Monday, January 31, 2011

makan-makan @ mcD


sebenarnye weekend lepas malas nak g mana-mana. tapi ptg ahad semalam, around kul 3 tibe-tibe hubs ajak jalan nak beli something. ape yg something tu tak payah citer la kan. hehe. then, terus siap-siap g mines. ^_^

 hujan all the way ke mines dan sepanjang hari kan? ibu i cakap, kat johor banyak tempat banjir. sian org johor. sape org johor angkat tangan??

 shopping few things, solat asar, pastu terus ke mcD. 

 ini kesukaan hubs, lalu die makan semua. ;)

 sebab setahun sekali keluar, makan prosperity burger ni pun kena lah setahun sekali. kalau tak letak sos cili mmg tak best, tapi bile dah letak, menggelupur kepedasan. tahap nak bunuh org punye pedas. i yang hantu pedas ni pun tak tahan. makan half je, yg lain tapau balik rumah. berapi lidah. hehehe.

 
 dan air yg sekali set dgn prosperity tu sgt la tak sedap. tapi habis jugak lah. kami sharing saje.


hubs makan double cheese burger.

peace!


Saturday, January 29, 2011

tunggu encik suami nak g kenduri


td tengahari g kenduri ada anak sorang antie kawan i kat ofis dulu kawen. since kenduri die mmg tak jauh sgt ngan umah, confirm la kami g kan. makan free. eh, tapi i sedekah tau duit kat tuan rumah. fyi, first time i bagi duit sampul kat org kawen. ohmyAllah, i dah pandai bagi2 org duit mcm org tua. dulu, i pandai bg hadiah aje. eh, muda lagi. i saje bagi duit sebab i kenal mak pengantin. kalau tak, salam kosong jela. hehe.

pagi kul 11 lebih hubs suh i siap, masa tu i tgh edit keje i. hubs cakap cepat la, baju lum gosok. ok fine. i pun terus la gosok baju hubs shirt semua. then, i siap2 tapi hubs dok terbongkang tgk tv. ada lak kartun best katanye.  so i sebagai isteri mithali terus sambung buat keje walaupun dah siap-siap nak keluar. sebenarnye, i dok membebel terus hubs g siap2. hehe.terbantut hubs nak layan movie kartun. padan muke. ^_-


menanti encik suami dgn penuh ketenangan. konon.

makanan die sedap. ada kentang masak ape ntah yg lembik2 tu. ayam sambal die pun sedap. i like.



tak tunggu pengantin pun, terus balik, sebab seat agak tak banyak, ramai org takde seat,tp sempat nampak pengantin lelaki nye. merah uuu ;p

Friday, January 28, 2011

menu dinner tonite


hubs baru balik dari bangi, ada kerja. sampai rumah kul 7.30 tadi lagi. dari bangi sempat pegi putrajaya, hubs cakap nak tapau makanan, teringin makan sup. so dinner malam ni semua tapau punye dari taman warisan putrajaya. gile kemaruk kitorang asyik makan kat sana je kan. haha.






layan ustaz amirul~

selamat dari penipu ;)


saje nak kongsi benda ni. tak tau ramai dah tau atau tak.

ni pasal blogwalking yg tipu tu lah. kecoh jugak kat merata-rata blog tentang ni. dan i pun antara mangsa jugak. ceh. macam magsa jenayah ape lak. yela, setiap org yg tinggal jejak kat shoutmix seboleh2 kita nak singgah balik blog die. orang berbudi kita berbahasa. dalam sehari ada la jugak 20 orang singgah blog dan tinggal jejak, tapi kdg2 sikit je. yang ramainye bace tak tinggal jejak pun. takpe, as long u sudi bace, i hepi.

tapi yang mushkilnya, ada lah beberapa blog yang tak henti-henti singgah blog i walaupun i tak online. dalam hati, baiknye die ni. i tak singgah blog die pun, die dtg blog i. bangga ada org nak dtg tak henti. then, i terbace blog someone lalu membawa i ke blog pendekar berkuda. dari situ i tahu penipuan tu. ye, blogwalk tipu. yang mana sebenarnye die tak jejak langsung blog i.

