Wednesday, June 29, 2011

family bonding @ hospital sg.buloh


some pictures while we went to the hospital sg.buloh. byk kali pegi, tapi sekali je snap2 gambar ni. 

nak tau tak, kat hspital sg.buloh, mee rojak mamak die sedap giler wooh. sepupu kecik i siap sebelum sampai dah order dalam kepala. haha.kat mamak2 kat umah i ni, semua rojak tak sedap, kuih die tu keras semacam. tahapapa.




 my aunts- adik-adik ibu i

 berbincang masalah negara. ;)

die tak pernah jemu teman saya. semoga sampai akhir nyawa saya die akan teman saya.

my uncles. yg pakai spec tu pembaca setia blog i. muahahaha.

kids under 12 tak boleh jadi visitor masuk ward. mengganggu mungkin. so lepak disitu la cousins i.

kita tak tahu ape hikmah di sebalik setiap kejadian. ajal maut di tgn tuhan. namun di sebalik setiap yg berlaku, pasti ada hikmah sesuatu. tinggal hanya kita untuk mentafsir dan menghargai....

Tuesday, June 28, 2011

alfatihah nur farahanim


minggu lepas pada hari sabtu, 18hb jun, hubs ada kursus kat gambang. so pagi2 sabtu hubs nak bertolak. lebih kurang pukul 5.30, i dah bangun siapkan ape yg patut, packing semua. 

tibe2 around 7 lebih dpt kol dari pakcik, pakngah i satu family eksiden kat batang kali, dan lebih menyayat hati eksiden tu meragut nyawa 2 anak pakngah i-hanim dan danial. the minute i tahu tu, terus i menangis. sadisnye.. terbayang muke comel dan ayu sepupu i -hanim,18.

serta merta hubs inform boss tak dpt nak join kursus. kesedihan la kawan2 baik hubs tapi nak buat camne, family comes first. lagipun being a great husband as always,hubs mmg asyik berat hati nak tinggalkan i sorg2, kesian katanya.


sebenarnya mak ngah i tak parah pun. die ok je. mmg doktor tak boleh nak xray sbb pregnant 8mnths tapi mak ngah i just sakit leher mungkin terseliuh. pakngah i pulak kene jahit kat kepala, yg kritikal sepupu i -sofia 7 tahun, tapi skrg dah stabil dan dah masuk wad biase. adik bongsu, haikal 1 thn 8 bulan pun stabil, just tgn patah. 

kat berita pun keluar. salahnya adalah sebab honda accord tu cuba nak potong pakngah i tapi tak lepas then terlanggar sisi kiri belakang van pakngah i lalu menyebabkan van pak ngah i melintang termasuk lane sebelah dan dilanggar lori. hanim dan daniel tercampak dari van tu yg meninggal. danial meninggal kat hospital, hanim on the spot dkt situ jugak sbb parah sgt. 

the minute i arrived hospital, pagi sabtu tu, tak dpt tahan sebak tgk haikal menangis meraung cari mak die. adoii la, sampai hubs pun nak nangis. yela, nak dukung tak boleh, leher dgn tangan die kena balut semua. mak die pun tak bole bangun. 

makngah: nape susah2 dtg ni.. kami ok je,kak ngah. (kak ngah tu adalah i)

time tu makngah i tak tahu yg anak die meninggal. hanim tu anak perempuan sulung. dlm adik beradik die nom 3. so die tu la kire nyawa mak ngah i, die yg mandikan adik2, die yg jga. dahla sebelum kejadian die keluarkan duit simpanan nak beli barang untuk bakal baby mak ngah i yg ke 11. tup tup eksiden, barang2 pulak kene curi, damn u thief.

tapi at last sebab nak paksa mak ngah i balik, kene bgtau jugak. bile dah tahu, meraung2 die sebut nama hanim. sampai kat kubur pun asal ada je org dtg, die dok sebut nama hanim. hanim anak baik, nape hanim tinggalkan mak? hanim tak pernah lawan ckp mak. hanim.. hanim.. daniel tu lelaki, mak ngah i ramai anak lelaki, so takde la rase hilang sgt.





