Friday, April 30, 2010

lagenda budak setan


tak lama lagi keluar movie 
lagenda budak setan adaptasi dari novel
LBS yg tebal giler dulu2 tu
sape pernah bace tau la betapa bestnye 
novel tu dan penghayatan yg syahdu syahdan

aku rasa citer ni kalau ikut dari novel betul2
bole hits.. tapi dek kerana pilihan pelakon
kureng sikit, tak tau la
mungkin jugak ramai nk tgk
aku cume kureng sikit farid kamil jd hero
hilang selera nak tgk...

apepun peminat novel LBS
mesti ternanti2 filem ni
lagu dalam trailer filem ni cam best je
lagu sape eh? 

;p

Thursday, April 29, 2010

asmaradana: jahatnya amran...


sape ikut citer asmaradana cam aku?
aku kul 10.30 terpacak dok dpn tv pegang control

tak sangka citer ni twist camni
hero yg meruntun jiwa tibe2 jadi kejam
tapi syok jugak
sesekali tgk hero jadi jahat giler

setiap kali tgk hubby menyumpah
'ini lah cerita melayu... bla bla bla...'
tapi aku tetap layan...
;p

breakfast bihun goreng singapore


sebab takde cili blend
terus buat bihun goreng singapore
wajib makan dgn telur dadar yg dipotong2 kecik
yummy!

resepi kat sini
jom cuba! ;p

Wednesday, April 28, 2010

movie review- Dear John


another movie based on novel dari Nicholas Sparks

pelakon:
Channing Tatum
Amanda Seyfried
 
citer ni mmg sweet dan ada part2 yg meruntun jiwa
especially part ayah hero tu yg merupakan pesakit autistic
sangat menyedihkan dan mmg berkesan lakonan mereka
kecuali bhg ending yg kurang mantap

berbaloi ditonton bagi sesapa yg minat 
filem bergenre romantic drama/war film
masih ditayangkan kat wayang, citer ni no 1 di UK skrg

enjoy ;)

happy birthday sayang...


terima kasih utk kasih sayangmu yg mencurah-curah
semoga perhubungan kita sentiasa dirahmati Allah
dan sentiasa dimurahkan rezeki
moga segala hajat kita berdua akan tercapai..

selamat hari lahir yg ke 25 suamiku...
i love u more than words can say... 

Thursday, April 15, 2010

facebook ayah pin??


mari kita berbalik kepada isu facebook.
kali ni aku nak share facebook ayah pin 
yang boleh kata menyesatkan


terkejut aku tgk ayah pin ada di facebook
tak tahu sape yg buatkan
mungkin bukan ayah pin yg buat sendiri 
mungkin pengikut atau sesiapa saje mungkin

terkejut juga bila buka facebook beliau
penuh dgn hadis dan petikan2 al quran yg dihuraikan
antara satu kandungan dalam dalam facebook itu

Terdapat kesalahan besar didalam al-Quran iaitu al-Quran menyatakan bahawa Maryam ibu kepada Isa adalah saudara perempuan Harun sedangkan beza waktu antara Maryam ibu Isa Al-Masih dengan Harun adalah 1570 tahun. Al-Quran menyebutkan :................
  err.. aku tak tahu nak komen ape
page facebook anti ayah pin dah pun diwujudkan
dan jangan tak percaya
salah satu fan nya ayah pin sendiri
mmg tak betul la tu namanya tu kan...

>link facebook ayah pin<
 
ape komen anda?

kredit: nizamlimited

hada labo & simply siti


semalam bace kat blog ceera dgn redmummy
tentang produk hada labo ni
produk penjagaan kulit dari jepun
aku pun try la buat research sikit pasal produk ni


antara produk die adalah lotion ni
lotion die merupakan lotion yg paling laris di jepunn
terjual seetiap 4 saat tu
cube kita bayangkan betapa lakunya tu
tapi bukanlah lotion tangan, lotion tu utk muka
and aku rasa kegunaannya  lebih kepada cam toner
walaupun aku ni mmg takde maknenye nak pakai toner2 ni
aku just pakai pencuci je
tapi sejak akhir2 ni rasa macam nak melawa lak
sampai pening hubby dok melayan kerenah bini die ni
nak beli itu ini.. ;p

so bila usha punya usha
mmg aku dah teringin sangat nak beli ni
mende ni jual exclusively kat guardian je kot
harga pun murah less than rm50
berbaloi la kan kalau dah kulit cam artis jepun
lembut dan mulus n boleh pakai ngan pencuci muka lain
so aku mmg nak cube ni
tak sabar nak beli...


lagi satu benda yg aku nak beli simply siti nya produk
saje nak tgk2 barang siti
beli lipstick die pun ok
kot2 jadi cantik cam siti
kulit die pun mulus habis
jeles aii... ;p

Wednesday, April 14, 2010

petua jana pendapatan dengan blog-redmummy

sape tak kenal redmummy?
rasanya rata-rata semua blogger kenal akak glemer ni...
 

