Monday, May 31, 2010

Gula habis ish ish ish.........

Gula Malaysia melambak di Pattani

PATTANI (Thailand) 30 Mei – Meskipun beberapa negeri di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kekurangan bekalan gula, bahan itu begitu mudah diperoleh di wilayah Pattani di sini.
Penduduk tempatan mendakwa, bekalan gula keluaran sebuah kilang di Malaysia itu boleh dibeli di merata-rata tempat termasuk di kedai runcit di kawasan perkampungan..............................................
(utusan Online)
sape la punye keje
aku semalam g cari  gula
kat 2-3 kedai runcit
sume cakap habis..... 
siap tauke tu explain panjang lebar kat aku

kat pattani melambak2 pulak
diorg punye keje la ni... 
habislah tawar air aku arini......... 
;p

Sunday, May 30, 2010

hujung minggu dengan family


hujung minggu, family datang bertandang di rumah
sebulan sekali familyku dari johor mesti dtg
melawat anak nun jauh di perantauan.... konon. 

pagi-pagi nan redup 
berkebun depan halaman rumahku yg sekangkang kera
bercucuk tanam menyahut seruan kerajaan 
bersama bonda dan ayahanda yg mmg rajin berkebun 
ceh... ;p

*gambar ai saje blurkan, hubby i seksi, tak sempat2 nak tukar seluar
tp seksi- seksi pun takpe, ai lagi sayang u... ;p*


Friday, May 28, 2010

saye suka makan roti.....

selalu stock roti sentiasa ada kat umah
kalau rasa nak diet, hanya makan roti gantikan nasi
kerana saya sangat suka roti
maka tak kesah kenyang dengan makan roti saja
tapi nasi itu pun sebenarnya mmg penting utk saya


sejak dari dulu, pilihan roti tentulah gardenia
lembut dan enak

semalam saya cube beli roti gardenia-butterscotch
alahai sedapnye tak terkata
sangat creamy,lembut dan sgt enak..


*pic: google*

ini sume gara-gara ibu saya yg buat laporan
katanya ketika cuba makan roti gardenia butterscotch itu
last week,  ibu saya cakap sedapnya bukan main
abg ipar saya pun begitu
mungkin juga kerana kami bertiga mmg penggemar susu
dan roti... kalau macam ayah saya
pandang sebelah mata pun tak kot
melainkan kita bakar roti tu dulu...
atau kita transform roti tu jadi benda lain...

so, sapa2 yg suka roti
boleh cuba...
sila jakun macam saya..
yg da biasa makan tu diam2 jela eh..
;p

tidak dibayar oleh gardenia...sekadar ikhlas berkongsi kenikmatan yg saya lalui malam tadi
bersama roti itu... rm4 saje... tak sabar rasenya nak perkenalkan pada abg ipar di kelantan kerana
saya pasti die juga sgt suka... ;p

Monday, May 24, 2010

I just love u more & more...



... u never fail to make me happy! 

Friday, May 21, 2010

camne orang lain boleh update blog sehari 7kali?

kadang-kadang hairan jugak kan
mana lah datang idea blogger yg update konsisten
sehari sampai 7kali
rasanya cam aku ni
sehari sekali pun dah sesak..
penat kepala nak fikir nak update blog..

kalau ada rajin paling-paling pun
sehari 3 kali aku update
tapi tu pun jarang-jarang la
tak tahu nak citer pasal ape

sementara ku merapu ni
jom tgk blog aku ni
blog ni senang lagi banyak update
sebab tak payah keluarkan idea sendiri

salute la pada blogger yg update konsisten ni
setakat ni ada dua blogger yg aku kira paling konsisten
tak pernah takde update
diorg pun banyak income dari nuff sebab hardwork
bagus2... jom update selalu...

