Thursday, April 28, 2011

genap 2 tahun


hari ini genap 2 tahun opah kesayangan kami pergi meninggalkan kami. 



opah, 
beberapa bulan yang lepas, saya mimpi opah sakit, dan merayu supaya saya sedekahkan opah alfatihah. bila saya bangun tidur, saya terus menangis sebab kesiankan opah dan rindu opah sangat-sangat. maafkan saya kalau saya kurang bersedekah pada opah. semalaman saya terkenang opah dan rindukan gelak tawa opah. kami semua rindukan opah. rindu sangat-sangat. dan saya janji sejak detik mimpi itu, saya tidak lagi lupa bersedekah pada opah tiap hari.

opah,
minggu lepas saya mimpikan opah lagi. kali ini saya mimpi saya makan bersama-sama opah di dapur rumah opah. kali ni opah nampak happy dan gembira. opah mesti tenang di sana kan. saya gembira tengok opah gembira dalam mimpi saya.

kami semua rindukan opah. anak-anak opah, cucu-cucu opah, malah cicit opah. semoga opah tenang di sana. ALFATIHAH.

Wednesday, April 27, 2011

birthday cakes


actually last week, hubs dah celebrate birthday dengan kawan-kawan die satu ofis yg sama bulan 4 punye birthday. siap hubs send mms gambar cake lagi. so, rasenye dah cukup la kot nak bagi cake, so nanti kami just makan-makan berdua je kot. hehe. hadiah takde la kot. makan je sudah. haha. kata bini tak keje, nak wat cmne kan? tggu i cashout duit nuffnang dgn churpchurp la camtu. hehehe. 

 Chocolate Banana -Secret Recipe

Chocolate strawberry- Secret Recipe

kecur i tengok, i mmg tak boleh tgk kek coklat ni, kalau dalam tv pun sama, kek yg bercoklat banyak mcm ni, yg moist-moist ni mmg tak boleh tahan. hehe. over pulak kan. ingat nak sambut birthday g makan-makan tengok wayang aje. hubs cakap, selagi i ada kat sisi die, nothing else matter. ayat nye lain sikit la, ni i edit bagi sedap. k lah, merapu pulak. motif nak tayang kek aje. bye!

Dua puluh enam



Have i told you yet..
How much you mean to me..
Have i told you yet..
About all the happiness you bring...
Have i told you yet..
That you mean the world to me...
Just in case i haven't
I want you to know that..
You're the best thing that happened to me..
I love you, sayang. 

SELAMAT HARI LAHIR KE 26, SUAMIKU TERCINTA ;)

tepat jam 12 tadi, hubs tgh tido i dtg dekat hubs and whispers into his ear, happy birthday syg, pastu hubs bukak mata, mamai mamai depang tangan, and hugs and kiss me. awww. birthday celebration tunggu weekend kot. simple je only among us two. 

Tuesday, April 26, 2011

makan durian


lama giler kot tak makan durian, aritu masa nak ke tesco, lalu depan tempat org jual durian, punyelah ramai org, then cakap kat hubs, teringin pulak rasenye nak makan. so, esoknye, balik keje hubs beli. sebenarnye, i lebih teringin nak makan kuah durian dari durian. 

 tak tau lah durian ape, musang king ke d24 ke ape ke, yg penting, sedap giler!! berlemak dan pahit.. beli dua biji je, cukup la utk kitorang berdua, tu pun rm15.. tapi mmg puas la. kat perak mesti murah kan. untung org perak.

 tak taulah kenapa omputeh cakap rasa durian mcm tapak kaki, i rase sedap giler je..

then, buat kuah durian a.k.a serawa. sedap ok. makan dengan roti layan, makan time sejuk2 kuar dari fridge lagi heaven. ;)

Sunday, April 24, 2011

pizza nyum nyum nyum


rasenye dah lama gile kot tak makan pizza. rindunye dominos. tapi since susah la nak cari dominos, kat rawang pun takde, so alternatif nya beli pizza kat pasar malam. pizza hut ada sini, tapi me dont like sgt la, mesti mau pizza dominos jugak. 