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.
 
Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

jom kita amalkan petua redmummy ni
sape tahu kita boleh kaya.. heheh
tapi untuk mencapai seperti redmummy tu mmg payah la aku rasa
dpt rm1000 sebulan pun ok dah aku rasa
;p

sumber: harian metro

Tuesday, April 13, 2010

sorang saiz 12, sorang saiz 5

*pic: google*

sabtu aku g sogo
jalan2 pas balik dari satu tempat

plan nak beli sandal aku ngan kasut keje hubby
tapi as expected, mmg tak jumpe kasut hubby
susah sgt nak jumpe saiz
semua brand paling tinggi pun 10 kat situ
ada satu brand tu ada saiz 12 tapi design tak best
plus, hubby just nak simple2 coz nak pelasah g keje
kasut clarks mmg ada sampai 13
tapi tak kuasa pakai keje beli kasut mahal sgt
mengalahkan bos lak kang..
pakai jalan takpe la kan..

then, cari sandal aku setelah berhempas pulas
cari kasut hubby tapi tak jumpe2

sandal ke/kasut aku mmg senang nak cari
aku pakai saiz yg display punye
kaki aku mmg kecik aje, kiut miut kononnya
hehe..

baru ni beli sandal, then amik saiz display, saiz 5
so hubby cakap, nampak besar sgt
macam longgar
so hubby nak mintak saiz 4
tapi aku kata tak payah la
sebab nanti kalau aku g mana2
org ingat kasut aku kasut budak2
sebab nya aku jenis pakai kasut
bukan heels, mmg flat habis..
so dah macam kasut kanak2 la...
another reason aku pakai sandal yg ada tali belakang
so takpe longgar sikit, tak tanggal punye..
yg sorang susah nak cari kasut
yg sorang lagi pakai yg display pun dah boleh
ish3...
seluruh pelusuk malaysia cari kasut hubby
kene g cari kat bundle2... mungkin ada kot..  
bundle pun bundle lah.. 
janji ada kasut.. ;)

apa itu exchange link?


err... aku saje nak wat entry ni
coz before ni aku ada wat entry
sape nak exchange link ngan aku..

so setiap blog yg nak exchange tu aku dah masukkan 
dlm list aku
tapi bile aku g blog tu takde pun link blog aku

exchange link tu bukan suruh follow
maksudnya, ko letak blog aku dlm list ko
aku lak letak link ko dlm blog aku
ader fhm?

(tapi kalau ko follow, terima kasih byk yer.. 
sesape yg follow tu, insyaAllah aku follow balik
kalau tak terlepas pandang... itupun kalau ada linknye)

takkan la aku offer link semata2 aku je nak letak blog ko
tapi ko taknak letak link blog aku?
ape la yg aku dpt..
ada blog2 yg nak exchange link ngan aku
takde pun link aku
bukan tukar2 link mcm tu..
aishhh....

plus, aku juga nak link aku tu ada kat front page
bukannya kat dlm entry yg org lain tak nampak
cmne nak promote blog kan?

tapi kalau letak bloglist hanya display 10 misalnye
then kita tak update pastu link kita tersorok tu
itu takpe, as long link ku ada di situ even tak kuar
sbb tak update..

so, sape2 nak exchange link ngan aku
jom... ;)


Monday, April 12, 2010

Ibu nyanyuk paling muda di dunia


SYDNEY - Seorang wanita muda di Australia, Rebecca Doig lupa dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Doig yang berumur 31 tahun lupa pernah melahirkan seorang anak kerana dia merupakan antara pesakit Alzheimer atau nyanyuk paling muda di dunia.

Anaknya, Emily Doig dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Hornsby di sini pada Selasa lepas tetapi sehingga kini bayi itu belum mendapat belaian ibunya.

Doig yang hilang pekerjaan kerana kerap lupa dan melakukan kesilapan disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada Ogos tahun lalu.