Wednesday, May 19, 2010

bila isteri tak pandai masak....

sebenarnya takde istilah tak pandai atau pandai
dalam bab memasak ni
yang penting rajin dengan tak je
kan?

kalau org dah kawen pastu tak pandai masak
tandanya die pemalas nak masak
sebab memasak ni antara skill yg senang dipelajari
contohnye, nak masak kari ke ape ke
bunyi macam susah
tapi kalau buat kejap je dah pandai
hubby ku yg lelaki tu pun sekali ajar je dah pandai

kekdg sian kat suami yg dpt isteri pemalas
tapi kalau mmg suami jenis suke makan kat luar takpe la kan.
kot suami suke makan kat umah, tp isteri asyik ajak makan luar.. 

so pada isteri-isteri jangan malas masak
air tangan isteri tu pengikat hati suami...
ilmu masak ni bukan susah nak dapat
ramai org pandai masak keliling kita
mak kita, mertua, kakak....
tanya je then cuba sampai berjaya
ingat dulu-dulu masa kecik
ingatkan buat kek tu susah
zaman sekarnag buat kek kejap je dah jadi
sedap lak tu...

tp macam aku
aku jenis suke tgk org masak
then pandai2 ingat resepi tu
pastu try n error sampai berjaya
tp kalau bab buat kek, mmg kene amik resepi yg tepat...

aku suke memasak dari kecik lagi
suke tolong ibu kat dapur
masa sekolah suke masuk pertandingan memasak..
memasak ni fun... tp kalau masak banyak2 mmg boleh pengsan..

tapi ada hari-harinya dalam seminggu tu kene bagi dapur tak berasap
makan kat luar nak kene ubah selera...
kalau tak diri sendiri jemu ;p

Tuesday, May 18, 2010

movie review- the crazies


lama dah aku tak wat movie review...
....filem ni masih di wayang kalau tak silap
tapi aku sedut je kat tenet
mana tahu ada yg tertanya2 cerita ape ni

personally, trend cerita ni dah basi
sebuah kampung diserang virus dan ada watak utama
yg selamat.. tapi seluruh kampung habis
macam tulah lebih kurang
hero mmg femes
tapi aku tak tau nama die...hehe

aku tak recommend sgt utk tgk citer ni
tapi kalau dah takde filem
bole juga layan.. 
dari 10, aku rate 6, not bad la kan..
;p

Brilliant legacy (korean series)


sape tengok citer ni? angkat tgn!
baru 3 episod tayang
so basically cerita ni penuh dengan emosi
mula-mula tgk iklan cam tak best je
tapi bile layan dah 3 episod best sgt rasenye
heroin comel, hero pun comel
bg peminat-peminat cerita korea, rugi woo tak tgk
suara yg dah ditranslate tu kita buat2 tak dgr jela eh
suara cina pun masih leh layan
janji soundtrack dia tak tukar kan kan?

sinopsis cerita ni: 

tv8, 8.30-9.30

aku yakin itu.........




 Pelangi.........
Datanglah pada ku
Genggam tangan erat-erat.
Tarik nafas dalam-dalam.
aku nampak sinar itu.
aku yakin, aku semat di hati.
aku senyum masih bersyukur.
aku tahu Allah itu maha Adil.
senyum lagi...

Monday, May 17, 2010

lamanya dah tak makan asam pedas.....


lama dah tak pekene asam pedas ni
mana taknya hubby tak pandai nak cube lauk2 baru ni
kat rumah die tak pernah masak benda ni
so aku jarang masak
pas kawen baru sekali dua je masak lauk ni...

tapi oleh kerana aku dah rasa teringin sgt ni
ptg ni aku tetap nak masak
lapar ni...
;p

mentor tv3: bila ziana zain pilih mohd...


sape tgk mentor malam tadi
rasanya mentor ziana zain
yg replace thalia ni
macam best je kan...

suara pun leh tahan
org pun leh tahan....

aku suke kumpulan b ni
mentor2nye cooool aje
tak macam mas idayu nak berperang sesama artis
ayiim protege mus may pun best
best sebab muke die cam pempuan
haha... ada ke patut aku cakap camtu
sebab tu aku rasa die ramai peminat....

mentor tahun ni mmg jauh lebih best dr last year...
tapi malam tadi aku sikit punye terganggu
dengan komen 2 org juri yg koman cam sampah
sakit hati aku dgr
cakap ntahapaapa
baik la tak payah komen... benci je dengar
kan kan kan? ;p

Sunday, May 16, 2010

wasiat dari akira

Syarat2nya ialah:-

1. Thank and link the person that gave you the cow.


thanx to akira yg bagi wasiat ni... wasiat si lembu ni eh.. boleh buat korban raya haji tahun ni.. ;p