 medium hawaiian tuna. super delicious!

 mungkin sebab lama gile kot tak makan pizza, semuanya i tibai, diet kononnye, hubs just makan 2 slice..

ramai org beli pizza sini, siap kene amik nombor. 

rasa nak makan lagi la pizza ni... ;)

Saturday, April 23, 2011

lunch @ restoran riverside


a.k.a restoran tepian sungai

restoran ni tak jauh la dari rumah kami, dulu masa mule kawen, mmg selalu lepak sini. i suke makan sini, makan malam die best. nasi campur waktu siang pun best. pernah keluar paper kedai ni, sebab menarik, deco nye ala-ala dalam taman la. great food, great ambiance.yang paling penting, kedai muslim, tauke nye alim tau. i like. pekerja2 semua bertudung, bersongkok/kopiah, which is good kan?

 tepi kedai ni ada sebatang anak sungai


mine. simple tapi sedap. like, seriously.

 hubs punye.


 our favourite- teh ais. best.



ok, later peeps!

Trailer: Filem Sekali lagi



 tengok trailer ni cam best je kan? tapi ada macam filem i am sam je, cerita yg sean penn dgn dakota fanning berlakon tu. adakah sebiji atau lebih kurang atau totally lain kot? kita tengok je nanti. nampak cam best. maklumlah hero dengan heroin kesayangan ramai bergabung. ehem. apetah lagi ada pulak si mia kan. lagi la best.kan?



30 jun 2011

Friday, April 22, 2011

semangat nak masak


semenjak, i serve meal i mcm ni kan, letak fruits semua dlm one plate, i semangat nak prepare makanan tau. takde la diet pun, actually saje nak bagi hubs makan buah and sayur tiap hari. 




cute aite? saje hidang feeling makan kat hotel, hias2 bagai.. walaupun takde la setaraf hotel pun.. haha.. tapi kalau lapar, tatap ke mamak okk.. hehe... tipu je diet, ngelat lebih  ;)

Tuesday, April 19, 2011

our diet plates


hari tu hubs told me, abg rasa nak diet la. abg taknak makan nasi seminggu. eh eh, amboii seminggu taknak makan nasi ko. sehari pun nak pengsan ni seminggu. poyo je laki i ni. then i cakap, takpe, i ada cara lebih baik untuk kurus. kita kawal makan. i akan tentukan menu kita tiap hari kat rumah. yeay, i suke tau hubs nak follow i. hehe. boleh la kurus agaknye pasni. 

#the rule= must finish everything in your plate. ;) ini i punye rule la. hehe.


our first diet plate. diet ke mcm ni? yela, ayam tu i goreng then i buang minyak dengan tisu khas tu. nasi of course i akan serve jugak selang seli. healthy kot sebab ada fruits. i suke okkk. hubs pun suke masa i hidang kat die. tapi before tido hubs mcm lapar sikit, then i buatkan die susu and bagi sebiji epal kecil. so tak lapar dan boleh tido lena.mengikut perkiraan calorie semua ni half dari ape yg usually kami makan malam2. wow!

diet hanya di rumah, if makan outside, makan jela ape2 pun, just reduce the portion kot. gud luck to us. hehehe.

Monday, April 18, 2011

of lunch and tesco


semalam ajak hubs g tesco. saje nak cari barang dapur dan buah sikit. before tu, had lunch kat mamak, mule2 plan nak cari kopitiam, tapi ntah cmne, end up makan kat mamak je la. layan jugak kan. konon nak cari makanan yg healthy, tapi mamak pun mamak la, lagi sedap..haha

 hubs punye

 mine, amik nasi portion kecik je, nak kurus-kurus-kurus, ntah bilenye..

 heavennnye teh ais kat mamak.... 



 then, terus ke tesco.
 fruits hunting.


model minyak masak..^_^

ok, later peeps!

