Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia 2010: Kelantan menang!!!

malam tadi teman hub layan piala Malaysia 2010

aku: abg sokong kelantan, ayg sokong n9 la eh
hub: mana boleh macam tu, sokong la kelate
aku: ok la... (kene paksa)

so, malam tadi aku sokong kelate
masa n9 dah gol satu, aku rasa cam kelate ada can lagi nak
bakar kerusi kat stadium tu...

rupenye takk, separuh masa kedua kelantan score dua goal
hubby bukan main happy
aku pun sama, biasalah hero kalah dulu...
lagipun goal n9 tu macam tak patut je
tapi goal kelantan tu mmg cun lah...
padan muka n9.. hehehe...

tahniah penyokong kelantan semua!!!
;)

Friday, October 15, 2010

story hari ini


jam dah kul 5 ptg baru aku hegeh-hegeh nak update blog.
takpe, nanti malam hubby balik, ada jugak bahan die nak bace
kat blog merapu aku ni. 

tadi tghari hubby balik makan kat umah,
ingat kot die nak half day sebab malam tadi hubby mcm quite unwell,
ingat kot harini hub demam ke ape, rupenye balik tadi
die nak tukar baju, sbb pagi tadi hubby pakai t-shirt sbb ada kempen
apetah perodua buat, so nak tukar balik pakai uniform sbb rasa tak selesa.

so, around pukul 11 hub msg cakap nak makan kat umah,
normally jumaat mcm ni, die g masjid ngan member2 ofis hub
then makan afterwards, tapi harini aku lak kene ketung ketang masak utk hubby.
disebabkan malam tadi hub merajuk, harini aku masak special sikit.
walla, takde makne nye spesial, tapi hubby siap bertambah nasi ok.
suke la tu, bini masak sedap. 
terpaksa puji diri sendiri, dah takde orang nak puji kan. ;)

so, malam ni lauk dah takde, ptg ni hub ajak makan luar.
suke la sgt aku, aku kan giler makan, tu yg badan mcm dipam2.
takpe, nanti aku kurus la balik. (ntah bile agaknya)

esok pulak ada family day perodua buat, so ada mcm2 event
and hubby main futsal.
hubby ni dulu before kawen, mmg suke sgt main bola, kire teror la kan
tapi pas kawen, langsung tak main, aku ajak jogging pun malas.
ciss, tu yg aku dari kurus ke montel. mmg sah hubby aku puncanya.
takpelah, kata org janji hati bahagia, tapi bahagia kah kalau montel sgt??

ok, esok aku sambung story.
naseb la korang bace cerita takde gambar,
nak wat cmne, aku repeat sekali lagi, cable hilang,
card reader plak, tak leh read, lappy pulak takde bluetooth.

so ini la jadinye, korang bayangkan jela sendiri semua yg aku cerita eh. 

bye. ;)

Thursday, October 14, 2010

slot akasia: chinta tv3


drama feveret aku & hubby sekarang
setiap hari mesti mau tengok
semalam terkejar-kejar balik dari pasar malam nak tgk
sbb citer nye tak la boring mcm epilog syurga cinta

walaupun fasha di menyampahi oleh ramai org
tapi ternyata die mmg pandai berlakon sedih
dan lebih nampak cantik dalam drama ni compare
dari dalam citer duyung dulu tu... 

watak faradhiya lum muncul lagi...
bile agaknya.. 
;p

boleh caya ke?

baru-baru, dlm around last week mcm tu
around pukul 11 pagi macam tu, aku dgr ada org bagi salam
kat luar pagar umah aku
then, aku pun diamkan aje, sbb hubby selalu pesan jgn bukak

walau sape pun, dulu masa awal2 kawen
aku ni suke sgt dok bukak pintu, sbb mcm tak reti tak nyahut org
panggil kita, tapi mmg bahaya la kan, skrg mcm2 kes bunuh2 yg tak sanggup
la kita nak bace.. even ada sorang org kat sini, kene kelar leher
sbb orang pura-pura tanya alamat, walhal nak rompak
mati okkk org tu, kuar kat tv pun berita tu..

