Monday, January 10, 2011

rumusan tentang ajl25


semalam blogwalking, ramai sgt tak puas hati dgn keputusan ajl malam tadi. status-status fb ramai yg memaki hamun dengan nada kecewa. 

malam tadi bagi i ajl adalah sangat ntahapapa. dimulakan dengan intro nyanyian dari 3 orang veteran tu, fran, nash dengan m.nasir dah cukup buat i rasa macam nak alih tv nak tido. langsung hambar. pastu masuk pulak 3 pengacara tu, dari awal sampai akhir merapu merepek. entah sape-sape tulis skrip tapi sumpah mengarut. yang tak boleh tahan, masa diorg cakap pasal nama tomok tu. melalut-lalut sampai ke pulau la ape la. pastu buat lawak bodoh ala-ala syok sendiri.

sumber: redmummy.com

bab penyanyi buat persembahan pulak, bile yuna nyanyi je, i rasa mmg die nyanyi macam perfect giler la. dengan suara mantap langsung tak sumbang. dahla dress die cantik. hubs terus cakap, kompem yuna menang ni. padahal org lain lum perform lagi. artis-artis lain semua bosan, tomok, shahir, bunkface, adira, stacy, even black nyanyi lagu sofea jane bosan giler., musykil betul.

hafiz pun bosan betul. sangat tak faham apesal die dapat vokal dgn tempat ke 3. wth. langsung tak layak. masa faizal tahir nyanyi lagu selamat malam, mmg goosebump la. best sgt. i rasa persembahan untuk lagu tu pun simple tapi penuh erti. i suke sgt. i masa tu dah cakap kat hubs, faizal tahir confirm dapat vokal tak pun antara nom 1-3 kan. tapi obviously tak. frust ok. persembahan je.

ana raffali menang tu lagi satu. i mmg suke jugak lagu tu tapi untuk jadi juara omg mmg tak la kan. apetah lagi persembahan die yg ntahapeape. tibe-tibe die tukar baju pakai baju merah tu, pelik tul. tapi suarea die mmg tak sumbang dan merdu. i rasa lagu selamat malam FT lagi best. FT plak nyanyi sepenuh jiwa, suara merdu sangat. apetah lagi yuna yg anggun dan suara superrrr merdu.

kesimpulan, i bukan judge, dah judge buat keputusan macam tu, apekan daya kita kan. over macam ape je semua org termasuk i, haha. ajl25 mmg tak sehebat last year.

5 comments:

Cik Wanie said...

tuelah pasal,
thn nie punya AJL 25 mcm hambar giler,
keputusannya pun adoilah,
nyesal plak tunggu sampai 3 jam sbb nak tahu siapakah pemenangnya...

huhuhuhu

Anonymous said...

memang mengarut!!!!!

ShazlinaSaad said...

tu la..rasa AJL tahun lepas bes lagi..
terkilan gak FT tak menang antara 1-3 tu..tp terubat gak dapat persembahan terbaik..
dan tak percaya hafiz menang vokal terbaik..huhu

secawan nescafe said...

betullllll

irahehe said...

tau takpe. vokal tue mantap black lagi kot. takpon faizal tahir. tapi dapat kat hafiz? rezeki die...

kalau pasal ana rafali tue takyah cakap ah.memang ira emo betol.hahahaha. kawan ira cakap.."sangkar win"...hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...