Tuesday, August 23, 2011

Berbuka puasa @ D' Chiengmai, Sg. Buloh


Semalam ada berbuka event dekat Restoran D' Chiengmai, Sg. buloh. mungkin org sg.buloh familiar dengan restoran eksklusif ni. parking luas, tempat kemas, cantik dan secara ringkas mmg kemas, dan sgt selesa. makanan pulak, mmg sedap sampai menangis. serius tak tipu. belum pernah lagi rasa tom yam sesedap tempat ni sepanjang hidup. sedap sgt tapi agak pedas, lauk pauk yg lain semua sedap belaka. kesimpulan, mmg sedap. eh.. berapa banyak kali sedap daa... dan tak lupe, surau juga adalah selesa ya amat. restoran ni adalah restoran tertutup yang ber aircond.

sebelum tayang gambar, nak bgtau, tempat ni ct nurhaliza pun pernah dtg makan tau. ewah. so, semalam dgn muka tak malunye amik gambar byk2, sampai kawan hubs tegur, 'intan, amik gambar je mana kenyang..' masa tu belum buka lagi. anyway, terima kasih pada yang belanja. satu kepala tak silap adalah rm85, depends pada berapa jenis lauk agaknye. mmg berbaloi, sbb ada 11 lauk yang semua best dan udang adalah besar2, fresh dan.. pendek cerita, sila cuba sendiri. 

pemilik kedai ni org siam agaknye, tukang masak mahupun pekerja kebanyakannya org siam, yang betul2 siam dan bercakap siam, tapi sini adalah halal. 





 







ini kali kedua berbuka kat sini, first time adalah last year. ;)

7 comments:

RasyidHamid said...

adui lapa~~ restoran kt sg buloh nih kat area2 mane...

POSH76 said...

mmg sedap makan kat sini

ada mokhtar said...

memang nampak menarik =)

intan izani said...

rashidhamid,
area hospital, tapi dalam sikit la.

intan izani said...

posh,
kan... ;)

intan izani said...

ada,
thanx.. ;)

shima said...

ye ke besnya....boleh bwk bdk2 tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...