ok, sambung citer. bile aku wat tak tahu, setengan jam mcm tu
aku dgr balik ada org bagi salam tapi kat umah jiran aku.
tapi time tu jiran aku pagar tak tutup rapat so diorg masuk dan
ketuk pintu rumah... so kuat gile la bunyi org ketuk sambil bg salam

aku sempat ngintai la, nampak laki tu mcm around 30++
bawak fail ngan pakai spec hitam
jiran sebelah kiri aku tak bukak pintu
mesti tido sbb diorg shift malam minggu tu
jgn tanya cmne aku tau, sbb memang la aku tahu
dah aku dok umah kan, aku tau la diorg g keje kul bape
balik kul bape, bukan nye aku ni stalker ok.. hehe

jiran kanan aku ni pulak g bukak pintu
aku dgr diorg berbual2,  tapi tak dgr la butirannya
then tibe2 die bawak alat sembur nyamuk tu kan
sembur umah jiran aku ni..
eh betul ke mcm ni prosedur nya
tibe2 je main sembur... biase kalau yg dtg kat macam dari jab kesihatan
ni private kot, tak tahu la kene bayar ke ape
pelik jugak aku, tu jelah sekali sdtg, takde pulak

aku rasa pelik dan macam bahaya sikit
sbbnya, dulu kan byk kes tau kalau time fogging ni
ada je moto la ape la yg hilang

so bahaya la kan, takut ni mcm sindiket keapa
sbb dulu masa jabatan kesihatan buat,
mmg proper la, siap annouce dulu, suruh tutup makanan
suruh tuan ruamh semua keluar
sejam sebelum fogging, announce dah

yg ni main dtg sembur
sebuah rumah je lak tu
pelik pulak aku...

ke mmg boleh caya mcam tu
musykil nih....

Wednesday, October 13, 2010

pasar malam oh pasar malam....

harini hubby ajak g pasar malam, lama dah tak g rasenye.
kat peti ais tu ada ikan bawal, ikan kembung,daging.
tapi tak lalu nak makan sendiri masak.
tak tau nak masak lauk ape, nak masak kari ke ape
santan takde stok, nak masak sambal sume cam jemu pulak.

hubby pulak mcm tau-tau je aku nak g pasar malam.
dari pagi tadi, dah cakap, ptg ni kita g pasar malam.

tapi kalau g pasar malam sini, aku takde bende lain
normally, kalau g pasar malam aku mesti beli nasi tomato.
bende lain cam tak best, nak beli laksa ke mi sup ke
macam tak berbaloi sebab harga mahal tapi ciput jek.
kalau soto pulak, suhun goreng tu die letak bukan main byk.
tapi nasi himpit nye sikit jek, tak suke tau.
begedil pulak kecik kemetot 50 sen. 

kalau jemu nasi tomato aku layan char kue tiaw, sedap jugak
byk pun byk. tapi tu kalau time rasa tak lalu makan nasi,
normally tekak ni mmg nak pekene nasi jugak,
tekak org kampung la katakan.

pasar malam kat umah aku ni boleh tahan best,
kalau nak beli tudung sini murah dan byk.
kak long aku selalu sgt la mengorder suh beli.
sekali beli kdg2 sampai 5, maklumlah koleksi tudung
nak kene byk, sbb dulu pakai tudung bawal
skrg dah malas nak betul2kan tudung,
pakai je tudung ekin, terus sarung gerenti kemas.

dulu dok kat serdang pun pasar malamnye best,
situ pun tudung murah, tapi time dulu2 tu
asal g je pasar malam, sure beli karipap sardin.
karipap kat adik tu sedap, susah nak cari karipap
sardin yang sedap, hehe. tapi kalau sendiri buat gerenti sedap.

tapi nak cari makanan kat pasar ni kene cari yg bersih.
kita tgk lah cmne imej tukang jualnye.
kalau boleh cari yg tutup aurat, mungkin makanan tu
lebih bersih dan lebih berkat kita makan.

okkk ;p

kenapa penyokong kelantan selalu extreme?


semalam sorg penyokong kelantan mati sesak nafas
sebelum tu tgk masa kat padang, macam2 diorg balik
botol air, mercun..

