Friday, December 31, 2010

breakfast nasi lemak teh o


bukannya nasi lemak kopi o  mcam kat tv tu, tapi mmg bancuh teh o pun kat umah. beli je nasi lemak kat pasar tadi. mule-mule hubs suh buat nasi goreng, tapi rasa cam malas sangat nak masak nasi, sbb nasi mmg takde lebihan, so ajak hubs g pasar je cari barang basah, pastu tapau sekali nasi lemak.

 
 nasi lemak ayam goreng, mine.

nasi lemak sotong, hubs.

kesimpulan, tak sedap sgt, sbb sambal tak manis dan mcm tawar hebeh je. takpelah dah rezeki harini kan. so makan mmg half jek, hubs tukang abiskan.

saya budak baru belajar


arini hubs i cuti. mmg i tak expect hubs akan cuti tapi cuti pulak die, so mmg i happy ada peneman kat umah. so malam ni i tido lewat sbb i tgh gila ngan something skrg ni. gila amik gambar. bukan sebab i beli kamera baru, tapi i dari dulu, mmg suke sangat tgk gambar orang cantik-cantik dan selalu fikir, bila i bole amik gambar cantik mcm tu? i selalu fikir dgn dslr saje boleh dapat gambar cantik. secara logiknya ya, tapi sebenarnya, gambar yg cantiik bukan sebab kamera tapi sebab photographer nye kan. tapi of course, kalau kau photoG yg mmg super skill pastu pakai plak kamera sampai puluh-puluh ribu lengkap semua, tentulah gambar kau paling hebat. mcm saiful nang. senior i tu. satu hostel dulu. tapi senior yg super senior, i tak kenal die pun personally, die lagilah tak kenal i kan. ;p

so, i sejak akhir-akhir ni study dari satu website ke satu website tentang cara setting kamera, nak dpt gambar yg baik dan sebagainye. i ada jumpe satu blog ni ttg passion die dlm bidang photography ni. gambar ni bagi i biase2 je, tapi macam ada seni. i suke bace blog die tgk gambar2 die amik. nice. 

dulu, i kalau amik gambar confirm takde setting sendiri. terus set kat automatik pastu main tekan je. flash nyala menyala sampai kdg-kdg berpinar mata sbb flash. selalu jeles tgk gambar org lain cun je tak pelik terang lain mcm bile direct kene flash depan mata. so now, baru i tahu, rupenye kalau amik indoor mmg patut off flash tu. kalau tak mmg gambar tak cantik, dan bole amik gmbar depan cermin tanpa risau silau melampau. so skrg i pakai setting flash off. tapi kalau malam, kamera i ni tak cukup canggih untuk off flash, kompem tak cantik dan byk noise. ha, tgk, i dah pandai gune term mcm photographer. so, malam mmg kene gune flash nak taknak walaupun gambar tak cun sgt. tunggu i beli dslr nanti, i bole amik gambar dgn angle, flash dan semuanya lebih tepat dan cun. berangan. ;p

banyak ilmu pasal amik gambar ni ada kat internet. just tekan-tekan je confirm maklumat keluar. dont worry, kalau kita just ada kamera apa-apapun die tetap ajar cara nak amik gambar dgn cantik. contoh nak amik gambar dekat, gune macro mode yg direpresent oleh simbol bunga itu, lalu bole amik gambar jarak dekat tanpa rasa bersalah, insyaAllah sharp. setting size, setting iso sume ada di hujung jari anda. just tekan je pastu bole belajar cmne nak hasilkan gambar yg cun untuk masuk fb kan.. its fun as well ;p


percubaan. 

thats it for now. ;p


Thursday, December 30, 2010

picnic @ sg.congkak


salam u alls. ahad baru ni, i ngan pakcik makcik, sepupu sepapat i pergi picnic kat sg.congkak. mule-mule plan nak bbq tapi at last masak lauk siap bawak dari rumah je, sebab musim ujan takut tak menjadi pulak nak bbq kat situ. tapi next time plan nak bbq, hopefully masa tu family i, parents kakak adik abg ipar anak buah sume dpt ikut. plus, tahun depan i dapat anak buah kedua, yay! walaupun i jarang sgt la jumpe anak buah yg pertama tu pun, confirm die tak kenal i. hehe... takpe2, i tetap menjadi aunty yg baik, nanti i keje leh bagi hadiah selalu. ;)

time picnic tu i tak mandi pun, sbb takde air terjun lalu tidak menduga iman i untuk mandi. airnye cetek saje, tapi conform syok jugak berendam. hubs pun tak mandi sbb hubs flu time tu, hubs ni jarang sgt flu, setahun sekali kot, so bile dah kene tu, takut lah makin teruk kan. 

