Wednesday, March 31, 2010

daku kembali....


lama daku menghilang dari blog
sebabnya
broadband kene sekat
biase ler lambar bayar
baru berkesempatan bayar tadi

rindu bangat kat blog ni
banyak nak citer
slow2 eh...
;p

Sunday, March 21, 2010

award-beautiful blogger


award dari  eimy, irahehe dan kakteh


THANX A LOT
oleh kerana ramai dah dpt award ni
so rasenye tak perlu saya mentag sesiapa lagi

State 7 things about yourself.
1. i'm simple yet loving

2. suka tengok movie, any kind of it, dan suka berkongsi reviewnya
di blog.. basically, saya melayan sume jenis movie
baik dari komedi hinggalah thriller,crime dan sbgnya..
antara movie yg sangat digemari- a walk to remember, jumanji
shes the man,

3. wishing for a 2nd honeymoon
berharap dapat pergi 2nd honeymoon di mana2 bersama suami
kali pertama dulu bulan madu di pulau perhentian
4. hoping that one day i can visit Aussie
teringin sangat nak jejak kaki di australia,
kene kumpul duit banyak2 dulu
harap impian jadi kenyataan ;p

5. i love travelling...
suka sangat jalan2, tak kisah di mana2 pun
6. i love shopping and dating with hubby
window shopping included,hehe
beli satu barang pun, leh take hours okay.. ;p
i'm choosy, thats why i only choose thing with my hubby
he just follow the Queen ;p

7.i love foods... i love spicy foods
tak selera makan kalau tak pedas
mesti nak pedas
even makan sup ayam
wajib ada sikit pedas
;p


i thought thats enough...

Saturday, March 20, 2010

movie review-percy jackson & the lightning thief


movie ni masih ditayangkan kat wayang
bg aku citer ni boleh lah tahan
nak kata best dan gempak sgt tu takde lah sgt
tapi not bad afterall
mmg takde cacat cela
cume mungkin citer ni pendek sgt kot
tu yg aku rasa cam tak sampai kepuasannya

hubby aku suke pulak
hubby dah dua kali layan citer ni
tgk kat lappy aje
bg aku utk tgk sekali tu ok lah
tapi kebykan org punye review citer ni best
takde lagi yg kata citer ni bosan
so,  worth to watch ;p

trend buat group dalam facebook?


sekarang ni
facebook dah jadi satu kemestian
dah jadi medium penghubung rakan2 
baik rakan lama atau rakan baru
semua yg boleh akses internet dgn mudah
sure ada facebook
tak kire tua muda atau sesape saje
bahkan, trend ahlipolitik di facebook juga sudah merebak
mana lah pemilik facebook tak jadi antara 
org terkaya kat dunia
muda2 dah loaded... 


satu lagi trend kat facebook
trend buat fan page atau group
setiap hari ada je invitation utk aku
dah berpuluh2 invitation aku dpt
tak sempat nak view semua
mana2 grup yg anti org lain
contohnya anti artis ke ape ke
mmg aku tak join
untuk ape nak membenci sesama islam
kita semua umat muhamad
sedara sesama islam
betul tak??

kalau rakan2 blogger yg aku kenal
add aku kat bg fan kat fan page diorg
aku accept je
tanda sokongan
tapi aku takde fan page lagi
lawak pulak rasenya
nak ada fan2 ni

itu je nak citer
fan page anti saiful bukhari pun ada
ada jugak add aku
tapi aku tak accept
rasenye kita tak tahu ape yg saiful lalui
who knows
dont simply express our feeling towards him
pity him...
walau kdg2 aku pun rasa nak marah dgn isu itu
but again who knows..
plus, aku takut kene dakwa/tangkap/ban
hubby pun banyak kali pesan
'think deeply first before u express ur idea syg....'