kredit: ondscene (klik utk lebih gambar di tempat kejadian)
fakta: tak semua info dlm website tu tepat.

masa kat hospital, i jumpe dgn budak lelaki terakhir yg hanim berbual dlm telefon sebelum kejadian. dlm paper ada tulis pasal tu. budak tu dtg dgn parents die. mak die sempat berbual dgn i. after diorg gayut je, msg2 terus hanim tak balas. budak tu dah rasa tak sedap hati.

bile budak laki tu dtg cerita kat pakngah i yg terbaring kat hospital msm tu, menangis pak ngah i. yelam rasa rindu sgt kot kat hanim. i pun sama sadis. malam selepas tu pun, budak tu tak bole tido sbb rasa mcm hanim dtg. die dgr bunyi tapak kaki, dgr org selak paper, rindu kat arwah kot.

yang lebih sedih, masa kat kubur tu, tok imam tu bace sikit punye sedih mendayu2, sampai semua perempuann, kawan2 hanim dgn i ni menangis giler2. sedih sgt2.

apapapapun,... semoga nur farahanim,18 dan danial,5 tenang disana.

 AL-FATIHAH.

Thursday, June 16, 2011

ellips hair vitamin


dulu i ada sorang kawan, i pernah tgk die beli vitamin ni. die cakap mmg die selalu pakai supaya rambut tak rosak. and mmg rambut kawan i tu cantik pun. 

so, lately, i ada keguguran rambut, sbb rambut i tgh panjang so tu yg asyik gugur. kalau rambut pendek tak gugur sgt. so since i rasa syg nak potong rambut ni, i pun nak try jaga rambut ni supaya tumbuh sihat. lagipun, i asyik terfikir, taknak beruban awal. mungkin terlalu awal nak pk pasal uban kan. yela belum cecah 30 dah pk uban..hehe.. tapi i suke berpndangan jauh ke depan. lol.


so, hari tu pergi watson i beli ni. i dah pakai, i pakai 2 biji sekali. so far so good. hubs cakap rasenye benda ni bagus la. yg ni aloe vera, die ada byk color, means ingredients lain2 kot. murah je, around rm4+. harga berbeza ikut ingredient. dlm masa sama, i pakai minyak zaitun, tapi jgn letak dekat kulit kepala, just sapu kat rambut aje. i tgk petua dkt tv aritu. tapi kalau pakai zaitun bau die kureng best la, tapi rambut jadi soft sgt, i like. just pakai masa u all tak keje, weekend ke. 


so boleh cuba dan amalkan  if u guys nak rambut cantik. :)

Tuesday, June 14, 2011

showdown 2011-elecoldxhot & hmc phlow


korang layan tak showdown 2011? i mmg tgk ok, especially nak tgk elecoldxhot dn hmc phlow. best giler la diorg menari. last year showdown 2010 i suke floor fever dgn hmc phlow. but juara adalah wakaka crew. thn ni hmc phlow masuk lagi so i tetap suke dance moves diorg, and ada pulak ecx yg super best. 

ecx ni chinese group. cer tgk video ni. best giler la.

 
this one, paling paling best,

 
and yg ni hmc phlow, pun best, kire diorg ni pesaing ecx, group2 lain tak best sgt pun. 
8tv wednesday, 9.30pm.

Monday, June 13, 2011

Trailer twilight saga: breaking dawn



 Source: link

Twilight saga fans mesti tak sabar tgu breaking dawn kan. part 1 keluar bulan 11 ni. malaysia tak sure plak, nationwide kot bulan 11 ni.  lambat lagi kan?sabar jela. part 2, nov 2012.

 
 teruja kan?? bella pregnant anak vampire eh? scary nyee...
 
i ckap kat hubs, tak sabar nak tgk. hubs bleh jawab, 'huh, nak watpe tgk? bukan best pun.' 'best giler la. semua film die best. i suke sgt. i mmg fan twilight tau! ' eleh hubs tu ckp je tak suke, tapi kalau tgk ternganga jugak..haha.

anda team mana, jacob atau edward? sy dua dua suke. ;) i cannot cannot cannot wait.