Dia merupakan pesakit Alzheimer yang paling muda pernah melahirkan seorang anak.

"Amat memilukan untuk melihat isteri anda seperti ini. Pada masa lalu, dia amat bertenaga.

"Namun, dia kini merupakan kehidupan saya dan saya tidak akan berputus asa," kata suaminya, Scott yang berkahwin dengan Doig pada 2003.

- Agensi

Sunday, April 11, 2010

siapa nak exchange link dgn aku?


aku skrg nak mengupdate link2 blogger yg ada dlm blog aku
link yg aku boleh tahu update dari kalian semua
so meriah la sikit blog kita kan.. 
boleh jugak daku tau latest entry kalian
cmne pun, aku hanya display kan
15 blog dgn update terbaru dalam satu2 waktu.. 

so, siapa2 nak exchange link dgn aku
tinggal jejak kat sini eh
nanti akan aku jejaki blog kalian
kalau aku tgk link aku dah ada kat blog list korang
aku link kan korang lak..

jom ber exchange2...
;)

update: sebenarnya yg link2 sedia ada dah ramai, 
dan mmg aku takkan buang.. so no worries ok 
just utk sapa yg lum ada link kat sini TQ

Thursday, April 8, 2010

dapat cek nuffnang pertama



kelmarin sampai cek pertama nuff yg ku tunggu kian lama
baru rasa nak cashout setelah rasa best
tgk amaun duit tu
tapi takdelah banyak sgt pun...

bila nak cashout 2nd cek pulak?
tunggu sampai amaun tu puas hati utk digunakan
ada org kata da sampai rm50-100 terus cashout
iye ke?
kalau setakat rm50 rasanya cam rugi je cashout kan?
tunggu rm400 ke rm500 ke baru berbaloi
rm1000 lagi berbaloi
tp berkurun la nak tunggu..
;)

ada 8-9 kempen running
tapi trafik yg kureng lately ni merendahkan earning 
baik tak payah ada kempen byk2 kalau cmni... sigh~

Wednesday, April 7, 2010

Kontez Dialog Kelakar Fitrihadi.com


sbg tanda menyokong kenalan blogger
aku join kontest ni
walaupun aku bukannya pandai melawak 
buat lawak depan suami boleh lah ;)

ni gambar dan dialog yg aku pertaruhkan
ni kelakar ke kiut ni?
entahlah.... hehehe

harap fit berpuas hati...
kot2 ada rezki dpt rm50 pulak

kepada sesiapa nak join
klik banner kat bawah ni
cubalah, tak rugi pun...


jom sama2 memeriahkan kontez ni.

Tuesday, April 6, 2010

aku yg tgh dlm vegetarian mode


skrg aku kurang makan ayam
actually dah seminggu tak makan ayam/daging
satu kejayaan buat aku
sila tepuk tangan ramai2

skrg aku cube makan lebih sayur
dan masak apa2 tak letak telur
kerapkan puasa
ada sikit2 rasa macam vegetarian
jenuh jugak jadi vegetarian
hubby dah seminggu jadi vegetarian
tapi bukan sebab nak kurus
aku sorg je yg nak diet
tapi selalu diet hangat2 taik ayam
separuh jalan terus lupa diet

aku mmg kuat makan, tak kira waktu
kdg2 tgh malam kalau lapar pun aku bantai makan
dahla aku ni rajin masak..
tapi bile tgk badan semakin sehat
terus rasa menyesal
harap2 diet kali ni berjaya

antara menu yg aku makan

  cucur jagung
biasalah kalau aku wat cucur jagung letak telur
tapi ni tak letak,ganti dgn air panas
boleh tahan jugak... 

takdelah aku diet menggila
just kurangkan makan, makan tetap makan
nasi aku makan jugak sekali sehari
tak best lak rasenya sampai berlapar betul

tapi masalahnye esok habis vegetarian mode hubby
kalau hubby dah kembali normal
mampu ke aku sorang2 ni lawan nafsu makan?
aish....

when i look at you-miley cyrus

lagu baru miley cyrus from her latest film-the last song
i love this song and i knew i will love the movie even more
she never fail to attract me in all her songs
jom layan...