;p

Friday, March 19, 2010

selamat berhujung minggu semua....



ini bukan anak saya
tapi anak buah saya
hehehe
happy weekend ;p

Thursday, March 18, 2010

penunggu gunung raya tv3


 *barisan pelakon penunggu gunung raya*

setiap khamis malam
aku tak miss citer ni
setakat ni lah
citer die best
kualiti mmg tip top
dah macam filem
pastu sambung terus tgk asmaradana
heavennyerr. ;p

kenangan hidup di hostel masa sekolah (part 1)

dah lama aku nak kongsi cerita ini
dah lama aku niat nak tulis
dah lama tangan aku gatal nak menaip

tapi ku cuba cari masa sesuai
dan ini masanya
sebab idea kering nak update blog
takkan hari-hari aku nak citer pasal masakan aku kat dapur
takkan hari-hari aku nak citer pasal movie yg aku tgk
takkan hari-hari aku nak citer kisah hubby aku

ok, back to the point
ini kisah yg penting dalam hidup aku
5 tahun aku hidup dengan cerita ini
dan cerita ini kini tinggal kenangan
menjadi salah satu kenangan atau sejarah hidup yg
bagi aku ada manis dan pahitnya...
sampai mati aku tak boleh lupa...
jujur dari hati. banyak aku belajar
tentang manusia dan tentang kehidupan
walaupun ketika itu aku masih kecil dan belum matang.........

baiklah aku mulakan sekarang.....
dulu... aku sekolah di jb
aku stayed di sebuah hostel.
aku dok asbjb
atau penuhnya asrama semai bakti,jb
yg mana asrama ni menempatkan anak2 org felda
peneroka mahupun staff
dan ayahku merupakan staff felda

hidup di asrama tidak seperti yg certain org sngka
mmg, semua ibu bapa nak hantar anak ke asrama
dengan niat, anak itu pandai berdikari dan berjaya dalam akademik

okay2 asyik kelaut je aku ni..

aku masuk hostel ni since after upsr
hostel ni amik pelajar yg excel dalam study masa upsr
so anak-anak org felda yg  dpt straight As dptla masuk
konon2 aku excel
tapi mmg bukan konon
mmg aku straight As pun
tpi itu sekolah rendah

bila aku masuk hostel
boleh kata aku agak sukar nak hadapi situasi baru
perkara yg paling penting, aku rindu sgt kat family aku
homesick org kata... bukan sikit2..
tapi hampir setiap malam tidor dibasahi air mata
padahal bukan jauh pun
tapi masa tu aku kecik lagi
dan aku sukar nak study
aku sukar menumpukan study
enthala kenapa
banyak sebab sebenarnya

aku kecik lagi
umur 13 tahun masih kecik sngat
apelah sgt yg pandai dibuat
tapi bila masuk asrama
everything kene buat sendiri
entah cmne hidup aku dulu
nak basuh bajunya, nak iron baju
ada kelas tuition, ada prep
pendek kata, hidup penuh dgn jadual
kul 10 malam lampu dah kene tutup
10 ke 11 eh? lupe dah
bagi aku mmg satu seksaan...
kesian kat diri aku sendiri kalau aku ingat...

dan salah satu perkara penting gak
aku tak lalu makan kat hostel
masa kat umah ibu masak ikut selera kita
aku ni pulak memilih
kalau kat umah pun aku makan ciput je
mana la aku makan kari, kurma time tu
kat hostel pulak lauk nye pelik2
ada ke patut ayam masak sambal kacang pun ada
kalau lauk tu ada
gerenti aku tak lalu
ditambah pulak kari ikan hujung minggu
alahai... rela aku ikat perut...

bila tak makan
terpaksa tahan perut lapar
dahla penat...
sebab tu dulu kebanyakan dari kami kurus kering
tp aku antara yg terkurus
berat aku masa form 1
tak sampai 40 kot
agaknyelah
yelah kat uni pun berat aku 46 je..
tp skrg jangan ditanya ok... ;p

kami semua, balik sekolah turun bas
berlari rebut nak makan
budak2 yg baik
cool aje jalan
tapi aku kan gelojoh
sampai skrg aku gelojoh
bila masuk dewan kene lak beratur amik makanan
bila nak antar tray kene beratur gak buang sisa
pendek kata hidup mmg penuh rules
kecik2 lagi dah hidup macam tu
bagus ke tak?

