'

ada ke patut ex-gf hubby aku bg msg camtu
sejak kawen ada byk gak sms dia bg kat hubby
hubby tak balas
taknak buka ruang utk kecurangan
hati manusia kan..
mcm kata pakar motivasi mana2 pun
jgn sesekali buka peluang utk org ke3
tp pernah dulu aku yg balas
saje je nk tgk sejauhmana minah tu nk menggatal
dulu dia ckp tensen teringat kat hubby
ape lah motif dia..
nak jadi bini no 2 ke...??

walhal,die dah tahu hubby dah kawen
ape punye pempuan
tak malu ke...
dah sah2 hubby syg giler kat aku
;p

Friday, February 5, 2010

jom makan kuih

saje je buat kuih harini
rasa dah lama sgt tak makan kuih sagu ni
beli kat kedai kdg2 tak best sgt

ni antara favvy aku n ibu
best!


esok nak jalan mana eh?
rasa nak window shopping kat ikea
tapi hubby tak bg green lite
tak tahulah apesal hubby tak suke ikea tu
katanya rimas dan tak best
bukan nak beli brg pun, cuci mata pun taknak
ish..ish... ish

 ;p

sarapan pagi ni


setiap hari hubby mesti bawak bekal g ofis
so arini tapaukan hubby
roti telur berlada hitam
hehe,nama mcm komersial gile.. ;p


simple dan mudah
resepi ni belajar dari kakak ipar kakakku

*roti ketika dimasak*

kalau ada roti lebih
boleh cube utk sarapan>>

Thursday, February 4, 2010

menu malam ni-udang goreng kunyit


masak simple je harini
masak udang goreng kunyit
dgn ikan kerisi goreng


nak cube buat? klik >>

tiket movie free dari nuffnang lagi

dulu tgk citer seram
ni tgk citer romantik pulak...

kali ni dpt tiket utk tgk citer
valentine's day... yeay!!
klik sini kalau nak bace blog post
aku utk movie ni

aku suke genre citer camni
romantik2
sesuai tgk dgn hubbyku... ;p

seb baik kat damansara je
tak jauh pun dari umah


TQ nuffnang,
rasa tak sampai hati nak menduakanmu.....

Wednesday, February 3, 2010

sudah genap 3 tahun perkenalan kami


1 februari 2010
genaplah 3 tahun perkenalan
aku n hubby
baru 3 tahun je kenal?
rasa macam dah lama sgt kenal

alhamdulillah perkenalan kami ini
akhirnya membawa ke jinjang pelamin
dah setahun pun kawen

bersyukur aku buat keputusan
terbaik memilih dia... ;p

*3 years ago*

movie review-the princess and the frog


bukanlah citer baru sgt
tapi aku baru je tgk
ingatkan best
rupenye biasa2 aje
agak boring
aku tgk mule2
pastu terus tgk ending
;p

mungkin kanak2 enjoy kot
salah satu faktor lain
kenapa wataknye negro
aku kureng la
nak yg cantik2 ,putih2 je 
jadi heroin 
nama pun citer fairy tale.........

mmg tak setanding citer anastasia yg best tu...

Tuesday, February 2, 2010

jom minum coconut shake


malam tadi
hubby dok buat coconut shake
kebetulan beli kelapa muda
3 biji = rm5
ceh, siap gtau harga

so ptg semalam beli aiskrim
pastu dok buat coconut shake
 

mesti ramai yg dah biasa buat
tapi aku pas kahwin baru jumpe benda ni
sebelum ni tak pernah pun
kat kelate je femes benda ni

jom cube>>

fazee,
sesekali minum air kelapa takpe kan?
hehe... ;p

siut je cina ni,tak sedar diuntung


 
*klik utk lebih jelas*

aku baca kat blog zaila tadi
sakit mata gak baca
macam la org melayu suke tgk dia
pakai suar tido g kafe
meluat lg ada...

tapi dah nama satu u
hormat la org lain babe
tak suke g la belajar tempat kaum ko
ke ko takde duit?
so pathetic~

suami sape la yg rajin ni?


gambar weekend aritu
hubby tolong masak
rajin kan hubby ai?


;p

Monday, February 1, 2010

movie review-Legion


seperti aku citer semalam
aku tgk citer legion kat alamanda

citer ni mmg best
aku baca pasal review citer ni kat blog bom

so kebetulan otw ke putrajaya semalam
ada poster movie ni kat highway
aku pun citer kat hubby
die punye jalan citer
terus hubby ajak tgk...

kisah ni
mmg totally bertentangan dgn akidah islam
kalau tgk sekadar tgk je ye...

kisah malaikat mikail yg engkar dgn
suruhan tuhan
ini mendatangkan kemarahan jibril
lalu jibril hantar ratusan org utk 
meneruskan misi itu
ada adegan pergaduhan jibril dan mikael
bunuh membunuh
citernye best bagi aku
cume agak sempit jalan citer
tapi still menarik...
citer ni 18pl sebab 
budak bawah umur kalau tgk
takut terpengaruh...
jadi jgn lak kita terpengaruh
Allah maha mengasihani dan menyayangi
bukannya kejam seperti yg digambarkan dalam citer ni

persoalan: kenapa para malaikat tidak bergaduh antara satu sama lain?
islam: kerana para malaikat tidak mempunyai nafsu baik 
dari segi apapun...

makanya, 
jgnlah kita mempercayai karut marut
omputeh yg mungkin cube merosakkan minda kita

enjoy the film ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...