Sunday, June 12, 2011

of kenduri and kfc


hai korang. mcm lama tak update. hehe. semalam i dgn hubs g attend kenduri kwn hubs yg sesama course utm dulu, at rawang. kenduri tu ada dua pasangan dirai. and then, we went straight ke mines. konon nak tgk wayang, but then takde cerita yg i nak tgk-insidious. da abis tayang kot. so upset lorr. 

 yg lelaki tu sekelas dgn hubs dulu di utm-faisal. semua kwn2 hubs bawak dslr, sebab tu terbantut i nak amik gambar byk2. muahaha.

i: kawan2 u semua bwk dslr la, ish. nak jugak.
hubs: nak watpe, berat, besar pulak tu.
i: suke lah, nak beli la.
hubs: sape nak bawak? (jeling handbag i)
i: ok, fine. nanti i nak beli gak, tapi pakai masa kita g vacation je eh.
hubs: ok. (malas layan)

 ada search for metro man, something like that kat mines ni. tu atas stage adalah zher (8tv quickie host). punyelah kurus giler die ni. mcm tulang aje. 

 hubs yg kempunan kfc katanya, layankan ajelah meneman.

saye minum milo saje.

bye guys for now.

Thursday, June 9, 2011

resepi ayam masak halia



Resepi asal: kak hana

Bahan-bahan Utama

Ayam dipotong kecil 
halia dihiris panjang
2 labu bawang besar-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
2 biji cili merah-dihiris besar
beberapa biji cili api
Sos Tiram
Maggie Seasoning
1 sudu besar tepung Jagung-dibancuh dengan air


Cara-cara
  1. Ayam perap dgn sos tiram & maggie seasoning selama 15minit. maggie seasoning tu option, tak gune takpe, letak pak aji aje. letak 3-4 titik je.
  2. goreng ayam tadi sampai masak.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan cili api.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak likat.
  5. kalau tak cukup masin tambah la garam atau sos tiram. i siap tambah sikit kicap manis bg cute.

mudah dan sedap. selamat mencuba. 

Tuesday, June 7, 2011

hadiah birthday saya


Hubs: birthday tahun ni u nak hadiah ape?
i: entahlah eh.
hubs: i nak bg u perfume la
i: really? why?
hubs: sebab pempuan suke peluk cium kalau jumpe, so wifey abg kene wangi selalu
i: good idea, i suke lah perfume.
hubs: nanti birthday u kite beli
i: ok, i nak gucci flora ok.
hubs: nanti kita pilih ok.

finally, masa birthday hubs pilih ini. we went to sogo few weeks back and grabbed this;

 carolina herrera 212 vip. so wangi bau die.

 come together dgn lotion atau this beg. hubs boleh nak beg ni, patutnye amik la lotion kan. citt.

and, ada hadiah karikatur free kalau beli produk CH haritu.. i sgt excited ok, first time org nak lukis gambar muke i wpun kartun aje, 

 oh my. how do we look? hubs nampak cam mafia tau.

 i: jom tgk gambar (keluarkan dari sampul)
hubs: ya allah, kelakarnye muke i
i: hahahahahhaahahaha
hubs: muke i bukan macam ni kan?
i: mmg tak la, tu muke tang mata je sama sikit, ada pulak muke camtu, kelakar la. hidung u mancung la patutnye.
hubs: haah la, tadi masa tgk dari atas die lukis, cam sebijik
i: haah, i lawa tak?
hubs: tak jadi jugak, tapi better dari i.
i: muke i dah macam hindustan pulak, bulu mata kemain tebal, cam pakai bulu mata palsu. tp kan kartun, mmg lah tak sebijik kan.

rupenye bro ini  tinggal dkt ngan kami. kecik dunia.

tapi actually i suke je gambar tu. nak frame gantung kat dinding ok.. kebetulan brother tu dekat rumahnye ngan kitorang, kang kalau jumpe, boleh suruh lukis lagi. byk sgt kebetulan masa bual dgn abg pelukis tu, tu yg abg tu jadi neves sikit. ;)

so, itulah kisah hadiah birthday saya. happiness galore!!

