Monday, February 28, 2011

movie review: i am number four (2011)


dalam entri sebelum ni, i mentioned i g tgk movie kat e@curve kan. so movie pilihan encik suami adalah i am number four, tgk trailer mmg macam best. 

review i tntg film ni? apa yg boleh i cakap adalah movie ni BEST GILER. i bagi movie of the year la kot walaupun baru awal tahun 2011. serius, best giler!!. start dari awal sampai hujung mcm terlalu best sampai rasa nak tengok lagi dan lagi. hyperbola la pulak kan. hehehe. cerita die agak panjang tapi sumpah tak boring langsung. even hubs said, 'best, kalah harry potter.' see? ok, mungkin jugak only both of us yg suke. ;)

bace sinopsis: imdb


antara part paling i suke, masa diorg masuk rumah hantu. i mmg suke giler ar masuk rumah hantu dari kecik lagi, cuma masalahnye takde sape nak temankan. berangan kalau ada rumah hantu macam dalam movie ni, rasa mesti nak masuk. hehehe. giler ke ape i ni? part aksi diorg pun  best sebab tak nampak cacat cela. seriously superb.even doggy pun cute. hehe.

banyak lagi sebab cerita ni best. everything kot best. dari barisan pelakon yang hensem, even bapak si hero ni pun hensem, hero filem hit man, timothy olyphant. hehe. awek-awek dalam citer ni pun cun. even baju diorg pun cantik. semua best la. tak tahu nak cakap camne. ok, hyperbola lagi. ;) oh ye, did i mention heronye macam nick carter? *drool*

 walau mcmana pun, minat org berbeza. mungkin ada yg tak suke kot cerita ni, who knows. dont blame me,ok! it just that i thought movie ni not the typical superhero movie sbb it based from a novel. and its actually not a superhero movie pun, its an alien movie though. and i guess cerita ni ada sambungan kot sebab macam ada few things unsolved. anyhoo, endingnye tak hang, so dont worry.

dalam citer ni die tak reveal pun sape number five. so i nak reveal kat sini. rahsia tau. syhhhhh.....

I AM NUMBER FIVE ^_^

ok, kidding. later, peeps!

Sunday, February 27, 2011

jalan-jalan tengok movie


arini i jalan-jalan kat the curve. lama dah tak sampai sana. hajat nak masuk ikea sekali leh cuci mata, tapi hubs taknak. mati-mati die taknak, mcm la kalau masuk i nak beli kan. hampeh tul. hehe. die malas nak teman i cuci mata sebab die rimas dekat ikea tu ramai sgt orang sampai takleh jalan. ok, fine. pas tengok movie pusing-pusing the curve tu je. kebetulan ada sale kat centre court tu, i grabbed few cheap things. weehuuu.. ;)

 i tengok movie- i am number four. review? next entry ok. ;)


 on the way home, singgah burger king kat rnr jejantas sg.buloh, starving.





to my dearest bro, happy 25th birthday to you dear. semoga dipanjangkan umur, bahagia dunia akhirat. angah will always love ya. ;)

update: nampak tak beza gmbar yg i amik dgn hubs amik? hubs ni amik gmbr selalu tak best. tak sharp mcm i. ish ish ish ^_^

Saturday, February 26, 2011

of our favourite drink


longan drink, besides watermelon juice and iced tea. *winkwink*
 

perfect drink to cool u down on a hot day, since skrg ni musim panas kan kan kan..
 
i guna longan dalam tin. kalau gune longan yang kering tu, the drink will become slightly darker, taste lain sikit but still refreshing and sedap yg macam kat pasar malam.

our breakfast-bihun goreng


harini sarapan bihun goreng saje. and a mug of teh susu. ;) encik hubs pagi-pagi buta cakap lapar.mule-mule ingat nak wat jemput ikan bilis, tapi hubs kureng sikit. so, sebab semua bahan cukup, better wat bihun. cepat dan mudah jugak.


'It is more important to eat some carbohydrates at breakfast, because the brain needs fuel right away, and carbohydrate is the best source.'  
Andrew Weil



Thursday, February 24, 2011

cerita seram yang wajib anda bace..


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310
copy paste dari blog ira. sumber asal >> link

dengar citer ramai dah tahu citer seram ni. betul ke tak i tak pasti. betul ke tak, whatever la kan, janji goosebumps.haha. kene suruh uncle seekers g check. tapi mmg citer ni betul2 buat aku cuak at least setengah jam lepas bace sebab i bace lewat malam. damn, kalah mastika. creepy betul citer ni. tapi ramai budak uitm shah alam mempersetujui kisah ni ada kebenarannye di sebalik rumah besar itu.

