Tuesday, June 28, 2011

alfatihah nur farahanim


minggu lepas pada hari sabtu, 18hb jun, hubs ada kursus kat gambang. so pagi2 sabtu hubs nak bertolak. lebih kurang pukul 5.30, i dah bangun siapkan ape yg patut, packing semua. 

tibe2 around 7 lebih dpt kol dari pakcik, pakngah i satu family eksiden kat batang kali, dan lebih menyayat hati eksiden tu meragut nyawa 2 anak pakngah i-hanim dan danial. the minute i tahu tu, terus i menangis. sadisnye.. terbayang muke comel dan ayu sepupu i -hanim,18.

serta merta hubs inform boss tak dpt nak join kursus. kesedihan la kawan2 baik hubs tapi nak buat camne, family comes first. lagipun being a great husband as always,hubs mmg asyik berat hati nak tinggalkan i sorg2, kesian katanya.


sebenarnya mak ngah i tak parah pun. die ok je. mmg doktor tak boleh nak xray sbb pregnant 8mnths tapi mak ngah i just sakit leher mungkin terseliuh. pakngah i pulak kene jahit kat kepala, yg kritikal sepupu i -sofia 7 tahun, tapi skrg dah stabil dan dah masuk wad biase. adik bongsu, haikal 1 thn 8 bulan pun stabil, just tgn patah. 

kat berita pun keluar. salahnya adalah sebab honda accord tu cuba nak potong pakngah i tapi tak lepas then terlanggar sisi kiri belakang van pakngah i lalu menyebabkan van pak ngah i melintang termasuk lane sebelah dan dilanggar lori. hanim dan daniel tercampak dari van tu yg meninggal. danial meninggal kat hospital, hanim on the spot dkt situ jugak sbb parah sgt. 

the minute i arrived hospital, pagi sabtu tu, tak dpt tahan sebak tgk haikal menangis meraung cari mak die. adoii la, sampai hubs pun nak nangis. yela, nak dukung tak boleh, leher dgn tangan die kena balut semua. mak die pun tak bole bangun. 

makngah: nape susah2 dtg ni.. kami ok je,kak ngah. (kak ngah tu adalah i)

time tu makngah i tak tahu yg anak die meninggal. hanim tu anak perempuan sulung. dlm adik beradik die nom 3. so die tu la kire nyawa mak ngah i, die yg mandikan adik2, die yg jga. dahla sebelum kejadian die keluarkan duit simpanan nak beli barang untuk bakal baby mak ngah i yg ke 11. tup tup eksiden, barang2 pulak kene curi, damn u thief.

tapi at last sebab nak paksa mak ngah i balik, kene bgtau jugak. bile dah tahu, meraung2 die sebut nama hanim. sampai kat kubur pun asal ada je org dtg, die dok sebut nama hanim. hanim anak baik, nape hanim tinggalkan mak? hanim tak pernah lawan ckp mak. hanim.. hanim.. daniel tu lelaki, mak ngah i ramai anak lelaki, so takde la rase hilang sgt.





kredit: ondscene (klik utk lebih gambar di tempat kejadian)
fakta: tak semua info dlm website tu tepat.

masa kat hospital, i jumpe dgn budak lelaki terakhir yg hanim berbual dlm telefon sebelum kejadian. dlm paper ada tulis pasal tu. budak tu dtg dgn parents die. mak die sempat berbual dgn i. after diorg gayut je, msg2 terus hanim tak balas. budak tu dah rasa tak sedap hati.

bile budak laki tu dtg cerita kat pakngah i yg terbaring kat hospital msm tu, menangis pak ngah i. yelam rasa rindu sgt kot kat hanim. i pun sama sadis. malam selepas tu pun, budak tu tak bole tido sbb rasa mcm hanim dtg. die dgr bunyi tapak kaki, dgr org selak paper, rindu kat arwah kot.

yang lebih sedih, masa kat kubur tu, tok imam tu bace sikit punye sedih mendayu2, sampai semua perempuann, kawan2 hanim dgn i ni menangis giler2. sedih sgt2.

apapapapun,... semoga nur farahanim,18 dan danial,5 tenang disana.

 AL-FATIHAH.

8 comments:

@}--niEra-- said...

takziah utk akak & keluarga
Allah lebih sayangkan mereka..

azel cak said...

salamualaikum
al-fatihah utk arwah
semoga akak and family tabah menghadapi kehilangan arwah

mr.curly said...

al-fatihah..takziah tuk keluarge

yott said...

alfatihah..

Irtiyah said...

Salam

Alfatihah. Takziah pada awak dan keluarga mak ngah. Semoga Allah terima dan tempatkan roh mereka di kalangan mereka yg soleh.

Anonymous said...

sweet sgt muke dia. alfatihah.

Cik Wanie Ghani said...

Ya Allah sedihnya baca entri nie,
apapun hope keluarga arwah tabah lalui dugaan ini,
mmg payah,
tapi hidup mesti diteruskan...

Salam takziah dr Cik Wanie,
Al-fatihah...

Bapak said...

takziah...

semoga roh Hanim dan Danial ditempatkan bersama orang yang beriman..al-Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...