Monday, June 6, 2011

happy birthday to me!


last night, 








celebrate kat rumah, dlm bilik tido lagi. haha. i dgn hubs mmg semua buat kat bilik tido, makan, tgk tv, seb baik masak je kat dapur. hehe. actually saje nak buat kelainan, haritu birthday hubs dah sambut kat chilis, so birthday i, biar makan kek kat rumah pulak, baru rasa special.
anyway, tq pada semua yg wish, kol, sms dan dkt wall fb today. 6/6. ;)

Sunday, June 5, 2011

of lunch menu


saje nak tayang menu i masak. lama dah tak share kat blog kot. 

 kari ayam

kerabu pucuk paku ni hubs yg buat. ikut resepi mak nye. sedap...campur dengan ikan rebus yg dihancurkan. sesekali rasa mcm laksam pun ada. eheh.

ok, later peeps.

Saturday, June 4, 2011

perumahan yang kelihatan bahaya


ini adalah gambar sebuah perumahan baru kat rawang. org rawang confirm tau. sebab kat laluan templer. personally, i kalau lalu sini, selalu tgk rumah2 ni dan rasa gerun. dulu masa kejadian tanah runtuh bukit antarabangsa, i ingat perumahan ni akan dibatalkan sebab  masa tu kecoh cakap mana-mana perumahan baru kat kawasan yg berbahaya akan dikaji semula, something like that. but NO, skrg ni kawasan ni dah nak siap pun. rumah-rumah semua dah dibangunkan. 

atau mungkin mmg selamat, it just i je yg nampak mcm bahaya sbb first, itu dulu bukit yg diteroka utk buat perumahan ini. and second, ia betul2 tepi jalan. which mean, if anything ever happen, semua org kat jalan pun terlibat. ok, dont imagine, its terrify.

i harap semuanya ok, sebab i can see theres no way pembangunan situ akan dihentikan sebab mcam dah nak siap dah. so, harap ciri keselamatan adalah diambil berat. walaupun dari atas jalan, mcm agak scary.






what u think, scary no?? pictures were taken by myself while hubs driving last week.  i hope bile dah siap semua, mungkin kelihatan selamat. ;)

Wednesday, June 1, 2011

baju raya hunting


misi mencari baju raya & hadiah birthday i.. yippeee... birthday i belum sampai lagi tapi kebetulan dah jalan2 terus cari, tak sabar la katakan..eheh... cuba teka ape hubs bagi kat i? jeng jeng jeng.

 cuba teka sedang buat apekah i dgn hubs?

 tada! ada org lukis karikatur kami la... ahaks. actually dpt free sebab beli hadiah bday i. hadiah tu next time i cerita ok. tak best la belum birthday dah reveal kan. ;) nanti i tunjukkan karikatur itu sekali...

 then ke jakel jln tar cari baju raya 

 punye la ramai manusia kat jakel, sbb masa tu happy hour so ada potongan sampai rm30 utk setiap pasang. dari 90 jadi 60 je. byk i tak minat tapi ada one tu sekali i tgk terus teruja, tu yg beli terus. balik rumah rasa nak ngadap je... cantikkkk.... ;)

 then, g lunch kat kg. baru. too bad semua nye tak sedap. ;(



so, korang da beli baju raya? saya kanak-kanak tu yg tak sabar nak raya.. haha.. takdelah, mungkin org lain semua dah siap beli kot..  i yg terhegeh-hegeh... 

ok, later peeps!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...