Thursday, March 24, 2011

tragedi belasah pencuri di depan rumah


wah wah, kepochi sungguh i ni. rasa macam nak bagi tau satu malaysia i tgk jiran i belasah pencuri tadi. tragis sungguh. bayangkan tgh senyap sunyi, tibe-tibe i dgr suara org memaki hamun dengan sgt kuat. i jenguk tingkap, tengok bujang2 sepah sebelah rumah tgh pukul sorang budak laki. sebagai stalker yang hebat, i menyaksikan kejadian lalu menelefon hubs. perghh... seram. 

jiran i dua org pukul budak tu pakai helmet. budak tu asyik la merayu minta maaf semua. i dgr bujang tu cakap, patut ar kasut aku selalu hilang!!! ini keje ko rupenye! eh bang, sy tak pernah curi sebelum ni.. si maling ni naik motor kapcai merah. so masa tu motor die tumbang ar dek ditolak jiran2 i ni. betul2 depan pagar rumah i lak tu, tong sampah hitam i pun jadi mangsa, sian.

budak tu pulak tak abis2 ajak jiran2 i setel dalam umah, malu lah tu, satu taman dengar. kita masuk dalam, bang. masuk dalam bang. setiap kali die mintak masuk dlam, satu hayunan helmet sampai kat kepala die. dan korang bayangkan jiran2 i ni semua tgh pakai boxer je, baju pun tak pakai. kah kah kah. ok, tak kelakar. itu menunjukkan diorg tgh santai la tu, yela, diorg shift malam. siang tido la kan. diorg ni operator perodua. to make it short, budak ni lari lintang pukang tinggalkan motor die. dan jiran-jiran i ni masih tak puas membelasah lagi dari gayanya.

citer tak habis lagi ni. pas budak tu lari, few minutes pastu, jiran2 i ni, pakai baju elok2 pastu naik motor, tak tahu la kejar budak tu ke, jumpe member diorg ke ape. pastu, dtg la pulak satu kereta. lagi sekali parking depan rumah i. keluarlah sorang makcik dari kereta proton putra membawa budak kecik. dari jauh, i agak ni mesti family budak tadi tu, yelah muka driver tu sebijik muke maling tadi tu. rupenye, abg budak tu. fyi, maling tu muke nerd abis lah! bukan muke penyangak, muke budak baik...

ni dialog mak maling dan seisi jiran sebelah. masa mak maling sampai, jiran i 3 orang tgh keluar, yg tinggal member diorg yang tak terlibat dlm belasahan tadi. mungkin die jenis cool sikit, tak pun lamabt panas kot. hehhe. tak lama tu jiran i balik.

jiran 1: wei, ni mak budak tu tadi!
jiran 2: oh makcik. hei, cmne ni makcik.
makcik: maaf la semua, maafkan lah anak makcik... blabla bla
jiran: kalau main maaf macam tu je, senang ar makcik. nanti jadi balik kes curi macam ni.
makcik: maafkan lah anak makcik. makcik ni org susah. suami takde. ni jaga anak orang. 
jiran: kami faham, kami pun org susah. siang malam keje penat2 cari duit. ni pun tak tido lagi.
jiran 2: nasib baik tak tido!! kalau tido, silap2 motor kami pun lesap!
makcik: maafkan la anak makcik. korang dah belasah pukul kepala anak makcik,makcik maafkan takpe, kalau pecah kepala tu cmne? *gulp*
jiran: nasib baik kami tak pukul sampai pecah kepala anak makcik!!
makcik: tolonglah jangan buat report polis....
  
bla bla bla... akhirnya jiran i ni taknak buat repot diesebabkan rayuan makcik ni. pergghh, si maling ni kes macam ni, libat mak mak pulak. ape daaa... sebabnye nak minta balik motor die yg tertinggal tu, kalau tak mesti tak dtg dah. nak dtg sorang tak berani, takut kene belasah lagi.


bile makcik tu dah balik, jiran i cakap 'nak mencuri masuk kandang harimauuu, mmg silap besar arrr!! pastu diorg semua gelak besar termasuk aku disebalik pintu..kah kah kah. aku mmg stalker paling hebat arr. ngeh ngeh.

moral of the story, tutup pagar rumah rapat2, pastu kasut mahal simpan dalam umah macam kami. dan janganlah jadi pencuri, sekali dah terkena mcm ni, sape yang maluuuu???? 


8 comments:

saleha said...

oishhh,...meremang bulu roma i membaca nyer....baru je nk santai2 bace blog intan...skali citer yg cm gineh plak..huhu...xpe santai jgk...dpt info lbh lg 2.....erm....inilah slh satu sbb kami takut nk duk umah teres....ish3....

intan izani said...

saleha,
abis tu awk dok umah ape? flat ke? kalau flat lagi lah seriau.... dok mcm ni, tak sempat nak mencuri dah kene belasah..hehe.. actually tak menakutkan pun, sbb muke maling tu baik sgt, muke jiran pulak yg jadi bengis tadi..yelah, diorg marah kan

Bapak said...

kiranya yg maling tu jiran2 jugala..ish..ish...

intan izani said...

bapak,
mungkin rumah die pun tak jauh sgt la kot, tapi sy tak kenal budak tu.

iza said...

Assalam..
Skrg ni mmg byk dgr kes curi ni.
Baru2 ni jiran sebelah umah bagitau, ada org nak pecah masuk ikut pintu belakang, nasib baik la mereka tak tidur lagi....sempat la pencuri tu lari.
Sejak hari tu, tiap2 malam mmg berjaga-jaga kalau2 terdengar sebarang bunyi kat belakang rumah.

Mr PenyuBiru said...

biasanya org macam ni takkan serik.mungkin berdendam lagi ada aa. kalu mak dia syg dia, patutnya serah kat polis supaya mamat tu betul² insaf.

PuteriKureKure said...

serius..kalau kita pon harusla jadi stalker yang hebat! hehe. sib baik budak2 tu baik hati kan. diorang tu lebih kesiankan makcik tu dari anaknya. bagusla camtu. cuma harap2 anak makcik tu tak ulang la lagi perbuatan dia.

saleha said...

pangsapuri 4 tingkat...aman damai je kt cni....area kwsn umah teres sana slalu sgt berlaku kecurian...siang hari plak tu....stkt ni xpernah dgr lg pencuri tu tertangkap...asyik lepas jer....siap angkut tv lg tuuu...xth lah ape nk jd....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...