Lyrics:
Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
Beautiful melody, when the night's so long

Cause there is no guarantee
That this life is easy (Yeah)
When my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I (I) look at you
When the waves are flooding the shore and I
Can't find my way home anymore
That's when I, I (I) look at you

When I look at you
I see forgiveness, I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong and I know
I'm not alone (Yeah)

When my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I (I) look at you
When the waves are flooding the shore and I
Can't find my way home anymore
That's when I, I (I) look at you

You appear just like a dream to me
Just like a kaleidoscope colors that cover me
All I need every breath that I breathe
Don't you know you're beautiful (Yeah, yeah)

When the waves are flooding the shore and I
Can't find my way home anymore
That's when I, I (I) look at you
I look at you
Yeah, yeah

You appear just like a dream to me

Monday, April 5, 2010

rumusan keseluruhan Anugerah Bintang Popular 2009 di mata aku

selesai sudah ABPBH09
rasanya rata-rata semua org tengok
maklumlah ramai artis2 dtg malam tadi

secara peribadi, ABPBH09 mmg tidak menghampakan
banyak persembahan menarik dan artis2 yg naik pentas bg hadiah pun
semuanya best2

pesembahan paling best bg aku persembahan One Nation Emcees
dan M Daud Kilau.
tgk diorg bergelek bukan main, seronok tgk..
persembahan yg ada Diana Danielle tu jadi hampeh sebab banyak
suara slow dan ada mic tak on..
persembahan Alyah, Dayang Nurfaizah dan Khadijah Ibrahim 
pun tak kurang hebatnya, aku terpesona dengan kelunakan suara Dayang

atis paling cantik malam tadi  bg aku of course siti nurhaliza.
baju dia cantik sangat, dahlah mmg dia cantik.
bila siti dapat artis paling popular aku rasa mmg she deserved it.
tahniah buat siti.

atis baru paling popular yuna dpt.
rasanya mesti ramai expect tiz zaqyah dapat termasuk aku.
bila nak umumkan nama yuna, si syamsul yusof boleh pulak cakap ..alamak...
seolah-olah kecewa bukan tiz zaqyah dapat...
aku mmg suka yuna, tapi bile yuna tak dtg, tak best lak rasenya...

hos malam tadi -Raja Azura dan Sharifah Shahira
mmg gandingan yg mantap dan mencuit hati sepanjang majlis
mulut raja azura yg takde insurans tu menambahkan gelak tawa penonton

penyampai2 lain pulak
yang paling best tentulah masa kak ogy dengan david teo
selamba je diorg bercakap
kak ogy mmg best, kalau dulu2 dia jadi pengacara ABP mmg mantap

panyampai yg tak best malam tadi chef wan
merapu merapan je cakap
sebab nya die bukan lah artis sgt
so cakap sikit-sikit jelah kan..

kemenangan yg aku kurang puas hati
pelakon filem lelaki-Que haidar
tak tahulah kenapa mamat ni menang lagi
tapi ramai sgt peminat kot
dah rezeki dia, mungkin jugak rezeki anak dia

pelakon filem wanita-liyana jasmay
aku juga rasa ada yg lebih layak
mmg LJ pandai berlakon
tapi lisa surihani lebih dekat dihati...

siti nurhaliza dapat 225,300 Undian
ramainya mengundi, sapelah agaknya undi
aku satu undi pun tak buat
tak berminat nak mengundi.. 

itu je nak share. ;p 

Sunday, April 4, 2010

keywords-asmaradana,shaheizy sam



sb aritu aku ada buat entry pasal tv series-asmaradana
so keywords aku paling top sekali asmaradana tv3
then, ada jugak terselit shaheizy sam
sbb ada jugak airtu aku wat entry khas pasal mamat ni

maklumlah sam ni tgh meningkat naik skrg
minat ngan lakonan die yg selamba tu
tapi kalau bab feeling nangis2
real2 die nangis, tu tandanya pandai berlakon
macam dalam asmaradana...
katanya lakonan die dlm kl drift 2, menjadikan cerita tu best...
rasenye die hanya bawak watak tambahan...
tapi ramai org tgk citer tu sbb dia
iye ke? kalau aku pun nak tgk rasenye sbb die jugak... 
sbb hero tak best .. ;p