banyak lagi aku nak citer
nnti aku sambung part 2
aku nak tarik nafas dulu

ini cuma nukilan aku dan catatan blog aku...
aku sekadar bercerita kisah lama
sesekali nak imbas kenangan lama
best pulak...
;p

movie review-daybreakers


cerita ni tgh main kat wayang skrg
best sgt, menarik
lain dari yg lain

mengisahkan di masa depan
dunia hanya dipenuhi vampire
so manusia2 yg tinggal akan 
diburu,ditangkap dan diambil darahnya
oleh kerana kekurangan darah
vampire2 ini mula risau
dan fikir alternative lain
utk dptkan darah.
so manusia2 yg tinggal akan menyorok 
sebab byk tentera yg cube cari diorg

mmg best citer ni
sape2 yg nak tgk wayang
tapi taktau nak citer ape
boleh layan citer ni
agak ganas sikit
tak sesuai utk bawah umur kot

lakonan mantap oleh Ethan Hawke & Willem Dafoe


enjoy~

Wednesday, March 17, 2010

petua jaga kucing


bukanlah petua sebenarnya
tapi sekadar nak kongsi cara
mak mertua jaga kucing

kucing2 ma bela
sumenye jadi baik
tak curi makanan
tak berak,kencing bersepah

kalau nak kucing jadi baik
kene ajar die
masa die curi makanan
pukul je dia
jgn kesian2
kalau die kencing atas umah pun pukul
kalau dah 4-5 kali kita pukul
masa die buat jahat
mmg tak berani la die buat jahat lagi
die faham yg situ bukan tempat die berak
atau curi makanan

sdgkan manusia pun kita pukul utk ajar
budak2 la maksudnya
tapi jgnlah pukul ngan kayu ke ape ke
pukul pakai tgn je
dan jgnlah kuat sgt
cukup utk buat die merajuk 5 minit
heheh
yg penting kene pukul masa die buat jhat
bukan lepas die buat
manalah die faham kalau dah berak
die dah blah baru kita pukul

kucing2 kami kat kelate
mmg berak luar rumah
kalau tgh malam diorg nak g toilet
siap ketuk/cakar
pintu bilik tidur kami kuat2
macamana lambat pun
diorg tetap dok cakar2 pintu
takde lak diorg melepas kat situ

kalau bab makanan lak
kalau dah lapar sgt pun
bile diorg nampak ikan
diorg akan mengiyaww je
tapi takkan ambik
sbb dari kecik dah diajar

friskies pulak bagi sekali sekala je
macam bagi snek 
kita pun makan snek sekali sekala
kalau bagi setiap hari 
nanti kucing mati cepat
sbb sakit buah pinggang
tak kira la sakit ape pun
yelah, kalau makan snek setiap hari
mmg la tak elok kan

so menu harian yg terbaik bagi nasi
gaul ngan ikan goreng
buangla tulangnya
air pulak bagi air yg dah masak

kalau tgk badan ada kurap pulak
bawak vet g inject
murah aje
tapi kalau nak g inject 
yg setiap bape bulan tu
terpulang... lebih elok agaknye

kalau kita didik kucing ni betul2
dia boleh jadi kawan 
takde menyusahkan pun
cume kita bagi makan aje
kalau bela kucing kompem umah takde lipas, 
takde tikus... kira win win situation
ye tak? ada byk jugak faedahnya

mak mertua aku ada bela 6 ekor kucing skrg ni
seronok main ngan diorg
sbbnya mmg tak menggangu urusan harian
bila nak berak die pandai2 la kuar kat tanah
tak perlu risau terberak dalam pelukan
hehehe

mungkin benda ni lebih praktikal utk org ada kawasan tanah
kalau yg dok kat flat
lagilah mudah
just sedia pasir kan
cume lebih byk kos nak beli pasir

itu je
sekadar nak kongsi
sebabnya sesetenga org aku tgk kucing die
walaupun banyak
tapi kencing bersepah
tuan rumah tgh baca suratkhabar
leh pulak die kencing atas tu
so bg sesapa yg ada kucing
boleh la ajar sampai kucing tu faham
bile die faham
die ikut cakap kita
kita panggil pun dia dtg...