then, dari blog tu i belajar cara nak lock shoutmix. so i buat dan lega sangat. puas hati bile takde org boleh tipu dan dapat trafik sesuka hati. pas je i dah lock, i singgah balik blog-blog yang selalu tinggal jejak tu, tapi langsung dah tak dtg blog i even sekali. sbbnye, die dah tak boleh tinggal jejak kat shoutmix i secara tipu. kalu dulu, sehari 4-5 kali uuuuu. so u takkan dpt trafik tipu dah dari blog i. g blog lain.

i takde lah marah sgt. tapi tak elok lah buat cara tipu camni. so, untuk korang yang belum tahu, sila lah cepat-cepat lock shoutmix u all tu, dan yg pakai cbox tukar ke shoutmix.

sila ke sini>> pendekarberkuda

i tak tahu la diorg ni wat keje giler ni lagi ke tak. dan i takde pun mention sape2 yg buat, sebab i mmg tak sure pun. walaupun i dapat tahu la 2-3 nama yg konon-konon dtg blog i tapi hampeh sebenarnye. bukan big deal pun, tipu shoutmix je, tapi tetap duit nuff die tentu lebih laju lagi bile trafik tinggi secara menipu. so, fikir2kan.

itu aje di hari jumaat ini. ;p


Thursday, January 27, 2011

menu simple di rumah


menu hujung minggu lepas. sebab gambar dah ada kat laptop, so letak jela. lagipun takde modal nak update blog. sian kawan-kawan dtg blog, takde update. perasan,. macam la ade org nak bace blog i ni. ^_^


 ikan siakap masak sweet sour, tp dah tak nampak dah ikan nye sbb diselimuti kuah, hehe.

sayur kailan kegemaran ramai. i suke kailan sbb tak pahit. 

masak dengan hubs. kalau die masak, mesti tanya. nak amik gambar tak? suh letak kat blog la tu. hehe. i pun ok aje. sebab i suke masak dan suke makan, so i suke letak gambar makanan kat sini. so, itu aje. ;p





Tuesday, January 25, 2011

@restora saba' -arabian food


Location: Cyberjaya

balik dari zoo aritu, ajak hubs makan restoran saba'. selalu dgr atau bace status kawan-kawan kat fb diorg g makan nasi arab la ape la, so dok sibuk mengoogle dan cari kat blog -blog. finally, jumpe kat blog bb hussain. hehe. macam menarik je review cik bb kita, so ape lagi terjah. 

 penuh dgn org kita dan warga arab.

 hampir semua org kat situ makan nasi. dan ini namanya kabsah lamb, kami amik yg regular rm15, share berdua, tapi nak makan sorang pun boleh. yg large rm25, boleh share 3 atau 4 org. seumur hidup i, tak pernah makan kambing sesedap ni. sumpah. kabsah lamb ni disertakan dengan hirisan timun dan tomato dan sambal pedas. kuah takde ye. sedapppp !

 ini air arab. malt beverage, ada 7 perisa. i amik raspberry, tapi gas nye banyak giler. terus tukar dgn hubs punye watermelon juice.i tak suke air gas. air ni rm4, juice rm5. kalau dtg first time, wajib rasa. nanti org tanya, kita dah tau rasanya.

 chicken chop arab style. selain ayam, ada roti dan sambal tu. rm14. boleh tahan.

 sepanjang makan kami dok puji rasa kambing yg lembut tu.

 balik zoo terus cari makanan sedap. abaikan pemandangan tak indah baldi kuning kat belakang. seat situ penuh, takde choice lain

 tinggal tulang. ;p

full stomach makes us happy ;p

kalau tak tahu kat mana, ada gps, just tulis je saba'. nanti keluar saba' middle east... kalau takde gps, cari je cyberjaya. pastu cube tanya orang. selamat mencuba!

jumpe artis dalam zoo


hehehe. 
biar i mulekan entry dgn ketawa dulu. sbb rase kelakau dgn siri sendiri selambe badak pegi amik gambar. hak hak. so not me. selalu je jumpe artis tak pernah pulak sibuk nak amik gambar. tak sangke lak kan masuk zoo nak tgk binatang, tapi jumpe artis pulak, since diorg tak shooting pun masa tu, i cakap kat hubs, nak amik gambar la ngan diorg. 