Saturday, April 3, 2010

berdating di air terjun serendah

*sila abaikan macha 4 org tu*

gambar dah basi
tapi nak tayang gak kat blog
2 minggu lepas, terasa keboringan kat umah
hubby ajak g air terjun
hubby kata, asyik g window shopping je
jom riadah sekali sekali, masuk hutan, hirup udara segar

so misi cari air terjun
area sini, mmg banyak air terjun
dekat dgn gunung  bukit bukau bagai
so, on gps, cari air terjun
tup tup sampai sini
ini air terjun ke 3 kami terjah dekat area sini
kawasan kecik aje, tp selamat
sebab ramai orang plus laluan ke sini
kiri kanan penempatan org (asli)

heavennye mandi, airnya dalam 
dan pancutan air tu sangat tinggi
nyaman dan sejuuukkkkk
mandi pulak dalam hujan
giler kan...
;p

Friday, April 2, 2010

facebook anti kelantan



macam-macam skrg ni
banyak sgt fan page anti-anti ni
ni ada pulak page anti kelate

tapi yg jadi fan kebykannya org kelate
tu pun sebab diorg nak mengamuk kat admin
agaknye admin ni ada problem ngan sorg mat kelate kot
tak pun mat kelate rampas awek die
tu yg die marah sgt tu

tapi yg tak tahan
bile anti kelate
diorg pun anggap org johor tak pun melaka
nape lak eh
aku ok je ngan org kelate
siap kahwin lagi..heheh


aku bile bace dok gelak2 je
part ni paling lawak

mat klate busuk.... pakai seluar jean levis golok.... 4 bulan skali baru basuh... rambut nak ade ekor, bangle nak besar..... dalam seluar kotek je ade kechik....... ha ha. x berbaloi.

 penghinaan kaw2 ni
tak baik la kan
ni kalau laki aku tahu
die pun mesti marah...

jangan buat fan page anti johor ye...
;p

mati itu satu kepastian....


bersediakah kita pula dijemputNya?
Al-fatihah untuk arwah Din Beramboi

Thursday, April 1, 2010

purse merah dari blogger



semalam dpt pos ekspres
seronok bukan kepalang

menanti hadiah contest dari fitrihadi
haritu die buat contest utk teka 
gambar artis
tup tup aku dapat jawapan betul

bukak2 hadiahnye purse roxy
yeay!
cute je purse tu, i liiikkeee..
;p

terhenti jantung aku ketika itu.......


bukan aku yg lalui, hanya sekadar menyaksikan
tapi cukup buat jantung aku , seolah2 terhenti few seconds

isnin lalu, ketika dalam perjalanan balik
dari jb ke rawang, di highway utara selatan
dekat simpang ke sepang, ketika tu hujan sangat lebat
sehingga agak kabur pandangan 

hubby mula perlahankan kelajuan
beberapa kilometer di hadapan
aku nampak sebuah kereta BMW warna biru

sedang rancak berborak ngan hubby
aku nampak satu percikan air yg besar
di hadapan di lane paling kiri, 
tibe2 aku nampak kete BMW tadi di sebalik percikan air tu.. 
dlm keadaan senget dan aku nampak kete tu menghentam , 
besi penghadang tepi jalan... terkejut aku..

aku pegang paha hubby
'abg abg abg... slow slow!!.... ada kete terbabas...'
masa tu aku nampak serpihan kete BMW tu bersepah di jalan
mungkin kesan hentaman kat besi tu
kete tu kemudian senget dan seolah2 melantun ke tgh jalan
dan berpusing2 3 kali di tgh jalan
ketika itu kami hanya beberapa meter dari kete tu
dan semakin menghampiri..
mmg kami tergamam dan freeze kat situ
pucat lesi muke
 
aku masa tu mmg fikir, kete tu akan hentam kami
kalau tak pun kete kami yg langgar kete tu
tapi mujur kete tu akhirnya stop betul2  di lane tgh,
di lane memotong dalam keadaan melintang
dan aku nampak pemandunya yg seolah2 tergamam
dan mujur hubby tak panik sempat ambil lane paling kiri
dan bawak slow

mengucap panjang aku, seram sejuk
tak henti aku ucap syukur, sebab masih panjang nyawaku
dan mujur tiada kenderaan lain disitu
maklumlah hari isnin...kalaulah jalan tgh busy time tu...
mesti kuar front page suratkhabar 

mujur jugak itu kete mahal, kete yg kukuh, yg berat
kalaulah itu kete kecil dan ringan, 
aku rasa mmg akan jadi satu tragedi
dan paling penting, pemandu tu aku ,rasa tak panik
syukur....

kalau ingat, masih rasa seram sejuk

pengajaran aku dapat
time hujan, bawak la slow2 dan pakai tali pinggang
kalau bukan kita, orang lain mungkin puncanya....
renung-renungkan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...