;p

suke iklan ponds ni- sweetnyer...



banyak kali aku layan iklan ni
rasa mcm drama lak
sweetsangaatttt

suke sgt tgk
ulang2 kali pun tak jemu
;p

Tuesday, March 16, 2010

ikea meatballs-

*pic from facebook fanpage*

aku tak pernah makan
tapi siap ada fan page facebook
ada 9ribu++ fan lak tu
bukan main ramai lagi

persoalannya, sedap sgt ke
aku tak pernah lak terfikir nak makan benda ni
tapi bile tgk ramai sgt fan
mesti la best mende ni aku rasa

dan selalu sgt pegi ikea
tak pernah lak aku makan situ
tak tahu pun mende alah ni sebelum2 ni
recent ni baru tahu

shud try ni
sume kata sedap
mestilah sedap kot
nak pujuk-paksa hubby aku ni
berjaya ke tak...

movie review-muallaf


citer dah lama
tapi aku baru je tgk

berbanding semua citer 
the late yasmin ahmad
i guess this is the only movie i loike
seriously
citer ni simple, mmg ada kepelikan jugak
tapi nice tgk amani n adik die tu

saje nak share review aku
sbb dah beberapa hari tak update
so ada jugak bahan utk dikongsi
;p

Friday, March 12, 2010

shaheizy sam



popular betul mamat ni skrg
semua drama
sume filem 
byk muke die je

hubby aku pun asyik cakap
'eh, muke dia lagi'
walaupun taklah hensem macam hero2 lain
tapi die ada attraction yg tersendiri bg aku
mungkin pandangan mata die tu
cehh ye ye je aku ni
mungkin jugak dia disiplin
sbb tu pengarah suka
kot lah..
sbb dia pun ngaku die serius bekerja... 


Thursday, March 11, 2010

asmaradana tv3


dah 2 episode berlalu
aku terlepas episode 1
lupe time tu
ada 23 episode lagi bakal menyusul

semalam episode 2
best!
ditambah lakonan sume yg best
dan pelakon2 nye yg cantik2
tiz zaqyah dan puteri sarah yg comel
juga rozita che wan yg ayu tu
pendek kata, mmg pelakon2 dah cukup attractive
 ada pulak saheizy sam yg 
semakin popular skrg tu..

bg korang yg belum tgk
baik tgk malam ni
nnti menyesal pulak
tv3 10.30 malam
best tau.. ;p

note: minat lakonan tiz sejak nur kasih ;p

Tuesday, March 9, 2010

jalan2 pasar lookin@memory lane, Ipoh


ujung minggu lalu
hubby ajak jalan2 kat ipoh
katanya nak singgah tempat yg
hubby selalu pergi masa study kat
matriks gopeng dulu

kul 5 aku dah bangun 
siap2 gosok baju,mandi
dan terus bertolak
bukan main semangat lagi
takut lambat sampai
itupun ambik  3 jam lebih nak sampai

smbhyng, sarapan kat RnR
 *sarapan pagi tu, mahal*

tempat yg hubby nak sgt pegi tu
nilah, pasar lookin @ memory lane
kat ipoh
org ipoh tentu familiar
pasar ni jual macam2 
yg istimewanya dia jual barang2 lama
tekun aku tengok diorg

ni gambar2 aku ambik kat sana

kdg2 barang diorg jual ni
kelakar pun ada
mmglah barang lama
tp barang yg kita dah nak buang
macam casing spek mata
spanar2 berkarat2
tu pun diorg jual
pendek kata, sume brg lama diorg jual
duit2 lama pun ada
buat pengumpul duit lama
mmg patut dtg sini...

sebelum balik, makan mi sup dulu
hubby cakap dulu
setiap kali hubby g situ
takkan terlepas
makam mi sup


murah je, rm2.. mana nk dpt kat kl

pastu kami singgah umah sepupu hubby
then balik umah
walaupun jauh tp seronok jalan2
cuma panas terik yg tak tahan tu
almaklumlah skrg musim panas....

