Monday, October 3, 2011

Perodua Day 2011


last saturday, ada Perodua Day. so since produa ni company besaar yg ada ramai gila staff and all, maka perodua day ni ibarat jom heboh in better version. hehe. so here goes the pictures that day. event ni dari petang sampai malam. petang main-main game dan ada perodua idol, malam layan konsert uols. hehe.

parking kemain jauh dan kene naik bas yang disediakan. terharu uols. lama sgt kot dah tak naik bas.

 makanan adalah free dgn kupon yg dah dibagi. hubs tgh makan nasi arab. 

 nasi goreng kampung saya.



 sebab kupon banyak giler, makan jela. dah free namanya. kenyang nauzubillah. hehe.

sambil makan sambil layan perodua idol. ala-ala malaysian idol, cuma yg ni utk staff saje lah. hadiah utama rm2k. host masa tu sarimah ibrahim. judges pulak bob af dgn alyah. tapi lupe nak amik gambar stage. sarimah dari jauh sgt kurus dan cantik. =)

 hubs makan char kue tiaw. nom nom

 amik sate pulak. kenyang kemain. end up, tak abis pun kupon, sbb kenyang melampau.



 banyak giler game, semua main guna kupon. tapi satu pun kami tak main. ater, ramai giler org, cmne nak main. 

 refleksologi. ingat nak buat ni, tapi kemain panjang beratur, tak kuasa dah, ini pun free of course dgn coupon. eh perlu ke asyik ckp coupon-coupon ni. haha. 

banjiran warga perodua. 


di malam hari pulak, ada concert dan cabutan bertuah. kami sampai agak lewat, sbb mula-mula taknak pegi. tapi at last, i cakap dkt hubs, jom lah pegi, rugi pulak tak tgk artis. hehe. so, sbb lewat sikit, terlepas kumpulan gula-gula yg  konon kpop malaysia tu. ok, nasib baik terlepas.
host malam tu adalah nabil dgn angah rajalawak. nabil ni padahal baru je semalamnye kawen, sabar jela. nak duit ler tu. tapi sumpah nabil kelakar. suka la die jadi host. mmg hidup suasana. time ni bagi cabutan bertuah. bertuah org yg dpt first prize motor yamaha.

 time ni redeem coupon lagi.. amik sweet corn.

 masa ni black nyanyi. mule-mula pakai  shirt kat luar pastu dibuka dan dicampak utk tunjuk body nye yg tough itu. hehe.

 stacy nyanyi adalah best sgt tgk die joget. how energetic.

time ni wings. pergh, masa wings nyanyi je, kemain semua org berdiri dan terus kedepan.. termasuk kami. eh. hehe. pastu time awie nyanyi, semua dok goyang-goyang tgn, badan, rock katanya. i tak leh nak ikut nyanyi sbb tak hafal, tapi lagu ketiga awie nyanyi lagu lena diulit intan. lagu tu of cos i hafal. hehehehe. tapi after 3rd song balik, malas nak berebut naik bas. dari dlm kete nak balik, smpat tgk bunga api dari jauh.

awie yang rock.

best kan? semoga perodua terus sukses dan bagi bonus banyak-banyak pada semua staff. eh. hehehe. =)


update: hanya untuk staff perodua HQ sahaja.

2 comments:

sarah mohamad said...

dekat mana ni kak? napa saya tak tahuuuu! kalau tak nak pergi jugakkkk heheheh

Cik Wanie Ghani said...

wah kat mana nie yunk?
bestnya:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...