Sunday, April 17, 2011

menu-menu i masak


i nak tayang menu-menu i hidang kat parents ngan adik i aritu. now diorg da balik da pun. i mmg suke masak and suke la kalau org appreciate ape i masak. walaupun i main masak je, kadang sedap kadang tak sedap, normal la kan. 

pandan swiss roll.. jenuh i buat kat kedai. ^_^

 jemput ikan bilis yang tak garing... uish uish. pemalas tunggu garing.


untuk dinner, i masak dgn hubs
 udang goreng kunyit

 masak lemak kepala ikan tenggiri... yummeh! 




breakfast,
simple breakfast!

sendiri tengok, sendiri lapar... later, peeps!

Saturday, April 16, 2011

teman interview


semalam, jumaat teman adik interview. bukan ape, i kan familiar jalan kat kl ni banding dengan diorg. so sebagai kakak mithali, i teman adik. parents pun ikut nak teman sambil jalan2. adik i dah keje dah, engineer kat jb, now nak cari peluang keje kat company yg lebih baik. saje je nak explain.. hehe.

 menunggu adik i abis interview, mana nak cari kakak macam i? haha.

pas abis interview, adik i ajak g taman warisan, putrajaya, saje makan kat situ. i layan aje. orait gak, situ kan best. 

 cendol, tak best sgt. 

parents saya ;)

 adik i dengan ikan keli tak dapat dipisahkan. haha.

 my only brother.

keserabaian i tak dapat dilindungi, super ngantuk dan penat time ni. ;)

ok, nanti i update lagi ye. have a great weekend!

Thursday, April 14, 2011

menu lunch saya hari ini


sebab hari ni pergi upm, mmg saya tak makan nasi la, takkan nak makan nasi sorang-sorang, kesian. balik meeting dgn lecturer terus g baker's cottage. last week nak beli big apple ntah cmne boleh lupe, so arini cari donut choc buat hilang kempunan.

not bad walaupun tak setanding big apple. tetap daku kenyang ok. ;)

Wednesday, April 13, 2011

Saya mahu ditegur Eyriqazz



rasanya dah cukup syarat. mintak cikgu eyriqazz yg famous amos tu tegurlah blog picisan saya ini. ehem. ;)

nak blog ditegur, tapi terhad 20 saje, entah i dapat ke tak, anyway cuba jela >> link

Wordless Wednesday: Telaga Tujuh, Serendah



Tuesday, April 12, 2011

@air terjun serendah


this was last sunday. hubs beria-ria ajak g air terjun. kat area sini mmg banyak air terjun, berbelas-belas kot. so far i dah pernah pergi 4 air terjun yg berbeza. tapi this one the best.. so far. sini, kami dah pergi tiga kali kot. suke kat sini simply sebab air terjunnye tinggi dan area sini tak bahaya. kids pun boleh mandi because ada part yang cetek. just so perfect untuk those yang suke mandi air terjun. toilet/shower ada, tempat duduk ada, orang jual foods pun ada. complete for a great picnic. tak tahu mcmana kami jumpe air terjun ni, because mmg takde signboard pun. tapi rasenye kami cari gune gps kot. just tulis air terjun serendah atau serendah waterfall then there you are.

 boyfriend kesayangan. ^_^

 have no time to prepare for food, so tapau nasi lemak. yummeh!


 i tak mandi sebab malas dan nobody nak jaga barang mcm handset, camera etc. tapi lepas tu macam menyesal napelah tak bawak baju salin.

 masa ni awal lagi, tak ramai org, actually ada org, tapi tak siapa berani dok bawah air tu, sejuuukkkk.... sebelah kanan hubs ada 3 mamat mencangkung atas batu sebab tak tahan sejuk. tapi i remove la gambar diorg. hehe.




tengok air terjun tu best kan? mmg best sgt kalau mandi dan direct kene air terjun tu.. tgk mamat 3 orang tu kat kanan tu, setiap kali i amik gambar, diorg akan buat peace, over tau. haha.

sebelum u sampai air terjun ni, u all akan lalui kawasan orang asli.

kalau nak bercuti dengan family, mmg sesuai, bawak anak-anak atau even suamisteri berdua pun boleh dating. yg belum kawen tak boleh dtg buat maksiat. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...