Monday, March 8, 2010

maggi utk org sakit

harini hubby keje half day
sakit kepala
doctor suruh rehat

so, balik rehat
ptg tadi hubby kata teringin 
makan maggi aku masak
so, utk org sakit
aku masakkan maggi special
takdelah special sebenarnya
special sbb penuh kasih syg je
heheh


kenyang nye makan maggi... ;p

entry luahan perasaan seorg isteri


buat engkau..
u know who you are
masa kau tiba2 hadir semula dlm hidup hubbyku
hubby dgn tangan terbuka menerima kau
melayan kau sbg tetamu
kau dtg tgh malam
hubby melayan ko dgn baik 
sampai aku tertido tunggu hubby kat bilik
lewat ko balik tp sikit pun hubby tak komplen kat aku
aku je komplen dalam hati
sbb aku kesian kat hubby

walaupun ko tahu hubby aku keje esok harinya
pukul 7.00 dah kuar rumah
pukul 6 lebih sampai rumah
kdg2 legi lewat
sbb byk benda nak setel
dan kau tahu keje macam laki aku 
menuntut rehat yg cukup
supaya fikiran cerdas utk ligat berfikir esoknya

bila ko offer benda tu kat hubby
bukan main happy hubby aku
ko tau tak?
ko tau hubby aku minat kumpul benda2 mcm tu
ko pulak offer
ibarat org mengantuk
disorongkan bantal

tapi setiap kali hubby tanya pasal benda tu 
bukan main byk alasan ko bagi
bile kami g damansara
ko kata ko kat tempat lain
bile hubby kol lg
ko kata kat kuantan
ko suruh hubby g sendiri rumah tu
ambik brg tu ngan kawan ko
dari kl nak balik kelantan
sanggup kami lalu kuantan semata2 nak amik benda tu
tapi bila kat sana
ko tak angkat henfon

tibe2 ko kol ko ckp
kawan ko yg pgg barang tu keje kilang
so waktu tu die keje
takkan selama ni ko tak tau die keje kilang?????
mmg masa tu aku geleng kepala
aku tahu ko menipu
hubby diam tanda kecewa

skrg, ko kata benda tu kat kl dah
bila hubby nak pegi ambik
ko kata ko kat kuantan pulak
ok, aku terima
ko kata ko balik semalam
tapi semlam hubby aku tanya
ko kata ko belum balik
ko bodoh ke? 
takde duit sangat nak inform hubby aku?
sms kan ada
ke ko mmg suke bg org harapan palsu??

skrg, aku mmg takkan percaya ko
jujur aku cakap
raut wajah ko sebenarnya dah buat aku tak suke
tapi aku hormat sbg kawan lama hubby aku

sape suruh ko offer hubby benda tu
at the first place kalau 
sebenarnya ko tak nak bagi?????
hubby tak pernah mintak pun
tapi ko yg offer
ko tahu hubby aku baik
ko perkotak-katikkan perasaan dia...
aku sbg isteri sakit hati sgt ngan ko ni
mmg aku marah

ko dahla tibe2 muncul balik dalam hidup hubby
ko permainkan perasaan die pulak
aku dgr hubby aku sebut perkataan 'pelawok'
(bahasa kelate) aku rasa maksudnye penipu
so ko mmg suke menipu

kalau ko bace ni
dan ada kemungkinan ko mmg tgh bace
aku tahu ko pasti tahu sape ko
so ko fhm2 la sendiri
ape perasaan kami skrg

muke aku mmg baik
tapi aku jahat pada 
org yg jahat mcam ko.
ko jahat.
jahat.
aku kesian kat hubby aku.
penuh harapan nak benda tu.
ko mmg jahat. 
ko tahu hubby aku sanggup susah payah tolong org
walaupun org macam ko.
tapi ini balasan ko kat hubbyku.
ko jahat. 
bencik. 

aku syg sgt hubby aku.
sbb tu aku tak suke org buat hubby aku mcm tu.
tapi kalau ko minta maaf pada hubby
aku maafkan ko.
aku nak tunggu kata maaf ko je. 
malam tadi hubby dah kata taknak benda tu
ko plak kata ambiklah benda tu..
aku rasa kalau ko ikhlas nak bagi
kalau boleh je bawak dtg umah kami.
itu tanda ko ikhlas
jgn sms hubby aku lagi
suh ambik benda tu kat mana2
mmg aku marah.

note: marahnye aku kat budak ni.  Astaghfirullahalazim...