mule-mule nampak org shooting. sape pulak shooting dlm zoo ni? then, eh, bang nabil la. mana? haah, nabil. amik gambar nak? hubs pun g kat nabil, salam, amik gambar boleh? selamba tak. padehal malu babe, tapi sibuk nak tempek dlm blog punye pasal. haha.  nabil excited je bile org nak amik gambar dgn die. mestilah kene wat-wat excited kan. kata public figure. sempat lagi die wat lawak beruang terlepas. ;p

i rasa jue sgt cantik dan kulit sgt flawless. damn.dan nabil sgt tinggi y'all.



Monday, January 24, 2011

moyangku meninggal. al-fatihah.



pagi tadi dapat sms dari ibu bgtau moyang lelaki ku dah meninggal, usia nya aku tak berapa sure, tapi mmg dah uzur sangat. belum pasti dpt balik taiping atau tidak disebabkan i agak tight dgn schedule nak submit thesis. bukan tak peduli hal keluarga, hati i memberontak nak balik, tapi taiping dgn rawang sgt jauh.
semoga roh arwah dicucuri rahmat. moyang perempuan ku masih hidup lagi, tahun lepas anak nya meninggal (opah i) tahun ni suami nek pulak. semoga nek kuat.



sempat merasa dapat piut sebelum meninggal. al-fatihah.


Sunday, January 23, 2011

jalan-jalan @ zoo negara


ahad semalam, i dgn hubs g jalan-jalan kat zoo negara. saje hubs ajak pergi sbb itu first time dlm hidup hubs pergi zoo, hehe. i rase i dah byk kali jugak masa kecik dulu, rasenye ni dah kali ke 4 kot.tp pergi zoo negara ni kali ke2.. so enjoy the pics.. the rest i akan upload akan fb i ok, so, tgk kat sana..


 dewasa rm20, tambah zoo serangga/rama-rama rm5.. rm25. tp kami dpt rm23 sbb dpt promo masa pergi aquaria aritu..

 show pukul 11 pagi.  tgk anjing laut buat show, tapi takde la best mana pun. ^_^




penguins



tgh shooting ape tah budak ni dgn kura-kura besauu tu. rasenye utk drama kat astro kot.

 exhausted berjalan tanpa henti. 


bird aviary,tp berapa kerat je bird nye

 gajah yg comel, bile org dtg nak amik gamabr, die pun pandai dok tepi-tepi pagar berjoget, cute

makan waffle sambil tgk harimauuuu.. ;) masa jalan, 3 kali beli air, beli waffle, beli cupcorn sbb lapar dan penat, macam jungle trekking pulak,.. 3 jam tu jalan.. seb baik pakai flat shoes, tu pun lenguh. ^_^

harimau yg nampak macam kebosanan, i pun bosan tgk u tau, cubela buat bunyi mengaum sikit.. heheh

hi, nama sy lion, sy mengantuk la... zzzzzz

 dialog hubs: kita dah nampak zirafah kita baliklah, tak pernah lagi tgk zirafah.. hehe

 zoo serangga kononnye, zoo ni baru bukak 2009, cas lain, extra rm5, tapi kecik sgt, mcm tak berbaloi rm5 tu

yours truly yg tembam, jgn cakap i tembam tau, nnti u tembam jugak..haha



ape centre

 hubs takut kene tanduk dek binatang tu, takpe bang, kalau u kene tanduk, i tanduk balik die tau. haha.

lastly, souvenir wajib beli- fridge magnet rm8.90


so, itu jelah. penat sikit nak pusing zoo, seingat i masa dulu g ngan family, tak pusing habis kot, ni pun kami tak pusing habis, sebab penat sgt. tp boleh naik trem disediakan, rasenye cas lain rm3 kot. dan parking bayar rm4.25. see, parking pun bayar. duit duit. tapi jadilah nak merasa tgk binatang, next time dtg dgn anak-anak pulak la ye. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...