Thursday, April 28, 2011

genap 2 tahun


hari ini genap 2 tahun opah kesayangan kami pergi meninggalkan kami. 



opah, 
beberapa bulan yang lepas, saya mimpi opah sakit, dan merayu supaya saya sedekahkan opah alfatihah. bila saya bangun tidur, saya terus menangis sebab kesiankan opah dan rindu opah sangat-sangat. maafkan saya kalau saya kurang bersedekah pada opah. semalaman saya terkenang opah dan rindukan gelak tawa opah. kami semua rindukan opah. rindu sangat-sangat. dan saya janji sejak detik mimpi itu, saya tidak lagi lupa bersedekah pada opah tiap hari.

opah,
minggu lepas saya mimpikan opah lagi. kali ini saya mimpi saya makan bersama-sama opah di dapur rumah opah. kali ni opah nampak happy dan gembira. opah mesti tenang di sana kan. saya gembira tengok opah gembira dalam mimpi saya.

kami semua rindukan opah. anak-anak opah, cucu-cucu opah, malah cicit opah. semoga opah tenang di sana. ALFATIHAH.

7 comments:

Fina Fento said...

al - fatihah buat opah akak..

Bapak said...

al-Fatihah buat opah Intan

PuteriKureKure said...

al-fatihah.

untungnya intan dapat mimpi orang tersayang yang dah pergi...tak semua org dapat tau!

Cik Wanie Ghani said...

al-fatihah buat opah kamoo,
sentiasa mendoakan yg terbaik utknya di sana ok...

~amin~

Iza said...

Assalam..
Al-Fatihah..

Scya LollitA said...

alfatihah utk arwah opah (:

Norlina Md Daly said...

arwah bape mertua aku meninggal 28.04.11

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...