sorang penyokong selangor pulak lebam teruk kene pukul
selalu penyokong kelantan bg bad image pada kelantan
nak tgk bola pun macam nak gaduh
keputusan seri je pun, yg nak gaduh2 pun apesal la kan

malam tadi aku membebel kat hubby

abg, nape penyokong kelantan ni teruk eh?

hubby sengih tgk berita tu. tak jawab pun soalan ku.
aku tak tau la ape hubby fikir, tapi mcm syok pulak die tgk berita
tu masa org kelantan dok balik2 mercun.
takkan lah hubby pun suke tgk kan? pelik ni. ;p

tak semua org kelantan camtu, yg tgk bola tu pun tak semua extreme
cuma bila ada sekumpulan buat cmtu,
terus org luar pandang penyokong kelate negatif. 
tapi aku ok je, cume tindakan diorg kasar2, ganas2 tu,
mmg aku tak suke.. 

Tuesday, October 12, 2010

bila hubby masak


sebelum kawin, aku tau hubby mmg jenis yang rajin masuk dapur.
dulu masa bujang pun, hubby rajin tolong mak die masak.
bila dah kawen, rajin jugak hubby tolong-tolong masak apa yg patut.
tapi kalau die nak masak, aku kene prepare all the ingredients,
sedia bawang, sedia sayur, potong2 segala,

tapi skrg, hubby makin rajin, especially lately ni.
kdg2 before balik dari office around 4pm, hubby akan kol

apa menu harini?
aku pun akan jawab la, bla bla bla.

takpe, biar abg masak.

tak tahu la mana dtg sikap rajin hubby, sampai die suke sgt masak.
weekend baru-baru ni pun, hubby yg masak. 
daku cume lepak tgk tv, best aje rasa.
bila dah siap, hubby jerit dari bawah

'ayang, dah siap, nak makan sekarang ke?'

seronok jadi permaisuri, walaupun kesian jugak.
taknak jadi pembuli hubby, tapi it seems he enjoy every bit of it.
dok dapur, ketung ketang sorang.
but i prefer untuk teman die, itu kali pertama hubby alone kat dapur.
daku rasa, hubby suke bila tangok hasilnya sangat best.
time nak makan je, hubby akan tanya,
sedap tak?

sedap... pandai abg masak.

skrg kalau hubby masak, mmg terbaikkk.
especially, yang tumis2, mcm masak kicap, sambal, sweet sour etc.
mmg sedap, kalah daku masak. kalau bab gulai2 ni, hub belum reti.
pernah try tapi tak menjadi, cair je kurma hub buat, so bab tu serah padaku.
dulu, hubby tgk je aku masak, skrg ni, die edit cara aku masak
and make it even better, and i love it... mmg sedap

i'm so proud of u sayang.
thanks~

Monday, October 11, 2010

kemalangan ngeri 2 buah bas

rasanya ramai tahu berita ni, sadis dan tragis
rasa marah,kecewa sgt bila tgk berita ni
akibat bas bawak laju, ramai insan tak bersalah
hilang nyawa, hilang org tersayang
dan ramai juga yg stuck dkt highway tu berjam-jam
sian....

layan gambar (credit: ondscene & utusan)







MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

Salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

dari forum carigold;
nnt aku syorkan kat PLUS..
tulis singn board
-SAPA NAK MATI IKUT SINI-TIADA HAD LAJU-
-KAIN KAPAN DAN KUBUR BOLEH DIDAPATI DI HADAPAN-SILA PANDU MACAM PELESIT-
buat hiway khas utk ni..
mmg aku setuju idea budak ni..

apa lah lagi cara, kesian pada mangsa
especially kereta yg kene hempap tu
sadis sgt perasaan diorg tgk bas terbang agaknya
takziah untuk keluarga mangsa
semoga tabah terima berita ini.