yg mandi manda time tu sume sepupu i je. sakan diorg mandi dari pukul 9 sampai 2 ptg. sampai naik biru bibir ngan tangan kecut-kecut. itupun ada hati nak mandi sampai kul 6. so, i share sikit gambar kat sini. yg lain i upload kat fb je. here goes;











btw, tahniah malaysia menang piala aff suzuki~

Tuesday, December 28, 2010

Review: Compact Camera Samsung PL101


hari sabtu me dgn hubs keluar nak cari kamera. sbbnya i mmg dah takde kamera, kamera compact canon dah lama rosak, all this time mmg snap gune nokia e72 je. so kamera mcmana pun perlu sbb senang nak amik gambar especially kalau jalan-jalan, bole amik gambar banyak-banyak. eiii, panjangnye intro.

kami survey-survey dekat few shops and akhirnya beli dekat fotokem. tanya-tanya dekat salesman tu die suggest samsung pl101. mmg pada mulenye brand samsung langsung tak terlintas kat kepala sbb jenama tu tak berapa familiar dgn kamera kan. tapi rupenye kami yg tak tahu, mmg banyak kamera brand samsung rupenye. just kurang di advertise dekat tv kot. but then, after long explaination dan comparing dgn few brands, akhirnya kami terpikat dengan samsung pl101 ni. kamera ni ada dua view, yg mana kat depan pun ada lcd, so kalau nak amik gambar berdua takde org nak tolong, tak payah risau2 sbb kita bole tgk front lcd tu. 

harga asal rm799, tapi dapat rm700 dengan 3 years warranty, lama kan? lagi, leather casing, dan memory card 8gb dan 2gb free. boleh amik sampai 2000++ gambar. dan hubs mintak stand free lagi , dan org tu bg kan aje. kalau beli dgn hubs die pandai tawar dan mintak-mintak barang free, i sukeee. ;)

after dah beli, i survey kat internet pasal kamera ni. banyak review yg positif dan tak kurang yg negatif ada jugak. mmg tak semua kamera ni perfect, nama pun manusia buat kan. tapi so far so good. i puas hati, lagipun i bukannye photographer nak amik gambar tiap hari , just untuk peribadi dan boleh letak dlm blog. haha. so kalau korang nak cari kamera, bole consider model ni, but then, mmg banyak sgt model yg best-best jugak. so pilihan di tangan anda. i pernah pakai kamera mcm2 jugak, canon dan nikon, sebab tu nak cube samsung pulak and i'm happy with my choice sbb kamera i cute,ringan warna pink lagi ;)

before beli kamera ni, i ckp dgn hubs, 

me: apa kata kita beli dslr? (ceh, berangan photographer kau.)
hubs: besar mcm tu, sape nak bawak.
me:ayg la. 
hubs:ayg nak gantung kat leher mcm org lain tu?
me: yela, styleeeeee tu...
hubs: yela style, kang abg jugak yg kene bawak. beg tangan pun kdg2 abg bawak.
me: hehehe. betul jugak kan. 
hubs: kamera compact je dah ok, kalau dslr nanti buat kita banyak alasan taknak bawak kamera tu. beli yg kecik letak dlm handbag, senang. 
me: ok bosssss ;p

lagipun dslr tu mahal kan, rm2000++ paling murah pun. dan kene pandai jugak kan, kalau tak gambar tak jadi, so beli compact sudah, puas hati tgk gambar sendiri. walaupun skill amik gmbar mmg takde. haha.

kalau nak bace specs pasal samsung pl101 ni boleh klik sini>> link

here some of the pics i snapped. semuanya i tak edit langsung ok. ;)


 pas beli kamera, hubs sibuk pulak nak beli jam. masuk butik Titus, terus 
berkenan jam tangan tu. punyelah suke jam tangan tu. pas tu i tanya, 
abg skrg ni sayang jam ke sayang ayg? hubs jawab ape tau, buat masa ni
sayang jam lebih sikit. cittt. jam tangan tu ada 5 years warranty tau. best kan?
kamera i pun just 3 years.




