Thursday, March 31, 2011

dari Rawang ke Kelantan


catatan perjalanan balik dari rawang ke kelantan. kami lalu trengganu sebab jumpe adik hubs kat ump.siap tepon polis takut banjir kan kat ganu, seb baik polis kata jalan clear.

 breakfast @ hentian genting sempah



 @ump, gambang. unintentionally, kami semua pakai baju warna merah termasuk adik hubs, belang merah. sweet!

tired face


 another stop kat dungun, we had our lunch at 3pm

 last stop at salor, pasir mas. dinner at 7pm

 sgt weird rasa mi ni. so i just makan 2 suap, the rest hubs licinkan.


finally, arrived pasir mas safely. ;)

makan laksam


saya kini di kelantan. baru sampai maghrib malam tadi. penat. 
 
makanan pertama terlintas kat kepala bile lapar pagi tadi adalah LAKSAM! pergi pasar tadi hubs cakap nak laksam kat ma then ma beli laksam kemain banyak lagi... makan sampai pengsan. :)



ok, dah kenyang boleh tidoo.. hehe. ;p

p/s: maaf kelewatan tentang contest tu, harini atau esok sy akan umumkan siapa yg menang ok!!

Wednesday, March 30, 2011

hidang mi kari untuk tetamu


cousin hubs dtg rumah hari ahad aritu. actually cousin hubs ni dari subang aje, tua dah orangnye, baya ayah i. sebabnye arwah abah hubs kawen lambat dulu, tu yg anak-anak buah hubs lebih tua dari my mil. bile kak ni call nak dtg, hubs plan nak buat mi kari. so, makan mi kari la kami.

 layan tetamu itu adalah wajib dalam islam. mi kari ni i dengan hubs yang buat. tapi sebenarnye hubs yang buat kuahnye, i hidang makanan sampingan. i siap2 sms ibu i kat johor tanya itu dan ini pasal mi kari. nak tanya mil malu..lagipun tak pernah tgk mil buat mi kari. ibu i selalu juge buat, sedappp giler arr kalau ibu i  buat.


 i rasa walaupun first time buat mi kari, macam sedap giler je... hehehe. takde lah sedap giler, tapi sedap la. mungkin lagi best kalau cukup bahan mcm fishcake, fish ball, kerang etc. tapi ni pun dah letak rencah udang, daging dan ayam. 

inilah sepupu hubs, noraini namanya. ;p

ok, later peeps.

makan nasi kandar


ahad lepas, bawak family hubs g sogo & jalan tar. hubs saje nak belikan ma handbag. after that, makan nasi kandar depan sogo tu. ntah ape nama kedai. serius, nasi kandar situ mmg sedap. janji kene minta kuah campur asing, kalau tak abis la melimpah takde nasi putih, me dont like.




heaven~

Tuesday, March 29, 2011

jom makan sate & lekor


bile family hubs ada, mcm2 mknn hubs beli kat diorg.. saje la sesekali family dtg dr kelantan...

 sate hubs beli kat pasar tani


keropok lekor dari pasir mas

;p

masjid besi, putrajaya


balik dari makan nasi arab, hubs cakap nak bawak family die jenguk2 putrajaya. dulu dah pernah sampai, tapi kali ni just nak tengok dan solat dekat masjid besi ataupun masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. masjid ni  dibuka pada Ogos 2009. 


 tempat wudhuk wanita, nak ke ruang solat, ada escalator.


 apa yang tak best, tmpat perempuan dengan lelaki solat takde partition, at least letak la langsir kan... i tak pasti ada ke tak tempat lain utk perempuan solat, tapi i tgk semua solat kat situ je. so i pun solat jela situ.



 kebetulan time tu ada 3 couple tgh nikah.

 kolam pun ada.



canggih kan? biasalah, skrg ni masjid semakin lama semakin canggih hingga hilang tujuan sebenar masjid dibina. wallahualam....

Monday, March 28, 2011

@restoran saba'


balik dari career fair terus g restoran saba' kat cyberjaya, alang-alang diorg jarang datang kl, bawak merasa suasana kat kl ni. makan nasi arab is one of them.


 variety of fruit juices.

 brothers.
 


 kabsah lamb

 chicken hanith



i makan sikit je, ntah kenapa tak kene pulak selera. mungkin sebab mmg i bukan fan nasi beriyani, nasi arab dan seangkatan dgnnya. hubs mmg suke sgt. ;)

Sunday, March 27, 2011

@BN Youth Job Fair, PWTC


sabtu semalam, teman abg ipar pegi job fair anjuran pemuda BN kat pwtc. sampai awal around kul 9.20 tapi hall tu bukak at 10. punyelah ramai manusia kat luar, nak pengsan rasenye.yg exhibitor pun terhegeh-hegeh dtg lewat.. geram je...


 abg ipar saje cari peluang lebih baik di KL. yela, kat kelantan kurang peluang keje. i pun tumpang drop resume kat mana-mana tempat yg i suke. hopefully dpt.

 MIL & BIL

 future car. hehe. NAZA world.

 lobby PWTC. penat berjam pusing satu hall tu. 


ok, banyak lagi nak story, sambung nanti ok. ;p

Friday, March 25, 2011

melayan tetamu vvip


pagi-pagi tadi jemput MIL dgn BIL kat kl central, diorg dtg sini naik train. hubs mmg dah takde ayah sejak die sekolah rendah lagi, so selama ni MIL mmg stay dgn abg ipar. so, hubs amik halfday harini. i tak berani nak fetch diorg sendiri, macam seram sejuk drive kete sengsorang sejak dah kawen ni, dulu masa bujang selamba je merempit tak ingat dunia. ^_^

so, sebagai melayan tetamu vvip, i pun seperti biasa masak le ape yang patut. takde ape special, sebab i bukannye hebat sgt masak, basic-basic boleh la. 
mule-mule plan nak buat nasi lemak pagi ni, tapi hubs kata, nasi lemak beli jela, takut tak sempat nak buat, pastu i just goreng ayam crispy pagi-pagi.

 tadaa, ni dia ayam crispy i buat. sedap wooo...

 ni tepung yang i gune, mudah aje, celup dlm telur, celup dlm tepung, goreng!!

 bekalan pauh lemak dari pasir mas... finger licking!

 yg ini beli-kueh lopes kegemaran ramai. 

 tghari i masak ikan bakar pulak... simple je, tak larat nak fikir2, i gaul garam kuyit, perah limau, pastu bakar. hubs makan sampai tulang pun takde. ok, tu tipu je. hehe.

 pastu ikan bakar makan dgn air asam, hubs asyik cakap, sedap arr air asam ayg buat... nyum nyum nyum... 

ni ayam sambal, abg ipar mmg tak makan ikan sejak azali.. tak lalu.. so ayam atau daging adalah wajib.. ni i tambah santan sikit baru rasa berlemak sikit.. ;p

itu saje menu utk tetamu vvip saya... takde sayur sbb stok sayur takde, nak potong timun, tapi lupe... hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...