Sunday, October 10, 2010

movie review- lagenda budak setan



aku dah tgk filem ni few weeks ago
boleh la tahan, better dari expected...
maksdnye, best la tu kan...
tapi mcmana pun, baca novel jauh lebih feeling
tgk citer tak feeling sbb lisa surihani berlakon tak feeling langsung
cmne aku nak feeling kan...

tak silap ada sambungan
tapi sambungan dah takde lisa surihani la

aku download aje
dah lama tak tgk wayang
nak g wayang pun, nak tunggu harry potter next month
;p

Saturday, October 9, 2010

pertama kali bace, terus masukkan blog mereka dalam list


first time bace terus suke dgn penulisan sempoi mereka
bole cuba tgk kalau rasa boring di alam maya ;p


saje promote, tak salah tolong promote blog yg best
;p

Friday, October 8, 2010

habit saya dari dulu

sejak mula kenal hubby
setiap hari mesti mau tanya

1. harini makan apa
2. makan dengan sapa
3. naik kete sape
4. makan katne
5. bape ringgit? (yang ni kdg2)

masa lum kahwin dulu, lagilah hari-hari tanya
hubby pun setiap hari dah standby jawapan agaknya
skrg ni, tak tanya tiap2 hari, tapi hampir tiap hari jugakla
overprotective ke ape? ;p
tapi actually suke nak tau hubby makan ape
dan aku tau hubby pun suka je aku tanya
kengkonon cam caring kot... caring la sgt kan..
ntahlah, cant help it, asyik nak tau je laki ku makan ape...
;p

Thursday, October 7, 2010

kekanda adinda - atilia& loque

best kan lagu ni? suke sgt
jom joget-joget...;p

masih dpt buffered walapun jarang update


walaupun 1 je, jadik la dari takde kan kan kan
btw, semalam dpt check ketiga dari nuffnang
belum cash kan pun.. esok lusa kot
thank you nuffnang!

Wednesday, October 6, 2010

dishwasher: keperluan @ kemalasan?


baru-baru ni aku tgk rancangan rachael ray
isu aritu tentang surat dari seorang anak yg simpati
tgk mak die terlalu inginkan mesin basuh pinggan
atau orang kampung aku cakap; dishwasher

surat tu bertulis sepanjang hidup
agaknya dah beratus ribu pnggan mangkuk
mak die da basuh.
mak dia mmg mengimpikan sebuah dishwasher
tapi bapak die tak bagi sbb rasa bukan satu keperluan

*pic: google*

kat sana dishwasher ni macam jadi satu keperluan
ramai omputeh ada mesin ni
in fact, ada rumah yg lebih dari satu dishwasher
rase-rasenye kat malaysia
jarang sgt kot org ada mesin ni
tak tahulah kenapa
mungkin rakyat malaysia rajin kot masuk dapur
basuh pinggan, lap pinggan, susun pinggan

tak pernah pulak aku nampak
dan aku tak nampak sgt keperluan benda ni
setakat ni aku ok je basuh pinggan
walaupun kekdang lencun baju kalau basuh banyak sgt
cukuplah rasenye dah ada mesin basuh baju
rasenye kalau sume pakai mesin, 
tak best jugak la kan... 

ke korang sume ada dishwasher?

Tuesday, October 5, 2010

mana pergi mood blogging?


antara alasan nape jarang update blog
1. takde idea, balik-balik bukak blog, tgk entry akhir yg sama,
     tekan new post, pastu fikir punye fikir, tutup balik.. NO IDEA!
2. takde gambar nak dikongsi, kalau da ada gambar, semangat sikit nak
    buat entri baru, tapi bile cable hilang, terus rasa menyampah
    tunggulah tahun depan aku beli dslr, masa tu aku pulun update selalu..
    kumpul duit, kumpul duit....
3. bile internet slow la sgt.. nak upload satu gambar pun dekat setengah jam
alasan alasan... nak bagi alasan sibuk, macam menyampah je bunyi nye kan..;p

 
see, bulan lepas lepas, 12 je updates, bulan ni baru 1
campur ni jadi dua..

note: kene bertapa cari ilham blogging.. ;p

Friday, October 1, 2010

weekend yg membizi



esok lusa bizi nak attend open house ngan kenduri kawen
pastu nak beli few things utk hubby
sebab tak lama lagi hubby kene g singapore
sedih nye tak dpt ikut
kesepian ku meraung kat rumah...

kalau rajin aku update gambar
masalahnye cable tak tau g mana
mana la aku letak si cable ni
satu gambar pun tak letak lagi since raya aritu
ish ish...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...