rupa paras baru


not me, but my blog. eheh. since semalam byk sgt katak wandering kat sini, so i decide remove terus background lama dan letak yg baru. sekaligus terus buang header lama, sebab i thought mungkin ada yg dah annoyed tgk muke i pakai baju oren setiap kali buka blog.. hehe. ok, i harap takde yg annoyed kot. i replaced with the simpler one this time, no pics just my blogger name. nice one, aite? ok mmg tak lawa pun, sebab i mmg tak pandai nak edit header lawa-lawa macam org lain buat, but i satisfied since this is my blog kan.

blog i dah takde katak kan? kalau ade let me know ya..

lastly,i nak tayang gambar hubs dgn tongkat ajaib. hehe. this is at his friend's shop dkt putrajaya last week.kalau u all ada berminat dgn barang-barang pusaka such as keris ke, batu permata ke etc, bole g kedai abg ni dekat putrajaya, selalu keluar paper tau kedai die. *tibe-tibe*

errrrrrr....

Wednesday, February 23, 2011

tips buat telur separuh masak


selalu kalau nak buat telur separuh masak ni, hilang perhitungan. eceh. selalu ter overcook atau terlembik sgt. so, ini cara yg betul supaya lepas ni telur separuh masak sentiasa jadi. supaya lepas ni hubs tak perlu membebel cakap 'lembiknya' lagi..

 rebus air sampai betul-betul mendidih, berbuih dan berasap

 matikan api, masuk telur yg dah dicuci

 set jam exactly 10 mins.. exactly tau. ini bukan jam tapi mesin basuh sebab kat dapur takde jam. so sambil basuh baju bole tgk minitnye disitu. ;p

 after 10mins, rendam air dgn air sejuk 

 dan taraaa... jadi kan. always jadi kalau buat mcm ni. tapi mungkin lebih baik tutup periuk masa masukkan telur tu. i terlupe tutup.

ada pulak unnecessary shadow. i lah tu.. siap dihidang utk suami.suami je sebab i tak suke. ;)

thanx kak hana utk tips ni.

Tuesday, February 22, 2011

nasi lemak dan salad telur


malam tadi dinner nasi lemak, senang dan ringkas. sebabnya ada santan lebih dlm fridge, so decided nak buat nasi lemak la, tak bazir santan. hubs siap request goreng ikan masam utk die. 

 ikut hati nak bungkus dalam daun pisang, tapi sayangnye daun pisang takde. ngeh ngeh.


ini menu last week, saje nak tayang kat sini, sebab rasanya macam dah berkurun tak makan salad telur ni. aritu tgk kat blog kat kak noorma buat salad ni, teringin pulak. rebus telur potong timun, tuang sos terus ngap dgn nasi. tak reti + malas nak wat sos sendiri. tuang sos life je dah cukup mengancam, hehe. hubs first time makan. sesekali tak tau makan ape, leh wat salad ni lagi dengan ikan masak kicap, hehe. 

Monday, February 21, 2011

film review: sanctum 2011



this is what we watched last sat-sanctum 3D. tapi i tgk yg bukan 3d punyelah.sebenarnye, i nak tgk burlesque, tapi hubs taknak, tak suke nyanyi-nyanyi. so hubs ajak tgk movie melayu, i pulak taknak, sebab mcm takde movie best. i cakap kat hubs, kalau ada shaheizy sam, i nak tgk la. haha. like, seriously, kalau movie dia ada, msti agak best sikit, sebab die pandai berlakon. ok, die mmg hero pujaan seantero malaya.

back to the point, i tgk sanctum. ntah camne boleh pilih cerita ni, mungkin sbb kat posternye, from the creator of titanic and avatar. see, dua-dua film i suke. terus teruja, tanpa tahu cerita ni dlm gua sahaja. i repeat sahaja. yes, mmg 98% dlm gua. tapi afterall, tak menyesal beli tiket film ni, sebab walaupun dlm gua, pengolahan cerita menarik dan sgt adventure. ye, cerita ini mmg bukan utk org yg nak santai layan cerita kembar siang sebab ini cerita serious dan adventure. pelakon juga hebat-hebat. bile i tgk cerita ni, i tahu die buat cerita bukan main-main, nampak sgt takde cacat cela pada penceritaannya ni.

sinopsis nye, kisah sekumpulan pengkaji gua menemui sebuah gue yg belum pernah diteroka, so diorg semua masuk cave tu, dan teroka, tibe-tibe taufan melanda, dan banjir akan memenuhi setiap ruang gua, jadi mereka hendaklah segera keluar dari gua itu walau apa pun caranya. dlm pencarian keluar dari gua, seorang demi seorang mati atas pelbagai punca, sehinggalah.....dot dot dot. based from a true story ok. so, boleh la tgk kalau nak tahu endingnye. cerita ni 18 ke atas sahaja.




