Saturday, March 5, 2011

makan untuk hidup

hidup untuk makan, atau makan untuk hidup? u pick. mestilh makan untuk hidup, giler ke hidup utk makan. kalau mcm tu, baik tak payah pegi mana-mana, hari2 makan dan makan. kan? i dengan hubs ni sangat suke makan. ada times yg i diet kononnye, makan sikit, so kalau hubs ajak makan luar, i hanya order air, so time tu hubs mesti rasa tak best, kan. tapi nak wat cmne, nak slimkan tubuh balik, sometimes kene diet. tapi setahun sekali kot. lebihnye melantak. hehe.

walaupun mcm tu, i dengan hubs ni bukanlah makan semua benda. boleh kata kitorang ni fussy eater jugak. benda-benda pelik mmg kitorang tak makan. macam kupang ke kerang ke mmg tak layan. hubs pulak ikan pari pun tak makan, i suke sgt ikan pari tapi kat umah mmg tak penah beli. hubs kata ikan exotic mmg die tak makan. dulu masa kecik i tak boleh telan sayur, rasa pelik pahit semua la. tapi skrg dah suke makan. kire boleh telan dan mmg tiap hari makan. i pulak tak berapa suke buah tembikai susu, hubs pulak feveret. masa kat hostel dulu, time dpt tembikai susu i akan bagi kat kawan, sebab tak lalu. tapi skrg selepas kawen, try jugak sikit2 sebab katanya bagus. tapi still tak minat. jus tembikai susu mmg tak bole telan, even bau pun tak selera. tapi tembikai merah feveret. ;)

dulu masa kecik i tak suke tom yam, tak suke langsung, sampai la i kenal hubs baru i suke. dan skrg i suke sgt. kalau g kedai akak kelantan dekat ngan rumah ni, selalu order tom yam campur taknak udang. i kureng sikit seafood kalau lauk berkuah ni. jadi minat pulak makan tomyam, mmg pelik sebab dulu i takkan makan langsung. betul jugak kata ibu i masa i kecik dulu 'nanti agh dah besar sikit, semua agh makan la. ibu pun macam tu dulu, ,memilih itu ini.' mmg betul kata ibu, skrg tomyam dah jadi salah satu feveret. banyak lagi kalau nak citer. yang penting skrg i kurangkan beli ayam letak dlm fridge, mmg rasa ringan sikit tubuh kalau jarang makan ayam. i tak tahu jenis darah lain, tapi darah B+ mmg elok makan daging kalau nak kurus. ayam kene kurangkan.

oklah, panjang giler merapu merapan ni. i nak keluar ni. saje update pagi2, manatahu ada yg tunggu update blog i, kalau lah ada, terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. klik la iklan nuffnang sekali. hehe. lastly, i hidang u all dengan gambar lama i. sebulan dah kot, masa otw balik jb aritu kat rnr. gambar makan2 la, of course! ;)





makan itu juga nikmat Allah. hargainya. ;) 


2 comments:

cinonex coreyan said...

blurpppp..kenyang mari sini..hehe

intan izani said...

cinonex,
biasele tuan blog kuat makan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...