Saturday, March 6, 2010

tag dari kawan2

1)adakah anda rasa anda hot?
mmg hot tengahri macam ni, tak hujan, panas terik
musim panas macam ni kene turun tingkat bawah
kalau dok kat bilik mmg hot sgt

2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.


3) Ceritakan pasal gambar di no 2.

gambar hubby ngan ayah ku
masa kami jalan2 kat rantau panjang awal tahun lalu
gamabr sempoi ni buat aku terhibur tgk
aku jarang tukar gambar kat lappyku ni
kalau itu, itu jelah utk jangka masa yg lama ;p

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
lama jugak tak makan pizza
last makan kat dominos midv last year


5) Lagu terakhir anda dengar.

lagu katy perry kat henfon hubby
setiap pagi dgr
sbb set sbg alarm
kalau dgr lagu tu kat radio automatik rasa 
macam nak mandi& solat subuh
;p


6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

tgk berita kat tv
pastu ni smabung citer industan ;p

7) Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?


kak ngah, sbb anak no 2.. sedara mara semua panggil tu
hubby panggil ayang
takkan hubby nak panggil kak ngah pulak
;p

8) Tag lagi 3 orang.

1. fazee
2. amat

9) Siapakah orang no 1 kepada anda?
kawan baik dunia akhirat insyaAllah. 
kenal sejak sama uni n sama course
kemudian dinaiktaraf menjadi sahabat baik sehingga skrg.
;p

10) No 3 ada hubungan dengan siapa?


nnti aku tanya die
agaknye die single lagi
oopps... aku teka je... ;p

11) Kata-kata cinta untuk orang no 2.
giler. takkan aku nak bagi kata2 cinta pada lelaki lain.
aku dah kawen. ;p

12) Berikan 5 benda yang anda tau tentang orang yang tag anda?

yg tag aku ni dua org. satu namanya sakakun
aku tak tkenal secara personal.
hanya kenal online.
so basically tak tahu jugak pasal dia
tapi tgk gambar boleh tahan hensem
ahaks.

yg kedua
bile tgk nama dia
terus terbayang sizuka nobita.
muda lagi rasenya.
kenal di dunia maya jugak.
orgnya comel lote kalau tgk gambar.
;p


13) Perbezaan antara kambing dan lembu?
aku tak makan kambing, tp lembu aku makan.
tapi haritu aku beli tulang ingatkan tulang lembu
aku bantai buat sup tulang
makan berdua ngan hubby
rupenye kambing
laju je aku makan
 bile tahu kambing baru gelak besar
konon2 taknak makan kambing
kata kolesterol tinggi
org lain kata dan aku percaya.
;p

14) Perasaan anda buat tag ini.
aku buat laju je. fikiran aku kosong tak fikir ape. ;p
apetah lagi perasaan aku
mungkin sedikit runsing dgr lagu hindustan ni
aku mmg tak layan hindustan
mana la remote ni....

15) Adakah anda tau si Rizman tu sengal?
tahu jugak sikit2. ;p

16) Gay or Les?
i'm straight, thats why i'm married early. heheh.

ok yg kene tag tu, buatlah kalau rajin.
sbb sume org jawab tag, aku pun rajin lah jawab ni
heheh.
itu aje.
harap sakakun ngan shazika puas hati.
thats all for now... adios. 
sorylah font berubah2
dek kerana aku copy paste dan malas nak edit ;p

Friday, March 5, 2010

comel tak saya?