Sunday, February 20, 2011

makan-makan @ rasamas


Lokasi: Alamanda, Putrajaya

semalam me ngan hubs keluar g alamanda, before tu g mines shop few things utk i. hehe, malu nak cakap asyik g mines aje. anggap jela itu rumah kedua i. haha. then, straight ke alamanda, plan nak tgk wayang. pasal wayang, next entry i review filem tu. 

story pasal makan dulu ye. ni makan kat rasamas. sebabnye i beli kupon rm25 masa kat upm khamis aritu. byk i tgk blogger cerita pasal kupon ni, so i mule-mule malas gak nak beli, but then bile fikir, boleh la sesekali try rasamas. first time ni. ayamas dah banyak kali gak. ayamas dgn rasamas lain kan??

 white coffee ice. yg ini best.


 patiently waiting for the foods. bile ada hp android, bole main game sesuka hati dgn best sbb terlalu byk game ada. yeehaaaa. ^_^



 fish and chip. keras fillet ikan tu. ape daa.

nasi lemak. yg ini free kalau beli fish and chip.

 quarter roaster chicken, yg ini pun free kalau beli kupon tu. bleh tahan rasenye. 




ni la kupon tu, nak agih2 kan kat member hubs pasni, family jauh susah nak bagi.

Friday, February 18, 2011

masakan bonda


apa perkara paling dinanti bila balik kampung? jawapannya, selain boleh berjalan-jalan kat johor,tentulah makanan bonda.yayy!

tapi masalahnye, ibu selalu nak makan masakan i pulak kalau aku balik kampung, so i pun suke je nak masakkan kat family. tp masalahnye, i pulak teringin makan air tangan ibu. hehe. normally i masak dengan hubs. suami sy mmg rajin kat dapur. ^_^

menu kat bawah ni, ibu yg masak. i like... 

 ketam masak lemak cili api. pedas meletoop. hehe

 ikan siakap berlado. terbaeekk.

sayur goreng biasa.

ni menu hari last sebelum kami nak balik rawang. ada lagi ibu masak yg best-best masa balik jb aritu, tapi terlupe nak snap. ibu masak simple je, tapi i suke.

lastly, selamat hari lahir yg ke 30 buat kakak tersayang, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan bahagia bersama keluarga hingga akhir hayat. ;)

Thursday, February 17, 2011

makan otak-otak tanpa henti


kesinambungan dari entri pergi rumah makcik kat KT, makcik i bagi bekalan seafood dengan otak-otak yg super banyak kat kami. terima kasih daun keladi, lepas ni boleh bagi lagi. hehe. balik umah terus rasa nak makan otak-otak tu, makcik i bekalkan dalam dua plastik besar otak-otak. puas hti makan sampai pengsan. hehe.


 sesi pembakaran otak-otak bermula. ^_^

 ni baru sikit ni. jenuh nak menunggu penuh bekas sebab proses pembakaran mengambil masa yg agak panjang. hehe.

 adikku yg rajin dalam bab bakar-membakar ni. ^_^

Wednesday, February 16, 2011

@rumah pakcik-kota tinggi


balik jb aritu, kami satu family g umah pakcik i dekat kota tinggi. kebetulan, pakcik i lagi sorang, ada kat situ.

suami selalu pandang sy kalau sy nak amik gamabr,, die tahu sy sgt suke amik gambar. hehehe. 


 kekenyangan lepas makan. makcik i hidang kari kepala ikan dengan udang goreng. yummy. tak amik gambar foods sebab nanti org heran. hehe.



gambar ni adalah kelakar sebab i sibuk mengejar anak buah i yg sibuk berjalan ke sana ke mari tanpa menghiraukan org sekeliling mahupun longkang. hehe. lucu okk..

harini ada org cakap i nampak kurus. hahaha. i rasa terpinga-pinga tapi bangga giler.

Trailer: Nur kasih the movie




tgk trailer ni mcm best je. wajib tengok ni. tapi lambat lagi keluar, 19 mei 2011.

Tuesday, February 15, 2011

sesi makan cendol di tepi jalan


cendol adalah kegemaran setiap ahli keluarga i. kalau haus, pekene cendol yg sedap mmg heaven. 
cerita kelakar di sebalik kejadian ni, ibu i cakap, akak jual cendol tu tak suke senyum walau ayah i suke buat lawak tapi die tetap selamba je muke takde perasaan. so ibu i cakap, die nak uji kemampuan hubs buat akak tu gelak.

then, masa tgh makan cendol tu, anak buah i si qaleisya sibuk merengek nak makan cendol, so hubs cakap, qaleisya ni, kang mesin jadi cendol kang baru tau. dengan nada bergurau. sekali akak tu terkekek ketawa walaupun sekejap, tp berjaya jugak. takde motif pun nak cerita, saje je. hehe.





cendol pulut adalah yg paling heaven ;p

Monday, February 14, 2011

@secret recipe


teringin sgt makan kek, so hubs ajak ke secret recipe. masa ni kat jusco tebrau, johor. lama rasenye tak pegi jusco.. saje ronda-ronda window shopping saje.

 cheese choc. yummy.

mocha espresso & green apple kasturi




da terubat rindu kat johor..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...