Tuesday, February 8, 2011

aktiviti di kampung-memancing


salah satu hobi hubs yg terpendam adalah memancing. terpendam sebab takde alatan memancing. haha. dan terpendam jugak sebab tak pandai berenang. orang kata, kalau tak pandai berenang, jangan main dengan air. eh, yeke org kata? ke i yg kata.. hehe. tapi bile balik kampung kat taiping, memancing adalah salah satu aktiviti yg ada kat kepala hubs. siap plan nak bawak mancing dari sini. nak pinjam kawan konon. ngarut jela kan. padahal tokcik i tu banyak je pancing die. 

dipendekkan cerita, hari jumaat tu, pagi-pagi hubs ngan abg ipar mancing kat parit depan umah tu. masa tu air agak surut, so ikan besar takde sangat kot. tapi takpe, yang penting hubs puas hati dpt gak mancing walaupun kejap je sbb pastu terus ziarah kubur.


 abg ipar tunjuk skill mancing jauh-jauh tp sekor pun tak dpt, hahaha.



 menanti umpan di ngapp.


 hubs berjaya dapat seekor ikan, yayy!!

 kecik tapi puas hati berpenat lelah, hehehe.


 my kak yong with her daughter.

 orang sibuk mancing, die sibuk main ikan dalam baldi.


 tok lang yg expert mancing.

 masa kecik-kecik takut lalu titi ni. takut jatuh dlm parit. tapi da besar ni mmg tak takut dah.

titi ni walaupun nampak usang tapi sebenarnye kukuh jugak. motor pun leh lalu. and thats mak buyong on the titi. ^_^


2 comments:

penaberkala said...

haha, tringat zaman kecik-kecik
pancing guna joran buat sendiri, buat dgn btg buluh je, pakai umpan belalang
tp skang tak sempat dh nk memancing

intan izani said...

pena..,
hubs pakai umpan udang dihalus2 kan.. best jugak sesekali layan mancing ni kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...