~khas buat tatapan sabrina & cher~

 
  
 

kucing ni kami ambik dari member
beberapa minggu after die lahir

masa tu kecik sgt
baru2 ni masa balik umah mentua
tgk kucing dah besau dah
terkejut kitorang
manja dan comel

dulu kami bagi nama lain
tapi bile mak mertua bela
dipanggilnya putih ngan hitam je
senang agaknye...

 comel kan?
di lain entry aku akan share
cara mak mertua aku bela kucing
ada 6 ekor kucing setakat ni
3 ekor masih baby
;p

Wednesday, March 3, 2010

Qaseh 2 bulan


dah 2 bulan lebih dah anak buah aku ni
dah pandai senyum

mata bulat betul
paling lawak
bile melalak
ibu aku ngiringkan die tido sambil tepuk2 belakang
nnti die buat muke sedih sambil jebik
adoiii... lawak betul tgk mcm tu
siap tersedu2 

kalau kepanasan melalak tak ingat dunia
kemain kuat lagi..
sampi ilang suara..
*panas sangat sampai kene tanggal baju si kecik ni*

*kat restoran riverside masa sambut birthday adikku last week*

anak buah aku ni manja ngan ibu aku
maklumlah first cucu..
ditimang2 kannya
kang aku dpt anak
mak aku dah tak kose nak melayan
heheh....

update: sebenarnye dah 2 bulan lebih pun nak masuk 3 bulan

Tuesday, March 2, 2010

filem niyang rapik punye review berbeza2 dari penonton


saje aku wat entry ni
sebelum ni aku ada wat review pasal filem ni
yg bg aku tak bape best tak seperti trailer

tapi baru tadi aku jengah kat blog aina
lain pulak review si dia ni
katanya, sanggup nak masuk wayang sekali lagi
kerna nak tgk lagi citer niyag rapik ni

aih 
jauh beza impak citer ni pada penonton
aku mmg takkan masuk utk tgk citer ni lg
biar pun org nak belanja
seriously.

so, pada korang yg mmg suke citer melayu je
atau citer hantu ringan2
dan mmg tak layan omputeh
boleh layan citer ni kot

mungkin aku yg mmg dah byk movie aku tgk
dari pelbagai genre
tambahan pulak sume jenis movie aku layan
kecuali movie porno aku tak layan k
mungkin bg aku citer niyang rapik ni
bukan santapan yg baik
secara total citer ni macam tak siap
lakonan tak mantap

so silalah ke wayang dan bg review sendiri
;p

ahmad idham jgn marah aku tau

sarapan roti goreng


sedapnye pagi2 makan roti goreng panas2


yummy!
hubby suke sangat makan roti goreng ni
resepi  kat sini
;p

Monday, March 1, 2010

bila aku merajuk..........


hubby pujuk
pandai eh pujuk aku ngan kek coklat


sedapnye...
boleh merajuk selalu nih ;p

movie review-Niyang rapik


spoiler alert, jgn baca bg yg nk tgk
kalau x,dah tak suspen nnti...

semalam after parents aku balik
aku n hubby 
g jalan2 kat the curve

so, hubby ajak tgk wayang
kami sama2 plan nak tgk niyang rapik
(sape kata aku tak support local film?)
sbb tgk trailer macam best
plus, hubby mmg minat drama bersiri 
puaka niyang rapik

cmne ceritanya?
untuk aku citer ni biasa2 aje
takde ape yg menarik
mula2 macam menarik
tp bile dah sampai kampung niyang rapik
mmg boring
ada few parts je yg menarik

for me, kelemahan citer ni
letak pada skripnye
betul2 tak strong
diorg sume nampak macam berlakon
nampak cam tak real
kalau takut pun muke tak real takut
sebenarnya kalau ikutkan
idea citer ni mcm dah menarik

mungkin bg sesetengah org
yg suke layan movie jgn pandang belakang dulu
mesti rasa citer ni best
tp aku nye feel mmg tak sampai
aku tak lah kata citer ni tak best langsung
masih ok untuk ditonton
dan aku rasa ramai kot yg suke

aku cume rasa
byk benda yg nak dipertikai dalam citer ni
salah satunye
kemunculan hantu yg tibe2 je muncul
tak pasal2 dan menyampahkan aku
pastu budak berempat yg asyik2 jatuh
nak lari jatuh
nak turun tangga jatuh

oh ye, hubby aku pun tak bape minat
katanya, menyesal tgk kat wayang
mungkin expectation hubby lebih tinggi
die mengharap watak seperti
ustaz amirul dlm puaka niyang rapik
muncul dalam filem ni...

moga mutu filem melayu diperbaiki lepas ni
;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...