 sarapan i pagi tadi, nasi goreng. 

 pokok bunga kesayangan. hehe

getah rambut i yg cute.

ok, itu je personal review dari i. thanx sudi bace. ;)

Monday, December 27, 2010

@pantai morib


gud morning u alls. i nak sambung story yg dah nak basi ni. harapnye adalah yg sudi bace, haha. haritu pas wedding member hubs si fahmi, pas wedding tu, kami nak singgah umah bapa saudara kat klang. so, otw tu, sempat singgah pantai morib. tak tau pulak i pantai morib ni kat area situ. pernah dgr je. kami pergi pun just nak tengok-tengok and hirup udara segar je, pastu snap-snap gambar sikit untuk bukti dah sampai pantai morib, hehe, then terus g klang. here the pics. 


 kaki i yg comel, haha



sepupu i, 5 tahun. sebelah tu abg die, form 1 masuk 2.

thanx for reading~

Friday, December 24, 2010

wedding fahmi & aziarina

 
salam semua. ahad lepas, i attend wedding rakan baik hubs dekat banting. keluar rumah dalam kul 11 lebih sampai kul 2. punye la jauh. siap boleh jamak sembahyang. jumpe ramai kawan-kawan seperjuangan hubs kat sana, semuanya bujang-bujang belaka. ada sorang dua dah kawen. masing-masing muda lagi. hubs je yg terlebih awal kawen. malas nak taip panjang-panjang, layan gambar jela. 









overall, majlis belah pempuan ni simple je, tapi tetap meriah, makanan pun sedap. rasenye, belah pengantin lelaki kat kelantan mesti grand. tapi tak dapat la nak pegi, jauh sgt. g banting pun dah rasa jauh.anyway, semoga berbahagia buat pasangan pengantin ni, moga bahagia dunia akhirat dan cepat-cepat dikurniakan zuriat. ;)

internet cam hampeh, separuh mati aku tunggu gambar di upload. sigh.

Wednesday, December 22, 2010

wordless wednesday: 2008



Saturday, December 18, 2010

kenduri on and on


harini sabtu, esok ahad. means, esok ada dua wedding kene attend. ramai kot yang pergi kenduri kendara sebab sekarang musim cuti sekolah so mmg ramai la naik pelamin. sekarang fesyen pelamin cantik-cantik, suke i tengok. siapa2 yang nak bakal berkahwin, selamat menempuh alam rumahtangga. 

nanti i update pasal kenduri kawen yg i attend esok, insyaAllah. sebelum tu, i hidangkan dengan gambar i kawen 2 tahun lepas. bersyukur pada Allah, i bahagia dengan suami pilihan i yang tersangat istimewa. mujurlah hubs boleh bersabar dengan i time bercinta dulu, kalau tak, melepas i suami mithali ni. haha. i so deeply in love with my husband. lelaki paling caring dalam dunia. sume orang pun die nak caring. tapi ramai yang buta dan tak nampak kebaikan hubby i. sebab tu i selalu stay behind u sayang. i tak suke org lukekan hati u, sbb u sebenarnye baik sangat walaupun u nampak garang pada strangers. sebab tu bile orang yg betul-betul kenal hati u, berebut2 nak kawan dgn u. kalau u takde kawan sekalipun, i akan setia dengan u. sbb i akan jadi bff u sampai mati. ;)



i love u sayang. moga kami akan dikurniakan zuriat yg soleh solehah. doakan kami ye ;)

Friday, December 17, 2010

hotaru no hikari


aku tengah layan citer ni skrg. best giler lah, tak menahan nak ketawa. aku layan bile sambil2 wat kije. best sgt citer ni. jdrama ngn kdrama ni mmg feveret aku. kat tv pulak malam2 tgh main you beautiful/he's beautiful (korean) pulak. best! tak lama lagi aku dahla aku ada presentation, seram sejuk ni, kejap nak prepare present kejap nak layan drama ni, kejap nak layan suami. tu belum ada anak lagi. ish ish ish.

jom layan gambar dari encik google. 


semua pelakon best-best. dari watak utama sampai watak smpingan. 