2.Bagi balik wasiat nih kat 7 bloggers yang paling aktif atau paling tak aktif.

random je ni, ni sume yg aktif ku rasa
1. irahehe
2. yott
3. ultraman
4. sasha
5. kak ngah 


tiada paksaan- rajin buat, tak rajin tak payah k

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat dari orang kaya Sepening Lalat.


sapelah punye angkara pencetus wasiat ni.. merapu merapan aku tgk syaratnye... heheh

4. Cerita 3 perkara apa yang selalu anda buat sambil tengok tv.

first, sambil tgk tv sambil baring disisi suami.. haha
second, sambil online kekdg
third, sambil minum mengunyah...

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.

pelik? ada ke eh..
pulut pagi yg kat terengganu tu... aku pelik la sbb aku tak pernah makan
mmg tak tahu la ape lagi yg pelik.. rasenye takde yg pelik2 setakat ni

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook?
sikit je..  ada la 2-3 kerat.. sian kan..hehe.....

7.Feveret soalan nih, camner korang jumpa spouse korang or pakwe or makwe, kat mana?

jumpe tepi jalan je... hehe.. ada dah citer kat blog ni.. nak tahu g cari sendiri.. ;p 
 
 tamat dah wasiat, lega!

Saturday, May 15, 2010

piala thomas, bila malaysia kalah teruk.....

memang boleh kita katakan kekalahan teruk
mana taknya, satu set pun tak menang
bila tibe set kedua, pemain malaysia sume makin hilang semangat

rasa-rasanya kita semua leh nampak stamina pemain china
yang jauh lebih cergas banding kita
dan nampak mereka lebih fokus, dan lebih bersemangat
agak kecewa dengan datuk lee chong wei, sbb ingatkan die boleh menang
tapi sian sangat tgk muke die, lin dan dari awal lagi dah
nampak keyakinan dia, sengih je

jangkaan kita semua mmg betul
malaysia kalah 3-0 di tangan china
kalah teruk tu, sbb satu set pun tak menang... 
banyak sangat yg perlu dipelajari kalau nak rampas semula piala thomas akan dtg
yang penting cergas jangan malas

ape-apepun esok china bertemu indonesia
rata-rata ramai rakyat malaysia sokong indonesia
lagipun pemain indonesia mmg hebat-hebat belaka
especially taufik hidayat
semalam indonesia menang 3-1 bertemu jepun

main badminton boleh kurus
jom main badminton~
;p

Friday, May 14, 2010

lisa surihani tak pandai berlakon


bukannye tak pandai.. tapi masih baru la katakan
....masa tgk adamaya episod akhir tu
walaupun sedih
tapi perasaan sedih tu tak berapa nak sampai
sebabnye lisa ni kalau berlakon part sedih mesti fail
airmata tak kuar, kata-kata tak jadi sedih
tapi kalau part marah, mmg real

ceh, suke-suke je komen
banyak lagi yg perlu diperbaiki
boleh belajar dari tiz zaqyah atau liyana jasmay
yang dapat menghayati watak sedih dgn menjadi2

kalau lisa sedih kita tgk die lak yg geram
rasa nak suh kuar airmata tu..
ape2pun lisa ni mmg comel
cume kene kecikkan sikit pipi tu
mesti lagi comel... 
;p

Thursday, May 13, 2010

Al-Fatihah

*arwah paling kanan*

buat rakan adikku yg meninggal jumaat lalu disebabkan kemalangan
jalanraya. berita kematian beliau keluar harian metro.
menurut saksi arwah sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir. 
tumapng sedih sebab pernah kenal arwah yg datang rumah
ketika kakak ku bertunang few years ago. 
sudah ajal, walaupun masih muda 24 tahun.
baru tamat pengajian pula tu.
pasti adikku sedih dengan kematian kawan baiknya.
Al-fatihah buat arwah. moga tenang di sana.

untuk kita yang hidup, beramal selagi mampu.

Piala Thomas: cayalah hafiz!


