Wednesday, February 2, 2011

of menu semalam- mi hailam dan udang goreng kunyit


salam pagi rabu semua. esok cuti. yay! insyaAllah i dgn hubs akan balik taiping jumpe nek (moyang) kami. family i pun akan dtg dari johor esok terus kami kesana satu family naik kete ayah i. sejak moyang laki i meninggal last week tak jumpe lagi diorg. harapnye plan ni berjalan lancar. u all ke mana esok cuti?

sebab tuan blog takde cerita luar, layan kan jela cerita kat dapur ye. ^_^
malam tadi, i buat mi hailam. first time buat. i rasa teringin nak makan sejak 2-3 hari lepas. last few weeks ada makan kat kedai tapi tak berapa sedap. teringat makcik sebelah rumah i masa kecik dulu, mi hailam die sedap sangat. so google resepi kat tenet, jumpe resepi macam best dari akak wana. korang boleh cube kalau suke mi hailam. sedap sgt.seriously, i tak expect jadi sedap sebegitu. hehehe.tapi sebenarnye hubs banyak tolong, i kalau takut tak sedap, i jerit panggil hubs kat atas, segera hubs berlari ke bawah menghulurkan bantuan kpd isteri di dapur. biasalah, kalau lelaki masak ni, teliti dan sedap. so, ini hasil air tangan gabungan suamisteri. keh keh keh.



resepi mi hailam menu 2 orang ( resepi asal : kakwana)

1. goreng segala perencah/seafood/isi ayam. i guna sotong, udang, fishcake. asingkan.
2. tumis bawang putih, merah yg ditumbuk atau dicincang halus.
3. masukkan sos tiram lebih kurang 3 sudu besar, kicap biasa 2 sudu besar. kalau kurang tambah lagi, pastikan pekat baru umpph.
4. masukkan daging yang da direbus bersama stok daging tu.
5. masukkan cube pati ayam sikit. (1/4)
6. masukkan gula satu sudu (sebab i tak pakai kicap manis)
7. jangan masuk garam.
8. masukkan semua perencah yg digoreng awal tadi.
9. masukkan sayur, tomato,carot, lada potong, cili api,jagung muda. apa-apa saje ikut kesukaan.
10. bancuh satu sudu tepung jagung dengan air dan masukkan dlm kuali.
11. siap!


pastu i masak jugak udang goreng kunyit sebagai menu untuk nasi. tapi malam i tak makan nasi dah sebab makan mi hailam je. udang goreng kunyit ni i hidangkan sekali dengan telur dadar dan ikan masin. terbaik you... hehe. i tak suke seafood sgt tapi kalau udang goreng kunyit ni mmg kegemaran i. goreng simple giler tapi kompem sedap. budak kecik pun boleh buat. letak pulak cili api so gigit-gigit cili api masa makan dgn nasi panas. heaven.

resepinye so simple. goreng udang yang dah digaul dengan garam dan kunyit. masa tengah goreng udang tu, masukkan bawang putih, bawang merah, lada potong. siap. mmg mudah. i tak suke tumbuk bawang tu semua i just hiris halus-halus. ;)



4 comments:

inai said...

sy dulu selalu buat mi hailam ni sebab mudah, tp sy prefer asing kan kuah masa masak. s

Liza said...

sedapnyer, mee mcm nielah faveret

yott said...

ada satu gerai kat s.alam...mee hailam dia sgt sedap..udang besar2..hehe

sue. said...

sedapnya mashaAllah sis..hee

<3,
sue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...