Synopsis

Hotaru works for a famous interior design company. It's a glamorous job but Hotaru's private life is totally the opposite of glamorous. She lives alone, and when she isn't working she's mostly lazing about her rented house in training wear. She's not interested in men. In fact, she isn't interested in anything. "I'd rather lay around than fool around," is her motto.
Her landlord is a bar owner, and one day his son, who has just separated from his wife, comes to inspect the rental property, not knowing that someone is living there. He is shocked at the mess, but not as shocked as Hotaru. He turns out to be her boss, Takano. source: link

season 1 dah abis download, nak download season 2 pulak. download terus senang.. boleh save tgk lain kali. kalau tgk online, tak sempat nak tengok sekaligus. ;)

Wednesday, December 15, 2010

wordless wednesday: 2005



Tuesday, December 14, 2010

sepetang ahad


ni cerita dah basi. cerita hari ahad, tapi saje nak cerita sbb rajin plak amik gambar. kalau takde gambar mmg tak cerita punye. kalau boleh i taknak cerita benda dah lama, kalau boleh nak cerita apa yg berlaku esok lusa dan masa depan, tapi tak pandai nak ramal. ok, joke. 

petang ahad mmg tak bole stay dlm rumah, nnti rasa tak best. mcm sunyi dan tak happy, so mesti kuar ronda-ronda. so, hubs ajak bayar bil tepon dan g mamak. i suddenly thought, oh mmg dah lama rupenye tak g lepak mamak, sbb tu mcm rindu nak makan roti telur bawang dengan kuah kacang dhal. delicious!

tapi end up, i makan mi goreng, sbb hubs kata order la mi goreng sbb hubs da amik capati, sbb kami makan sure sharing-sharing kan, so i follow aje. itu first time hubs order capati, terjangkit adik die yg suke sgt capati kot. i tak suke pulak, kering semacam je i rasa. sebelum g mamak tu, i beli frozen foods sikit, bukan senang nak cari karipap atau popia otak-otak dll yg sedap punye, tp kat rumah i ni sumenye sedap. kalau beli, kejap je nak abis.i kadang-kadang rajin jugak buat karipap sendiri kat rumah, tapi  sejak ada karipap frozen yg super sedap, i dah jarang buat. sbb makan berdua je kan, letih aje nak menguli. hehe. 









pagi tadi hubs cakap, i dah nampak kurus sikit, haha. tang mana yg kurus pun tak tau. hopefully its true! ;p


Monday, December 13, 2010

cinta sekebun bunga


i saje letak tajuk berbunga-bunga, sebab dalam hati i selalu ada taman bunga. eh, ngarut. i nak sambung story pasal hari sabtu. habis tengok wayang, hubs jumpe kawan baik die jap, nak bagi kad kawen. kawan die yg bagi, bukan hubs yg bagi. of coooourse la kan. ;)



ni dua kawan hubby. jedi dan fahmi. si fahmi yg pakai spec tu nak kawen. die adalah kawan kesayangan hubby. masa i dating dulu, hubs selalu tido bilik si fahmi ni kat ukm. time tu hubs study kat utm skudai. see, i belajar upm serdang kenal dengan budak utm johor. camne tu? i dah citer sebelum ni. fahmi ni seorang kawan yg baik. jedi ni pulak (yang sebelah tu), hubs kenal dari kecik sampai kat utm, coursemate lagi. mmg sehati sejiwa la diorg ni. dan sekarang sume dah keje, dah jadi engineer, dan sume dah berjaya. alhamdulillah.moga berlipat ganda la rezeki Allah pada kami semua.

pas jumpe member hubby dalam setengah jam macam tu, kami g taman warisan putrajaya. nak g makan sana. i kenyang lagi, tapi saje nak jalan. pas makan minum, kami naik kebun buah kat atas tu. dua tahun sebelum ni i pegi kebun ni ngan member tak kene cas, tibe-tibe pegi kali ni kene cas plak. sorang rm2. pastu akak jaga kaunter tu tanya, student ke? nasib i ada kad student, so, i kire free. bayar untuk hubs rm2 je.

jom layan gambar.


i makan roti jon aje. share ngan hubs. heaven. *____*

hubs makan mi+kue tiaw sup, share dgn i.

panas terik time ni. mcm nak pengsan.

cinta hati. pipi saya tembam. ;p

 terjaga sangat kawasan ni. kemas je.

 banyak pokok ngan buah-buah, tapi tak bole petik la kot.

model tingkap kesayangan saye.

ok, itu aje stori i. thanx sudi bace. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...