PEMAIN perseorangan negara, Hafiz Hashim memanjatkan kesyukuran selepas menewaskan perseorangan ketiga Denmark, Joachim Persson 21-12, 21-10 pada suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Kemenangan Hafiz membolehkan Malaysia melakar kejayaan penting mengatasi Denmark 3-2, sekali gus mara ke saingan separuh akhir bertemu juara bertahan Piala Thomas, China, esok.

berdebar-debar semalam
tambhan pula tgk prestasi hafiz lawan jepun aritu mmg hampeh
dan macam org malas nak main
tapi bile hafiz menang straight set semalam
cayalah!..
jadi hero penyelamat....

agak2 cmne malaysia lawan china nanti
dengan jepun pun kalah... 
chaiyok2!!!

Wednesday, May 12, 2010

kenapa perempuan suka pakai high heels?


sejujurnya aku mmg tak reti pakai high heels
kalau pakai mesti kaki sakit jalan jauh
mungkin jugak sbb saiz kaki lagi kecik dari badan
atau sbb high heels yg aku pakai sebelum2 ni
semua brand yg biase2 aje, takde brand yg mahal melampau..
so mmg la jadi tak best pakai kot..

aku mmg selesa pakai sandal yg flat
sikit pun takde heel
kdg2 tgk org pakai heels comel plak
cantik, feminin je...
tapi bile aku pakai, seksa bebenor rasenye...

aku suke sandal yg ala2 macam lelaki je
mungkin sebab aku ni jenis sempoi je
sempoi janji tak selebet la.. kemas...


kalau kat hollywood
even celebrity kat malaysia
mmg sentiasa pakai heels
berlawan2 ketinggian lak tu..
even time diorg pregnant, heels tu tinggi semacam...
bergaya sungguh...

bagi aku kalau org pakai high heels
mesti orgnye jenis bergaya
feminin... dan jenis org yg mekap2
so not me lah...
tapi seriously suke tgk org pakai heels
sbb diri sendiri mmg fail pakai high heels...
;p

Monday, May 10, 2010

mentor tv3: meluat la mas idayu...


tak puas hati betul mentor malam tadi
nape lah shaq dpt markah paling tinggi
padahal protege joe flizzow, ila damia tu nyanyi
jauh lagi best... sedap sesangat...
suara de mmg mantappp sgt2.. 

shaq pun best jugak
tapi meluatnye tgk mas idayu
cam rasa die bagus je
cube tgk joe... baik je, sopan...
even die tu rapper tapi polite je
tak macam ma idayu dok keje melaser org je

ni mesti kes ramai sgt sms shaq
ke juri profesional tergoda2 tgk mas idayu bergelek
tak puas hati tul...
tp awal2 juri profesional puji ila lagi baik..
 

rasenye mmg ila tu jauh lebih baik 
hopefully mentor 4 ni, joe flizzow & ila menang..
sure ramai naik angin kalau mas idayu menang lagi
tahun lepas ok la
black mmg terbaik
tahun ni rasenye ramai lagi baik dari si shaq tu..
vote for ila!!!


Sunday, May 9, 2010

jom breakfast!


kenyang.......... ;)

Saturday, May 8, 2010

ilusi optik seekor kuda

is the horse looking at us or looking away?

Friday, May 7, 2010

sharing is caring!


aku suka kalau dapat email yg pelik2
benda-benda yg kita tak jangka ada wujud didunia ni
macam2 perkara
even ciptaan Allah juga banyak yang kita tak tersangka 
ada rupanya mmg wujud di dunia ini..

so, thats why 
aku create satu blog
khas untuk benda-benda pelik atau ape2 saje
yg aku dpt tahu
ftom the internets or dari email
and nak share dengan korang
sharing is sexy caring kan???

aku akan update kalau ada kisah menarik untuk dikongsi
and ada masa nak update 
so sesape yg nak ilangkan stress tu 
nak hilangkan boring
jom singgah..

 
and sometimes, aku akan blogwalk dgn link ini
tq ;p

Thursday, May 6, 2010

its another pizza time~

*our favourite topping- seafood delight*

*the happy couple*

i heart dominos pizza~
;p

Wednesday, May 5, 2010

suami toreh kemaluan isteri



 Suami peluk mangsa ketika sedia makanan tengah hari
 
MELAKA Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.

Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.
Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga, katanya ketika ditemui di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

asmaradana-episod akhir


bagi yg terlepas tgk
endingnya:

heroin bunuh hero
zizah tembak amran
sbb amran jadi gile nak bunuh family zizah

lakonan tiz zaqyah & sam mmg terbaeek!!

baguslah citer ni da abis, 
tak payah susah2 aku nak tunggu setiap malam.. ;p

Tuesday, May 4, 2010

menu dinner: sup tulang dengan celery


menu malam ni- sup tulang dengan celery
lama dah tak buat sup tulang, tibe2 rasa nak wat sup tulang harini
buat sup tulang dengan celery ni sedap
sape yg tak kenal celery, macam ni rupanya
*pic:google*

antara khasiat celery adalah:

Banyaknya kandungan sodium organik di dalamnya, membuat celery dapat membersihkan sisa-sisa makanan berupa gula, roti putih, serta makanan yang tergolong berkarbohidrat pekat. Dengan bantuan sodium organik, sisa makanan yang telah mengeras dan menumpuk di dalam tubuh dapat dihancurkan dan dikeluarkan. Ketika musim panas, minum segelas celery pada pagi hari dan satu gelas pada siang hari dapat mengatur suhu badan tetap normal dan tubuh lebih segar. Selain itu, celery merupakan penguat urat saraf dan pembuang karbondioksida dari tubuh. (google)

sempat aku google khasiat tau
hehehe.. ;p

Monday, May 3, 2010

review-iron man 2


semalam g tgk wayang ngan hubby 
mmg plan nak tgk iron man 2
full house sesaje

aku mmg tak pernah tgk iron man yg first
so tak tau cmne jalan citernya
 tapi bile tgk yg ni aku leh faham totally jalan citernye

citer ni boleh tahan jugak
tak memboringkan dan boleh kata menarik
part paling best masa racing kete tu
dan watak jahat tu mmg sesuai dan menghidupkan citer
nak kata best giler tu takde la jugak
tapi hubby suke sgt citer ni..
tak abis2 dipujinya..
so,berbaloi kalau nak g tgk... ;p

Saturday, May 1, 2010

segmen jelajah blog-ben ashaari


syarat-syaratnya
 1 ) Header BEN ASHAARI BLOG

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... 
Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi best ...

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini

blog ini aku namakan intan izani. sempena nama aku-intan & 
nama hubby-izani. simple dan aku rasa mudah diingati. 
blog ni aku buat sekitar tahun 2008, 
kalau x silap. masa tu aku belum kawen pun. 
aku buat blog ni mula-mula sekali sebab bace 
blog sorang akak ni yg aku tgk dari friendster dia. 
tapi sekarang aku dah tak ingat link blog akak tu sebab die 
dah jarang update. bermula dari blog die, aku sampai ke merata-rata 
blog lain dan banyak blog peribadi yang buat aku berminat nak buat 
blog sendiri. dengan selambanya dan penuh keyakinan aku sendiri2 
buat blog. suka-suka je. rasanya masa tu memang takda sorang pun 
kawan aku yg ada blog. aku sorang je blogger. so untuk survive 
sorang-sorang tu susah jugak, so aku dengan selambanya pergi 
blogwalk sorang-sorang, dan itulah kisahnya sehingga aku masih 
bertahan hingga harini. boleh kata, dulu aku tak bape aktif blogging 
especially sebelum kawen dan masa mula2 kawen. ada sampai aku 
tak update hampir berbulan2 lamanya dan ramai readers aku lari. sedih.
tp skrg dah aktif sebab boleh update dimana2 dan selalu. dan alhamdulillah 
sejak aku letak link blog ni kat mana2 aku ada pembaca setia walaupun 
2-3 orang pun, jadikla.. diantara yg selalu bgtau suke baca blog aku ni 
adalah kawan-kawan sekolah aku dulu. so walaupun yg bace blog picisan 
aku ni 2-3 orang je pun aku dah happy sebab ada jugak yg sudi bace...

dapat tahu pasal segmen jelajah ni melalui inbox fb. 
hopefully, ben sudi terjah blog picisan ku ini.
tq ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...